Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Walaupun Bekerja | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Wednesday, 13 February 2013

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Walaupun Bekerja

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar ibu-ibu mengamalkan penyusuan ekslusif buat 6 bulan pertama kehidupan bayi bagi mendapatkan kelebihan kesihatan dan perkembangan optimum. Penyusuan juga digalakkan diteruskan bersama-sama makanan pelengkap sehingga bayi berusia 2 tahun sebagaimana disarankan agama.






Memandangkan kebanyakan ibu-ibu hari ini bekerja, bagaimana menggabungkan kerja dan penyusuan ibu? Tips berikut adalah pengalaman sendiri dan juga saranan pakar laktasi:

1. Mula menyusu pada jam pertama selepas bersalin dan setiap 2 jam pada waktu siang dan sebelum 12 malam. 3 jam selepas tengah malam. Pastikan posisi menyusu adalah betul, boleh google pelbagai artikel berkenaan posisi menyusu. Sekiranya posisi tidak betul, pengalaman menyusu akan memeritkan ibu dan anak seperti luka, anak tidak kenyang dll.

2. Mula berlatih memerah dan menyimpan susu ibu selepas 3 minggu bersalin. Kaedahnya, sebaik sahaja menyusukan anak, terus perah susu ibu untuk disimpan. Pada peringkat permulaan biasanya susu yang berjaya disimpan agak sedikit, tetapi akan bertambah selepas beberapa percubaan. Dengan teknik ini saya berjaya menyimpan 100 pek susu ibu disepanjang tempoh berpantang.



3. Menyambung memerah susu bila mula bekerja. Tetapkan masa untuk memerah untuk memastikan anda mempunyai simpanan susu dan juga mengelakkan susu cepat kering. 



4. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan atau pam manual / elektrik. Sepanjang tempoh menyusu anak sulung dan kedua, saya telah memiliki 5 pam susu: medela mini e (bunyi macam mesin rumput), spectra, medela pump in style (sangat berjasa menyelesaikan misi menyusu bagi anak sulung). 2 yang pertama telah dijual, pump in style masih disimpan tapi tak digunakan. Kini saya menggunakan medela freestyle berharga rm1600 tapi berjaya dibeli dengan harga rm1000 dari oversea. Saya juga memiliki pam manual medela harmony utk saat kecemasan. Pilihan hendaklah mengambil kira harga, kurang menyakitkan, elektrik / manual, memudahkan, ringan / berat, bunyi, cepat / lambat, single / double.



5. Beritau majikan anda tentang keperluan dan niat anda. 

6. Buat persediaan seperti peti ais tambahan dan peralatan lain. Bagaimana menyimpan susu? Susu yang telah diperah hendaklah dilabel tarikh diperah untuk disimpan di peti sejuk beku / nyahbeku. Peralatan yang diperlukan seperti storage bags samada botol atau plastik, kit mudah alih penyimpanan susu, cooler. Tempoh cooler dapat bertahan dalam beg pam susu adalah di antara 6-8 jam. 

Sekiranya hendak dibawa ke taska / pengasuh, pada malam sebelumnya rendam dahulu 2-3 peket susu beku. Menjelang pagi ia akan mencair keseluruhannya dan boleh anda transfer ke dalam botol susu. Labelkan botol susu 1-5 untuk memudahkan babysitter. Susu yang telah dinyahbeku tidak boleh disejukkan atau dibekukan semula dan bertahan 24 jam selepas dicairkan.






7. Sentiasa mengamalkan doa agar dipermudahkan urusan penyusuan anda. InsyAllah segala usaha murni anda akan mendapat ganjaran pahala di samping mengukuhkan ikatan dengan anak. Lain-lain tips boleh refer di sini



8. Ibu-ibu boleh mengamalkan pemakanan tambahan or supplements untuk menambah tenaga dan memberi nutrient tambahan kepada bayi. Semasa anak sulung dulu tiada supplement khusus yang saya ambil, ada la amalkan petua2 seperti kurma merah, longan dan lain-lain. Namun untuk anak kedua saya amalkan set breastfeed shaklee, mmg ketara perbezaannya.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Good luck.

Mamahakim