Vitamin Cerdik: vita c Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label vita c. Show all posts
Showing posts with label vita c. Show all posts

Wednesday, 24 September 2014

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)

Saya memang eksited nak tulis ni berkenaan diabetes semasa mengandung atau GDM. Ini kerana 2 kali mengandung sebelum ini kedua-duanya saya ada GDM. Kandungan kali ini saya nak elakkan. 

Saya ke Klinik Kesihatan berhampiran sebulan yang lalu untuk buat MGTT (modified glucose tolerance test). Dan hari semalam saya ke klinik lagi untuk checkup biasa, sambil tu nak tengok keputusan MGTT saya. Apa yang saya tak sangka kali ini saya tiada GDM! 


Bagaimana saya lakukannya?


Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Ibu Hamil ramai penghidap GDM

Friday, 19 September 2014

Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?

Saya baru teringat nak posting pasal hal penyusuan. Untuk rekod, kedua-dua anak saya dapat menyusu penuh 2 tahun dengan saya. Abangnya berhenti masa umur 3 tahun lebih. Yang kedua ni berhenti pada umur 2 tahun lebih.

Ramai yang keliru berkenaan keperluan suplemen untuk menyusu. Ok, fakta utamanya untuk membanyakkan susu anda tak memerlukan suplemen. Ini sebabnya ada konsep asas dipanggil sebagai demand vs supply.

Jika ada permintaan, maka banyaklah supply. Ini bermaksud semakin kerap anda menyusu anak anda, semakin banyaklah susu badan akan dihasilkan. Dan susu yang dihasilkan pula memang mencukupi untuk keperluan anak anda. 

Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
Tip Tingkatkan Susu Ibu

Sunday, 24 August 2014

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan

Semalam saya ada jumpa customer saya ni, seorang ibu tunggal anak 7. Beliau ceritakan beliau dan anak-anak semuanya lemah imunisasi badan, selalu kena demam, selesema dan resdung terutamanya. Beliau cuma bekerja menjual keropok di sebuah sekolah, namun alhamdulillah ada anak-anak yang telah berkahwin dan bekerja.

Perjalanan hidup beliau serba sedikit menyentuh hati saya. Apa yang saya akan bantu adalah tingkatkan kesihatan beliau dan bantu beliau raih pendapatan melalui Shaklee. InsyaAllah.

Apakah Sistem Imunisasi Badan?


Sistem imun adalah sistem daya tahan penyakit. Imun badan ini berfungsi menyerang bakteria dan virus jahat yang cuba bertapak dalam badan kita. Imun badan boleh lemah jika tubuh badan tidak dijaga dengan baik.

Faktor Melemahkan Sistem Imunisasi Badan

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan
Antara punca toksin dalam badan melemahkan imunisasi badan

Friday, 22 August 2014

Cara Merawat Resdung Secara Selamat

Baru-baru ini ada ibu yang bertanya saya bagaimana Shaklee boleh membantu beliau merawat resdung beliau. Beliau juga sedang menyusukan anak. Jom hari ini kita kenali Resdung.


Cara Merawat Resdung
Cara Merawat Resdung

Monday, 18 August 2014

Atasi HB Rendah Ketika Hamil

Hari ini posting saya masih berkenaan ibu hamil, secara spesifik adalah berkenaan masalah HB rendah di kalangan ibu hamil. HB rendah bermaksud kepekatan darah kurang atau anemia.

Anemia sering dialami oleh wanita, namun biasanya ia mudah diatasi.


Saturday, 16 August 2014

Keperluan Suplemen Untuk Ibu Hamil

Kelmarin saya pertama kali checkup untuk kehamilan ketiga saya ni. Yang berbeza kali ini adalah saya tidak lagi mengambil suplemen yang disediakan oleh doktor. Doktor membenarkan saya meneruskan pengambilan suplemen Shaklee yang saya amalkan selama ini.

Pentingnya suplemen untuk ibu hamil memang disyorkan oleh doktor-doktor. Di bawah ini saya printscreen pandangan Pakar O&G terkenal iaitu Dr Hamid Arshat:


Keperluan Suplemen Untuk Ibu Hamil
Saranan Dr Hamid Arshat Kepada Ibu Hamil

Wednesday, 16 July 2014

Cara Banyakkan Susu Badan / Ibu

Ramai ibu muda atau first time mother belum boleh imagine lagi bagaimana keadaan atau situasinya sebagai first time mother. Maklumla pengalaman jadi ibu kan, dan kebanyakkannya fikir mesti susah juga nak menyusu badan. Bagi yang masih baru dalam dunia penyusuan dan anda bertekad nak menyusu badan anak anda sepenuhnya, silalah berikan perhatian kepada posting ini.

Anda juga perlu tahu banyak manfaatnya penyusuan badan kepada anda dan bayi. InsyaAllah anda akan teguh dengan tekad anda untuk menyusukan bayi anda.

Saiz Perut Bayi


Seboleh-bolehnya anda perlu yakin bahawa perut bayi anda bukannya besar macam perut kita. Anda cuba perhatikan carta di bawah.

Saiz perut bayi
Ketahui saiz perut bayi memudahkan anda mengetahui banyak mana bayi anda perlukan susu

Anda dah nampakkan, saiz perut bayi anda yang baru lahir baru bersaiz buah ceri. Kecik sangat. Jadi pastikan anda jangan over feeding. Cuba jangan terpengaruh sangat dengan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan bayi anda lapar etc. Anda kena yakin susu badan anda banyak dan mencukupi untuk bayi anda.

Cara Banyakkan Susu Badan


1. Pastikan Anda Kerap Memerah Susu Untuk Banyakkan Susu Badan

Perah perah perah. Pastikan anda memerah memang sangat kerap, at least 1 jam sekali. Sebab konsep yang kita pegang adalah demand vs supply. Semakin banyak permintaan, semakin banyaklah supply.

Tips Cara Banyakkan Susu Ibu: Selepas setiap kali menyusu badan bayi anda, pastikan anda teruskan dengan mengepam susu. Mula-mula anda mengepam memanglah sikit sahaja yang keluar. Tapi percayalah lama-lama memang akan jadi banyak. Susu ini anda boleh simpan sebagai stok susu. Baca juga cadangan jadual mengepam susu.

Jika anda rasa letih, anda boleh mengambil ESP atau Vitalea untuk meningkatkan tenaga anda. Anak saya kedua-duanya lelaki, memang kurang masa rehat saya ketika berpantang. Saya tahu sangat keadaannya dan ESP dan Vitalea memang sangat membantu saya untuk kekal cergas dan bertenaga.

2. Ketika Berpantang Pastikan Anda Tidak Menggunakan Susu Yang Diperah Untuk Banyakkan Susu Badan


Sebab susu yang telah diperah itu untuk ditinggalkan sewaktu anda masuk kerja nanti. Jadi pastikan juga anda simpan susu yang diperah dengan sistematik. Untuk mengurangkan masalah penyimpanan, anda boleh gunakan plastik seperti dibawah.

Jangan guna susu yang telah diperah, salah satu cara banyakkan susu badan
Seeloknya label dengan baik setiap storage bags untuk memudahkan penggunaan

Simpan susu dalam kuantiti yang sedikit, contohnya 3oz atau 4 oz. Boleh juga simpan 8oz terus, tapi bila dicairkan nanti kena pindahkan dalam botol berasingan. Anda tak mahu membazir susu nanti kan. Sebab susu yang telah dipanaskan tak boleh disimpan lagi dan cuma tahan pada suhu bilik selama 4 jam sahaja.

Pastikan juga anda tahu cara penyimpanan dan pengendalian susu ibu.

3. Minum minuman berkalsium Untuk Banyakkan Susu Badan


Ini disebabkan susu mempunyai komponen kalsium. Jadi cara untuk membanyakkan susu badan ialah dengan memastikan pengambilan minuman yang mengandungi kalsium yang banyak. Ini juga dapat membantu anda mengelakkan masalah osteoporosis di kemudian hari.

Selain pengambilan susu atau Horlics, anda boleh mengambil Ostematrix yang memang kaya dengan khasiat kalsium magnesium yang diperlukan oleh tubuh anda.

Selain memberikan khasiat kalsium, Ostematrix membantu anda mengelakkan sembelit, memberikan kesegaran di waktu pagi dan membantu kekuatan tulang dan sendi anda.

4. Banyakkan minum air kosong untuk banyakkan susu badan


Air adalah kehidupan. Sekurang-kurangnya pastikan anda minum 3 liter sehari (bersamaan 12 gelas). Ini kerana menyusu akan menyebabkan anda haus dan lebih penting lagi air merupakan sebahagian besar komponen susu badan / ibu.

Minum air kosong salah satu cara banyakkan susu badan
Ibu menyusu perlu minum banyak air kosong 

5. Banyakkan Bersabar fikirkan susu badan banyak


Memang kuncinya adalah sabar. Anda akan berdepan dengan macam-macam lagi keadaan yang menguji kehendak anda untuk menyusukan bayi anda.

Apa yang penting anda perlu elakkan stress, banyakkan fikirkan positif dan lihat kebaikan penyusuan yang sangat besar dan ganjaran pahala sebesar-besarnya kepada anda. Semua ibu pun memang melalui perkara ini. Doa pun mujarab, boleh cuba doa di bawah untuk banyakkan susu badan.

Doa banyakkan susu badan
Doa banyakkan susu badan


Set Penyusuan Shaklee Suplemen Untuk Banyakkan Susu Badan


Bagi tujuan penyusuan, Shaklee telah pun mempunyai produk yang dapat membantu ada membanyakkan susu badan.

1. Set Asas


a) Vitalea

Multivitamin yang lengkap dan memberikan tenaga kepada anda.

b) Bcomplex

Mengelakkan stress, memberikan khasiat B Complex yang lengkap.

d) Vita C SR Plus

Meningkatkan pertahanan badan, semua khasiat ini akan dapat juga kepada bayi melalui susu badan.

2. Set Penyusuan


a) ESP

Membantu memekatkan susu, memberikan tenaga, menghaluskan kulit.

b) Alfalfa Complex

Membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

c) Ostematrix

Khasiat kalsium magnesium, kalsium adalah komponen penting dalam susu badan.

3. Set Elak Bengkak Susu / Nipple Crack


a) Lecithin

Elakkan bengkak susu, membakar lemak.

b) Vita E Complex

Mempercepatkan luka sembuh, memudarkan parut.

c) Zinc

Mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan pertahanan badan.

Testimoni Set Penyusuan Shaklee



Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Se Penyusuan Shaklee


Selama 2 tahun lebih menyusukan anak kedua saya, memang set penyusuan Shaklee sangat membantu saya. Dalam waktu berpantang sahaja saya telah berjaya menyimpan kira-kira 200oz susu. Jadi inilah cara terbaik untuk membanyakkan susu badan, disamping mengamalkan 5 tips yang telah saya kongsikan di atas.

Artikel lain berkaitan:

1. Manfaat penyusuan di waktu malam.
2. Tips Penyusuan Walaupun Outstation
3. Masalah Bengkak Susu, Bagaimana Menanganinya
4. Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
5. Herba Yang Perlu Dielakkan Semasa Penyusuan
6. Merawat Masalah Puting Merekah Semasa Penyusuan


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Sunday, 13 July 2014

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Anda sedang hamil? Sedang menunggu hari atau masih ada beberapa bulan lagi untuk membuat persediaan menerima kehadiran si comel kan. Dah ada senarai keperluan berpantang? Anda boleh baca artikel saya Senarai Keperluan Berpantang. Salah satu persediaan yang penting juga untuk ibu selepas bersalin adalah set bersalin yang terbaik.

Kesesuaian Set Bersalin


Rata-rata ibu tentu risaukan keadaan begini tentang set bersalin yang sesuai:

1. Selamat

Adakah selamat untuk ibu dan selamat juga untuk bayi? Jika bayi mendapat jaundis, atau disahkan ada G6PD bagaimana? Adakah bahan-bahan kandungannya selamat?

2. Keadaan berpantang

Bagaimana keadaan berpantang nanti? Di rumah sendiri tanpa pembantu, di rumah ibu atau ibu mertua?

3. Penyediaan set bersalin

Mudah atau leceh? Terus telan atau kena bancuh?

4. Harga

Soal harga juga penting. Rata-rata set bersalin yang ada di pasaran bersifat luaran dan berharga di antara RM250 ke atas.

5. Jamu atau suplemen?

Berbelah bahagi samada nak ambil jamu atau suplemen. Kedua-duanya perlu dipertimbangkan pro dan cons nya.

Itu di antara soalan yang bermain di fikiran si ibu. Anda boleh baca artikel saya Tips Memilih Set Bersalin yang pernah saya kongsikan dulu.


Apa yang terkandung dalam Set Bersalin Shaklee?


Set Bersalin Shaklee adalah terbaik
Set Bersalin Shaklee adalah terbaik


Sebenarnya Set Bersalin Shaklee ni adalah suplemen. Jadi ia tidak bahaya kepada anda dan bayi. Antara produk yang terkandung dalam Set Bersalin ini adalah:

1. Ostematrix

Untuk khasiat kalsium, magnesium untuk tulang anda. Di samping itu mengelakkan sembelit dan memudahkan tidur dan bangun tidur dengan segar.


2. ESP

Untuk khasiat protein, memberi tenaga dan memulihkan dalaman badan ibu, juga membantu memekatkan susu ibu.

3. B Complex

Sebagai anti stress, mengelakkan meroyan dan memanaskan badan.

4. Vita C SR Plus

Anti oksidan semulajadi, mengurangkan alahan dan menjaga kesihatan keseluruhan

5. Vitalea

Meningkatkan imun badan, membekalkan nutrisi dan vitamin mencukupi, membantu memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan, penting untuk fungsi pertumbuhan.

6. Zinc

Mengurangkan keguguran rambut, mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan sistem imun, mengurangkan masalah jeragat dan menyembuhkan daya seksual dan pertumbuhan organ.

Tambahan:


1. Lecithin

Membakar lemak berlebihan, membantu ibu mengatasi masalah short memory, mengurangkan masalah susu tersumbat.

2. Omega Guard

Untuk membakar lemak, memberikan khasiat DHA kepada bayi melalui susu ibu, membantu mengempiskan perut.

3. Alfalfa

Untuk melancarkan pengeluaran susu ibu, mengatasi masalah angin, dan memperbaiki masalah dalaman wanita, mengatasi masalah keputihan.


Testimoni Set Bersalin Shaklee Terbaik


Bagi saya pula, saya memang mencuba Set Bersalin Shaklee selepas bersalin anak kedua 2 tahun lalu. Alhamdulillah pengalaman yang sangat berbeza. Sebelum bersalin anak pertama saya sudah sediakan set bersalin HPA tetapi saya tidak gunakan. Jadi berpantang anak pertama tanpa set bersalin. Masa tu memang saya lambat sikit sembuh.

Pengalaman menggunakan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang anak kedua memang berbeza:

1. Cepat Sembuh

Luka cepat sembuh, dalam tempoh kurang seminggu luka dah baik pun.

2. Cergas

Baru beberapa hari bersalin jalan dah laju pun. Tapi kena hati-hatilah. Saya juga tahan juga malam-malam nak jaga baby walaupun kurang tidur.

3. Susu badan banyak sangat

Memang tak dinafikan lagi. Tahu tak masa berpantang sahaja lebih 200 paket susu saya dapat simpan. Kalau ikutkan stok susu yang saya sediakan walaupun bekerja mampu menampung keperluan sehingga umur baby 20 bulan juga. Lama tu.


4. Kulit Cantik

Ha, jangan tak tahu, walaupun tujuan kita ambil set untuk berpantang, secara tak langsung kulit jadi cantik, bebas jerawat. Sebab suplemen yang kita ambil tu ada juga fungsinya untuk penjagaan kulit. InsyaAllah kulit baby pun gebu dan elok je.

Anda juga boleh rujuk kepada testimoni di bawah:

Testimoni Czer atau luka pembedahan sembuh dengan Set Bersalin Shaklee
Testimoni Czer atau luka pembedahan sembuh dengan Set Bersalin Shaklee

Testimoni Set Bersalin Shaklee - tiada lagi rambut gugur, cergas, kulit cantik
Testimoni Set Bersalin Shaklee - tiada lagi rambut gugur, cergas, kulit cantik

Testimoni Set Bersalin Shaklee - turun berat badan
Testimoni Set Bersalin Shaklee - turun berat badan

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Anak G6PD
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Anak G6PD

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Pramatang / Pre mature
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Pramatang / Pre mature

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Jaundis
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Jaundis


Testimoni Set Bersalin Shaklee = Kurang berat badan, susu banyak
Testimoni Set Bersalin Shaklee = Kurang berat badan, susu banyak

Testimoni Set Bersalin Shaklee - cergas, susu banyak, bertenaga
Testimoni Set Bersalin Shaklee - cergas, susu banyak, bertenaga

Testimoni Set Bersalin Shaklee - tenaga, segar
Testimoni Set Bersalin Shaklee - tenaga, segar

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Badan bertenaga
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Badan bertenaga

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Baca juga:

1. Tips dan Amalan Mudah Bersalin
2. Tips Berpantang - Czer
3. FAQ Set Bersalin Shaklee
4. Set Bersalin Shaklee Sesuai Untuk Bayi G6PD
5. Pemakanan Ibu Selepas Bersalin
6. Menyediakan Herba Mandian Ibu Bersalin
7. Amalan Bengkung Selepas Bersalin
8. Kepentingan Suplemen Selepas Keguguran
9. Pudarkan Stretch Mark
10. Vitamins You Need In The Postnatal Phase
11. Importance Of Postnatal Vitamins

Ramai yang telah mencuba dan berjaya sembuh dan sihat dengan Set Bersalin Shaklee. InsyaAllah ianya selamat dan berkesan untuk anda juga. Ayuh dapatkannya segera dengan kami.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut atau Beli Sekarang.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Saturday, 12 July 2014

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Shaklee

Masalah jerawat ni memang sinonim dengan remaja hingga peringkat dewasa. Ada juga orang dewasa yang even selepas berkahwin dan beranak pinak pun, masalah jerawat masih menghantui. Bukan jerawat kecil, jerawat batu pun ada. Ouch!

Set Kulit Cantik Shaklee untuk hilangkan jerawat, bebas parut dan kulit anjal
Set Kulit Cantik Shaklee untuk hilangkan jerawat, bebas parut dan kulit anjal


Saya ada tuliskan di dalam artikel Untuk Kulit Flawless, Bebas Jerawat berkenaan mengapa terjadinya jerawat, jenis-jenis jerawat, tips semulajadi hindari jerawat dan juga penyelesaian daripada Shaklee.

Justeru dalam artikel kali ini ingin saya kongsikan bagaimana Vivix dapat membantu anda menghilangkan jerawat seterusnya bebas jerawat.

Suplemen Yang Baik Untuk Hilangkan Jerawat


Dalam artikel 10 Natural Ways to Deal With Acne menyatakan pengambilan suplemen untuk membantu masalah jerawat adalah disebabkan jerawat berpunca daripada kekurangan nutrisi dalam badan. Justeru pengambilan suplemen adalah pelengkap nutrisi yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan harian.

Antara suplemen yang sangat baik untuk menghilangkan jerawat dan menjadikan kulit anda flawless adalah:

1. Vita E Complex

Melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit, boleh mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat.

2. Vita C SR Plus

Adalah antioksidan kuat, meningkatkan pertahanan badan, membantu dalam penghasilan kolagen dan memberikan kulit lebih sihat, cantik dan gebu.

3. ESP

Merupakan protein yang penting dalam membina sel badan yang sihat, justeru menghasilkan kulit yang sihat.

4. CoQ Health

Membantu peredaran darah yang sihat dan memberi tenaga kepada sel kulit.

5. Shaklee Collagen Powder (SCP)

Menjadikan kulit lebih lembap, keanjalan kulit, mengurangkan pigmentasi, memudarkan parut, jeragat dan tona tidak sekata. Anda juga boleh merujuk kepada review bebas berkenaan SCP ini.

6. Vivix

Merawat sehingga ke tahap DNA badan.
Bagaimana Resveratrol bertindak merawat DNA
Bagaimana Resveratrol bertindak merawat DNA

Bagaimana Hilangkan Jerawat Dengan Vivix


Salah satu nutrisi yang terkandung di dalam Vivix adalah resveratrol. Resveratrol merupakan antioksidan dan merujuk kepada kumpulan polifenol yang mana sangat berkesan melawan radikal bebas (boleh baca berkenaan radikal bebas dalam posting kami sebelum ini).

Apakah Resveratrol
Apakah Resveratrol

#Baca juga artikel kami Bagaimana Meningkatkan Pengambilan Polifenol Anda.

Radikal bebas yang tidak stabil ini meningkatkan keradangan yang mana menyebabkan jerawat. Sebab itu selain anda cuba menghilangkan jerawat anda secara luaran atau pengambilan ubat, kemungkinan ia tidak menyeluruh disebabkan radikal bebas ini berada dalam diri anda dan juga di persekitaran anda.

Justeru anda memerlukan suplemen yang mesra dengan badan anda, iaitu suplemen semulajadi, ia tidak bereaksi negatif kepada badan anda. 

Vivix yang mengandungi resveratrol dan polifenol ini mempunyai banyak fungsi, terutama digunakan sebagai terapeutik dalam beberapa penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Vivix juga dapat merawat masalah kulit seperti jerawat secara semulajadi, anda akan mendapati kulit bebas jerawat dan flawless gitu. 

Vivix juga mampu mencegah penghasilan AGE protein. AGE protein ni adalah gula yang berlebihan dan juga protein. Bila AGE ni banyak dalam badan boleh menyebabkan sel mati atau artherosclerotic. Dengan Vivix, AGE taklah boleh dihasilkan secara semberono. Maka bolehlah kurangkan sel mati tu berkali-kali ganda. Menjadikan jerawat pun hilang dan kulit anda flawless.

Testimoni Vivix untuk hilangkan jerawat



Vivix bantu kulit berseri, hilang jerawat
Vivix bantu kulit berseri, hilang jerawat 
Hilangkan jerawat batu dengan Vivix
Hilangkan jerawat batu dengan Vivix

Usah ragu-ragu lagi, Vivix memang terbaik untuk anda, membantu meningkatkan kualiti kesihatan di samping menghilangkan jerawat batu yang membelenggu diri anda selama ini. Ayuh dapatkan daripada kami.

Anda boleh membuat pembelian di Beli Sekarang atau anda juga boleh hubungi saya di nombor tertera di bawah.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Saturday, 28 June 2014

Raya Dah Dekat, Bebas Jerawat, Jeragat Dalam 14 Hari!

Oh, memanglah 2 hari lagi nak puasa kan, tapi kalau anda nak rawat masalah kulit anda yang masih berminyak, berjerawat, jeragat, apa kata anda mulakan dari sekarang?

Raya nanti, semua orang mengerlip. Lip lap sana lip lap sini. Semua orang bergambar. Takkan kita je tak bergambar? Sebab kulit kusam tak berseri, penuh jerawat, jeragat bertahun-tahun dok tang tu. Baru lepas solat raya, kulit dah berminyak sakan... adeh macamana ni? 

Malula nak ambik gambar, malula nak gi jenjalan. Mesti orang tegur

"Hang nak pakai xxx tak? Boleh kurangkan jerawat"

"Gi jumpa pakar kulit dak?

Grr... itu pulak soalannya, bukannya nak tanya khabar kita. 

Nak-nak lagi yang nak bertunang, nak kawin, lagi sengsara. Jadi fokus tu, tutupla camana pun dengan makeup, kesannya sementara je. Depan suami? Grrr malunya!

Dulu itulah masalah saya. Masalah kulit yang saya tanggung bertahun-tahun. Dan memang malulah nak bergambar sakan macam orang lain yang high confident. Saya jadi sampai tak confident dengan diri terus. Sebab muka banyak jerawat, jeragat, kulit jenis berminyak.

Anda boleh rujuk posting saya Masalah kulit? Tidak lagi dengan Set Kulit Shaklee. Dalam artikel itu saya tuliskan beberapa produk yang saya gunakan hingga kulit jadi flawless macam ni, daripada kulit berjerawat dan berjeragat.


Secara asasnya set kesihatan dan kecantikan kulit Shaklee ini 

- Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
- Mencegah penuaan
- Menjadikan kulit lebih kenyal
- Mencerahkan kulit
- Menjaga kulit dari sinaran UV
- Mengurangkan parut jerawat dan jeragat
- Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
- Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
- Menjadikan wajah lebih berseri dan gebu


Set ini mengandungi di bawah:


Vitamin E Complex

- Memperbaiki parut
- Mengurangkan jerawat dan jeragat
- Memulihkan tekstur kulit
- Memberikan tona muka sekata
- Mengurangkan kedut dan garis halus

Vitamin B Complex

- Melembapkan kulit
- Menaikkan seri wajah (glowing gitu)
- Melancarkan peredaran darah
- Anti stress (stress memudahkan jerawat naik ke muka)

Vita C Plus Sustained Release

- Membentuk kolagen
- Menghilangkan kedut
- Mencerahkan kulit
- Menghilangkan jeragat
- Merawat kulit kasar dan kering

Energizing Soy Protein (ESP)

- Mengandungi asid amino yang penting dalam pembinaan sel tubuh
- Mengekalkan kulit muda dan otot
- Memastikan sentiasa bertenaga
- Merangsang regenerasi kulit dan otot
- Memulihkan kedutan
- Sebagai anti penuaan
- Mengembalikan keserian kulit
- Kelembutan otot
- Mempercepatkan pemulihan luka
- Menghilangkan parut

Shaklee Collagen Powder (SCP)


- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
- Memulihkan masalah kulit seperti parut, kedutan dan garis-garis halus (penuaan)
- Mencantikkan dan menyuburkan rambut
- Menegangkan payudara
- Menguatkan tulang
- Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi dengan merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru
- Melambatkan proses penuaan kulit

- Memulihkan jerawat dan jeragat


Saya paling suka SCP! Yang lain saya ambil juga, tapi SCP ni saya tak boleh miss. Anda boleh baca sini SCP Bukan Sekadar Untuk Kulit. Hasil pantas, kulit cantik, memang puas hati. Memang takde jerawat dan jeragat, kulit pun tak berminyak.

Produk Shaklee tak beri kesan mengelupas, kesan kemerah-merahan sehingga merosakkan kulit. Sebab produk Shaklee dirumus daripada bahan semulajadi, insyaAlah selamat kepada semua. Ia juga Halal, dan mempunyai kajian ke atas setiap produknya at least 100 kajian ke atas setiap satu produk. Memang Shaklee jaga sangat dengan kualiti produknya. 

Bukan macam sesetengah produk yang tempek jenama sahaja, sedangkan tak tahu apa ingredients yang digunakan. Anda boleh baca Jauhi Produk Beracun.


Kadangkala orang skeptikal pada testimoni. Ya, saya faham anda mungkin ingat saya guna fotoshop. Ya, ini saya tunjukkan kepada anda testimoni yang ada, memang inilah testimoni yang terbukti benar

Kulit Bebas Jerawat, tiada lagi parut

Kulit berseri, tiada lagi kulit kusam

Kulit bebas minyak, tiada jerawat dan tanpa parut

Ada parut chicken pox? InsyaAllah pun boleh hilang
Amacam? Raya ni buat kejutan kepada semua kenalan dan saudara mara. Anda yang lebih cantik, menawan, gojes, sampai semua orang jeles. InsyaAllah saya yakin anda dapat capai yang anda inginkan.

Set Kulit Shaklee Untuk kulit bebas Jerawat, jeragat dalam 14 hari


Cepat hubungi saya, fast action fast result.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma