Vitamin Cerdik: ostematrix Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Herblax bantu atasi sembelit tegar

Sebelum ni pernah je saya share berkenaan orang yang suka sembelit. Bukan suka sangat jadi sembelit, tapi tubuh dia ada masalah asyik sembelit.

Ada sorang customer saya ni, berat badannya 120kg. Sebulan yang lepas dia minta beli dengan saya Herblax. Memang power herblax ni. Saya pernah share pun kebaikan Herblax ni sebelum ni.

Bulan ni dia minta tambah Herblax, dan tambah Lecithin pulak. Sebab kedua-duanya fungsi berlainan. Nak tahu apa pendapatnya dengan penggunaan Herblax?

“Ye la u, berat tak naik dan tak turun, kira bagusla tu. Kena tambah something else utk turun tu.” Lega saya dengar sebab niat kita nak tolong orang.

Herblax bantu atasi sembelit tegar
Lelaki pun ramai penghidap sembelit dan buasir

Wednesday, 24 September 2014

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)

Saya memang eksited nak tulis ni berkenaan diabetes semasa mengandung atau GDM. Ini kerana 2 kali mengandung sebelum ini kedua-duanya saya ada GDM. Kandungan kali ini saya nak elakkan. 

Saya ke Klinik Kesihatan berhampiran sebulan yang lalu untuk buat MGTT (modified glucose tolerance test). Dan hari semalam saya ke klinik lagi untuk checkup biasa, sambil tu nak tengok keputusan MGTT saya. Apa yang saya tak sangka kali ini saya tiada GDM! 


Bagaimana saya lakukannya?


Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Ibu Hamil ramai penghidap GDM

Friday, 19 September 2014

Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?

Saya baru teringat nak posting pasal hal penyusuan. Untuk rekod, kedua-dua anak saya dapat menyusu penuh 2 tahun dengan saya. Abangnya berhenti masa umur 3 tahun lebih. Yang kedua ni berhenti pada umur 2 tahun lebih.

Ramai yang keliru berkenaan keperluan suplemen untuk menyusu. Ok, fakta utamanya untuk membanyakkan susu anda tak memerlukan suplemen. Ini sebabnya ada konsep asas dipanggil sebagai demand vs supply.

Jika ada permintaan, maka banyaklah supply. Ini bermaksud semakin kerap anda menyusu anak anda, semakin banyaklah susu badan akan dihasilkan. Dan susu yang dihasilkan pula memang mencukupi untuk keperluan anak anda. 

Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
Tip Tingkatkan Susu Ibu

Saturday, 16 August 2014

Keperluan Suplemen Untuk Ibu Hamil

Kelmarin saya pertama kali checkup untuk kehamilan ketiga saya ni. Yang berbeza kali ini adalah saya tidak lagi mengambil suplemen yang disediakan oleh doktor. Doktor membenarkan saya meneruskan pengambilan suplemen Shaklee yang saya amalkan selama ini.

Pentingnya suplemen untuk ibu hamil memang disyorkan oleh doktor-doktor. Di bawah ini saya printscreen pandangan Pakar O&G terkenal iaitu Dr Hamid Arshat:


Keperluan Suplemen Untuk Ibu Hamil
Saranan Dr Hamid Arshat Kepada Ibu Hamil

Wednesday, 6 August 2014

GLA Tiada Lagi Senggugut

Umumnya, kebanyakan wanita dan remaja akan mengalami sindrom pra haid seperti senggugut. Kerana itu dalam Set Wanita Shaklee turut ditekankan penyelesaian kepada masalah senggugut yang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan risiko penyakit kronik.

Tanda-tanda Sindrom Pra haid (PMS) aka senggugut


Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan anda mengalami PMS:

1. Sakit sendi
2. Kelesuan
3. Sakit payudara
4. Kembung perut
5. Jerawat
6. Naik berat badan
7. Tekanan perasaan / moody dll
8. Loya

Ada juga dikalangan wanita yang mendapat simptom yang lebih kurang sama dengan simptom kehamilan. 

Serta ada dikalangan wanita yang apabila berlaku senggugut, memang teruk sehingga perlu MC, tidak hadir ke sekolah dan lain-lain. Mereka ini akan mengambil pain killer atau ponstan setiap kali berlaku senggugut yang teruk ini tanpa menyedari ubat-ubat ini hanya penyelesaian sementara.

