Atasi Masalah Nipple Cracked | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Friday, 15 March 2013

Atasi Masalah Nipple Cracked

Bagi ibu-ibu yang menyusu, majoriti pasti mengalami masalah nipple crack (atau puting susu pecah atau luka). Bukan sekali, malah berkali-kali akan berlaku di sepanjang tempoh penyusuan. Saya sendiri sebaik sahaja bersalin kedua-dua anak, akan mengalami masalah ini sehingga tempoh sebulan selepas bersalin. Apabila berdepan dengan masalah ini memang sukar nak digambarkan, pedih dan seksa. Tambahan kena pula menyusu anak, memang menjerit. Tapi demi anak semuanya para ibu akan lalui.

Masalah nipple crack berlaku disebabkan kekeringan dan masalah salah latch. Jadi untuk mengatasi masalah adalah dengan membetulkan punca masalah tu.

Pastikan puan-puan menyusu dengan position yang betul dan latch yang betul.




Jika mengalami nipple crack, berikut puan-puan boleh cuba:

A. Semasa Menyusu
- Menyusu daripada payudara yang tidak luka (atau kurang luka). Baby akan menyusu dengan lebih perlahan pada payudara kedua.
- Latch pertama bayi memang lebih menyakitkan - boleh amalkan letakkan ais pada puting tersebut, seolah-olah untuk biuskan
- Cuba beberapa posisi penyusuan untuk mencari posisi yang selesa
- Jika penyusuan sangat menyakitkan, boleh mengepam payudara tersebut untuk mengelakkan mastitis dan mengekalkan susu. Jika mengepam terlalu menyakitkan, boleh cuba menggunakan tangan.

B. Selepas Menyusu

- Cuba kaedah mencuci luka dengan normal saline. Cara membuat normal saline adalah: campurkan 1/2 sudu kecil garam ke dalam 8oz air suam. Buat yang baru setiap kali ingin menggunakannya. Cara menggunakannya:

i) Selepas menyusu, rendamkan puting ke dalam normal saline (di dalam mangkuk) untuk 1 minit. Atau pun boleh juga meletakkan titisan normal saline ke puting yang luka.

ii) Jangan lama melebihi 5 hingga 10 minit kerana boleh menyebabkan kulit dehyrates dan menyebabkan luka dan lambat sembuh

iii) lapkan dengan tuala

iv) Sekiranya bayi boleh mengesan dan menolak rasa masin sedikit, selepas basuh dengan normal saline boleh siram dulu dengan air mengalir.

C. Selepas Pembasuhan

- Letakkan beberapa titisan susu ibu ke puting untuk mempercepatkan penyembuhan luka
- Untuk memastikan puting sentiasa lembap, boleh gunakan krim yang selamat untuk bayi seperti Lansinoh, Purelan atau Vita E Shaklee.


Di antara krim penyusuan yang selamat untuk bayi


D. Di antara Penyusuan

- Pastikan puting dianginkan sekerap yang mungkin. 
- Amalkan pengambilan zinc yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka.


Vitamin Zinc boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka

- Boleh gunakan nipple protector di dalam bra untuk mengelakkan rasa sakit. Saya gunakan brand Medela.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com