Vitamin Cerdik: performance drink Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label performance drink. Show all posts
Showing posts with label performance drink. Show all posts

Saturday, 5 July 2014

Kenyang Lebih Lama Dengan Set Puasa Cergas Shaklee

Betulke boleh kenyang lama dengan Set Puasa Shaklee?


Dah 6 hari berpuasa, 6 hari jugalah saya belum mula makan nasi. Ini memang satu kepelikan sebab bila puasa memang nasi menjadi kewajipan kepada saya, terutama masa sahur. Sedari kecil memang diajar sahur makan nasi.

Saya jadi pelik bila ada kawan-kawan yang tak makan nasi time sahur. Pelik sebab mereka boleh tahan sampai waktu berbuka.

Ada juga orang yang berpuasa dan menyusu / hamil rasa hampir nak pengsan. Sebab bila hamil / menyusu, anda perlukan bendalir yang banyak dalam badan, di samping dapat berikan tenaga kepada anda. Justeru sangat penting sebenarnya memastikan kita kenyang lebih lama semasa berpuasa.

Sejak berShaklee, apa yang saya belum cuba kan?

Apa kelebihan Set Puasa Shaklee?


Tahun ini, julung-julung kali saya cuba Set Puasa Cergas Shaklee, tanpa pengambilan nasi atau hidangan berat. Samada sahur atau berbuka, memang tak ambil nasi atau hidangan berat. TAPI yang peliknya:


1. Saya rasa kenyang lebih lama, takde perut berbunyi. 


Kalau makan nasi, confirm jam 10pg lagi dah berdondang sayang perut ni.


2. Saya kurang rasa dahaga, tiada dehydration. 


Hari ke3 saya rasa juga dehydration tu, rasa macam nak pengsan. Hari ke 4 saya start ambil Performance Drink, hasilnya memang sangat mengujakan. Tipula kalau kata tak dahaga langsung, tapi kuranglah rasa dahaga. Yang penting tiada dehydration. Power kan Set Puasa Shaklee ni?


3. Rasa cergas, bertenaga. 


Sampai ada sorang doktor tanya saya "U ni tak puasa ke?" Amboi doktor, mestilah saya puasa. Ini nak menunjukkan rasa tenaga yang ada meskipun saya puasa.


4. Kulit saya, mestilah rasa muda, flawless gitu. 


Sebab ESP dan Mealshake adalah protein yang memberikan sel-sel sihat kepada tubuh saya. Performance Drink pula bantu elak bibir merekah disebabkan berpuasa.


Apa yang ada dalam Set Puasa Cergas Shaklee?




Tenaga sepanjang hari dan kenyang lebih lama dengan Set Puasa Shaklee

Set puasa Shaklee membantu memberikan tenaga hari anda disamping membantu melaraskan paras cecair dan menggantikan semula tenaga selepas berpuasa. Apa yang ada dalam set puasa ni?


1. Mealshake

Kaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan Vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat. Juga bertindak sebagai milk booster kepada ibu menyusu. Mealshake juga baik untuk kulit.

Anda boleh rujuk artikel saya Mealshake Untuk Kanak-kanak dan Anda


2. Performance Drink

Minuman isotonik semulajadi yang rendah sodium dan gula. Ia juga mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir yang boleh menyebabkan badan cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Ia juga mengekalkan kelembapan kulit.

Anda boleh rujuk artikel saya Kelebihan Performance Drink


3. Energizing Soy Protein



Membekalkan long lasting energy, mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Ia juga sebagai milk booster kepada ibu menyusu, mencantikkan walaupun tidak bermekap semasa berpuasa. ESP diperkaya dengan kalsium justeru engurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.

Anda boleh rujuk artikel saya ESP Penjana Tenaga

Apakah testimoni pengguna tentang Set Puasa Shaklee?