Apakah Senggugut


Senggugut ialah kesakitan ketika sedang haid. Contoh kesakitan adalah gejala PMS yang disebutkan diatas. Jika tahap teruk memang boleh pengsan. Senggugut berlaku disebabkan pengeluaran hormon prostalgaldin yang berlebihan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.

Senggugut ada 2 jenis:

1. Senggugut primer (tidak berbahaya)

Biasa dialami oleh wanita dan remaja yang masih belum berkahwin. Sakit ini akan beransur kurang setelah berkahwin dan melahirkan anak.

2. Senggugut sekunder

Jika selepas berkahwin dan melahirkan senggugut anda masih belum hilang, ia mungkin petanda senggugut sekunder. Ia memberi petunjuk kepada penyakit endometriosis yang disebabkan oleh rahim terbalik (retroverted uterus). Ini menyebabkan darah haid itu melimpah ke belakang rahim.

Atasi Masalah Senggugut 


Masalah PMS ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon iaitu hormon estrogen yang berlebihan. Berikut adalah tips yang mungkin berguna untuk anda:

1. Perbaiki diet, makan makanan yang seimbang, lebihkan protein dan serat.
2. Kurangkan pengambilan garam dan kafein
3. Variasikan pilihan minuman, banyakkan minum jus dan air kosong.
4. Tuam perut dengan tuala yang direndam dalam air suam.
5. Pengambilan suplemen
Selain perubatan moden seperti pain killer dan sebagainya, langkah alternatif dan selamat adalah cuba menangani perubahan hormon itu dengan suplemen. Suplemen seperti magnesium, kalsium dll.

6. Banyakkan pengambilan ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan sakit
7. Kekal aktif, lakukan senaman
8. Tenangkan fikiran, berdoa dan berzikir

Saranan daripada Shaklee adalah, pengambilan GLA Complex dan Ostematrix:

gla tiada lagi senggugut
Set Senggugut Shaklee

1. GLA Complex

Mengandungi pati biji borage yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. Wanita penghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. Ia juga dapat mengurangkan sakit payudara dan mengawal keinginan makanan manis.

2. Ostematrix

Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang baik untk mencegah dan mengelakkan senggugut. Pengambilannya dapat membantu mengawal kontraksi pada otot uterus.

Testimoni


GLA Tiada Lagi Senggugut
Testimoni GLA betulkan hormon

GLA Tiada Lagi Senggugut
Testimoni GLA betulkan hormon

GLA Tiada Lagi Senggugut
Testimoni GLA Tiada lagi senggugut


GLA Tiada Lagi Senggugut
Testimoni GLA Betulkan Hormon

GLA Tiada Lagi Senggugut
Testimoni GLA Tiada Senggugut

GLA Tiada Lagi Senggugut
Testimoni GLA Tiada Senggugut

Jaminan kami


Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

1. Selamat
2. Semulajadi
3. Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Mengapa saya?


Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran


Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran


Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan lain-lain pertanyaan. 

Saya boleh dihubungi daripada nombor tertera di bawah.

Ingin mencari Shaklee yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? Boleh hubungi saya untuk saya bantu anda.

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamin-cerdik.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Wednesday, 16 July 2014

Cara Banyakkan Susu Badan / Ibu

Ramai ibu muda atau first time mother belum boleh imagine lagi bagaimana keadaan atau situasinya sebagai first time mother. Maklumla pengalaman jadi ibu kan, dan kebanyakkannya fikir mesti susah juga nak menyusu badan. Bagi yang masih baru dalam dunia penyusuan dan anda bertekad nak menyusu badan anak anda sepenuhnya, silalah berikan perhatian kepada posting ini.

Anda juga perlu tahu banyak manfaatnya penyusuan badan kepada anda dan bayi. InsyaAllah anda akan teguh dengan tekad anda untuk menyusukan bayi anda.

Saiz Perut Bayi


Seboleh-bolehnya anda perlu yakin bahawa perut bayi anda bukannya besar macam perut kita. Anda cuba perhatikan carta di bawah.

Saiz perut bayi
Ketahui saiz perut bayi memudahkan anda mengetahui banyak mana bayi anda perlukan susu

Anda dah nampakkan, saiz perut bayi anda yang baru lahir baru bersaiz buah ceri. Kecik sangat. Jadi pastikan anda jangan over feeding. Cuba jangan terpengaruh sangat dengan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan bayi anda lapar etc. Anda kena yakin susu badan anda banyak dan mencukupi untuk bayi anda.

Cara Banyakkan Susu Badan


1. Pastikan Anda Kerap Memerah Susu Untuk Banyakkan Susu Badan

Perah perah perah. Pastikan anda memerah memang sangat kerap, at least 1 jam sekali. Sebab konsep yang kita pegang adalah demand vs supply. Semakin banyak permintaan, semakin banyaklah supply.

Tips Cara Banyakkan Susu Ibu: Selepas setiap kali menyusu badan bayi anda, pastikan anda teruskan dengan mengepam susu. Mula-mula anda mengepam memanglah sikit sahaja yang keluar. Tapi percayalah lama-lama memang akan jadi banyak. Susu ini anda boleh simpan sebagai stok susu. Baca juga cadangan jadual mengepam susu.

Jika anda rasa letih, anda boleh mengambil ESP atau Vitalea untuk meningkatkan tenaga anda. Anak saya kedua-duanya lelaki, memang kurang masa rehat saya ketika berpantang. Saya tahu sangat keadaannya dan ESP dan Vitalea memang sangat membantu saya untuk kekal cergas dan bertenaga.

2. Ketika Berpantang Pastikan Anda Tidak Menggunakan Susu Yang Diperah Untuk Banyakkan Susu Badan


Sebab susu yang telah diperah itu untuk ditinggalkan sewaktu anda masuk kerja nanti. Jadi pastikan juga anda simpan susu yang diperah dengan sistematik. Untuk mengurangkan masalah penyimpanan, anda boleh gunakan plastik seperti dibawah.

Jangan guna susu yang telah diperah, salah satu cara banyakkan susu badan
Seeloknya label dengan baik setiap storage bags untuk memudahkan penggunaan

Simpan susu dalam kuantiti yang sedikit, contohnya 3oz atau 4 oz. Boleh juga simpan 8oz terus, tapi bila dicairkan nanti kena pindahkan dalam botol berasingan. Anda tak mahu membazir susu nanti kan. Sebab susu yang telah dipanaskan tak boleh disimpan lagi dan cuma tahan pada suhu bilik selama 4 jam sahaja.

Pastikan juga anda tahu cara penyimpanan dan pengendalian susu ibu.

3. Minum minuman berkalsium Untuk Banyakkan Susu Badan


Ini disebabkan susu mempunyai komponen kalsium. Jadi cara untuk membanyakkan susu badan ialah dengan memastikan pengambilan minuman yang mengandungi kalsium yang banyak. Ini juga dapat membantu anda mengelakkan masalah osteoporosis di kemudian hari.

Selain pengambilan susu atau Horlics, anda boleh mengambil Ostematrix yang memang kaya dengan khasiat kalsium magnesium yang diperlukan oleh tubuh anda.

Selain memberikan khasiat kalsium, Ostematrix membantu anda mengelakkan sembelit, memberikan kesegaran di waktu pagi dan membantu kekuatan tulang dan sendi anda.

4. Banyakkan minum air kosong untuk banyakkan susu badan


Air adalah kehidupan. Sekurang-kurangnya pastikan anda minum 3 liter sehari (bersamaan 12 gelas). Ini kerana menyusu akan menyebabkan anda haus dan lebih penting lagi air merupakan sebahagian besar komponen susu badan / ibu.

Minum air kosong salah satu cara banyakkan susu badan
Ibu menyusu perlu minum banyak air kosong 

5. Banyakkan Bersabar fikirkan susu badan banyak


Memang kuncinya adalah sabar. Anda akan berdepan dengan macam-macam lagi keadaan yang menguji kehendak anda untuk menyusukan bayi anda.

Apa yang penting anda perlu elakkan stress, banyakkan fikirkan positif dan lihat kebaikan penyusuan yang sangat besar dan ganjaran pahala sebesar-besarnya kepada anda. Semua ibu pun memang melalui perkara ini. Doa pun mujarab, boleh cuba doa di bawah untuk banyakkan susu badan.

Doa banyakkan susu badan
Doa banyakkan susu badan


Set Penyusuan Shaklee Suplemen Untuk Banyakkan Susu Badan


Bagi tujuan penyusuan, Shaklee telah pun mempunyai produk yang dapat membantu ada membanyakkan susu badan.

1. Set Asas


a) Vitalea

Multivitamin yang lengkap dan memberikan tenaga kepada anda.

b) Bcomplex

Mengelakkan stress, memberikan khasiat B Complex yang lengkap.

d) Vita C SR Plus

Meningkatkan pertahanan badan, semua khasiat ini akan dapat juga kepada bayi melalui susu badan.

2. Set Penyusuan


a) ESP

Membantu memekatkan susu, memberikan tenaga, menghaluskan kulit.

b) Alfalfa Complex

Membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

c) Ostematrix

Khasiat kalsium magnesium, kalsium adalah komponen penting dalam susu badan.

3. Set Elak Bengkak Susu / Nipple Crack


a) Lecithin

Elakkan bengkak susu, membakar lemak.

b) Vita E Complex

Mempercepatkan luka sembuh, memudarkan parut.

c) Zinc

Mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan pertahanan badan.

Testimoni Set Penyusuan Shaklee



Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Se Penyusuan Shaklee


Selama 2 tahun lebih menyusukan anak kedua saya, memang set penyusuan Shaklee sangat membantu saya. Dalam waktu berpantang sahaja saya telah berjaya menyimpan kira-kira 200oz susu. Jadi inilah cara terbaik untuk membanyakkan susu badan, disamping mengamalkan 5 tips yang telah saya kongsikan di atas.

Artikel lain berkaitan:

1. Manfaat penyusuan di waktu malam.
2. Tips Penyusuan Walaupun Outstation
3. Masalah Bengkak Susu, Bagaimana Menanganinya
4. Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
5. Herba Yang Perlu Dielakkan Semasa Penyusuan
6. Merawat Masalah Puting Merekah Semasa Penyusuan


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Sunday, 13 July 2014

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Anda sedang hamil? Sedang menunggu hari atau masih ada beberapa bulan lagi untuk membuat persediaan menerima kehadiran si comel kan. Dah ada senarai keperluan berpantang? Anda boleh baca artikel saya Senarai Keperluan Berpantang. Salah satu persediaan yang penting juga untuk ibu selepas bersalin adalah set bersalin yang terbaik.

Kesesuaian Set Bersalin


Rata-rata ibu tentu risaukan keadaan begini tentang set bersalin yang sesuai:

1. Selamat

Adakah selamat untuk ibu dan selamat juga untuk bayi? Jika bayi mendapat jaundis, atau disahkan ada G6PD bagaimana? Adakah bahan-bahan kandungannya selamat?

2. Keadaan berpantang

Bagaimana keadaan berpantang nanti? Di rumah sendiri tanpa pembantu, di rumah ibu atau ibu mertua?

3. Penyediaan set bersalin

Mudah atau leceh? Terus telan atau kena bancuh?

4. Harga

Soal harga juga penting. Rata-rata set bersalin yang ada di pasaran bersifat luaran dan berharga di antara RM250 ke atas.

5. Jamu atau suplemen?

Berbelah bahagi samada nak ambil jamu atau suplemen. Kedua-duanya perlu dipertimbangkan pro dan cons nya.

Itu di antara soalan yang bermain di fikiran si ibu. Anda boleh baca artikel saya Tips Memilih Set Bersalin yang pernah saya kongsikan dulu.


Apa yang terkandung dalam Set Bersalin Shaklee?


Set Bersalin Shaklee adalah terbaik
Set Bersalin Shaklee adalah terbaik


Sebenarnya Set Bersalin Shaklee ni adalah suplemen. Jadi ia tidak bahaya kepada anda dan bayi. Antara produk yang terkandung dalam Set Bersalin ini adalah:

1. Ostematrix

Untuk khasiat kalsium, magnesium untuk tulang anda. Di samping itu mengelakkan sembelit dan memudahkan tidur dan bangun tidur dengan segar.


2. ESP

Untuk khasiat protein, memberi tenaga dan memulihkan dalaman badan ibu, juga membantu memekatkan susu ibu.

3. B Complex

Sebagai anti stress, mengelakkan meroyan dan memanaskan badan.

4. Vita C SR Plus

Anti oksidan semulajadi, mengurangkan alahan dan menjaga kesihatan keseluruhan

5. Vitalea

Meningkatkan imun badan, membekalkan nutrisi dan vitamin mencukupi, membantu memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan, penting untuk fungsi pertumbuhan.

6. Zinc

Mengurangkan keguguran rambut, mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan sistem imun, mengurangkan masalah jeragat dan menyembuhkan daya seksual dan pertumbuhan organ.

Tambahan:


1. Lecithin

Membakar lemak berlebihan, membantu ibu mengatasi masalah short memory, mengurangkan masalah susu tersumbat.

2. Omega Guard

Untuk membakar lemak, memberikan khasiat DHA kepada bayi melalui susu ibu, membantu mengempiskan perut.

3. Alfalfa

Untuk melancarkan pengeluaran susu ibu, mengatasi masalah angin, dan memperbaiki masalah dalaman wanita, mengatasi masalah keputihan.


Testimoni Set Bersalin Shaklee Terbaik


Bagi saya pula, saya memang mencuba Set Bersalin Shaklee selepas bersalin anak kedua 2 tahun lalu. Alhamdulillah pengalaman yang sangat berbeza. Sebelum bersalin anak pertama saya sudah sediakan set bersalin HPA tetapi saya tidak gunakan. Jadi berpantang anak pertama tanpa set bersalin. Masa tu memang saya lambat sikit sembuh.

Pengalaman menggunakan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang anak kedua memang berbeza:

1. Cepat Sembuh

Luka cepat sembuh, dalam tempoh kurang seminggu luka dah baik pun.

2. Cergas

Baru beberapa hari bersalin jalan dah laju pun. Tapi kena hati-hatilah. Saya juga tahan juga malam-malam nak jaga baby walaupun kurang tidur.

3. Susu badan banyak sangat

Memang tak dinafikan lagi. Tahu tak masa berpantang sahaja lebih 200 paket susu saya dapat simpan. Kalau ikutkan stok susu yang saya sediakan walaupun bekerja mampu menampung keperluan sehingga umur baby 20 bulan juga. Lama tu.


4. Kulit Cantik

Ha, jangan tak tahu, walaupun tujuan kita ambil set untuk berpantang, secara tak langsung kulit jadi cantik, bebas jerawat. Sebab suplemen yang kita ambil tu ada juga fungsinya untuk penjagaan kulit. InsyaAllah kulit baby pun gebu dan elok je.

Anda juga boleh rujuk kepada testimoni di bawah:

Testimoni Czer atau luka pembedahan sembuh dengan Set Bersalin Shaklee
Testimoni Czer atau luka pembedahan sembuh dengan Set Bersalin Shaklee

Testimoni Set Bersalin Shaklee - tiada lagi rambut gugur, cergas, kulit cantik
Testimoni Set Bersalin Shaklee - tiada lagi rambut gugur, cergas, kulit cantik

Testimoni Set Bersalin Shaklee - turun berat badan
Testimoni Set Bersalin Shaklee - turun berat badan

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Anak G6PD
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Anak G6PD

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Pramatang / Pre mature
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Pramatang / Pre mature

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Jaundis
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Jaundis


Testimoni Set Bersalin Shaklee = Kurang berat badan, susu banyak
Testimoni Set Bersalin Shaklee = Kurang berat badan, susu banyak

Testimoni Set Bersalin Shaklee - cergas, susu banyak, bertenaga
Testimoni Set Bersalin Shaklee - cergas, susu banyak, bertenaga

Testimoni Set Bersalin Shaklee - tenaga, segar
Testimoni Set Bersalin Shaklee - tenaga, segar

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Badan bertenaga
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Badan bertenaga

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Baca juga:

1. Tips dan Amalan Mudah Bersalin
2. Tips Berpantang - Czer
3. FAQ Set Bersalin Shaklee
4. Set Bersalin Shaklee Sesuai Untuk Bayi G6PD
5. Pemakanan Ibu Selepas Bersalin
6. Menyediakan Herba Mandian Ibu Bersalin
7. Amalan Bengkung Selepas Bersalin
8. Kepentingan Suplemen Selepas Keguguran
9. Pudarkan Stretch Mark
10. Vitamins You Need In The Postnatal Phase
11. Importance Of Postnatal Vitamins

Ramai yang telah mencuba dan berjaya sembuh dan sihat dengan Set Bersalin Shaklee. InsyaAllah ianya selamat dan berkesan untuk anda juga. Ayuh dapatkannya segera dengan kami.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut atau Beli Sekarang.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Tuesday, 24 June 2014

Atasi Gastrik, Berpuasa Dengan Sihat dan Bertenaga

Masa saya kecil-kecil dulu, ada juga kawan-kawan saya bagi alasan tak puasa sebab gastrik. Saya memang rasa diorang ni betul ke main-main, saja nak elak puasa. Tapi sebab masa tu masih kecil, saya biarkan je la, bukan kes saya. Hahaha

Tapi betul ke gastrik tak boleh puasa?

Gastrik Tidak Halang Puasa


Gastrik Tidak Halang Puasa

Gastrik ni sejenis penyakit radang pada dinding perut. Tapi insyaAllah boleh dirawat. Biasanya sel perut kita ni akan hasilkan asid hidroklorik dengan PH1 hingga PH2, tujuannya untuk mencernakan makanan. Anda tahu tak, asid yang kuat ni sebenarnya boleh menghakis besi. Sebab itu sel perut juga menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.

Orang yang mengadu sakit perut bila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut, dan jika lepas makan pun masih rasa sakit, maksudnya dah jadi ulser perut disebabkan oleh lapisan mukosa dah lemah.


Tanda-tanda gastrik

1. Sakit perut pada bahagian atas abdomen / ulu hati
2. Perut senak
3. Berangin / pedih
4. Kembung perut
5. Kerap sendawa
6. Loya
7. Hilang selera makan
8. Turun berat badan

Sebenarnya gastrik tak berlaku pada bulan Ramadhan je, bahkan sentiasa berlaku jika tak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.

Masa berpuasa, sistem penghadaman kita berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun dan masalah sakit perut akibat asid yang tinggi tak timbul lagi.

Jadi sebenarnya masa puasa, sakit perut bukan sebab gastrik, tapi sebab tabiat pemakanan semasa berbuka.

Tips Berpuasa Bagi Pesakit Gastrik

1. Ketika berbuka, minum air dan kurma terlebih dahulu.
2. Sambung solat
3. Selepas solat boleh sambung makan berat. Jangan ambil lagi makan berat selepas daripada itu
4. Ketika bersahur, amalkan makanan yang tidak terlalu berat seperti kurma, oat, susu sebab ketika ini perut belum bersedia menerima makanan.

Selain menjaga pemakanan, anda juga boleh mengamalkan suplemen daripada Shaklee untuk membantu masalah gastrik:

1. Energizing Soy Protein (ESP)
2. Ostematrix
3. Peppermint Ginger

Set Gastrik Shaklee

Testimoni

Anda boleh rujuk kepada testimoni di bawah:

Gastrik sejak kecil, alhamdulillah kini boleh berpuasa penuh

Gastrik pun boleh puasa selepas ambil Set Puasa Shaklee

Gastrik sampai jadi kanser, pulih dengan Set Gastrik Shaklee

Mau cuba? Apa kata lakukan perubahan tahun ini agar dapat menyempurnakan Rukun Islam ke 3 dengan lebih mantap tahun ini. Jom hubungi saya untuk saya bantu anda dan keluarga lebih sihat.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Monday, 9 June 2014

Atasi Sakit Lutut / Lenguh Dengan Vivix dan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Saya tulis ni atas testimoni sendiri yang alami sakit lutut dan lenguh kaki sejak seminggu yang lalu. Seminggu lalu saya balik kampung, jadi takla bawa semua suplemen saya. Ini termasuk Vivix saya tak bawa. SCP pula saya hanya bawa beberapa paket sahaja.

Dijadikan cerita, mula sakit lutut seminggu lalu. Barulah ini saya rasa peritnya sakit lutut. Nak bergerak pun sakit, solat pun jadi masalah sekarang ni. Dah suruh husband urut, tapi masih tak berkurang. 

Semalam saya sampai rumah, terus teringat pada Vivix dan SCP. Mulanya ingat nak order Advanced Joint Health Tablet (AJHT), tapi sebab tak tahan, ingat nak cuba dulu Vivix dan SCP yang memang dah ada di rumah. 

Caranya:

1 sudu milo
1 paket SCP
1 sudu besar Vivix

Wah, memang sedap :) Seminggu tak minum, kemaruk juga ya. Minum sebelum tidur.

Ni kira-kira 2.30pg saya bangun, Alhamdulillah dah takde sakit tu. :) senyum baliklah.

Set Shaklee untuk kesihatan Sendi

Untuk kesihatan sendi, sememangnya ada set tersendiri iaitu:

1. Omega Guard
2. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
3. Ostematrix

Saya pernah kongsikan berkenaan "Sukar Gerakkan Kaki / Bengkak Lutut? Cegah Arthritis". Ia berkenaan set sendi tersebut yang boleh anda rujuk.

Tetapi mengapa SCP dan Vivix pun boleh hilangkan sakit sendi / tulang?

Keistimewaan Vivix

1. Memperbaiki DNA
Banyak produk kesihatan hanya membantu hingga tahap sel, tetapi Vivix mampu sehingga tahap DNA. Bukan ubah DNA tetapi memperbaiki dan merawati DNA yang bermasalah. 

2. Memperbaiki tenaga
Vivix dapat membantu menguatkan sel tubuh dan meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Vivix juga anti penuaan yang hebat.

Apa kebaikan Vivix?

1. Awet muda dan anti penuaan
2. Merencatkan sel kanser dari semakin serius
3. Melindungi jantung
4. Mengurangkan komplikasi diabetes
5. Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi dan melindungi saraf
6. Melambatkan dan mengurangkan komplikasi Alzheimer
7. Membantu pesakit parkinson
8. Membantu memulihkan pesakit strok
9. Meningkatkan imun badan
10. Menggalakkan kesihatan keseluruhan

Saya ambil vivix memang untuk no. 10, iaitu untuk menyokong kesihatan keseluruhan. Alhamdulillah di masa-masa kecemasan sangat membantu.

Perasan tak kebaikan No.5 adalah untuk kesihatan sendi? Ini sebab Vivix mengandungi bahan yang disebut sebagai Elderberi yang telah digunakan secara tradisional untuk masalah arthritis (sejenis sakit sendi). Apakah Elderberi? Jadi sebab itulah sakit lutut pun boleh hilang dengan Vivix.

Anda boleh baca lanjut berkenaan Vivix: Apa Istimewanya?

Bagaimana pula dengan SCP? Mengapa boleh atasi sakit lutut / lenguh?

Dalam posting saya sebelum ini Anda Tak Perlu Jadi Artis Untuk Cantik, saya dah sebutkan fungsi-fungsi SCP. SCP ni bukan sekadar kolagen, malah turut penting untuk kesihatan sendi dan sakit lutut. 

Ini disebabkan salah satu kandungannya iaitu Ekstrak kulit kerang. Ekstrak kulit kerang ini mengandungi glukosamine sebagai pelincir sendi (penting untuk mereka yang sakit sendi), menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.

Kalau anda pernah jumpa doktor, memang doktor menyarankan pengambilan suplemen yang mengandungi unsur glukosamine untuk melancarkan sendi. Anda boleh baca fakta berkenaan kepentingan glukosamin. Memang sangat popular di kalangan pesakit lutut, pesakit sendi. 

Ha, dah terjawabkan?

Jadi, anda ada pilihan untuk kesihatan sendi / sakit lutut dan lenguh

1. Set Asas Omega Guard + AJHT + Ostematrix

2. Vivix + SCP

3. Vixix

Pilihan Set Sendi Lutut Shaklee

Jom sama-sama sihat. Saya bantu anda dan keluarga terus sihat. Dapatkan set anda hari ini dengan hubungi saya di nombor tertera di bawah.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner Konsultansi percuma