Vitamin Cerdik: garlic Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label garlic. Show all posts
Showing posts with label garlic. Show all posts

Sunday, 24 August 2014

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan

Semalam saya ada jumpa customer saya ni, seorang ibu tunggal anak 7. Beliau ceritakan beliau dan anak-anak semuanya lemah imunisasi badan, selalu kena demam, selesema dan resdung terutamanya. Beliau cuma bekerja menjual keropok di sebuah sekolah, namun alhamdulillah ada anak-anak yang telah berkahwin dan bekerja.

Perjalanan hidup beliau serba sedikit menyentuh hati saya. Apa yang saya akan bantu adalah tingkatkan kesihatan beliau dan bantu beliau raih pendapatan melalui Shaklee. InsyaAllah.

Apakah Sistem Imunisasi Badan?


Sistem imun adalah sistem daya tahan penyakit. Imun badan ini berfungsi menyerang bakteria dan virus jahat yang cuba bertapak dalam badan kita. Imun badan boleh lemah jika tubuh badan tidak dijaga dengan baik.

Faktor Melemahkan Sistem Imunisasi Badan

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan
Antara punca toksin dalam badan melemahkan imunisasi badan

Wednesday, 7 May 2014

Tips Baby Batuk Selesema

Lately cuaca tak menentu dengan panas yang amat panas. My second son, Faiz pun dah batuk + selesema. Selesema tu mmg macam dah jadi rutin biasa dia, sbb dia amat gemar minum air (dari cawan) tonggang sampai air masuk hidung. 



Batuk pula, baru 2x yang dia kena. First dulu time dia dlm 10 months. Bagaimanapun kali ni batuk kuat sikit. Bunyi ada sikit2 kahak. Since saya amik produk Shaklee, saya takla sibuk nak bawa dia ke klinik amik ubat batuk. Sbbnya ubat batuk dan selesema bagi bayi bawah 2 tahun adalah amat tak sesuai. 


Boleh refer sini


Masa hakim kecil2 dulu, saya ada bawa dia ke Klinik Wangsa di Wangsa Maju. Oleh Dr Nader. Dia ada ajar kaedah percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) : 



  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby.  
handposition
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
postural+drainage1
postural+drainage2
postural+drainage3


Selain tu saya juga ada amalkan kaedah traditional, bawang putih (garlic). Semua orang tahu garlic mmg sangat berkhasiat. Garlic juga telah digunakan oleh semua bangsa. Kalau google berkenaan kaedah rawatan demam, batuk atau selesema, memang ada daripada semua budaya yang menggunakan garlic.  Contohnya http://www.learningherbs.com/garlic_remedy.html



Caranya yang saya praktikkan dan alhamdulillah serasi dengan anak2:


Kaedah 1


1. Garlic bakar sampai hitam (sekali dengan kulit).

2. Garlic yang telah dibakar, dilenyek dan ditambahkan dengan minyak (minyak gamat, minyak zaitun ke).
3. Biarkan sejam
4. Sapukan minyak garlic tu ke dada, belakang dan leher baby. 
5. Malam sapukan pada tapak kaki baby dan pakaikan stokin.

Kaedah 2


1. Garlic yang telah dibakar tadi, buangkan kulitnya.

2. Makan (baby takleh makan sendiri, justeru ibunya yang menyusui la kena makan).
3. Ulangi 2-3 kali

Sekiranya baby dah boleh mengunyah, bagi dia makan sikit garlic tu. jgn banyak sangat. Efect garlic ni mmg kuat. Org dewasa bolehlah amik dalam 2-3ulas sekali makan. Kesannya mmg segera, insyaAllah. Sekurang2nya berkesan pada saya.


Kaedah 3


1. Ambil garlic sebanyak 5 ulas. Buang kulitnya dan potong kecil.

2. Rebus air sebanyak 1 mug (abt 250ml) hingga mendidih.
3. Masukkan garlic yang telah dipotong tadi selama 5 minit bagi membolehkan garlic sebati dengan air.
4. Tutup api biarkan garlic di dlm air menyejuk sedikit selama 10 minit.
5. Minum. Repeat 1-2 kali sehari (pagi sebelum makan dan malam sebelum makan malam).
6.  sekiranya ingin perasa, tambahkan madu asli sedikit.

Kaedah 4


1. Ambil garlic sebanyak 5 ulas. Buang kulit dan potong kecil.

2. Masukkan dalam bekas bertutup.
3. Isikan dengan madu asli, cukup hingga menutupi garlic tersebut.
4. Makan 1 sudu setiap 3 jam atau sekiranya batuk kerap boleh ambil 1 jam sekali.

Kaedah 5


1. Ambil garlic sebanyak 5 ulas. Buang kulit dan potong kecil.

2. Masukkan dlm bekas bertutup.
3. Isikan dengan olive oil. 
4. Biarkan selama 30 minit.
5. Minyak ini boleh digunakan untuk sapu ke dada baby dan kaki. Malam sapukan di kaki baby dan pakaikan stokin. Esoknya nafas tentu berbau garlic. Tak mengapa kerana itu menandakan adanya kesan yang baik. 

Selain tu, saya pun kena continue pengambilan supplement, samada diri ibu sendiri atau anak. Mari kita lihat apa yang shaklee ada:




Semoga bermanfaat untuk semua.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Thursday, 1 May 2014

Mahu atasi darah tinggi? takut kena strok? Sakit jantung?

Hari ini secara tidak sengaja saya menemui ramai pesakit darah tinggi.

Salah seorangnya rakan sekerja saya. 2 minggu darah tinggi tidak turun-turun, 1 minggu daripadanya bertapa di hospital. Ubat tidak banyak membantu. Tukar ubat. Ubat baru pula memberi kesan pening yang amat sangat. Serta menyebabkan jantung berdegup pantas.

Tiga orang lagi adalah customer office saya. Salah seorang daripadanya ada penyakit jantung juga. Seorang lagi pernah merasai mulut seakan ditarik sedikit (simptom mild strok). Seorang lagi baru berusia 31 tahun, telah disahkan menghidap darah tinggi.


Gejala darah tinggi

Darah tinggi merupakan pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehingga hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi. Kebanyakkannya disebabkan pembentukan benteng dalam salur darah yang disebabkan oleh kolestrol (salur darah tersumbat).

Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.


Jadual Perubahan Gaya Hidup Untuk mengelakkan darah tinggi

Bolehkah Shaklee merawat darah tinggi? Merawat 100% mungkin tidak, tetapi mengawalnya dari menjadi lebih teruk, mengurangkan simptom serta mengelakkan darah tinggi dari berlaku.



Set Bajet Darah Tinggi

Vivix turut embantu mengurangkan risiko penyakit darah tinggi


Banyak manfaat CoQHealth untuk pesakit darah tinggi

Keistimewaan ESP

Vitamin Shaklee yang disarankan untuk penghidap darah tinggi:

1. Vitamin Asas seperti Vitalea, Bcomplex dan VIta C
Memberikan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio vaskular

2. Carotomax, Vita C dan Vita E
Gabungan nutrien Antioksida penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada radikal bebas.

3. Omega Guard
Merendahkan paras kolestrol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung, serta mengelakkan strok.

4. Garlic COmplex
Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular.

5. CoQ health
Baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung, mengurangkan bengkak di kaki, mengurangkan cecair di dalam peparu, memudahkan pernafasan dan meningkatkan kapasiti pesakit jantung melakukan senaman. Serta membantu merawat kgagalan jantung.

CoQ juga  boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Menurut satu analisa, CoQ berpotensi menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17mm Hg dan tekanan darah diastolik sebayak 10mm Hg tanpa kesan sampingan ketara. Ia mungkin mengambil masa 4 hingga 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan.

CoQ juga dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi.

Pengambilan CoQ juga boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah dan membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ boleh:

1. Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
2. Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
3. Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
4. Membantu mencegah migrain.

Selain itu, cuba amalkan petua dibawah:


1. Lakukan pemeriksaan awal.
2. Mengambil pemakanan seimbang
3. Melakukan aktiviti dan senaman
4. Memastikan tidur yang mencukupi
5. Kawal emosi agar tidak tertekan / stres

Petua atasi Darah Tinggi

Laburlah demi kesihatan anda. Sekali terkena sakit, barulah akan tahu betapa berharganya kesihatan yang baik. 

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma