Tips Memilih Set Bersalin | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Friday, 15 March 2013

Tips Memilih Set Bersalin

Memilih set bersalin yang terbaik adalah penting kerana bukan sahaja ia dapat mengembalikan kesihatan ibu bahkan ia turut akan memberi kesan kepada bayi yang baru lahir melalui susu ibu.




Pengambilan set bersalin yang sebarangan boleh menyebabkan bayi mendapat jaundis yang akhirnya memberikan kesan kepada otak jika berlarutan. Malah terdapat set bersalin yang boleh menyebabkan susu menjadi kering. Justeru adalah penting ibu mengetahui tips bagaimana memilih set bersalin yang tepat sesuai dengan keperluan dan bajet.

1. Dapatkan info bagi setiap produk
Amat penting untuk mengetahui maklumat berkenaan produk tersebut. Ini kerana produk kebanyakannya mengandungi gabungan beberapa herba/bahan yang adakalanya tidak diperlukan oleh ibu.

2. Periksa keselamatan kandungan
Adalah penting untuk ibu-ibu membuat sedikit homework berkenaan kandungan produk tersebut. Ini kerana dengan mengetahui kandungan produk ibu-ibu dapat mengelakkan daripada mengambil produk yang boleh memberikan mudarat kepada ibu dan bayi.

Contohnya ada produk yang boleh menurunkan berat badan tetapi kandungan produk itu boleh menyebabkan bayi mendapat penyakit kuning.


Sibutramine adalah merbahaya kepada badan


3. Pastikan kandungan tidak mengeringkan susu ibu
Ibu perlu pastikan kandungan produk adalah tidak terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mengeringkan susu ibu. Boleh refer posting saya http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/03/herba-yang-perlu-dielakkan-semasa.html




4. Dapatkan nasihat doktor
Ibu boleh mendapatkan nasihat doktor berkenaan produk yang sesuai diambil selepas bersalin. Ini kerana doktor boleh memberikan pandangan berkenaan produk itu samada sesuai atau tidak berdasarkan kepada tahap kesihatan ibu dan bayi.

Berikut adalah antara pandangan pakar O&G berkenaan produk yang bersesuaian diambil oleh para ibu.




5. Budget yang bersesuaian
Ibu boleh memilih produk yang bersesuaian dengan bajet keluarga. Lakukan sedikit kajian perbandingan harga di antara produk-produk yang telah dikenalpasti.

6. Kenalpasti keadaan semasa berpantang
Puan-puan boleh mula merancang situasi semasa berpantang samada berpantang sendiri atau dengan keluarga. Pastikan produk yang dipilih bukan terdiri daripada produk yang sukar dikendalikan.

7. Teliti Cara Penggunaan dan Penyimpanan
Terdapat produk yang memerlukan penyediaan yang rumit dan melecehkan. Ada produk yang memerlukan direbus, dibancuh dengan air mendidih dan sebagainya. Dapatkan set bersalin yang mudah untuk dikendalikan.

8. Semak Sekiranya Boleh Dibeli Secara Berasingan
Ada produk yang mesti dibeli secara set keseluruhan menyebabkan over bajet. Sedangkan kemungkinan terdapat produk yang tidak sempat digunakan di sepanjang tempoh berpantang menyebabkan pembaziran. Produk yang boleh dibeli secara berasingan berdasarkan budget adalah lebih memudahkan.

9. Periksa Latar Belakang Pengeluar
Buat sedikit homework berkenaan syarikat pengeluar produk. Pastikan terdapat pengesahan Halal dan KKM dan bukan tampalan semata-mata untuk mengelakkan mudarat kepada ibu dan bayi.

10. Dapatkan testimonial
Dapatkan testimoni yang tepat dan benar bagi produk yang ingin dibeli. Ini bagi melihat samada terdapat kes bayi kuning, cirit birit atau kepanasan, atau memberi kesan buruk kepada ibu selepas bersalin.

Testimoni set berpantang 

Vitamincerdik ingin mencadangkan set bersalin Shaklee sebagai pilihan ibu-ibu sebagai confinement companion disebabkan testimoni dan merupakan rangkaian produk yang selamat terbukti selama berpuluh-puluh tahun.

Vitamin Shaklee terbukti selamat untuk ibu dan bayi yang dihasilkan dengan pemantauan ketat dan team rnd selama 55 tahun.




Kredit vitaminibu.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com