Set puasa Shaklee bukanlah masih baru dalam pasaran, ia telah lama dan telah ramai yang menggunakannya dengan selamat. Berikut adalah testimoni lagi pengguna yang telah menggunakan Set Puasa Shaklee


Kanak-kanak belajar berpuasa, kenyang lebih lama kekal cergas dan certas. Kulit pun cantik dah
Kanak-kanak belajar berpuasa, kenyang lebih lama kekal cergas dan certas. Kulit pun cantik dah

Set Puasa elak melepek tak bermaya, kenyang lebih lama
Set Puasa elak melepek tak bermaya

Rasa segar dan kenyang lebih lama meskipun berpuasa
Rasa segar dan kenyang lebih lama meskipun berpuasa

Lupa ambil Set Puasa Shaklee, terus rasa tak bermaya
Lupa ambil Set Puasa Shaklee, terus rasa tak bermaya

Susu banyak juga walaupun berpuasa, elak kurang tenaga
Susu banyak juga walaupun berpuasa, elak kurang tenaga

Menyusu dan puasa memang menguji, insyaAllah Set Puasa Shaklee boleh membantu
Menyusu dan puasa memang menguji, insyaAllah Set Puasa Shaklee boleh membantu
Apa yang saya kongsikan di atas adalah pengalaman saya sendiri sebagai pengguna Set Puasa Shaklee. Alhamdulillah setakat ini memang membantu saya untuk terus bertenaga, cergas, kenyang lebih lama disamping menjaga kulit agar sentiasa berseri.

Anda nak juga? Anda boleh buat pembelian sendiri secara online di Beli Di Sini, Klik Aje eSell. Buat pembayaran dan tunggu barang anda sampai di pintu rumah. Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan jadual vitamin anda.

Tapi kalau nak COD atau nak melalui saya juga boleh hubungi saya di nombor tertera di bawah.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

 https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Monday, 30 June 2014

Tingkatkan Stamina Dengan Performance Drink Walaupun Berpuasa

Fuh melalui berpuasa pada hari pertama Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Alhamdulillah bumi bertuah juga disimbahi hujan, walaupun ramalan cuaca bulan lepas menyatakan Jun hingga September akan berlaku kemarau. Itulah tanda kekuasaan Allah.

Melalui hari pertama Ramadhan hari ini, saya dah sesuaikan sedikit jadual pengambilan suplemen. Yelah sebab kita hanya ada 2 masa: Sahur dan berbuka. Jadi kena sesuaikannya. Bagi pelanggan-pelanggan saya, jemput hubungi saya untuk dapatkan jadual pengambilan suplemen di bulan Ramadhan ya.

Berpuasa tahun ini lain sikit, sebab melaluinya dengan cuaca yang tak menentu: panas, hujan dan berjerebu. Berjerubu makes it worst. Jerebu ni bawa penyakit, sebab itu disarankan anda tingkatkan imun badan untuk menghadapinya.

Ada juga yang berpuasa jadi lembik terus, tak mampu buat apa, asyik tidur je. Sounds familiar? Itu memang petanda anda sedang berpuasa :) Tapi kita kerja, sekolah, mestilah kita nak cergas juga kan. Time cuti bolehlah nak tidur je.

Tapi bagaimana nak tingkatkan stamina walaupun berpuasa?

Jom amalkan pengambilan Performance Drink. Performance Drink ni, even atlit pun amalkan tau. Ha, nak tahu sebab apa?

1. Performance Drink mempunyai rumusan ekslusif Opticarb yang telah dipatenkan oleh Shaklee, ia terbukti berkesan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda. Banyak tak?

2. Memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam otot.

3. Mempunyai lebih 67% otot (sumber tenaga) yang menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Shaklee mula-mula memperkenalkan Performance Drink pada 1980an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale. Masa tu ada penerbangan Daedalus yang menggunakan kuasa tenaga manusia. Penerbagan ini telah mencipta rekod sebagai pernerbangan berkuasa manusia terjauh iaitu sejauh 72 batu dan rekod ini tak pernah dicabar sehingga kini. 

Maksudnya, menggunakan Performance Drink mampu memberikan tenaga kepada manusia dengan sangat banyak!

Amerika Syarikat juga telah menggunakan Performance Drink untuk angkasawan mereka, NASA.

Selain itu, anda juga boleh membaca berkenaan penggunaan Performance Drink oleh para atlit dalam artikelnya, Pure Performance.

Artikel di bawah pula sumbangan Shaklee Malaysia kepada atlit berbasikal negara.

Shaklee Taja Jelajah Amal Berbasikal 1Malaysia

Sebenarnya selain atlit dan orang yang berpuasa, Performance Drink sangat sesuai buat:

1. Para Atlit
2. orang yang berpuasa
3. Sebelum dan selepas pembedahan
4. Mereka yang bekerja di lapangan dan dalam panas terik
5. Tidur lewat malam
6. Keletihan
7. Cirit birit
8. Tiada selera makan
9. Paras gula rendah

Jika prestasi para atlit boleh meningkat dengan Performance Drink, tentu ianya juga berkesan untuk anda, tambah-tambah lagi untuk berpuasa. Selain beri tenaga, ia juga boleh elakkan anda hadapi dehidrasi.

Performance Drink adalah salah satu daripada Set Puasa Shaklee seperti berikut:

Set puasa shaklee untuk cergas, penghadaman baik dan sendi yang kuat


Bagaimana dengan testimoni pula?


Performance Drink bantu kembalikan kesegaran, elak dehidrasi semasa demam

Performance Drink bantu berpuasa dengan cergas

Performance drink bantu mereka yang kerap tidur lewat

Jom dapatkannya, hari ni baru 1 Ramadhan. Ada 28 hari lagi untuk berpuasa dengan cergas dan bertenaga bersama Shaklee. Hubungi saya ya.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Thursday, 26 June 2014

Tips Latih Anak Berpuasa

Saya tahun ni baru nak latih anak sulung saya puasa. Jom sama-sama kita tengok macamana nak jadikan proses latihan ni seronok dan boleh diterima anak-anak kita.

1. Kenalkan tentang puasa
Apa tu puasa, kenapa puasa, macamana puasa, siapa wajib puasa, apa ganjaran dan faedah yang kita dapat, dari segi kesihatan pula camne

2. Ada beberapa tips:

a) Lakukan secara bertahap: Latih mereka bangun untuk sahur. Bagi mereka bersahur, contohnya sehingga tengahari dulu, kemudian hingga asar sehingga mereka boleh dapat puasa hingga waktu berbuka (Maghrib). Izinkan juga mereka rehat (tidur) sebentar selepas sahur atau lepas subuh.

b) Sibukkan mereka dengan aktiviti: Benarkan mereka tidur jika mereka penat. Dan sibukkan mereka membuat pelbagai aktiviti rumah supaya mereka tidak memikirkan tentang makan dan minum seketika.

c) Beri ganjaran: Contohnya 1 hari berpuasa beri ganjaran seperti mainan atau duit. Tapi kenalah ingatkan puasa bukan semata-mata nak dapat hadiah, sebaliknya nak dapat ganjaran daripada Allah.

d) Jaga waktu tidur mereka
Galakkan mereka tidur awal, beri minum susu untuk khasiat kalsium agar lebih bertenaga.

e) Sediakan makanan berkhasiat
Galakkan mereka makan makanan yang seimbang yang mengandungi serat, kalsium, karbohidrat dan protein. Makan banyak supaya bertenaga.

Cuba juga tambah dengan pemakanan tambahan seperti Set Puasa Shaklee: Mealshake dan Performance Drink. Ini membantu mereka elak dehidrasi dan bantu mereka kenyang lebih lama dan punya tenaga yang lebih sepanjang hari.

Mealshake juga bekalkan nutrisi lengkap kepada kanak-kanak, yela bila puasa mungkin kita kurang ambil beberapa nutrisi, jadi Mealshake ni boleh bantu lengkapkannya.

Untuk anak-anak lebih 12 tahun, boleh ambil ESP sekali.

Set Puasa Untuk Kanak-kanak


f) Balik kerja awal sebelum berbuka
Ini untuk luangkan masa dengan anak-anak


Ada testimoni tak untuk Set Puasa Shaklee?

Mestilah ada, cuba anda rujuk kepada testimoni di bawah

Testimoni Kanak-kanak berpuasa Set Puasa Shaklee

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Sunday, 22 June 2014

Persediaan Untuk Puasa Bertenaga Dengan Set Puasa Shaklee

Persediaan puasa - kesihatan dan kerohanian

Lagi seminggu kita nak puasa dah. Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, untuk menambah amalan dan melipatgandakan pahala. Kena ambil peluang ni untuk pertingkatkan kesolehan diri. Di samping itu sebagai ibu rumahtangga ada macam-macam juga persediaan, bukan persediaan makanan je.

Dalam keadaan cuaca yang tak menentu akhir-akhir ini, saya tak ingat dah berapa hari tak hujan. Hari-hari kena doakan hujan turun, tak mo dah alami musim kering beberapa bulan lepas sehingga air terpaksa di catu. Namun semuanya atas kuasa dan kehendak Allah jua.

Jadi selain cuaca tak menentu, nak puasa pula tu, ada kebimbangan dapat dehidrasi. Ini terutama boleh berlaku kepada semua orang, terutamanya kanak-kanak, ibu menyusu dan ibu hamil, juga warga tua. Ada tips mudah nak elakkan dehidrasi ni.

Apa tu dehidrasi?

Tips untuk mengelakkan dehidrasi (sebagaimana recommended oleh Dehydration During Fasting)

1. Banyakkan berehat - bukanla maksudnya tak payah sekolah atau tak payah kerja, tapi cuba sedaya upaya jangan lakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.


2. Mengambil makanan yang mengandungi cecair seperti bubur, sup, atau makanan berkuah. Menu saya paling suka setiap kali puasa adalah bubur lambuk. hahah


3. Banykkan mengambil cecair - air at least 2 liter (jika tak puasa 3liter). Bagaimana nak ambil 2 liter ni? 1 liter selepas berbuka sehingga tidur. 1 liter lagi selepas sahur. 


4. Mengambil vitamin c


5. Kurangkan pengambilan garam atau gula berlebihan

6. Mengambil minuman isotonik seperti performance drink. Elakkan mengambil minuman isotonik yang mengandungi gula berlebihan dan bergas. Performance drink mengandungi kurang gula n tidak bergas.

Sejak saya amalkan pengambilan suplemen Shaklee, saya perasanlah tak mudah lapar dan letih, walaupun saya ibu mengandung / menyusu ketika itu. Apa yang saya amalkan cuma pengambilan suplemen seperti biasa dan pengambilan Set Puasa Shaklee.

Set Puasa Shaklee ohsem!


Siapa yang penting untuk amalkan Set Puasa Shaklee?

Semua orang boleh ambil sebenarnya, tapi lebih penting untuk mereka ni:

1. Mereka yang sedang berpuasa
2. Wanita mengandung 
3. Wanita yang sedang menyusukan anak
4. Kanak-kanak, terutama yang baru belajar berpuasa
5. Mereka yang memerlukan tenaga yang lebih
6. Mereka yang menjalankan aktiviti fizikal yang banyak
7. Semua yang mementingkan kesihatan, makanan rendah kalori dengan hidangan yang lengkap.

Time puasa, cara bancuhan pun sedikit berbeza. Bila puasa saya akan blend semua sekali ESP + Mealshake + Performance Drink + Buah-buahan (optional) + kurma

Kurma ni wajib, time sahur saya letak 7 biji. Time berbuka 5 biji. Bulan puasa memang borong habis kurma. Saya paling suka kurma bertangkai, tak kisahlah brand apa. Sebab ia kurang manis, dan fresh.

Apa peranan Set Puasa Shaklee?

1. ESP
Untuk khasiat protein, memberikan rasa kenyang lebih lama (sebab GI rendah), elak gastrik, keracunan makanan atau angin yang kerap kali berlaku dalam bulan puasa. Bonus adalah ESP ni juga boleh membantu menaikkan seri wajah, pudarkan parut dll. 

Anda boleh rujuk Kesan Indeks Glisemik Rendah.


2. Mealshake
Makanan lengkap yang mengandungi kesemua nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Jadi walaupun anda berpuasa, anda tetap mendapat khasiat nutrisi yang seimbang.

3. Performance Drink
Menyokong tahap hidrasi berbanding air, beri tenaga segera. Sila rujuk Kelebihan Performance Drink.

Di samping di atas, untuk ibu menyusu boleh pertimbangkan pengambilan Shaklee Collagen Powder. Sebabnya SCP ni membantu juga kekalkan bendalir dalam badan. Time saya ambil SCP ni saya perasan susu masih penuh sehingga menjelang berbuka. Kalau tanpa SCP ni kadangkala jam 5pm lagi payudara rasa lembik dah. Jenuh anak nak menyusu.

Ini disebabkan SCP dilengkapi dengan asid hidraulik iaitu 1gm asid ini dapat menahan sebanyak 6 liter air! Jadi kesannya kulit kekal lembap. Anda boleh baca Shaklee Collagen Powder Bukan Sekadar Untuk Kulit.

Testimoni lain?

Ada, anda boleh rujuk gambar-gambar di bawah ini.

Puasa walaupun gastrik, possible dengan Set Puasa Shaklee

Kekal bertenaga walaupun berpuasa

Susu banyak walaupun puasa

Menyusu tapi puasa

Lagi seminggu je ni nak puasa. Jom dapatkan stok anda segera. Boleh COD, pos pun boleh. InsyaAllah boleh sampai kepada anda dalam tempoh 1-3 hari. Pembelian dengan saya melayakkan anda mendapat menu khas Set Puasa Shaklee sempena berpuasa ni,

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Sunday, 11 May 2014

Mighty 3 Gems Shaklee Teman Puasa Anda

Sentiasa cergas dan bertenaga walaupun berpuasa

Dah alang-alang promosi Buy 6 free 1 Mealshake bulan ini, memang sedang elok sebab tak lama lagi nak puasa. Jadi memang elok untuk tambah stok bagi penggunaan bulan puasa nanti. 


Aha, ya memang bukan kanak-kanak aje ambil Mealshake, orang dewasa pun boleh ambil. Kombinasi ESP + Perfomance Drink + Mealshake memang kegemaran ramai dah sekarang ni. 

Di luar bulan Ramadhan, anda tetap boleh amalkan kombinasi tersebut, terutama jika anda berpuasa. Banyak komplikasi kesihatan yang berpotensi semasa bulan Ramadhan:

1. Sakit kepala - akibat daripada dehidrasi, kelaparan, rehat tidak mencukupi atau ketiadaan bahan-bahan penyebab ketagihan seperti kafein dan nikotin.

2. Sembelit - akibat kurang air dan pengambilan serat

3. Dehidrasi - tidak mencukupi penghidratan

4. Tekanan - akibat kekurangan makanan dan air, perubahan rutin, tempoh tidur lebih pendek

5. Obesiti - pengambilan makanan yang berlebihan semasa berbuka atau bersahur

6. Senak perut - penghasilan jumlah asid yang lebih banyak dalam perut disebabkan oleh pemikiran tentang makanan atau bau makanan.

7. Perut kembung - akibat makan berlebihan, telalu banyak pedas, menggemukkan dan makanan berminyak.

8. Sakit sendi - akibat tambahan melakukan solat

Jadi apa yang Set Mighty 3 Gems boleh bantu?

1) ESP (KURANG RASA LAPAR)
* membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
* Mengatasi masalah GASTRIK
* MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum
* Kulit lebih anjal, tegang dan berseri

2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS)
* Mengekalkan kandungan air di dalam badan
* Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
* Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes (KURANG RASA LETIH)
* Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
* Mengenyangkan dan memberi tenaga
* Elakkan sembelit



Set Mighty 3 Gems


Set ini adalah untuk mempromosi kesihatan yang baik dan tidak pula mengurangkan manfaat puasa itu sendiri.

Rebutlah peluang ini, hanya berbaki 20 hari lagi untuk tempoh Promo Mealshake beli 6 percuma 1. Anda juga berpeluang membeli dengan harga jauh lebih murah jika mendaftar sebagai ahli. Ask me how.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma


Tuesday, 6 May 2014

FAQ Penyusuan Susu Ibu dan Puasa

Kurang 2 bulan lagi kita akan mula berpuasa Ramadhan. Telah anda buat persiapan?

Dibawah adalah panduan bagi ibu yang menyusu dan berpuasa. Kredit saifulislam.com


Wanita hamil dan menyusukan serta panduan berpuasa

FAQ Penyusuan Susu Ibu dan Puasa

1. Bolehkah saya berpuasa semasa menyusukan anak?

Ya dan tidak. Ya jika kondisi ibu sihat dan bayi tiada masalah. Ibu boleh teruskan berpuasa. Tidak jika ibu ada masalah kesihatan, lemah dan sebagainya. Allah beri rukhsah bagi perempuan yang menyusukan anak. Ibu boleh berbuka jika memudaratkan diri sendiri dan bayi. Bagaimanapun puasa yang tertinggal wajib diganti.

2. Adakah ibu yang berpuasa membahayakan bayi?

Tidak. Allah Maha Mengetahui. Tubuh manusia masih bleh menghasilkan susu walaupun berpuasa. Kekurangan jumlah kalori tidak akan mengganggu kuantiti susu yang dihasilkan.

Pastikan ibu mendapat nutrisi dan zat yang cukup semasa berbuka dan bersahur. Pengambilan Set Penyusuan Shaklee dan Set Mighty gems membantu ibu terus bertenaga dan menghasilkan susu badan yang cukup.

Sekalipun ibu tidak makan apa-apa dalam tempoh 24 jam, susu ibu masih boleh dihasilkan. Tidak terjejas kuantiti dan nutrisi di dalam susu ibu. 

3. Susu ibu berubah, ada kesan pada bayi?

Ya komposisi susu akan berubah. Tetapi tidak memberi kesan kepada bayi. Satu kajian dilakukan, walaupun 24 jam ibu tidak makan, kandungan lemak dalam susu ibu tidak terjejas. Lemak susu akan dihasilkan sendiri oleh lemak di dalam badan jika ibu kurang atau tidak makan.

Sebenarnya bayi telah merasai perubahan susu ibu. Susu ibu bergantung kepada apa yang dimakan oleh ibu.


4. Berpuasa bahaya untuk ibu?

Tidak bahaya. Ibu boleh berpuasa. Hasil kajian yang dipuat menynjukkan imbangan kimia dalam darah ibu menyusukan, ibu mengandung dan wanita yang tidak menyusu hampir sama.

Rukhsah bagi ibu menyusu di bulan Ramadan pun ada. Jika ibu mengalami nyahhidrat yang teruk, dibolehkan membuka puasa. Ketahuilah rukhsah berpuasa, kerana ia panduan yang penting.


Tanda-tanda nyah hidrat yang teruk


- Dahaga yang amat

- Rasa nak pitam, lemah dan lesu
- Air kencing berwarna gelap
- Rasa sakit kepala atau sakit di bahagian lain

Jika ibu mengalami tanda-tanda diatas, bersegeralah berbuka puasa. Untuk mengelakkan nyah hidrat, banyakkan minum air. Bukan sekali banyak, apa yang saya buat dulu selepas berbuka minumlah air sekurang-kurangnya 1.5 liter. Selepas makan sahur minum lagi 1 liter. Juga disarankan mengambil makanan rendah indeks glisemik. Makanan seperti ini lambat terurai, jadi membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk ibu. Makanlah secukupnya nutrisi dan zat untuk hasilkan susu yang berkualiti.


Penurunan sedikit berat badan tidak menjejaskan susu yang dihasilkan.


5. Bagaimana mengelak masalah penyusuan ketika puasa?


- Ibu mesti bersedia mentally dan physically

- Selesaikan kerja-kerja rumah yang berat sebelum berpuasa
- Simpan diari makanan, jadi panduan untuk makan secara cukup dan sihat
- Berehat atau hanya lakukan aktiviti yang ringan, duduk di tempat sejuk waktu berpuasa

6. Perlukah batalkan puasa?

Ya, sekiranya ibu rasa ternyah hidrat. Hubungi doktor anda. Tanda bayi tak cukup susu:

- Lampin basah berkurangan, tidak kerap buang air

- Najis bayi berwarna hijau
- Meragam dan menangis
- Berat badan bayi tidak bertambah, malahan menurun

Dapatkan bantuan pakar laktasi jika masalah tersebut ada. 


6 panduan di atas adalah sebagai panduan ibu-ibu untuk menyusukan dan berpuasa. Apa yang saya pernah lalui, Alhamdulillah saya kental berpuasa selama 2 tahun menyusukan anak-anak saya. Namun terdapat perbezaan yang ketara ketika saya menggunakan set Mighty Gems yang mengandungi ESP, Mealshake dan Performance Drink.

Berpuasa Sihat Dengan Shaklee


Tanpa pengambilan Set Mighty Gems, payudara terasa kempis pada jam seawal 12 tengahari. Tetapi dengan pengambilan Set Mighty Gems payudara rasa penuh sehingga masa berbuka. Memang terus jatuh cinta. Set ini memberi tenaga berpanjangan, membantu menjaga kuantiti susu yang dihasilkan.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Tuesday, 29 April 2014

Air betik muda penawar denggi

Saya rasa sekarang musim denggi, sebab posting saya terdahulu berkenaan denggi merupakan capaian tertinggi akhir-akhir ini. 

Tapi sekarang ni sebenanrnya denggi dah takde musim. Sentiasa ada je. Dan nyamuk Aedes penyebab denggi dah bermutasi agaknya. Sebab doktor pun dah makin pening nak merawatnya, sebab simptomnya pun dah takde dalam buku perubatan.

Betapa majunya Aedes ni.

Tahun lalu sebaik selesai Hari Raya, mak saya dihinggapi denggi. Bukan setakat suspected, tetapi memang confirmed. Bertapa selama seminggu di Prince Court Medical Center. Anak-anak bergilir-gilir menjaga. Hari Raya tahun lepas memang takde open house, sebab mak kami tak sihat.

Kali ini adik bongsu kami pula kena denggi. Asalnya memang beliau demam panas 4 hari lalu.

Tapi sebab saya pun nampak beliau macam cergas (bukanla cergas cemana, tapi masih boleh bergerak), saya takla suspek denggi.

Sekali pagi tadi pegi cek balik, rupanya platlet dah jatuh 89. Haish memang bahaya la denggi ni.

Sebab selalunya simptom denggi, tubuh sakit sampai ke tulang. Ini menyebabkan memang sukar nak bergerak. Bila dia boleh je berjalan sana sini, saya tak suspek la denggi. Betullah kata doktor, simptom dah lain macam jer.


Awas dengan simptom demam denggi.



Tanda-tanda demam denggi


Apa yang saya ingat ialah pentingnya:


1. Minum air dengan banyak. Orang tua ni susah sikit, sebab dia rasa dia lebih berpengalaman, jadi memang ada drama nak suruh minum air tu. Ada yang tak mahu, ada yang ikut sahaja. Jika tak mahu tu perlahan-lahanlah pujuk. 


Minum air kosong paling utama, air lain-lain seperti minuman isotonik semulajadi (seperti Performance Drink) pun gantian terbaik sebab ia tanpa gula dan boleh menambah tenaga segera. Jika minuman isotonik seperti 100 Plus, Revive semua tu banyak sangat gula, merbahaya jika penghidap diabetes.
Performance Drink tanpa pewarna tiruan, pemanis atau bahan pengawet tambahan






















Ada juga minuman-minuman lain, boleh je minum tapi pastikan dalam kadar yang tak banyak sangat sebab yang penting minum air kosong (atau air zam-zam). 

Banyak juga petua-petua lain seperti air rebusan daun betik muda, air sup ketam dan lain-lain. Kedua-dua ini memang kami anak-anak sediakan untuk mak. Beliau bersemangat untuk sembuh, jadi tak banyak masalah suruh minum atau makan itu ini.



Ini diambil daripada fb Dr Hamid Arshat yang turut menggalakkan pengambilan daun betik muda
Alhamdulillah senang ada pokok betik di rumah. Petik je, dan rebus. Blend buat jus.

2. Pastikan banyak rehat. Jangan stress. Sebab bila stress dan tanpa tenaga memang boleh turun balik blood count tu. Ambillah B Complex untuk elak stress


B Complex mengelakkan tekanan

3. Masa inilah memang penting untuk dapatkan suplemen untuk tingkatkan tenaga dan imun badan i.e if guna jenama Shaklee boleh ambil Nutriferon (info nutriferon di sini http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/08/nutriferon-alternatif-kepada-panadol.html)



Nutriferon hanya dikeluarkan oleh Shaklee. Ada logo TM (trade mark)

Ada orang tak boleh ambil macam itu sahaja, tetapi boleh campurkan di dalam air dan minum. Selain itu untuk tingkatkan imun dan tenaga badan vitamin seperti Vita C Sustained Release dan Vitalea Iron Formula Shaklee. 



Vitalea sebagai multivitamin utama


Vita C meningkatkan sistem imun badan


Bahaya denggi ini sebab ia boleh menyerang organ badan jika tidak dikawal. Kebanyakan kes denggi berjaya sembuh sebab banyak minum air dan rehat. 


Di hospital pun tiada ubat spesifik, sebaliknya pesakit hanya dimasukkan air (IV drip) untuk pastikan tidak dehydrate.

Selain itu, banyakkan berdoa dan solat hajat agar ahli keluarga anda sembuh daripada penyakit ini.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Wednesday, 23 April 2014

Anda menghidap gout? Takut kaki / tangan anda bengkak?

Sakit tau gout ni, anda pernah rasa bila berjalan seolah-olah berjalan atas paku? Ha macam tu lah pesakit gout ni rasa. 

Arwah ayah mertua saya ada gout, kesian dia, nak berjalan pun memang sukar. Memandangkan gout ni sakit keturunan, maka saya pun memang hati-hatilah agar suami tak kena. Amiin

ARTRISTIS ADALAH PENYAKIT RADANG PADA SENDI atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, kekerasan pada sendi dan pembengkakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit artritis.Artritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang BERPUNCA DARIPADA PEMUSNAHAN TISU RAWAN PADA SENDI.

Artritis gout lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga.

PENYAKIT GOUT IALAH SALAH SATU BENTUK ARTRITIS yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. 

gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan.

Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. KERADANGAN TISU-TISU DI SEKELILING SENDI juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk. 


Punca gout ini asalnya adalah kegagalan buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makanan mengandungi asid urik yang tinggi.

Pencegahan:

1. Advanced Joint Health Tablet untuk menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang. 


2. Omega Guard untk mengurangkan keradangan, melicinkan sendi. Mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan,mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan melegakan gout.

3. Alfalfa untuk fungsi detoks semulajadi, menyingkirkan toksin dalam badan secara lembut. Tapi kena banyak minum air, barulah efektif proses detoks tu.

4. Performance Drink untuk memelihara kandungan bendalir dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi. Bagi melancarkan proses detos sebab nak buang asid urik berlebihan dalam badan.

Cuba lihat printsceen dibawah berkenaan testimoni pengguna set gout Shaklee. Tidakkah anda juga teruja?

Testimoni set gout shaklee
Samada siapa pun penghidap gout yang anda kenali, hadiahilah mereka dengan set ini. Ia akan membantu mereka hidup dengan tenang, selesa dan gembira. InsyaAllah kesihatan bertambah baik dengan berkat doa semua orang.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma