Tak lama lagi dah kita nak sambut hari raya aidiladha. Kalau di Kelantan memang meriah sebabnya sana sini orang buat korban. Kalau di luar Kelantan contohnya di Kuala Lumpur ibadah korban diadakan di lokasi-lokasi tertentu seperti di dewan atau masjid. Tak boleh sewenangnya nak buat depan rumah macam di Kelantan.
Biasanya saya buat korban juga, tapi tahun ni nampaknya tak dapat buat atas sebab-sebab teknikal. Cuba juga cari korban di Syria, tapi saya tak jumpa yang betul-betul saya boleh percayai.
Sekarang ni dah ramai yang terpanggil buat korban, harga di KL dan Kelantan pun tak jauh beza pun sekarang. KL RM500 sebahagian lembu, sama juga di Kelantan.
Apa manfaat korban ni yang menyebabkan ramai yang ambil peluang?
Sebab itu orang ramai berebut ambil binatang yang besar, supaya bulu pun makin banyak, pahala pun banyak |
Manfaat Korban
1. Pahala yang besar disisi Allah s.w.t. Sabda Nabi SAW,”Pada setiap bulunya itu kita memperoleh satu kebaikan.” (HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah).
Bayangkanlah banyaknya bulu lembu atau kambing tu, banyak itulah pahala kita. Subhanallah.
2. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana ibadah ini bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.
3. Menambah rasa kasih sayang di antara umat Islam atas perkongsian yang dibuat.
4. Mendidik rasa syukur. Firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus (berkah dan rahmat Allah).”
5. Membuktikan kita adalah hamba yang taat kepada Allah.
Ada juga orang sebut, binatang yang kita korbankan tu akan jadi tunggangan kita di akhirat kelak, wallahualam. Kalau boleh seumur hidup kita buatlah sekali, sama macam ibadah haji itu sendiri.
Ibadah korban pun bukan tunggu kita ada lebih duit baru kita buat, kalau kita rasa pahalanya banyak boleh lah kita simpan duit berdikit-dikit untuk melaksanakannya.
Wallahuaalam
Mamahakim
terbaik kak anah
ReplyDeleteselamat hari raya korban...
ReplyDeletememang banyak manfaat korban kan :)
ReplyDeleteBanyak manfaat ibadah korban ni
ReplyDeleteRecent Post by MananQayyim : Bengkel Pengurusan Wang dan Kekayaan Secara Islam 2.0