Vitamin Cerdik: zinc Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label zinc. Show all posts
Showing posts with label zinc. Show all posts

Wednesday, 24 September 2014

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)

Saya memang eksited nak tulis ni berkenaan diabetes semasa mengandung atau GDM. Ini kerana 2 kali mengandung sebelum ini kedua-duanya saya ada GDM. Kandungan kali ini saya nak elakkan. 

Saya ke Klinik Kesihatan berhampiran sebulan yang lalu untuk buat MGTT (modified glucose tolerance test). Dan hari semalam saya ke klinik lagi untuk checkup biasa, sambil tu nak tengok keputusan MGTT saya. Apa yang saya tak sangka kali ini saya tiada GDM! 


Bagaimana saya lakukannya?


Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Ibu Hamil ramai penghidap GDM

Sunday, 24 August 2014

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan

Semalam saya ada jumpa customer saya ni, seorang ibu tunggal anak 7. Beliau ceritakan beliau dan anak-anak semuanya lemah imunisasi badan, selalu kena demam, selesema dan resdung terutamanya. Beliau cuma bekerja menjual keropok di sebuah sekolah, namun alhamdulillah ada anak-anak yang telah berkahwin dan bekerja.

Perjalanan hidup beliau serba sedikit menyentuh hati saya. Apa yang saya akan bantu adalah tingkatkan kesihatan beliau dan bantu beliau raih pendapatan melalui Shaklee. InsyaAllah.

Apakah Sistem Imunisasi Badan?


Sistem imun adalah sistem daya tahan penyakit. Imun badan ini berfungsi menyerang bakteria dan virus jahat yang cuba bertapak dalam badan kita. Imun badan boleh lemah jika tubuh badan tidak dijaga dengan baik.

Faktor Melemahkan Sistem Imunisasi Badan

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan
Antara punca toksin dalam badan melemahkan imunisasi badan

Saturday, 9 August 2014

Set Kesuburan Shaklee

Sejak promo GLA ni ramai betul bertanya tentang GLA ni, terutama bagi mereka yang inginkan Set Kesuburan Shaklee.

Ok saya pernah tulis posting berkenaan produk yang sesuai kepada mereka yang ingin meningkatkan kesuburan, anda boleh baca Berjaya Hamil Walaupun PCOS atau artikel Cepat Hamil Dengan GLA.

Tingkatkan Kesihatan, Tingkatkan Kesuburan

Kunci kepada kesuburan adalah tahap kesihatan yang baik. Sebab itu dalam artikel tersebut saya memang mencadangkan Full Set Kesuburan kepada pasangan suami isteri. Mengapa kita perlukan suplemen?

Thursday, 7 August 2014

Cepat Hamil Dengan GLA

Salah satu fungsi GLA adalah untuk membetulkan masalah hormon wanita dan meningkatkan kesuburan. Alhamdulillah kita lihat ramai juga berjaya hamil selepas pengambilan GLA. Bukan GLA yang hebat, tapi Allah jua yang mengizinkannya berlaku.

Baca juga Kadar Kesuburan Menurun

Siapa yang perlukan GLA Complex Untuk Cepat Hamil


Dalam banyak-banyak fungsi dan manfaat GLA Complex dalam posting terdahulu, kali ini saya ingin kongsikan berkenaan kaitan GLA Complex dengan masalah kesuburan. Saya pasti memang ramai yang masih belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata walaupun bertahun-tahun berkahwin. InsyaAllah dengan usaha dan doa, dapatlah tu tak lama lagi.

Di antara yang memerlukan GLA Complex adalah 

1. Wanita dengan period tidak teratur


Period tidak teratur seperti tempoh period tidak tetap contohnya sekejap 28 hari, sekejap 30 hari, ada juga yang berbulan-bulan tak period. Keadaan ini dinamakan sebagai polycystic ovary syndrom (PCOS). Bagi anda yang menghidap PCOS, anda boleh baca juga artikel kami Berjaya Hamil Walaupun PCOS dan PCOS dan Shaklee.

Kadang kita rasa period kita normal setiap bulan ada, tempoh pun memang cantik 28 hari, tapi tak semestinya telur ada. Sebab memang ada kes, period setiap bulan tapi rupanya telur tak ada setiap bulan. Jadi ini pun dinamakan sebagai tak normal. 

Dalam keadaan biasa, telur patutnya keluar setiap bulan, sekurang-kurangnya 1 biji.

2. Wanita yang mencuba untuk hamil


Wanita yang tanpa ada masalah kesihatan tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Bagaimana GLA Complex bantu cepat hamil


1. Penghasilan lendir serviks (cervical mucus)


GLA Complex membantu wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan. Lendir ini berwarna putih telur dan wanita akan mengeluarkannya sebulan sekali semasa waktu subur. Tidak semua wanita mendapati cecair yang dihasilkannya subur.

Dalam hal ini, lendir serviks yang dihasilkan ini akan membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk disenyawakan dengan sel ovum (telur). Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Puan-puan boleh cuba periksa cecair serviks anda.

Kalau anda memang sudah subur, takdelah sampai terlebih subur pula kalau ambil GLA Complex. 

2. Membantu menstabilkan hormon wanita dan memastikan kitaran haid yang teratur

Kitaran haid yang normal dan teratur memudahkan wanita mengenalpasti waktu suburnya yang mana peratusan persenyawaan adalah tertinggi dalam tempoh ini.

3. Membantu mengatasi masalah senggugut

Membantu melegakan masalah PMS.

4. Menguatkan placenta

Membantu menguatkan placenta dan meningkatkan lapisan uterus iaitu mengoptimumkan persekitaran rahim bagi meningkatkan peluang persenyawaan berlaku.

5. Mengurangkan keradangan

GLA boleh ditukarkan kepada prostaglandine yang berperanan mengurangkan keradangan yang mungkin menghalang persenyawaan berlaku.

Set Kesuburan Shaklee


Bagi anda yang ingin meningkatkan peluang untuk hamil, berikut adalah produk yang bersesuaian untuk anda untuk membantu meningktkan kesuburan anda dan pasangan:

1. GLA Complex (Isteri)

Membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan pengeluaran lendir serviks yang berkualiti.

2. ESP (Isteri)

Membantu membentuk tisu rahim, ovum dan sel sperma yang sihat.

3. Zinc (Suami)

Zinc membantu meningkatkan kualiti sperma dari segi bilangan sperma, pergerakan sperma dan rupa sperma.

4. Vita E Complex (Suami)

Melancarkan saluran darah, menyuburkan organ reproduktif wanita dan meningkatkan kelelakian.

Kita merancang, Allah juga merancang, rancangan Allah juga sebaik-baik perancang. Jadi suplemen semua ini penyebab anda hamil, ia cuma asbab untuk anda hamil. Doa dan usaha dan percaya kepada takdir Allah juga perlu.

Doa Cepat Hamil
Doa Cepat Hamil

Testimoni

Berjaya hamil dengan GLA dan Set Kesuburan Shaklee
Berjaya hamil dengan GLA dan Set Kesuburan Shaklee

Berjaya hamil dengan GLA dan Set Kesuburan Shaklee
Berjaya hamil dengan GLA dan Set Kesuburan Shaklee

Jaminan kami


Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

1. Selamat
2. Semulajadi
3. Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Mengapa saya?


Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran


Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran


Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan lain-lain pertanyaan. 

Saya boleh dihubungi daripada nombor tertera di bawah.

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamin-cerdik.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Wednesday, 16 July 2014

Cara Banyakkan Susu Badan / Ibu

Ramai ibu muda atau first time mother belum boleh imagine lagi bagaimana keadaan atau situasinya sebagai first time mother. Maklumla pengalaman jadi ibu kan, dan kebanyakkannya fikir mesti susah juga nak menyusu badan. Bagi yang masih baru dalam dunia penyusuan dan anda bertekad nak menyusu badan anak anda sepenuhnya, silalah berikan perhatian kepada posting ini.

Anda juga perlu tahu banyak manfaatnya penyusuan badan kepada anda dan bayi. InsyaAllah anda akan teguh dengan tekad anda untuk menyusukan bayi anda.

Saiz Perut Bayi


Seboleh-bolehnya anda perlu yakin bahawa perut bayi anda bukannya besar macam perut kita. Anda cuba perhatikan carta di bawah.

Saiz perut bayi
Ketahui saiz perut bayi memudahkan anda mengetahui banyak mana bayi anda perlukan susu

Anda dah nampakkan, saiz perut bayi anda yang baru lahir baru bersaiz buah ceri. Kecik sangat. Jadi pastikan anda jangan over feeding. Cuba jangan terpengaruh sangat dengan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan bayi anda lapar etc. Anda kena yakin susu badan anda banyak dan mencukupi untuk bayi anda.

Cara Banyakkan Susu Badan


1. Pastikan Anda Kerap Memerah Susu Untuk Banyakkan Susu Badan

Perah perah perah. Pastikan anda memerah memang sangat kerap, at least 1 jam sekali. Sebab konsep yang kita pegang adalah demand vs supply. Semakin banyak permintaan, semakin banyaklah supply.

Tips Cara Banyakkan Susu Ibu: Selepas setiap kali menyusu badan bayi anda, pastikan anda teruskan dengan mengepam susu. Mula-mula anda mengepam memanglah sikit sahaja yang keluar. Tapi percayalah lama-lama memang akan jadi banyak. Susu ini anda boleh simpan sebagai stok susu. Baca juga cadangan jadual mengepam susu.

Jika anda rasa letih, anda boleh mengambil ESP atau Vitalea untuk meningkatkan tenaga anda. Anak saya kedua-duanya lelaki, memang kurang masa rehat saya ketika berpantang. Saya tahu sangat keadaannya dan ESP dan Vitalea memang sangat membantu saya untuk kekal cergas dan bertenaga.

2. Ketika Berpantang Pastikan Anda Tidak Menggunakan Susu Yang Diperah Untuk Banyakkan Susu Badan


Sebab susu yang telah diperah itu untuk ditinggalkan sewaktu anda masuk kerja nanti. Jadi pastikan juga anda simpan susu yang diperah dengan sistematik. Untuk mengurangkan masalah penyimpanan, anda boleh gunakan plastik seperti dibawah.

Jangan guna susu yang telah diperah, salah satu cara banyakkan susu badan
Seeloknya label dengan baik setiap storage bags untuk memudahkan penggunaan

Simpan susu dalam kuantiti yang sedikit, contohnya 3oz atau 4 oz. Boleh juga simpan 8oz terus, tapi bila dicairkan nanti kena pindahkan dalam botol berasingan. Anda tak mahu membazir susu nanti kan. Sebab susu yang telah dipanaskan tak boleh disimpan lagi dan cuma tahan pada suhu bilik selama 4 jam sahaja.

Pastikan juga anda tahu cara penyimpanan dan pengendalian susu ibu.

3. Minum minuman berkalsium Untuk Banyakkan Susu Badan


Ini disebabkan susu mempunyai komponen kalsium. Jadi cara untuk membanyakkan susu badan ialah dengan memastikan pengambilan minuman yang mengandungi kalsium yang banyak. Ini juga dapat membantu anda mengelakkan masalah osteoporosis di kemudian hari.

Selain pengambilan susu atau Horlics, anda boleh mengambil Ostematrix yang memang kaya dengan khasiat kalsium magnesium yang diperlukan oleh tubuh anda.

Selain memberikan khasiat kalsium, Ostematrix membantu anda mengelakkan sembelit, memberikan kesegaran di waktu pagi dan membantu kekuatan tulang dan sendi anda.

4. Banyakkan minum air kosong untuk banyakkan susu badan


Air adalah kehidupan. Sekurang-kurangnya pastikan anda minum 3 liter sehari (bersamaan 12 gelas). Ini kerana menyusu akan menyebabkan anda haus dan lebih penting lagi air merupakan sebahagian besar komponen susu badan / ibu.

Minum air kosong salah satu cara banyakkan susu badan
Ibu menyusu perlu minum banyak air kosong 

5. Banyakkan Bersabar fikirkan susu badan banyak


Memang kuncinya adalah sabar. Anda akan berdepan dengan macam-macam lagi keadaan yang menguji kehendak anda untuk menyusukan bayi anda.

Apa yang penting anda perlu elakkan stress, banyakkan fikirkan positif dan lihat kebaikan penyusuan yang sangat besar dan ganjaran pahala sebesar-besarnya kepada anda. Semua ibu pun memang melalui perkara ini. Doa pun mujarab, boleh cuba doa di bawah untuk banyakkan susu badan.

Doa banyakkan susu badan
Doa banyakkan susu badan


Set Penyusuan Shaklee Suplemen Untuk Banyakkan Susu Badan


Bagi tujuan penyusuan, Shaklee telah pun mempunyai produk yang dapat membantu ada membanyakkan susu badan.

1. Set Asas


a) Vitalea

Multivitamin yang lengkap dan memberikan tenaga kepada anda.

b) Bcomplex

Mengelakkan stress, memberikan khasiat B Complex yang lengkap.

d) Vita C SR Plus

Meningkatkan pertahanan badan, semua khasiat ini akan dapat juga kepada bayi melalui susu badan.

2. Set Penyusuan


a) ESP

Membantu memekatkan susu, memberikan tenaga, menghaluskan kulit.

b) Alfalfa Complex

Membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

c) Ostematrix

Khasiat kalsium magnesium, kalsium adalah komponen penting dalam susu badan.

3. Set Elak Bengkak Susu / Nipple Crack


a) Lecithin

Elakkan bengkak susu, membakar lemak.

b) Vita E Complex

Mempercepatkan luka sembuh, memudarkan parut.

c) Zinc

Mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan pertahanan badan.

Testimoni Set Penyusuan Shaklee



Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Se Penyusuan Shaklee


Selama 2 tahun lebih menyusukan anak kedua saya, memang set penyusuan Shaklee sangat membantu saya. Dalam waktu berpantang sahaja saya telah berjaya menyimpan kira-kira 200oz susu. Jadi inilah cara terbaik untuk membanyakkan susu badan, disamping mengamalkan 5 tips yang telah saya kongsikan di atas.

Artikel lain berkaitan:

1. Manfaat penyusuan di waktu malam.
2. Tips Penyusuan Walaupun Outstation
3. Masalah Bengkak Susu, Bagaimana Menanganinya
4. Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
5. Herba Yang Perlu Dielakkan Semasa Penyusuan
6. Merawat Masalah Puting Merekah Semasa Penyusuan


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Sunday, 13 July 2014

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Anda sedang hamil? Sedang menunggu hari atau masih ada beberapa bulan lagi untuk membuat persediaan menerima kehadiran si comel kan. Dah ada senarai keperluan berpantang? Anda boleh baca artikel saya Senarai Keperluan Berpantang. Salah satu persediaan yang penting juga untuk ibu selepas bersalin adalah set bersalin yang terbaik.

Kesesuaian Set Bersalin


Rata-rata ibu tentu risaukan keadaan begini tentang set bersalin yang sesuai:

1. Selamat

Adakah selamat untuk ibu dan selamat juga untuk bayi? Jika bayi mendapat jaundis, atau disahkan ada G6PD bagaimana? Adakah bahan-bahan kandungannya selamat?

2. Keadaan berpantang

Bagaimana keadaan berpantang nanti? Di rumah sendiri tanpa pembantu, di rumah ibu atau ibu mertua?

3. Penyediaan set bersalin

Mudah atau leceh? Terus telan atau kena bancuh?

4. Harga

Soal harga juga penting. Rata-rata set bersalin yang ada di pasaran bersifat luaran dan berharga di antara RM250 ke atas.

5. Jamu atau suplemen?

Berbelah bahagi samada nak ambil jamu atau suplemen. Kedua-duanya perlu dipertimbangkan pro dan cons nya.

Itu di antara soalan yang bermain di fikiran si ibu. Anda boleh baca artikel saya Tips Memilih Set Bersalin yang pernah saya kongsikan dulu.


Apa yang terkandung dalam Set Bersalin Shaklee?


Set Bersalin Shaklee adalah terbaik
Set Bersalin Shaklee adalah terbaik


Sebenarnya Set Bersalin Shaklee ni adalah suplemen. Jadi ia tidak bahaya kepada anda dan bayi. Antara produk yang terkandung dalam Set Bersalin ini adalah:

1. Ostematrix

Untuk khasiat kalsium, magnesium untuk tulang anda. Di samping itu mengelakkan sembelit dan memudahkan tidur dan bangun tidur dengan segar.


2. ESP

Untuk khasiat protein, memberi tenaga dan memulihkan dalaman badan ibu, juga membantu memekatkan susu ibu.

3. B Complex

Sebagai anti stress, mengelakkan meroyan dan memanaskan badan.

4. Vita C SR Plus

Anti oksidan semulajadi, mengurangkan alahan dan menjaga kesihatan keseluruhan

5. Vitalea

Meningkatkan imun badan, membekalkan nutrisi dan vitamin mencukupi, membantu memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan, penting untuk fungsi pertumbuhan.

6. Zinc

Mengurangkan keguguran rambut, mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan sistem imun, mengurangkan masalah jeragat dan menyembuhkan daya seksual dan pertumbuhan organ.

Tambahan:


1. Lecithin

Membakar lemak berlebihan, membantu ibu mengatasi masalah short memory, mengurangkan masalah susu tersumbat.

2. Omega Guard

Untuk membakar lemak, memberikan khasiat DHA kepada bayi melalui susu ibu, membantu mengempiskan perut.

3. Alfalfa

Untuk melancarkan pengeluaran susu ibu, mengatasi masalah angin, dan memperbaiki masalah dalaman wanita, mengatasi masalah keputihan.


Testimoni Set Bersalin Shaklee Terbaik


Bagi saya pula, saya memang mencuba Set Bersalin Shaklee selepas bersalin anak kedua 2 tahun lalu. Alhamdulillah pengalaman yang sangat berbeza. Sebelum bersalin anak pertama saya sudah sediakan set bersalin HPA tetapi saya tidak gunakan. Jadi berpantang anak pertama tanpa set bersalin. Masa tu memang saya lambat sikit sembuh.

Pengalaman menggunakan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang anak kedua memang berbeza:

1. Cepat Sembuh

Luka cepat sembuh, dalam tempoh kurang seminggu luka dah baik pun.

2. Cergas

Baru beberapa hari bersalin jalan dah laju pun. Tapi kena hati-hatilah. Saya juga tahan juga malam-malam nak jaga baby walaupun kurang tidur.

3. Susu badan banyak sangat

Memang tak dinafikan lagi. Tahu tak masa berpantang sahaja lebih 200 paket susu saya dapat simpan. Kalau ikutkan stok susu yang saya sediakan walaupun bekerja mampu menampung keperluan sehingga umur baby 20 bulan juga. Lama tu.


4. Kulit Cantik

Ha, jangan tak tahu, walaupun tujuan kita ambil set untuk berpantang, secara tak langsung kulit jadi cantik, bebas jerawat. Sebab suplemen yang kita ambil tu ada juga fungsinya untuk penjagaan kulit. InsyaAllah kulit baby pun gebu dan elok je.

Anda juga boleh rujuk kepada testimoni di bawah:

Testimoni Czer atau luka pembedahan sembuh dengan Set Bersalin Shaklee
Testimoni Czer atau luka pembedahan sembuh dengan Set Bersalin Shaklee

Testimoni Set Bersalin Shaklee - tiada lagi rambut gugur, cergas, kulit cantik
Testimoni Set Bersalin Shaklee - tiada lagi rambut gugur, cergas, kulit cantik

Testimoni Set Bersalin Shaklee - turun berat badan
Testimoni Set Bersalin Shaklee - turun berat badan

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Anak G6PD
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Anak G6PD

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Pramatang / Pre mature
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Pramatang / Pre mature

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Jaundis
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Jaundis


Testimoni Set Bersalin Shaklee = Kurang berat badan, susu banyak
Testimoni Set Bersalin Shaklee = Kurang berat badan, susu banyak

Testimoni Set Bersalin Shaklee - cergas, susu banyak, bertenaga
Testimoni Set Bersalin Shaklee - cergas, susu banyak, bertenaga

Testimoni Set Bersalin Shaklee - tenaga, segar
Testimoni Set Bersalin Shaklee - tenaga, segar

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Badan bertenaga
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Badan bertenaga

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Baca juga:

1. Tips dan Amalan Mudah Bersalin
2. Tips Berpantang - Czer
3. FAQ Set Bersalin Shaklee
4. Set Bersalin Shaklee Sesuai Untuk Bayi G6PD
5. Pemakanan Ibu Selepas Bersalin
6. Menyediakan Herba Mandian Ibu Bersalin
7. Amalan Bengkung Selepas Bersalin
8. Kepentingan Suplemen Selepas Keguguran
9. Pudarkan Stretch Mark
10. Vitamins You Need In The Postnatal Phase
11. Importance Of Postnatal Vitamins

Ramai yang telah mencuba dan berjaya sembuh dan sihat dengan Set Bersalin Shaklee. InsyaAllah ianya selamat dan berkesan untuk anda juga. Ayuh dapatkannya segera dengan kami.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut atau Beli Sekarang.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Sunday, 20 April 2014

Kepentingan Suplemen Selepas Keguguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Saya baru tahu dalam Facebook dah boleh schedule post. Entah bila mula kan. Tapi alhamdulillah boleh dah berfacebook walaupun sibuk bekerja.

Ok ni saya nak cerita tentang hari semalam. Paginya seperti biasa bawa anak-anak ke Giant untuk main sambil beli barang dapur. Tiada yang menarik pun. Anak-anak macam biasalah excited lebih kan sebab dapat main. Selain tu aim saya semalam nak beli recharged lampu. Ini sebab pengalaman Jumaat malam tu taman kami bergelap untuk 4 jam bermula 11.30 malam hingga 3.30 pagi.

Bayangkanlah lama. Mama memang tak boleh tidur lah sebab kipaskan anak-anak. Nak cari recharged fan takde, yang ada lampu. Takpe, beli dulu lampu ni. Kipas beli kemudian di kedai elektrik lain.

Selain itu juga ada terima panggilan daripada seorang ini. Suaranya dah memang menunjukkan beliau tengah lemah. Rupa-rupanya beliau baru lepas keguguran. Memang lemah suaranya, kesian saya dengar. Jadi saya pun consult beberapa produk untuk beliau, dan saya janji boleh COD petang ini.



Jadi petang semalam saya pergi jumpa beliau di UM. Orangnya tinggi lampai, memang nampak lemah sikitlah. Dah 2 hari keguguran, kalau hanya bergantung kepada ubat memang lambat sikit sembuh. Saya ada pengalaman juga keguguran, iaitu kandungan pertama. Tapi saya tak perlu cuci sebab keluar habis. Pengalaman itu juga mengajar walaupun keguguran memang kena juga berpantang.

Ini kerana selepas keguguran, anda turut kehilangan darah (walaupun tidak sebanyak bersalin biasa), dan ia sebenarnya lebih kurang bersalin juga. Jadi badan anda perlukan nutrisi yang seimbang untuk badan kembali bertenaga. Lebih penting lagi menyediakan badan anda untuk hamil kembali selepas keguguran tersebut. Antara produk penting untuk keguguran adalah:

1. Vitalea - untuk tenaga dan menambah darah
2. ESP - untuk protein dan memperbaiki sel
3. Zinc - untuk cepat pulih luka
4. B Complex - untuk khasiat Asid folik, penting untuk menyediakan badan untuk kembali hamil, anti stress
5. Vita C - khasiat vitamin C, tingkat imun badan
6. Ostematrix - untuk khasiat kalsium magnesium

Sebab produk yang beliau ambil tu agak banyak, saya cadangkan beliau mendaftar sebagai ahli terus. Apa manfaatnya?

1. Dapat beli produk pada harga ahli seumur hidup
2. Dapat menikmati rebet pembelian dengan minima 150uv setiap bulan. Makin banyak uv terkumpul makin banyak bonus diterima
3. Tak perlu maintain sales untuk akaun kekal aktif
4. Berpeluang buat bisnes jika nak.

Untuk buat bisnes memang kita arrange lain lah sebab kita ada secret group dan consultansy.

Siapa group Ohsem ni?

Kami bernaung directly di bawah Master Nur Zahirah > Master Nur Laila > PM Cery. Setahu saya tahun ini Master Nur Laila akan ditabalkan juga sebagai PM Nur Laila, insyaAllah Jun 2014 ini. Master Nur Zahirah pula telah menggenggam pendapatan bulanan 6 angka sejak Mac 2014 yang lalu.

Kami ada orang-orang hebat bersama-sama kami untuk bimbing anda turut berjaya. Hubungi kami sekarang.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Thursday, 20 February 2014

17 Kelebihan Zinc

Jika tidak silap saya, Zinc Complex Shaklee merupakan produk termurah dalam Shaklee (yang lain pun murah, maknanya Zinc Complex paling murah antara yang murah-murah). 


Zinc Complex daripada Shaklee tahan sehingga 4 bulan

Tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yang diperlukan dalam ativiti metabolisme badan sebagai komponen penting enzim? Ia memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

17 Kelebihan Zinc:

1. Penjagaan Kulit: Kajian menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis ektopik. Adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan perananpenting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

3. Jerawat. Mineral ini penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawalselia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Disamping itu zinc juga berkaitan dengan sintetis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. Penyembuhan luka. Kekurangan zinc menyebabkan luka lambat untuk pulih. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung kepada zinc, yang menggalakkan sintetis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. Gangguan Prostat. ZInc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

6. Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam menurun berat badan dan mengawal selera makan.

7. Mengandung: Ia penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia perlu untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

8. Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

9. Fungsi biologi. Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

10. Jangkitan. Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk peparu dan konjunktivitis.

11. Antioksidan. Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindakbalas biokimia yang tegas, yang termasuk sintetis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.

12. Aturan enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawalselia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

13. Kanser. Bagi lelaki, zinc memainkan peranan penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa masalah seperti kanser.

14. Kelesuan Kronik. Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc

15. Botak boleh menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang menghidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut

16. Kehilangan tulang. Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matrix tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah kedalam pelan diet unda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. Buta malam. Pengambilan 150 hingga 450mg zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi adalahsentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging, lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Berapa banyak zinc yang anda perlukan?

Lahir hingga 6 bulan = 2 mg
Infatnts 7 hingga 12 bulan = 3mg
Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun = 3mg
Kanak-kanak 4 hingga 8 tahun = 5mg
Kanak-kanak 9 hingga 13 tahun = 8mg
Remaja 14 - 18 tahun (lelaki) = 11mg
Remaja 14 - 18 tahun (perempuan) = 9mg
Dewasa (lelaki) = 11mg
Dewasa (wanita) = 8mg
Remaja Mengandung = 12 mg
Wanita Mengandung = 11mg
Remaja Menyusu = 13mg
Wanita Menyusu = 12mg

Anda ingin mendapatkan zinc daripada jenama Shaklee?


Fakta Nutrisi Zinc Complex


Fakta nutrisi:
Sebiji zinc Shaklee membekalkan 15mg (100% keperluan harian) dan 115mg kalsium (12% keperluan harian). Dan ia bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi juga dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Credit: Mamafaiz

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Tuesday, 28 January 2014

Segalanya Tentang Zinc Complex Shaklee

OK hari ini saya ingin memperkenalkan berkenaan produk Shaklee, Zinc.


Manfaat Zinc Complex


Zinc Complex dirumus dari zinc glukonat semulajadi dan bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh badan. Berbanding jenama lain, Zinc Complex Shaklee sesuai diambil untuk jangka masa panjang kerana bahan-bahannya yang semulajadi. 

Kelebihan Zinc Complex Shaklee
1. Hanya 1 tablet diperlukan sehari untuk membekalkan 100% keperluan harian zinc
2. Dengan rumusan sayur-sayuran
3. Dirumus dengan zinc glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang.

Zinc Complex juga mampu membantu meningkatkan dayaingatan dan tempoh penumpuan. Berdasrkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, kanak-kanak yang diberikan zinc 20mg selama 5 hari seminggu selama 10-12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak mendapat suplemen zinc. Malah kekurangan zinc juga mampu mengganggu tumbesaran dan perkembangan badan.


Kebaikan Zinc Complex kepada tubuh


Manfaat Zinc Complex

1. Membentuk Kolagen
Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.


Elak rambut gugur dengan Zinc Shaklee


2. Mempercepatkan pemulihan luka
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, membaiki alergi dan bintik di kulit


Luka cepat sembuh dengan Zinc Shaklee

3. Memperbaiki masalah prostat
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan kerap kencing.


Zinc Shaklee membantu menambah kualiti sperma

Zinc Complex membantu masalah prostat


4. Memperbaiki radang kulit
Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat

5. Ovulasi wanita
Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

Zinc Complex keluaran Shaklee merupakan sebahagian daripada set bersalin Shaklee.


Khasiat Zinc Complex kepada ibu selepas bersalin


Zinc sangat membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, samada normal atau pembedahan. Zinc merupakan antara vitamin yang baik untuk merawat luka-luka supaya cepat baik. Kekurangan zinc boleh menyebabkan luka lambat sembuh. Jadi, penting bagi ibu selepas bersalin mengamalkan pengambilan zinc di sepanjang tempoh berpantang. Mengapa orang-orang tua menggalakkan pengambilan ikan haruan? Sebab ikan haruan dan gamat juga mengandungi zinc.

Bonus juga sebab zinc dapat mengelakkan keguguran rambut dan mencantikkan kuku. Biasanya selepas berpantang ibu akan kehilangan jumlah zinc yang banyak dan menyebabkan rambut banyak gugur. Tetapi ini memang kebiasaan bagi ibu selepas bersalin. Namun begitu pastikan ibu mengamalkan diet yang sihat setiap hari dengan pengambilan supplemen seperti zinc akan membantu ibu.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma