Vitamin Cerdik: set ibu Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label set ibu. Show all posts
Showing posts with label set ibu. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Set Asas Bersalin Shaklee

Set Asas Shaklee terdiri daripada


Set Asas Berpantang Shaklee

Apa khasiat setiap satu produk ni?

1. Vitalea
- Merupakan multivitamin terbaik yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
- mengandungi zat besi (iron) untuk menambah darah
- membantu ibu berpantang untuk mendapatkan nutrisi 
- memberi stamina dan tenaga kepada ibu untuk berjaga malam (menjaga bayi)

2. B complex
- Kumpulan vitamin B (B1, B2, B3, B6 dll) sangat penting untuk kesihatan saraf
- Membantu mengelakkan ibu dari meroyan / tekanan perasaan
- Memberi ketenangan kepada sistem saraf ibu
- menukar makanan ibu kepada tenaga

3. Vita C chewable
- Vitamin c dilepaskan perlahan-lahan ke dalam tubuh mengikut masa tertentu
- sangat perlu dalam pemulihan luka
- Membantu pemulihan luka dalaman dan luaran
- memelihara sistem kelenjar ibu
- Menaikkan antibodi semulajadi tubuh
- Jika bayi selesema, bayi akan mendapat manfaat vitamin c melalui susu ibu

4. Zink
- Penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran (sangat banyak terdapat di dalam ikan haruan).
- Membantu metabolisma b complex
- Mengelakkan rambut gugur

Pastikan anda mendapatkan nasihat berkenaan produk yang ingin diambil semasa bersalin, dikhuatiri boleh memudaratkan ibu atau bayi. 

Set bersalin shaklee terbukti selamat dan berkesan dan memberi manfaat kepada ibu serta bayi. Ia juga telah digunakan oleh ibu-ibu semenjak 1991 lagi dan memberi kesan muda, bertenaga kepada mereka hingga sekarang.




Nak tahu harga Shaklee? Hubungi

Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com

Friday, 15 March 2013

Tips Memilih Set Bersalin

Memilih set bersalin yang terbaik adalah penting kerana bukan sahaja ia dapat mengembalikan kesihatan ibu bahkan ia turut akan memberi kesan kepada bayi yang baru lahir melalui susu ibu.




Pengambilan set bersalin yang sebarangan boleh menyebabkan bayi mendapat jaundis yang akhirnya memberikan kesan kepada otak jika berlarutan. Malah terdapat set bersalin yang boleh menyebabkan susu menjadi kering. Justeru adalah penting ibu mengetahui tips bagaimana memilih set bersalin yang tepat sesuai dengan keperluan dan bajet.

1. Dapatkan info bagi setiap produk
Amat penting untuk mengetahui maklumat berkenaan produk tersebut. Ini kerana produk kebanyakannya mengandungi gabungan beberapa herba/bahan yang adakalanya tidak diperlukan oleh ibu.

2. Periksa keselamatan kandungan
Adalah penting untuk ibu-ibu membuat sedikit homework berkenaan kandungan produk tersebut. Ini kerana dengan mengetahui kandungan produk ibu-ibu dapat mengelakkan daripada mengambil produk yang boleh memberikan mudarat kepada ibu dan bayi.

Contohnya ada produk yang boleh menurunkan berat badan tetapi kandungan produk itu boleh menyebabkan bayi mendapat penyakit kuning.


Sibutramine adalah merbahaya kepada badan


3. Pastikan kandungan tidak mengeringkan susu ibu
Ibu perlu pastikan kandungan produk adalah tidak terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mengeringkan susu ibu. Boleh refer posting saya http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/03/herba-yang-perlu-dielakkan-semasa.html




4. Dapatkan nasihat doktor
Ibu boleh mendapatkan nasihat doktor berkenaan produk yang sesuai diambil selepas bersalin. Ini kerana doktor boleh memberikan pandangan berkenaan produk itu samada sesuai atau tidak berdasarkan kepada tahap kesihatan ibu dan bayi.

Berikut adalah antara pandangan pakar O&G berkenaan produk yang bersesuaian diambil oleh para ibu.




5. Budget yang bersesuaian
Ibu boleh memilih produk yang bersesuaian dengan bajet keluarga. Lakukan sedikit kajian perbandingan harga di antara produk-produk yang telah dikenalpasti.

6. Kenalpasti keadaan semasa berpantang
Puan-puan boleh mula merancang situasi semasa berpantang samada berpantang sendiri atau dengan keluarga. Pastikan produk yang dipilih bukan terdiri daripada produk yang sukar dikendalikan.

7. Teliti Cara Penggunaan dan Penyimpanan
Terdapat produk yang memerlukan penyediaan yang rumit dan melecehkan. Ada produk yang memerlukan direbus, dibancuh dengan air mendidih dan sebagainya. Dapatkan set bersalin yang mudah untuk dikendalikan.

8. Semak Sekiranya Boleh Dibeli Secara Berasingan
Ada produk yang mesti dibeli secara set keseluruhan menyebabkan over bajet. Sedangkan kemungkinan terdapat produk yang tidak sempat digunakan di sepanjang tempoh berpantang menyebabkan pembaziran. Produk yang boleh dibeli secara berasingan berdasarkan budget adalah lebih memudahkan.

9. Periksa Latar Belakang Pengeluar
Buat sedikit homework berkenaan syarikat pengeluar produk. Pastikan terdapat pengesahan Halal dan KKM dan bukan tampalan semata-mata untuk mengelakkan mudarat kepada ibu dan bayi.

10. Dapatkan testimonial
Dapatkan testimoni yang tepat dan benar bagi produk yang ingin dibeli. Ini bagi melihat samada terdapat kes bayi kuning, cirit birit atau kepanasan, atau memberi kesan buruk kepada ibu selepas bersalin.

Testimoni set berpantang 

Vitamincerdik ingin mencadangkan set bersalin Shaklee sebagai pilihan ibu-ibu sebagai confinement companion disebabkan testimoni dan merupakan rangkaian produk yang selamat terbukti selama berpuluh-puluh tahun.

Vitamin Shaklee terbukti selamat untuk ibu dan bayi yang dihasilkan dengan pemantauan ketat dan team rnd selama 55 tahun.




Kredit vitaminibu.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com



Herba Yang Perlu Dielakkan Semasa Penyusuan

Ibu-ibu tentu pernah diberitahu untuk makan sesetengah herba/sayuran untuk menambahkan susu ibu. Juga terdapat sesetengah herba/sayuran yang perlu dielakkan. Ini kerana sesetengah herba/sayuran itu boleh menyebabkan susu merudum atau boleh memberikan kesan tidak selesa kepada bayi anda.

Herba/sayuran yang boleh menyebabkan susu merudum


  • Black Walnut
  • Chickweed
  • Herb Robert (Geranium robertianum)
  • Lemon Balm
  • Oregano
  • Parsley (Petroselinum crispum)
  • Peppermint (Mentha piperita)/Menthol
  • Periwinkle Herb (Vinca minor)
  • Sage (Salvia officinalis)
  • Sorrel (Rumex acetosa)
  • Spearmint
  • Thyme
  • Yarrow
Herba/sayuran yang boleh memudaratkan ibu dan bayi


  • Bladderwrack
  • Buckthorn
  • Chaparral
  • Coltsfoot (Farfarae folium)
  • Dong Quai (Angelica Root)
  • Elecampane
  • Ephedra / Ephedra sinica / Ma Huang
  • Ginseng (Panax ginseng)
  • Indian Snakeroot
  • Kava-kava (piper methysticum)
  • Petasites root
  • Phen-fen, herbal
  • Rhubarb
  • Star anise
  • Tiratricol (TRIAC)
  • Uva Ursi
  • Wormwood

Kredit http://kellymom.com/bf/got-milk/herbs_to_avoid/

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com

Atasi Masalah Nipple Cracked

Bagi ibu-ibu yang menyusu, majoriti pasti mengalami masalah nipple crack (atau puting susu pecah atau luka). Bukan sekali, malah berkali-kali akan berlaku di sepanjang tempoh penyusuan. Saya sendiri sebaik sahaja bersalin kedua-dua anak, akan mengalami masalah ini sehingga tempoh sebulan selepas bersalin. Apabila berdepan dengan masalah ini memang sukar nak digambarkan, pedih dan seksa. Tambahan kena pula menyusu anak, memang menjerit. Tapi demi anak semuanya para ibu akan lalui.

Masalah nipple crack berlaku disebabkan kekeringan dan masalah salah latch. Jadi untuk mengatasi masalah adalah dengan membetulkan punca masalah tu.

Pastikan puan-puan menyusu dengan position yang betul dan latch yang betul.




Jika mengalami nipple crack, berikut puan-puan boleh cuba:

A. Semasa Menyusu
- Menyusu daripada payudara yang tidak luka (atau kurang luka). Baby akan menyusu dengan lebih perlahan pada payudara kedua.
- Latch pertama bayi memang lebih menyakitkan - boleh amalkan letakkan ais pada puting tersebut, seolah-olah untuk biuskan
- Cuba beberapa posisi penyusuan untuk mencari posisi yang selesa
- Jika penyusuan sangat menyakitkan, boleh mengepam payudara tersebut untuk mengelakkan mastitis dan mengekalkan susu. Jika mengepam terlalu menyakitkan, boleh cuba menggunakan tangan.

B. Selepas Menyusu

- Cuba kaedah mencuci luka dengan normal saline. Cara membuat normal saline adalah: campurkan 1/2 sudu kecil garam ke dalam 8oz air suam. Buat yang baru setiap kali ingin menggunakannya. Cara menggunakannya:

i) Selepas menyusu, rendamkan puting ke dalam normal saline (di dalam mangkuk) untuk 1 minit. Atau pun boleh juga meletakkan titisan normal saline ke puting yang luka.

ii) Jangan lama melebihi 5 hingga 10 minit kerana boleh menyebabkan kulit dehyrates dan menyebabkan luka dan lambat sembuh

iii) lapkan dengan tuala

iv) Sekiranya bayi boleh mengesan dan menolak rasa masin sedikit, selepas basuh dengan normal saline boleh siram dulu dengan air mengalir.

C. Selepas Pembasuhan

- Letakkan beberapa titisan susu ibu ke puting untuk mempercepatkan penyembuhan luka
- Untuk memastikan puting sentiasa lembap, boleh gunakan krim yang selamat untuk bayi seperti Lansinoh, Purelan atau Vita E Shaklee.


Di antara krim penyusuan yang selamat untuk bayi


D. Di antara Penyusuan

- Pastikan puting dianginkan sekerap yang mungkin. 
- Amalkan pengambilan zinc yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka.


Vitamin Zinc boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka

- Boleh gunakan nipple protector di dalam bra untuk mengelakkan rasa sakit. Saya gunakan brand Medela.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com


Wednesday, 13 March 2013

Merawat dan mengurus Pre-aclampsia

Semalam ada sahabat yang bercerita berkenaan isteri beliau yang menderita pre-eclampsia bagi setiap kali mengandung.

Pre-eclampsia adalah darah tinggi yang dialami oleh 1 dalam 20 orang wanita mengandung. 

Artikel berikut menyebut berkenaan supplemen yang boleh diambil untuk membantu merawat dan menguruskan pre-aclampsia. sekurang-kurangnya membantu agar tidak terjadi kelahiran pra matang dan komplikasi kelahiran/kehamilan yang lain yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Ayuh



==============

Supplements for Managing Preeclampsia


Preeclamsia, or pregnancy-induced hypertension, is a common condition affecting roughly 1 in 20 pregnant women in the U.S, characterized by fluid retention and high blood pressure. Preeclampsia can be dangerous to both mother and baby if left untreated, but, fortunately, severe complications are now rare thanks to advances in modern medicine. Some natural herbs and supplements may help to treat or manage preeclampsia. With the guidance of your doctor or midwife, the following supplements may be used as part of your treatment plan.
Garlic

Whether used as a culinary seasoning or taken as a powdered capsule, garlic is one of the most effective natural treatments for all forms of hypertension. Although its effect on preeclampsia itself remains unstudied, numerous placebo-controlled studies, including groundbreaking recent research at the University of Alabama at Birmingham, have confirmed that it is capable of lowering both systolic and diastolic blood pressure because it contains the antihypertensive compound hydrogen sulfide. Garlic's ability to reduce blood pressure eliminates one of the most problematic symptoms of preeclampsia.
Selenium

An article published in the American Journal of Obstetrics and Gynecology stated that preeclampsia may be associated with low levels of selenium. Although this new discovery has not yet been studied in detail, this may be an important step in advancing the natural treatment options for women who have preeclampsia. Selenium supplementation, as part of a carefully managed treatment plan, might both prevent and treat symptoms associated with pregancy-induced hypertension.

Semen

It may be sound like a joke, but semen is actually believed to be one of the most effective treatments for pre-eclampsia. Several studies have shown that women who have more exposure to their partner's semen are less likely to develop pre-eclampsia than women who only sporadically have contact with their partners' sperm. Frequent contact with the semen of the fetus's father might work as both a prevention and a treatment for pregnancy-induced hypertension. Exposure to the semen can be either oral or vaginal.

Calcium
The American Journal of Obstetrics and Gynecology published an article based on a 2006 study by the world health organization, which concluded that calcium supplementation does not generally prevent preeclampsia. However, the study did find that calcium supplements given to women with preeclampsia worked to reduce the frequency of severe complications related to the condition.

Vitamin D

From 1997 to 2001, the University of Pittsburgh conducted a study which found that vitamin D deficiency in pregnant women is often linked to pre-eclampsia and the complications that may be associated with it. The study found that women who had adequate levels of vitamin D were less likely to develop the condition, and that the women who suffered from severe preeclampsia-related complications had the lowest levels of the vitamin, on average. As a result of this study, most obstetricians and midwives now recommend vitamin D supplemenation at all stages of pregnancy.
Preeclampsia can be a dangerous condition, but it is manageable for most women. Combined with a healthy diet and conventional treatments prescribed by your doctor or midwife, you may find that natural supplements may help to both prevent and treat pregancy-induced hypertension and the complications that it causes.


Sources:
American Journal of Obstetrics and Gynecology. "World Health Organization randomized trial of calcium supplementation among low calcium intake pregnant women." March 2006.
Science Daily. "Garlic Boosts Hydrogen Sulfide to Relax Arteries." Oct 17, 2007.
The Times. Give Sperm a Fighting Chance. January 30, 2006.
American Journal of Obstetrics and Gynecology. "Low selenium status is associated with the occurrence of the pregnancy disease preeclampsia in women from the United Kingdom." November 2003.
The Journal of Clinical Endocrinology. "'Maternal vitamin D deficiency increases the risk of preeclampsia." September 2007.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com

Friday, 8 March 2013

AWAS! Kita kehilangan kalsium setiap hari

AWAS! Kita kehilangan kalsium setiap hari
============================

MENJAGA kesihatan badan dengan bersenam setiap hari dan menjaga diet pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat adalah perkara yang perlu diamalkan.

Namun, ramai antara kita yang mengabaikan penjagaan kesihatan tulang. Ini kerana masyarakat kita bertanggapan bahawa kesihatan tulang hanya perlu dijaga apabila berada pada peringkat usia tertentu saja.
Apabila menyentuh soal kesihatan tubuh, faktor utama yang membuatkan seseorang ingin melakukan perubahan gaya hidup adalah bertujuan mengelak masalah kanser atau penyakit jantung.

Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang yang baik untuk mengelakkan masalah kerapuhan tulang tidak begitu mendapat perhatian.


Kesedaran mengenai pentingnya kesihatan tulang perlu dipupuk kerana tulang adalah daya sokongan utama tubuh kita yang membolehkan kita melakukan aktiviti harian.


Jika kesihatan tulang diabaikan, ia akan meningkat­kan risiko terhadap masalah kerapuhan tulang. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah.

Sekiranya seseorang individu mengalami masalah ini, dia mungkin akan kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan mudah dan melakukan aktiviti yang digemari.

Ini boleh mengakibatkan diri terasing dan juga kemurungan kerana kurang berinteraksi dengan masyarakat. Tetapi bagaimana untuk menjaga kesihatan tulang?

Kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an dan jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan.

Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang sejak awal lagi adalah penting, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Rawatan tulang yang retak mampu menelan belanja yang cukup tinggi.

Tulang adalah tisu hidup terdiri daripada sel hidup dan mineral seperti kalsium, berserta saluran darah dan saraf. Tulang akan terurai dan membentuk semula melalui proses semula jadi yang dikenali sebagai “pembinaan semula tulang” yang berlaku sepanjang hayat.

Oleh itu, tulang memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi dari lingkungan usia kanak-kanak sehingga usia yang lanjut untuk mengekalkan kekuatan tulang bagi menampung kepelbagaian aktiviti harian.

Tambahan pula, kita me­ngalami kehilangan kalsium setiap hari melalui proses perpeluhan, rambut, perkumuhan, kulit dan kuku.

Badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium. Oleh demikian, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian.

Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang.

Dengan memastikan pe­ngambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan kesihatan tulang anda terutama melalui pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu.

Cara penjagaan tulang yang disyorkan selain mengamalkan gaya hidup sihat adalah memastikan pengambilan kalsium bersama vitamin D yang mencukupi.

Kalsium adalah sumber mineral penting untuk tubuh badan serta amat diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Bagaimanapun, diet harian yang biasa saja mungkin tidak mencukupi. Cara yang paling mudah dan cepat untuk memastikan keperluan kalsium dipenuhi setiap hari adalah dengan meminum dua gelas susu berkalsium tinggi setiap hari.

Menurut Mazlina Mahmor, 41, dia banyak mengambil susu dalam diet hariannya bagi memastikan bekalan kalsium untuk kesihatan tulang sentiasa berada pada tahap optimum.

Katanya, dia juga cuba mengamalkan pemakanan yang seimbang berpandukan piramid makanan sebaik yang mungkin.

“Aktiviti senaman ringkas turut diamalkan bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal.

“Memiliki badan dan tulang yang sihat mampu memberikan lebih keceriaan dalam hidup dan ia memberikan lebih banyak kelebihan terutama dalam melakukan aktiviti harian,” katanya.

Oleh itu, pengambilan ka­lsium perlu menepati cada­ngan hidangan harian.

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan - HARIAN METRO


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com

Friday, 15 February 2013

Omega Guard Penawar Batuk

Selain mengamalkan pemakanan bawang putih dalam post saya terdahulu, saya juga ada mencuba kaedah lain untuk melegakan batuk dan kahak dengan segera.

Caranya saya stopkan sekejap pengambilan air garlic dan minyak berasaskan garlic. Saya upkan intake saya dalam pengambilan supplemen Omega Guard. Jika dalam keadaan biasa saya mengamalkan 1 biji sehari, semasa saya sendiri mengalami batuk dan faiz juga masih batuk, saya upkan pengambilan sebanyak 3 biji sehari.

Ini kerana omega (atau minyak ikan) mempunyai testimoni yang baik untuk mengubati simptom asthma dan bengkak tonsil yang dialami Hakim sejak setahun yang lalu (beliau mengalaminya setiap bulan bermula Februari 2012 hingga November 2012).

Kami rujuk kepada Pakar Pediatrik HKL dan hakim disyaki menghidapi asthma. Dia dibekalkan dengan inhaler dan menurut doktor perlu guna setiap hari. Masa tu saya tak tahu lagi shaklee ada menyediakan supplemen untuk asthma sehinggalah saya rujuk kepada Pn Zahirah.

Saya memulakan rejim pengambilan supplemen Shaklee untuk hakim bermula November 2012 lalu. Apa yang saya buat ialah menggunakan meal shake, vitamin C, omega guard dan juga garlic shaklee. Alhamdulillah kesannya ketara: tiada lagi bengkak tonsil dan tidak lagi memerlukan pakai inhaler hari2. Dan walaupun beliau dijangkiti dan disyaki menghidap denggi bulan lalu, beliau sangat cepat recover. 




Pengambilan omega mempunyai manfaat yang sangat banyak, seperti gambarajah berikut:



Contoh benefits:


  • Asid Lemak- omega -3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. kita perlu mengambilnya dari makanan. omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukar kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada andropos. ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol , menghindarkan pembekuan darahdi dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL , mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis , myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran , mencegah penyakit Alzheimer , memelihara penglihatan dan pendengaran, dan , mencegah migraine .Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega -3EPA dan HDA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru . mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa Omega -3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih effektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis , memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan- Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety) neurasthemia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia. 





Justeru saya menambah pengambilan omega saya semasa mengalami batuk. Alhamdulillah dalam tempoh 3 hari kahak hilang dan apa yang lebih melegakan faiz juga turut mendapat khasiat melalui susu ibu. Faiz juga sembuh dalam tempoh 5 hari.

Menurut kata http://www.livestrong.com/article/487652-fish-oil-for-a-cough/ omega boleh menyembuhkan batuk depending kepada sebab musabab batuk tu: disebabkan alergy ke, etc.

Terlalu banyak produk omega di pasaran dan risiko kandungan merkuri yang tinggi bagi ikan di laut dalam. Bagaimana memilih fish oil terbaik?

Tips memilih fish oil terbaik:

1. fish oil yang melalui double or tripple molecular distillation is more pure and surely more effective. Jadi setiap kali nak cari fish oil yang bagus, cari term mcm ‘molecular distilled’ ‘DHA;EPA ratio’.

2. Tahukah anda, fish oil bersifat ANTI-FREEZE? fish oil ni tersimpan dalam badan ikan untuk memastikan ikan tu tak beku apabila berada di dalam air yang sejuk. Inilah omega-3 fatty acid dan ia dalam bentuk poly unsaturated fat.


Saturated fats come mostly from animal meats. They are solid at room temperature. The white fat on the edges of a steak is a saturated fat.
Monounsaturated fats come from certain vegetables. Olive oil is an example of a monounsaturated fat. These are liquid at room temperature.
Polyunsaturated fats like fish oil stay liquid even at very cold temperatures. They are one reason that fish like Salmon can survive and thrive in cold regions like Alaska.-here
Ciri ni amat penting dalam fish oil kerana ianya dapat bertindak sebagai anti-radang..jadi sesuai untuk pesakit arthritis. 
Mengapa Omega Guard Shaklee menjadi pilihan?
1. Minyak ikan Omega 3 dalam Omegaguard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, herring dan anchovies) Semua ikan ini mempunyai low mercury level. 

2. 1 kapsul Omegaguard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA dan terbaik berbanding jenama lain.

3. Ia tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik tetapi dihasilkan dari ikan itu sendiri

4. Omega 3 dalam Omegaguard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

5. Omegaguard Shaklee adalah satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

6. Omegaguard Shaklee  proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB 

7. dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal dan berteknologi terkini

8. Sifat anti-Freeze Boleh dibuktikan dengan eksperimen:
  1. Apa yang anda perlukan:
  1. Beberapa kapsul minyak ikan (saya guna Omega Guard Shaklee)
  1. Pencungkil gigi
  1. Pinggan (hehe)

  1. Methods:
    1. Ambil beberapa biji kapsul dan letakkan dalam resealable bag (macam plastik ubat yang dapat dari klinik tu)
    1. Masukkan kedalam freezer selama 3 jam
    1. Keluarkan dan cucuk kapsul dengan pencungkil gigi..jika ianya mengeras, atau kental seperti jeli, itu tandanya ada high saturated fat content which also indicates that it’s lack of EPA.


    Omega guard disimpan di dalam peti sejuk dlm tempoh sekurang2nya 3 jam
    Omega guard masih berkeadaan jelly after 3 hours
    Tapi nampakkan, walaupun dah lebih 3 jam tersimpan dlm freezer, 24 jam..masih tak keras atau jadi jelly..so terbukti ianya bersifat anti-freeze..omega anda pon patut begitu!


Omega juga boleh dikombinasikan bersama produk lain untuk menambah kesan yang lebih optimum. Contohnya set kesihatan tulang / sendi, set kesihatan kulit, set kanak-kanak, set ibu




Bulan ini Shaklee mempunyai promosi hebat Buy 6 Free 1 Omega Guard yang sangat banyak manfaatnya ini. Selain itu boleh mendapat free membership dan dapat membeli shaklee pada harga ahli.




kredit http://adaa-inspiration.com/2012/10/10/experiment-cara-memilih-minyak-ikan-terbaik-shaklee-omega-guard/


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


cepat hubungi saya di ahmad.raihanah@gmail.com atau 0122195919

Wednesday, 13 February 2013

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Walaupun Bekerja

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar ibu-ibu mengamalkan penyusuan ekslusif buat 6 bulan pertama kehidupan bayi bagi mendapatkan kelebihan kesihatan dan perkembangan optimum. Penyusuan juga digalakkan diteruskan bersama-sama makanan pelengkap sehingga bayi berusia 2 tahun sebagaimana disarankan agama.






Memandangkan kebanyakan ibu-ibu hari ini bekerja, bagaimana menggabungkan kerja dan penyusuan ibu? Tips berikut adalah pengalaman sendiri dan juga saranan pakar laktasi:

1. Mula menyusu pada jam pertama selepas bersalin dan setiap 2 jam pada waktu siang dan sebelum 12 malam. 3 jam selepas tengah malam. Pastikan posisi menyusu adalah betul, boleh google pelbagai artikel berkenaan posisi menyusu. Sekiranya posisi tidak betul, pengalaman menyusu akan memeritkan ibu dan anak seperti luka, anak tidak kenyang dll.

2. Mula berlatih memerah dan menyimpan susu ibu selepas 3 minggu bersalin. Kaedahnya, sebaik sahaja menyusukan anak, terus perah susu ibu untuk disimpan. Pada peringkat permulaan biasanya susu yang berjaya disimpan agak sedikit, tetapi akan bertambah selepas beberapa percubaan. Dengan teknik ini saya berjaya menyimpan 100 pek susu ibu disepanjang tempoh berpantang.



3. Menyambung memerah susu bila mula bekerja. Tetapkan masa untuk memerah untuk memastikan anda mempunyai simpanan susu dan juga mengelakkan susu cepat kering. 



4. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan atau pam manual / elektrik. Sepanjang tempoh menyusu anak sulung dan kedua, saya telah memiliki 5 pam susu: medela mini e (bunyi macam mesin rumput), spectra, medela pump in style (sangat berjasa menyelesaikan misi menyusu bagi anak sulung). 2 yang pertama telah dijual, pump in style masih disimpan tapi tak digunakan. Kini saya menggunakan medela freestyle berharga rm1600 tapi berjaya dibeli dengan harga rm1000 dari oversea. Saya juga memiliki pam manual medela harmony utk saat kecemasan. Pilihan hendaklah mengambil kira harga, kurang menyakitkan, elektrik / manual, memudahkan, ringan / berat, bunyi, cepat / lambat, single / double.



5. Beritau majikan anda tentang keperluan dan niat anda. 

6. Buat persediaan seperti peti ais tambahan dan peralatan lain. Bagaimana menyimpan susu? Susu yang telah diperah hendaklah dilabel tarikh diperah untuk disimpan di peti sejuk beku / nyahbeku. Peralatan yang diperlukan seperti storage bags samada botol atau plastik, kit mudah alih penyimpanan susu, cooler. Tempoh cooler dapat bertahan dalam beg pam susu adalah di antara 6-8 jam. 

Sekiranya hendak dibawa ke taska / pengasuh, pada malam sebelumnya rendam dahulu 2-3 peket susu beku. Menjelang pagi ia akan mencair keseluruhannya dan boleh anda transfer ke dalam botol susu. Labelkan botol susu 1-5 untuk memudahkan babysitter. Susu yang telah dinyahbeku tidak boleh disejukkan atau dibekukan semula dan bertahan 24 jam selepas dicairkan.






7. Sentiasa mengamalkan doa agar dipermudahkan urusan penyusuan anda. InsyAllah segala usaha murni anda akan mendapat ganjaran pahala di samping mengukuhkan ikatan dengan anak. Lain-lain tips boleh refer di sini



8. Ibu-ibu boleh mengamalkan pemakanan tambahan or supplements untuk menambah tenaga dan memberi nutrient tambahan kepada bayi. Semasa anak sulung dulu tiada supplement khusus yang saya ambil, ada la amalkan petua2 seperti kurma merah, longan dan lain-lain. Namun untuk anak kedua saya amalkan set breastfeed shaklee, mmg ketara perbezaannya.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Good luck.

Mamahakim