Vitamin Cerdik: berpantang Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

Perbezaan Jamu dan Suplemen

Hari ini saya bercerita sikit berkenaan jamu atau Set bersalin Shaklee.

Semasa berpantang anak pertama, percaya tak saya tak guna langsung supplemen atau jamu. Pada ketika itu memang plan hendak guna set berpantang keluaran HPA. HPA ini produk daripada herba Melayu. Saya pula bersalin czer, dengan anak masa tu kena jaundis yang agak lama. Justeru set bersalin HPA tidak digunakan langsung. Badan sihat je, tapi ambil masalah sikit.


Pasal penyusuan pula, memang macam-macamlah cuba i.e kurma merah, mata kucing, halba dll. Pendek kata semua yang orang kata memang saya cari. Habis duit pun beribu-ribu. Hanya untuk memastikan anak saya dapat bf. 


Hasilnya?


1. Berpantang tanpa apa-apa supplemen/jamu menyebabkan tubuh lambat segar/sihat

2. Penyusuan dapat, tetapi kualiti agak boleh dipersoalkan.

Apa beza jamu dengan supplemen?



Perbezaan Jamu dan Vitamin


Jadi, bila nak bersalin anak kedua, saya teruja pasal Shaklee. Change brands can change your life! 



Tahukah anda langkah anda menukar jenama boleh merubah hidup anda

Saya mula menggunakan set bersalin Shaklee. Dah mula guna tu, saya tambah lagi untuk menyusu, kurus dan cantikkan kulit. Terus jatuh cinta.

Apa yang saya dapat?


Alhamdulillah badan sihat, anak saya juga sihat. Susu banyak, even selepas anak saya 2 tahun pun dan saya sudah tidak pam susu, masih lagi leaking. 


Tak percaya? Anda kena cuba sendiri barulah boleh mempercayainya. :)


Apa yang ada dalam set bersalin Shaklee?


Set bagi semua ibu termasuk kehamilan, berpantang dan menyusu


1. ESP - untuk kulit cantik, milk booster, tenaga segera, kuatkan rahim dan asas kesihatan berpanjangan
2. B Complex - asid folik, mengandungi kesemua vitamin B lengkap, elak meroyan dan migrain
3. Alfalfa - milk booster, kuatkan rahim, elak sembelit, detoks
4. Vitalea - multivitamin paling lengkap, tenaga segera, 
5. Zinc - sembuhkan luka, elak rambut gugur
6. Vitamin C - kulit cantik, tingkatkan imun badan
7. Ostematrix - sumber kalsium lengkap bersama magnesium, elak sembelit, khasiat kalsium untuk ibu, elak osteoporosis


Kata orang, zaman moden, nak berpantang pun cara moden. Bukan semua gitu tapi kalau yang baru itu memang baik, apasalahnya kita guna kan. Sebab zaman moden ini dah tak suci macam dulu. Maksud suci tu dari segi makanan kita, segala macam pencemaran, justeru mudah dapat penyakit. Jadi cara kita memperisai diri pun memang perlu berubah.

Teruja untuk mencuba? Jom hubungi saya sekarang seperti maklumat tertera.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Thursday, 8 May 2014

Hilangkan Stretch Mark Dengan Shaklee

Apakah Stretch Mark

Stretch mark adalah garisan putih yang terdapat pada beberapa tempat di tubuh seperti perut, payudara, paha dan lengan. Ia muncul disebabkan kulit meregang dalam tempoh yang singkat sehingga kulit kehilangan elastisinya. 

Stretch mark kerap berlaku kepada wanita hamil atau mengalami kegemukan (awalnya beliau kurus). Tahukah anda hampir 90% wanita hamil terkena stretch mark (sumber: Dr Nanden S Prabu, SpKK dari Obagi Dermatologi Medical Clinics).

Sebenarnya kulit kita terdiri daripada 3 lapisan. 

1. Paling dalam - subcutaneous
2. Tengah - dermis
3. Luar - epidermis

Stretch mark berlaku pada lapisan dermis di mana lapisan ini penuh dengan pembuluh darah. Lapisan ini diperbuat daripada jaringan elastis, jadi bila tubuh membesar dalam tempoh singkat, saraf ini akan melemah dan akhirnya pecah akibat kulit yang menipis.

Stretch mark banyak berlaku kepada kaum wanita berkulit gelap kerana mereka menghasilkan lebih banyak melamin. Boleh ke hilangkan stretch mark? Jawapannya tak boleh, tetapi boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan (sayur, buah) di samping pengambilan air yang banyak untuk menjaga elastik dan kekenyalan kulit.


Stretch Mark yang hodoh

Stretch mark biasa kepada ibu mengandung dan selepas bersalin. Seingat saya sendiri, memang banyak juga stretch mark saya. Apa yang saya buat adalah

1. Selalu sapu minyak zaitun semasa mengandung. Ini untuk mengelakkan kulit tegang disamping memberi efek lembap kepada kulit. Saya biasa gunakan minyak zaitun yang biasa tu je.



Minyak Zaitun mempunyai banyak keistimewaan


2. Selepas bersalin saya mengamalkan ESP dan Vita E Complex daripada Shaklee.



ESP boleh membantu menghilangkan parut stretch mark yang hodoh

Vita E Complex membantu memudarkan stretch mark


Alhamdulilillah dengan mengamalkan kedua-dua tips di atas saya boleh dikatakan tiada langsung stretch mark yang kelihatan.


Cer tengok pula testimoni di bawah, insyaAllah jika berkesan kepada orang lain memang boleh juga berkesan kepada anda.


Testimoni Hilang Stretch Mark

Testimoni Stretch Mark hilang dengan ESP


Testimoni stretch mark


Trust me, jika ada stretch mark memang buruk lah... tak sanggup nak tengok diri depan cermin pun :P

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Wednesday, 30 April 2014

11 tanda kecemasan ibu berpantang perlu jumpa doktor

Kebelakangan ini meskipun ramai yang cuba untuk melahirkan secara normal, ramai juga masih bersalin secara pembedahan. Bersalin secara pembedahan tidak mengurangkan pahala seorang ibu, juga tidak mengurangkan sifat seorang ibu / wanita. 

Ibu tetap ibu, cuma cara bersalin tidak dapat normal seperti orang lain. Saya sendiri bersalin secara pembedahan bagi anak sulung, pembedahan kecemasan. Sebabnya lama menunggu, air ketuban dah 15 jam pecah dan baby dah berak. Saya dan suami redho. 

Sebab saya orang pertama dalam keluarga bersalin secara pembedahan, mak saya pun pening nak fikirkan cara berpantang. Namun, dibawah ini adalah tips dan cara berpantang bagi ibu yang bersalin secara pembedahan yang dikumpulkan:

1. Teruskan penyusuan badan, ia akan membantu mengecutkan rahim dengan cepat. 

2. Pakai stokin. Elakkan kipas angin menghala ke badan anda. Ini untuk elakkan angin masuk dalam badan.

3. Berurut dan bertungku. Boleh seperti biasa tetapi elakkan bahagian pembedahan.

4. Amalkan pemakanan air gamat / jeli gamat bagi tempoh 2 minggu selepas bersalin. Selepas itu baru boleh makan ikan haruan. Sebabnya untuk pastikan luka tutup dengan elok dan jahitan pun cantik. Jika terus amalkan ikan haruan, luka dalam belum sembuh, luka luar sembuh tapi tak cantik.

5. Mandian. Boleh je secara normal dengan menggunakan air rebusan daun-daun dan herba.

6. Berbengkung. Juga boleh macam biasa tetapi pastikan gunakan bengkung khas untuk pembedahan. Tujuan berbengkung adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik.

7. Darah nifas. Walaupun tidak bersalin secara normal, ibu selepas bersalin pembedahan turut mengalami ini. Justeru penjagaan adalah sama saja.

Bila perlu berjumpa doktor?
1. Bila anda demam lebih 100.4 darjah Farenheit

2. Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya

3. Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut seperti lebam/pedih

4. Discaj vagina yang berbau busuk

5. Sakit secara tiba-tiba di bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah

6. Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki

7. Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing

8. Muncul ruam atau gatal-gatal

9. Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.

10. Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.

11. Rasa bimbang, panik atau sedih.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Sunday, 20 April 2014

Kepentingan Suplemen Selepas Keguguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Saya baru tahu dalam Facebook dah boleh schedule post. Entah bila mula kan. Tapi alhamdulillah boleh dah berfacebook walaupun sibuk bekerja.

Ok ni saya nak cerita tentang hari semalam. Paginya seperti biasa bawa anak-anak ke Giant untuk main sambil beli barang dapur. Tiada yang menarik pun. Anak-anak macam biasalah excited lebih kan sebab dapat main. Selain tu aim saya semalam nak beli recharged lampu. Ini sebab pengalaman Jumaat malam tu taman kami bergelap untuk 4 jam bermula 11.30 malam hingga 3.30 pagi.

Bayangkanlah lama. Mama memang tak boleh tidur lah sebab kipaskan anak-anak. Nak cari recharged fan takde, yang ada lampu. Takpe, beli dulu lampu ni. Kipas beli kemudian di kedai elektrik lain.

Selain itu juga ada terima panggilan daripada seorang ini. Suaranya dah memang menunjukkan beliau tengah lemah. Rupa-rupanya beliau baru lepas keguguran. Memang lemah suaranya, kesian saya dengar. Jadi saya pun consult beberapa produk untuk beliau, dan saya janji boleh COD petang ini.



Jadi petang semalam saya pergi jumpa beliau di UM. Orangnya tinggi lampai, memang nampak lemah sikitlah. Dah 2 hari keguguran, kalau hanya bergantung kepada ubat memang lambat sikit sembuh. Saya ada pengalaman juga keguguran, iaitu kandungan pertama. Tapi saya tak perlu cuci sebab keluar habis. Pengalaman itu juga mengajar walaupun keguguran memang kena juga berpantang.

Ini kerana selepas keguguran, anda turut kehilangan darah (walaupun tidak sebanyak bersalin biasa), dan ia sebenarnya lebih kurang bersalin juga. Jadi badan anda perlukan nutrisi yang seimbang untuk badan kembali bertenaga. Lebih penting lagi menyediakan badan anda untuk hamil kembali selepas keguguran tersebut. Antara produk penting untuk keguguran adalah:

1. Vitalea - untuk tenaga dan menambah darah
2. ESP - untuk protein dan memperbaiki sel
3. Zinc - untuk cepat pulih luka
4. B Complex - untuk khasiat Asid folik, penting untuk menyediakan badan untuk kembali hamil, anti stress
5. Vita C - khasiat vitamin C, tingkat imun badan
6. Ostematrix - untuk khasiat kalsium magnesium

Sebab produk yang beliau ambil tu agak banyak, saya cadangkan beliau mendaftar sebagai ahli terus. Apa manfaatnya?

1. Dapat beli produk pada harga ahli seumur hidup
2. Dapat menikmati rebet pembelian dengan minima 150uv setiap bulan. Makin banyak uv terkumpul makin banyak bonus diterima
3. Tak perlu maintain sales untuk akaun kekal aktif
4. Berpeluang buat bisnes jika nak.

Untuk buat bisnes memang kita arrange lain lah sebab kita ada secret group dan consultansy.

Siapa group Ohsem ni?

Kami bernaung directly di bawah Master Nur Zahirah > Master Nur Laila > PM Cery. Setahu saya tahun ini Master Nur Laila akan ditabalkan juga sebagai PM Nur Laila, insyaAllah Jun 2014 ini. Master Nur Zahirah pula telah menggenggam pendapatan bulanan 6 angka sejak Mac 2014 yang lalu.

Kami ada orang-orang hebat bersama-sama kami untuk bimbing anda turut berjaya. Hubungi kami sekarang.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Khasiat Ostematrix kepada ibu selepas bersalin

Ibu selepas bersalin memerlukan khasiat dan vitamin tambahan untuk lebih sihat

Hari ini saya ingin memperkenalkan produk hebat Shaklee iaitu Ostematrix. Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.




Ostematrix
Ostematrix membekalkan nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Ostematrix lebih daripada sekadar kalsium
Tahukah anda?

1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam



1 tablet Ostematrix bersamaan 1 gelas susu kalsium tinggi


Keistimewaan Ostematrix Shaklee berbanding produk kalsium jenama lain


Kalsium dan isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum dan boron. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan jisim tulang mereka yang telah berumur secara berkesan.


Manfaat Utama Ostematrix Shaklee


1. Menguatkan tulang

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gig, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.


Ibu menyusu memerlukan kalsium yang mencukupi

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.


Kalsium memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis


3. Meringankan stress

Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, bergetar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.


Ostematrix membantu mengelakkan kemurungan


4. Memperbaiki masalah haid

Kajian menunjukkan  dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.


Ostematrix mengurangkan simptom pra haid
5. Pengalkalian tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin dan berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ia juga meghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.


7. Vitamin D

Ia mampu merawat penyakit rickets. Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.


Vitamin D penting dalam meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus

8. Magnesium

Ia adalah iron positif no 2 penting dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau hempedu.

9. Zinc, boron, manganese dan kuprum

Memelihara metabolisme kerangka dan pertubuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Ostematrix merupakan salah satu pilihan yang boleh ditambah ke dalam set bersalin Shaklee (set asas mengandungi Vitalea, Vita C, B Complex dan Zinc). Mengapa Ostematrix ini penting dan bagus untuk ibu selepas bersalin?



Khasiat ostematrix dalam set bersalin Shaklee
Khasiat Ostematrix kepada ibu selepas bersalin:

1. Kalsium merupakan komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein


2. Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti (rujuk keistimewaan Ostematrix no. 3)


3. Melegakan otot dan saraf ibu dan mengelakkan tekanan bersama B Complex dalam set bersalin Shaklee. (rujuk keistimewaan Ostematrix no. 8)


4. Mengelakkan daripada gigi rosak dan sakit tulang pada ibu. Ibu menyusu yang tidak mendapat cukup kalsium lazimnya akan mendapat masalah gigi rosak dan sakit tulang. (rujuk keistimewaan Ostematrix no. 1 dan 7)


Bonus juga kerana Ostematrix turut membantu mengelakkan sembilit kepada ibu selepas bersalin dan membantu memberikan tenaga untuk berjaga malam menjaga bayi.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma


Saturday, 19 April 2014

Testimoni Berpantang Dengan Shaklee


Semasa berpantang anak pertama (Hakim) saya tidak menggunakan apa2 produk untuk berpantang sbb masa tu Hakim kena jaundice dan takut effect apa-apa pada Hakim. Justeru bila nak berpantang anak kedua (Faiz) saya tercari-cari juga apakah produk yang selamat untuk berpantang dan menyusui baby.
Most of all, vitamin ni selamat dan sekurang-kurangnya sesuai dengan saya dan rupanya dgn ramai lagi. Maka saya teruja untuk share gems ni kpd anda. Hasil pam susu pun banyak, stok utk faiz melimpah ruah, alhamdulillah rezeki dia. Compared to Hakim dulu, pam hari ini untuk minum esok.

Breastfeeding
Saya quite bersetuju dengan testimoni berikut yang saya petik daripada  www.zahirahhafizan.blogspot.com. Credit to her.

Kenapa saya memilih Shaklee untuk BERPANTANG?

Semua ibu mahukan yang TERBAIK untuk si anak yang baru lahir. Begitu juga dengan saya. Saya yakin itu! Apa2 yang terbaik untuk anak, pasti itulah pilihan si ibu. Dalam zaman moden ni, macam2 set berpantang kita temui. Ada dalam bentuk jamu, malah sekarang dalam bentuk suplimen aka vitamin. Apa pilihan ibu2 sekalian? Jamu atau vitamin? Saya? Saya memilih untuk gunakan vitamin untuk berpantang dan ia telah terbukti dengan jelas pada diri saya yang pengambilan vitamin semasa berpantang amat membantu saya. Bukan saja saya sihat tubuh badan, malah susu saya juga meriah. Saya mampu membuat stok sepanjang berpantang. Dan ia sangat2 membantu saya yang bercita2 untuk menyusu sepenuhnya tercapai.
Di zaman sekarang ini juga, rata-rata bayi yang lahir akan mendapat jaundis.  Dan apabila ianya berlaku, kebiasaannya nurse atau doktor akan sarankan kepada ibu-ibu supaya menghentikan pengambilan segala jamu sehinggalah bayi benar-benar pulih dan bebas dari jaundis… Akibatnya jamu-jamu berkenaan jadi terbengkalai dan last2 terus malas/lupa nak makan… Ini terjadi ketika saya berpantang anak pertama… Semasa anak kedua, alhamdulillah bayi takder jaundis.
Saya masih ingat lagi seorang pakar kanak2 bagitau saya untuk saya stop semua jamu kalau ada saya ambil sebabnya anak saya kuning..Then saya tanya doktor bagaimana dengan vitamin Shaklee? Katanya, yang membuatkan saya betol2 confident dan hanya bersama Shaklee untuk berpantang ialah:” Shaklee is ok. Ia vitamin,bukan jamu. U boleh teruskan ambil Shaklee walaupon anak ada kuning. Shaklee is GOOD.”
Apa yang saya gunakan? Saya gunakan Shaklee. Antara vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu berpantang adalah vitalea, b compleks, vitamin c, zink, alfafa, ESP, dan ostematrix. Apa fungsi vitamin2 ni ye? Tentu anda tertanya2 kan:). Ni dia fungsi2 nya..
Vitalea Iron Formula
Mengandungi 28 jenis vitamin termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron dsb. *
B-Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*
Vitamin C
Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.*
Zinc Complex
Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll. *
Selain dari set di atas, anda juga boleh menambah vitamin-vitamin lain seperti :
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.ESP juga boleh memekatkan susu si ibu, jadi anak cepat kenyang and then ibu boleh buat stok susu dengan lebih banyak. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnahKualitinya sangat tinggi.  Baca juga ESP disini.
OsteMatrix
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasukkalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.  Baca juga 10 Kebaikan Kalsium
Dan oh ya… jangan risau tentang keintiman kalau tak makan jamu…. Kerana Vitamin Shaklee juga ada produk yang boleh menghangatkan keintiman seperti baru2 kawen tau.. huhuhu… testimoni ada, tapi agak sensitif… apa yang pasti, ia memang terbukti ‘menghangatkan’… hehehe… dan produknya adalah…..
Antara Khasiat Daun ALFALFA :
Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa haid.
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~ Merawat asma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit
~ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
Jom lihat testimoni-testimoni mereka yang berpantang dengan Vitamin Shaklee… Testimoni-testimoni ini diambil dari fb group customer kami …. Thanks u all…
*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***

Jadi, bila lagi anda ingin berubah dan mencuba sesuatu yang menyihatkan dan memberi manfaat untuk kesihatan anda???

kredit syuhada

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee?  Boleh hubungi saya di ahmad.raihanah@gmail.com atau sms/whatsupp 0122195919 untuk sebarang pertanyaan:)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 17 February 2014

Masalah Bengkak Susu: Bagaimana dan tips merawati

Ibu yang menyusukan anak mesti pernah alami isu bengkak susu kan. Sekurang-kurangnya sekali mesti pernah dan hanya yang pernah alami sahaja akan tahu kesakitan yang ditanggung tu. Ini terutamanya berlaku dalam tempoh berpantang, lebih-lebih lagi jika bayi jaundis dan tempohnya tidur lebih lama.




masalah bengkak susu terjadi sebab skip masa menyusu atau mengepam. Pernah sekali terjadi pada saya ketika itu anak saya hampir 8 bulan. Pagi ada meeting, tengahari perbincangan dengan bos, sambung sampai pukul 2 pm lebih sebab sekali masa makan tengahari. