Vitamin Cerdik: collagen Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label collagen. Show all posts
Showing posts with label collagen. Show all posts

Monday, 29 September 2014

6 Sebab Anda Perlukan Collagen

Ok hari ini saya nak kongsi dengan anda beberapa sebab yang menyebabkan anda memerlukan Collagen. 

6 Sebab Anda Perlukan Collagen
Garis Halus Bawah Mata 

Apakah Collagen

Nama Collagen berasal dari Yunani, Colla bermaksud "gam" dan akhiran -gen menandakan  "mengeluarkan". Ini merujuk kepada penggunaan awal sebatian dalam proses mendidih kulit dan urat kuda dan haiwan lain untuk mendapatkan gam. Jadi Collagen ini merupakan pelekat yang memegang tisu penghubung dalam badan kita.

Collagen merupakan struktur protein utama dalam pelbagai tisu penghubung pada manusia. Sebagai komponen utama tisu penghubung, ia adalah protein yang paling banyak terdapat dalam mamalia seperti manusia. Collagen membentuk 25% hingga 35% daripada kandungan protein seluruh badan. 

Collagen wujud dalam bentuk gentian halus memanjang, kebanyakannya ditemui dalam tisu berserat seperti tendon, ligamen dan kulit. Ia juga banyak terdapat dalam kornea, tulang rawan, tulang, saluran darah, usus, cakera intervertebral dan dentin gigi. 

Dalam tisu otot, ia berfungsi sebagai komponen utama endomysium. Collagen merupakan satu hingga dua peratus tisu otot, dan akaun untuk 6% daripada berat badan yang kuat, otot mengotot. Fibroblast adalah sel yang paling biasa yang mencipta kolagen.


Thursday, 25 September 2014

Cara Rawat Kulit Kering Dengan Cepat

Sebenarnya ramai je yang ada masalah kulit, ini termasuk kulit berminyak, berjerawat dan kulit kering. Saya sendiri alami kulit berminyak, tapi kadangkala tangan dan kaki jadi terlampau kering. 

Kulit kering biasanya disebabkan oleh kekurangan vitamin, kekurangan air dalam tubuh atau terlalu lama berada dalam tempat beraircond (penghawa dingin). Kulit kering akan merosakkan penampilan kita jika tidak dirawat dengan betul.



Cara Rawat Kulit Kering Dengan Cepat
Cara Rawat Kulit Kering Dengan Cepat

Tuesday, 23 September 2014

Collagen Powder Selamat Untuk Ibu Menyusu

Mesti ramai tertanya-tanya, saya menyusu, bolehkah saya ambil juga Collagen powder? Tujuannya mereka juga nak rasa cantik, ada masalah sendi. Maklumlah bila menyusu kita bimbang ada masalah pada susu yang akhirnya memberikan masalah kepada bayi seperti perut kembung, rashes dan lain-lain.

Bolehkah Collagen Powder Diambil Oleh Ibu Menyusu?


Collagen Powder Selamat Untuk Ibu Menyusu
Sumber Collagen dalam badan kita

Monday, 15 September 2014

Rawat Sakit Sendi Dengan Collagen Powder

Sakit lutut dan sakit sendi saling berkait rapat. Sakit lutut berlaku sebab tulang rawan mula haus dan terhakis dan sebab bahan yang dinamakan sebagai Collagen dalam tulang rawan mula rosak dan berkurangan.

Ada seorang customer saya beritahu, disebabkan beliau kerap mengadu sakit sendi dan lutut, doktor beliau mencadangkan pengambilan suplemen Collagen. 

50% daripada tulang rawan memang terdiri daripada Collagen. Collagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Selepas umur 20an, Collagen ini mula terhakis dalam tulang rawan (cartilage).

Badan boleh menghasilkan Collagen dengan sendiri, bagaimanapun masalah berlaku apabila bilangan Collagen yang dihasilkan oleh badan tidak dapat lagi menampung keperluan menggantikan bilangan Collagen yang rosak tadi.

Rawat Sakit Sendi Dengan Collagen Powder
Collagen Penting Untuk Kesihatan Sendi

Saturday, 13 September 2014

Cara Dapatkan Kulit Flawless Dan Sihat

Hujung minggu lepas saya ada hadiri kenduri sempena pergi haji, ni ex boss saya. Masa tu ada lah berkenalan dengan seorang makcik ni. Beliau cerita tentang camera 365 untuk menampakkan kulit flawless. Kelakar orangnya. Saya memang tak reti juga pasal camera ni, sebab diri sendiri pun hanya bergantung kepada kamera handphone.

Katanya kalau guna kamera 365 tu nampak kulit flawless, muda remaja terus. Tapi kalau orang jumpa kita live, memang kecewalah sebab rupa-rupanya "hampeh".

cara dapatkan kulit flawless dan sihat
Camera 360 ibarat menipu diri sendiri, masalah tetap ada

Thursday, 11 September 2014

Collagen Powder Untuk Ibu Hamil

Ada yang bertanya, kalau hamil boleh ke ambil Collagen Powder ni? Wah wah ibu hamil pun mestilah nak cantik jugak, jangan tak tahu.

Ibu hamil boleh mengambil Collagen Powder... TETAPI hanya sebagai masker sahaja. 

 Collagen Powder Untuk Ibu Hamil
Masker Collagen Powder


Apakah Fungsi Collagen Powder Untuk Ibu Hamil?


1. Mencantikkan kulit

Walaupun tak minum Collagen Powder, disebabkan Collagen Powder merupakan serbuk yang mudah serap, maka ia boleh dibuat masker dan disapukan pada kulit muka.

Tuesday, 9 September 2014

Testimoni Collagen Powder Shaklee

Rasa tak lengkap kiranya cerita pasal Collagen Powder tapi tak update tentang testimoni pengguna Collagen Powder.

Tapi sebelum tu, mari kita mengulangkaji kebaikan dan manfaat Collagen Powder ni.

Kebaikan dan Manfaat Collagen Powder

1. Anti penuaan
Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus.

2. Kecantikan kulit dan rambut
Menjadikan kulit dan rambut lebih sihat, glowing dan cantik walaupun tanpa make up.

3. Membantu mengurangkan jeragat dan jerawat
Mengurangkan pigmentasi, jeragat, masalah jerawat dan tona tidak sekata

4. Menganjalkan kulit dan payudara
Membantu menegangkan kulit muka dan menganjalkan payudara. Juga menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut.

5. Sebagai sokongan kesihatan sendi
Meningkatkan pergerakan serta menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.

6. Membantu kelembapan kulit
Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada kulit muka.

Anda boleh baca di artikel kami FAQ Shaklee Collagen Powder untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Collagen Powder.


Friday, 5 September 2014

Mengapa Shaklee Collagen Powder Mahal?

Sana sini orang bercakap pasal kolagen. Seingat saya beberapa tahun lepas kolagen ni sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, ada yang murah, ada yang mahal. Belum tahu lagi apa sebab murah dan apa yang menyebabkannya mahal pula. Masa tu macam-macam produk berasaskan kolagen berada di pasaran. Dan kolagen juga daripada pelbagai sumber, contohnya:

* lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
* haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung
* tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus
* yak – produk dari China
* manusia - janin yang digugurkan

Saya telah menulis sebelum ini berkenaan 8 Panduan Memilih Kolagen Terbaik, namun artikel kali ini lebih menjurus kepada ramuan utama kolagen yang terbaik dan patut menjadi pilihan. Jangan lupa baca sampai habis, kerana anda akan diberitahu bagaimana mendapatkan SCP pada harga promosi bulan ini.

Mengapa Shaklee Collagen Powder Mahal?
Sumber kolagen dalam tubuh


Wednesday, 3 September 2014

Panduan Memilih Kolagen Terbaik: Semestinya SCP

Banyak sangat kolagen di pasaran. Ada yang diperbuat daripada 

* lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
* haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung
* tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus
* yak – produk dari China
* manusia - janin yang digugurkan

Justeru amat penting untuk mengetahui apakah kolagen terbaik untuk pilihan anda.

Soalnya macamana nak pilih kolagen terbaik?

Di bawah adalah 8 Panduan Memilih Kolagen


SCP Kolagen Terbaik
SCP Kolagen bukan sekadar untuk cantik

Friday, 18 July 2014

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat

Rimas tak kalau ada jerawat atas muka? Adoi atas hidung, kat dahi, kat pipi... dah la raya dah dekat ni. Dah la sakit, risau pulak lagi kalau-kalau jadi parut pulak. Ada tak cara hilangkan jerawat dengan cepat ni?


Jerawat di wajah sangat mengganggu
Jerawat di wajah sangat mengganggu

Oh Tidakkkk!!

Oopps jangan risau. Bawak bertenang sikit ya. Memang boleh sangat hilangkan jerawat dengan cepat, anda cuma perlu baca artikel ini selanjutnya.

Suplemen Yang Baik Untuk Hilangkan Jerawat


Ada beberapa suplemen keluaran Shaklee yang memang bagus untuk menghilangkan jerawat. Antaranya:

1. Vita E Complex


Melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit, membantu mengecutkan jerawat, dan memudarkan parut jerawat.

2. Vita C SR Plus


Anti oksida yang kuat, membantu penghasilan kolagen, memberikan kulit lebih sihat, cantik dan gebu.

3. ESP


Sebagai protein berfungsi membina sel-sel badan yang sihat dan menghasilkan kulit yang sihat.

4. CoQ Health


Membantu peredaran darah yang sihat dan memberikan tenaga kepada sel kulit.

5. Shaklee Collagen Powder (SCP)


Menjadikan kulit lebih lembap, keanjalan kulit, mengurangkan pigmentasi, memudarkan parut, jeragat dan tona tidak sekata.

6. Vivix

Merawat sehingga ke tahap DNA. 

Antara semua-semua tu, saya memang rekemen 2 produk yang memang akan menampakkan kesan hilangkan jerawat dengan cepat, iaitu SCP dan Vivix.


Hilangkan jerawat dengan cepat dengan Vivix dan Shaklee Collagen Powder
Hilangkan jerawat dengan cepat dengan Vivix dan Shaklee Collagen Powder


Bagaimana SCP dan Vivix Membantu Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat


1. SCP


SCP merupakan kolagen terhebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale), ia merupakan kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia sangat mudah diserap, bermolekul sangat ringan kira-kira 1,000 Dalton. Bila ia ringan, maka ia mudah diserap oleh badan dan cepat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 

Kandungan Shaklee Collagen Powder yang hebat
Kandungan Shaklee Collagen Powder yang hebat


Ada ujian klinikal membuktikan SCP terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan dalam masa 8 minggu. Saya pernah dapat testimoni paling cepat kesan dalam tempoh 5 hari.

Ujian Klinikal telah membuktikan Shaklee Collagen Powder bagus untuk kulit anda
Ujian Klinikal telah membuktikan Shaklee Collagen Powder bagus untuk kulit anda


Kesannya kulit lebih flawless, jerawat kecut sampai dah segan nak naik dah jerawat tu. Seriusly, saya ambil SCP ni. Kulit saya memang dulu lagi memang sentiasa berminyak. Saya perasan lepas ambil SCP kulit saya dah lebih lembap, jerawat makin kurang. InsyaAllah terbukti menghilangkan jerawat dengan cepat. Kalau jerawat naik pun memang cepat hilang. Apa lagi... yahooo!!!

2. Vivix


Anda tahu berkenaan radikal bebas? Radikal bebas nilah penyebabkan jerawat atau penyakit-penyakit lain. Vivix mengandungi Resveratrol dan polifenol yang tertinggi dan dapat merencatkan radikal bebas ini dan memperbaiki sel badan anda sehingga ke tahap DNA. Bila radikal bebas direncatkan, sel badan anda sihat inilah yang menyebabkan jerawat hilang dan segan nak naik dah.

Kadar Resveratrol yang tinggi dalam Vivix
Kadar Resveratrol yang tinggi dalam Vivix membantu kesihatan keseluruhan

Salah satu penyebab tumbuhnya jerawat ialah banyaknya sel kulit mati yang tidak diganti. Bagi sebab ini, Vivix juga mampu mencegah penghasilan AGE protein. AGE protein ni adalah gula berlebihan dan juga protein. Dengan meningkatnya protein AGE akan menyekat penghasilan dan fungsi kolagen dan elastin. Lagi banyak AGE dalam badan, lagi mudah kulit menjadi rosak akibat kerosakan oleh cahaya matahari. 

Justeru peranan Vivix ni untuk menghalang AGE daripada dihasilkan secara semberono. Maka bolehlah dikurangkan sel mati itu berkali-kali ganda. Dengan cara ini jerawat pun hilang, kulit anda flawless.

Vivix mencegah penghasilan AGE protein, menjadikan kulit lebih sihat
Vivix mencegah penghasilan AGE protein, menjadikan kulit lebih sihat


Testimoni Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat 


Anda boleh merujuk testimoni di bawah bagaimana kedua-duanya boleh membantu hilangkan jerawat dengan sangat cepat.


Testimoni kulit cantik dengan shaklee collagen powder
Testimoni Kulit Cantik Dengan SCP

Kulit pulih sunburn, jerawat tiada lagi dengan Shaklee Collagen Powder
Kulit pulih sunburn, jerawat tiada lagi dengan Shaklee Collagen Powder

Testimoni Vivix kulit lembut dan halus
Testimoni Vivix kulit lembut dan halus 
Testimoni Jerawat Pudar dalam 3 hari
Testimoni Jerawat Pudar dalam 3 hari
Jangan tunggu lagi, memang ni terbukti berkesan untuk anda. Ayuh dapatkan set ini untuk menghilangkan jerawat dengan cepat. Anda boleh Beli Sekarang atau hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Artikel berkaitan:

1. Kulit flawless, Bebas Jerawat
2. Cara Hilangkan Jerawat Dengan Shaklee

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Sunday, 6 July 2014

Kulit Cantik Berseri Walaupun Berpuasa

Bagaimana nak dapatkan kulit cantik berseri, terutama sedang berpuasa?


Ada sapa-sapa yang baca dalam akhbar hari ini tentang artikel di bawah? Tak ingat saya, mungkin sisipan dalam Berita Harian. Walaupun puasa, mestilah nak nampak anggun cantik berseri juga kan, tapi bagaimana? Sebab bila puasa, kita kurang minum air, dengan cuaca tak menentu lagi menyebabkan efek kepada kulit kita.
Kulit Berseri walaupun berpuasa untuk persediaan hari raya
Kulit Berseri walaupun berpuasa

Tips kulit cantik berseri walaupun sedang berpuasa



1. Pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi boleh meningkatkan kulit cantik berseri


Tidak dinafikan pentingnya pengambilan air, tapi time berbuka ramai antara kita suka ambil air manis kan. Jadi kenalah beringat juga, sebab pengambilan air kosong juga sangat penting. Biasanya saya buat selepas berbuka saya mesti ambil 1.5 liter. Selebihnya 1liter saya ambil masa bersahur.

Bagi elakkan dehidrasi anda boleh amalkan pengambilan Performance Drink. Ia mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LTYE dengan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.


Performance Drink bantu tingkatkan stamina walaupun berpuasa. Jika ia banyak membantu para atlit, tentu ia mampu membantu anda berpuasa.




2. Pengambilan makanan kaya serat bantu kenyang lebih lama ketika berpuasa



Pengambilan makanan kaya serat sebenarnya bertujuan untuk memastikan nutrisi yang mencukupi kepada badan. Justeru sebenarnya tidak cukup dengan pemakanan, sebab memang recommended daily intake takkan sempat kita ambil dalam sehari-harian. 

Justeru untuk dapatkan kulit yang berseri, amalkan juga pengambilan suplemen. Suplemen yang bagus untuk kulit seperti Vivix, Shaklee Collagen Powder dan Vita C SR Plus. Dalam tempoh 14 hari insyaAllah anda akan dapati kulit anda berseri dan tanpa celaan.


Cukuplah dengan pengambilan di atas sahaja, insyaAllah kulit anda akan glowing, berseri walaupun tanpa make up, meskipun anda sedang berpuasa



Meh kita lihat testimoni yang ada:




Testimoni SCP bantu kulit berseri, tanpa jerawat walaupun berpuasa
Testimoni SCP bantu kulit berseri, tanpa jerawat

Kulit berseri untuk raya? InsyaAllah boleh! walaupun anda berpuasa
Kulit berseri untuk raya? InsyaAllah boleh!

Vivix bantu kulit cantik berseri, tona lebih sekata
Vivix bantu kulit berseri, tona lebih sekata

Bebas jerawat batu dengan Vivix, kulit tampil cantik berseri
Bebas jerawat batu dengan Vivix, kulit tampil cantik berseri

Justeru, walaupun berpuasa sebenarnya anda masih boleh mendapatkan kulit cantik berseri, almaklum menjelang raya ni semua orang nak nampak anggun kan.

Anda nak juga? Anda boleh buat pembelian sendiri secara online di Beli Di Sini, Klik Aje eSell. Buat pembayaran dan tunggu barang anda sampai di pintu rumah. Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan jadual vitamin anda.

Tapi kalau nak COD atau nak melalui saya juga boleh hubungi saya di nombor tertera di bawah.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 


 https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 

PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Friday, 4 July 2014

Jom Cantik, Anggun Berseri Di Hari Raya

Alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa, di samping melaksanakan ibadah puasa, tentu anda juga sibuk melakukan persediaan hari raya kan. Selain kuih muih dan pakaian raya, ada 1 perkara penting yang selalu kaum wanita akan pastikan... untuk tampil cantik, anggun dan berseri di hari raya.

Raya kan mestilah sana sini orang nak bergambar, selfie bagai. Haish takkan nak bergambar dengan segala macam jeragat, jerawat, kulit kusam tu? Saya pernah laluinya dulu, memang takmo ambil gambar sangat pun. Tapi sampai bila kan? 

Nak lagi kita dah kawin, mestilah nak cantik untuk suami, untuk bergambar anggun dengan anak-anak. Macamana ni?

Tak perlu guna make up pun, tanpa bedak bagai tapi anda mampu tampil cantik berseri di hari raya. Mampukah dalam tempoh 2 minggu ni nak cantik berseri di hari raya? Jawapan saya memang boleh sangat.

Rahsianya ialah dengan pengambilan:

1. Energizing Soy Protein (ESP)
- Mengandungi asid amino yang penting dalam pembinaan sel tubuh
- Mengekalkan kulit muda dan otot
- Memastikan sentiasa bertenaga
- Merangsang regenerasi kulit dan otot
- Memulihkan kedutan
- Sebagai anti penuaan
- Mengembalikan keserian kulit
- Kelembutan otot
- Mempercepatkan pemulihan luka
- Menghilangkan parut

2. Shaklee Collagen Powder (SCP)


- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
- Memulihkan masalah kulit seperti parut, kedutan dan garis-garis halus (penuaan)
- Mencantikkan dan menyuburkan rambut
- Menegangkan payudara
- Menguatkan tulang
- Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi dengan merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru
- Melambatkan proses penuaan kulit

- Memulihkan jerawat dan jeragat



3. Vivix
- Memperbaiki sel
- Anti penuaan, menampakkan kulit 25 tahun lebih muda
- Mengurangkan inflamasi
- Meningkatkan penghasilan tenaga pada sel
- Mengelakkan akumulasi protein AGE (sejenis agen penuaan)
- Mencantikkan, melembutkan dan menghaluskan kulit
- Menyokong kesihatan keseluruhan

Anda boleh rujuk kepada testimoni di bawah


Kulit berseri dengan pengambilan Vivix

Masalah jerawat batu pulih dengan Vivix
Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada artikel saya sebeum ini Raya Dah Dekat, Bebas Jerawat, Jeragat Dalam 14 Hari untuk testimoni yang lebih banyak berkenaan SCP dan ESP.

Jom dapatkan segera, anda pun berhak untuk cantik, anggun dan berseri di Hari Raya. Hubungi saya mengikut nombor tertera di bawah.

Atau anda boleh membeli secara online di eSell. Klik je, mudahnya Online!

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Saturday, 28 June 2014

Raya Dah Dekat, Bebas Jerawat, Jeragat Dalam 14 Hari!

Oh, memanglah 2 hari lagi nak puasa kan, tapi kalau anda nak rawat masalah kulit anda yang masih berminyak, berjerawat, jeragat, apa kata anda mulakan dari sekarang?

Raya nanti, semua orang mengerlip. Lip lap sana lip lap sini. Semua orang bergambar. Takkan kita je tak bergambar? Sebab kulit kusam tak berseri, penuh jerawat, jeragat bertahun-tahun dok tang tu. Baru lepas solat raya, kulit dah berminyak sakan... adeh macamana ni? 

Malula nak ambik gambar, malula nak gi jenjalan. Mesti orang tegur

"Hang nak pakai xxx tak? Boleh kurangkan jerawat"

"Gi jumpa pakar kulit dak?

Grr... itu pulak soalannya, bukannya nak tanya khabar kita. 

Nak-nak lagi yang nak bertunang, nak kawin, lagi sengsara. Jadi fokus tu, tutupla camana pun dengan makeup, kesannya sementara je. Depan suami? Grrr malunya!

Dulu itulah masalah saya. Masalah kulit yang saya tanggung bertahun-tahun. Dan memang malulah nak bergambar sakan macam orang lain yang high confident. Saya jadi sampai tak confident dengan diri terus. Sebab muka banyak jerawat, jeragat, kulit jenis berminyak.

Anda boleh rujuk posting saya Masalah kulit? Tidak lagi dengan Set Kulit Shaklee. Dalam artikel itu saya tuliskan beberapa produk yang saya gunakan hingga kulit jadi flawless macam ni, daripada kulit berjerawat dan berjeragat.


Secara asasnya set kesihatan dan kecantikan kulit Shaklee ini 

- Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
- Mencegah penuaan
- Menjadikan kulit lebih kenyal
- Mencerahkan kulit
- Menjaga kulit dari sinaran UV
- Mengurangkan parut jerawat dan jeragat
- Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
- Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
- Menjadikan wajah lebih berseri dan gebu


Set ini mengandungi di bawah:


Vitamin E Complex

- Memperbaiki parut
- Mengurangkan jerawat dan jeragat
- Memulihkan tekstur kulit
- Memberikan tona muka sekata
- Mengurangkan kedut dan garis halus

Vitamin B Complex

- Melembapkan kulit
- Menaikkan seri wajah (glowing gitu)
- Melancarkan peredaran darah
- Anti stress (stress memudahkan jerawat naik ke muka)

Vita C Plus Sustained Release

- Membentuk kolagen
- Menghilangkan kedut
- Mencerahkan kulit
- Menghilangkan jeragat
- Merawat kulit kasar dan kering

Energizing Soy Protein (ESP)

- Mengandungi asid amino yang penting dalam pembinaan sel tubuh
- Mengekalkan kulit muda dan otot
- Memastikan sentiasa bertenaga
- Merangsang regenerasi kulit dan otot
- Memulihkan kedutan
- Sebagai anti penuaan
- Mengembalikan keserian kulit
- Kelembutan otot
- Mempercepatkan pemulihan luka
- Menghilangkan parut

Shaklee Collagen Powder (SCP)


- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
- Memulihkan masalah kulit seperti parut, kedutan dan garis-garis halus (penuaan)
- Mencantikkan dan menyuburkan rambut
- Menegangkan payudara
- Menguatkan tulang
- Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi dengan merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru
- Melambatkan proses penuaan kulit

- Memulihkan jerawat dan jeragat


Saya paling suka SCP! Yang lain saya ambil juga, tapi SCP ni saya tak boleh miss. Anda boleh baca sini SCP Bukan Sekadar Untuk Kulit. Hasil pantas, kulit cantik, memang puas hati. Memang takde jerawat dan jeragat, kulit pun tak berminyak.

Produk Shaklee tak beri kesan mengelupas, kesan kemerah-merahan sehingga merosakkan kulit. Sebab produk Shaklee dirumus daripada bahan semulajadi, insyaAlah selamat kepada semua. Ia juga Halal, dan mempunyai kajian ke atas setiap produknya at least 100 kajian ke atas setiap satu produk. Memang Shaklee jaga sangat dengan kualiti produknya. 

Bukan macam sesetengah produk yang tempek jenama sahaja, sedangkan tak tahu apa ingredients yang digunakan. Anda boleh baca Jauhi Produk Beracun.


Kadangkala orang skeptikal pada testimoni. Ya, saya faham anda mungkin ingat saya guna fotoshop. Ya, ini saya tunjukkan kepada anda testimoni yang ada, memang inilah testimoni yang terbukti benar

Kulit Bebas Jerawat, tiada lagi parut

Kulit berseri, tiada lagi kulit kusam

Kulit bebas minyak, tiada jerawat dan tanpa parut

Ada parut chicken pox? InsyaAllah pun boleh hilang
Amacam? Raya ni buat kejutan kepada semua kenalan dan saudara mara. Anda yang lebih cantik, menawan, gojes, sampai semua orang jeles. InsyaAllah saya yakin anda dapat capai yang anda inginkan.

Set Kulit Shaklee Untuk kulit bebas Jerawat, jeragat dalam 14 hari


Cepat hubungi saya, fast action fast result.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Wednesday, 25 June 2014

Atasi Kulit Kusam Dalam 14 Hari

Ramai sebenarnya yang memang ambil berat tentang penjagaan kulit masing-masing, terutama kaum wanita. Salah satu masalah kulit yang berlaku adalah kulit kusam. 

Kulit kusam adalah kulit yang hilang seri dan nampak kusam yang disebabkan oleh timbunan sel-sel kulit mati di permukaan kulit. Sebab timbunan sel mati ni dah lama, jadilah kulit tu kusam. 

Masalah kulit kusam disebabkan oleh:
1. Sinaran matahari (ultra violet)
2. Pencemaran
3. Nutrisi pemakanan yang tidak seimbang
4. Rokok dan alkohol
5. Genetik

Masalah kulit kusam ini akan semakin bertambah dengan meningkatnya usia.

Tips merawat kulit kusam

1. Eksfoliasi 
Menggunakan buah-buahan yang mengandungi asid alfa hidroksil seperti betik, nenas dan aprikot. Caranya dengan memotong kecil, lumatkan dan ratakan pada kulit muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas. Lakukan 2 kali sehari. Kaedah ini dapat melupuskan sel kulit mati di bahagian paling atas kulit segaligus menyerlahkan warna dan kulit yang sebenar.

2. Gunakan pelembap
Gunakan bahan yang boleh merangsang pembentukan kolagen di bawah kulit seperti Vita C dan Vita E Complex, juga Shaklee Collagen Powder (SCP).

3. Hidrasi kulit
Pastikan minum air mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk memastikan hidrasi kulit pada paras optima supaya kulit lebih lembut berseri. Sebab itu SCP juga sangat sesuai sebab ia mempunyai keupayaan menahan sehingga 6 liter air, justeru kulit sentiasa lembap dan berseri.

4.  Nutrisi dalaman
Ini adalah antara kaedah selamat, efektif, mudah dan murah berbanding laser. Kekurangan nutrisi dalam badan akan terus terserlah melalui organ terbesar kita iaitu kulit. Kami mengesyorkan pengambilan suplemen berikut untuk memberikan kesan segera seawal 7 hari dan memberi faedah dari sudut kesihatan, cantik sudah tentulah.

a) Energizing Soy Protein
b) Vita C SR
c) Vita E Complex
d) Shaklee Collagen Powder
e) B Complex


Set Kulit Cantik Shaklee untuk atasi kulit kusam

Testimoni

Saya sendiri amalkan suplemen tersebut. Memang dah takde kulit kusam pun, alhamdulillah. Lain-lain masalah kulit pun tiada di samping kesihatan yang semakin baik.

Anda boleh rujuk Rahsia Kulit Putih Berseri dan Gebu Dengan Shaklee.

Anda juga boleh merujuk Tips For Glowing, Gorgeous Skin.

Lain-lain testimoni kulit kusam sebagaimana di bawah:

Memang ketara perbezaan dulu dan sekarang, babai kulit kusam

Happy la akak ni, kulit berseri gitu

Ini satu lagi, sangat ketara perbezaannya, tiada lagi kulit kusam

Testimoni kulit kusam dengan Set Kulit Shaklee

Lagi testimoni kulit berseri dengan Shaklee
Dah dekat raya ni, bertindaklah segera untuk dapatkan kulit yang sihat, menawan dan berseri. Hubungi saya untuk konsultansi percuma ya.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma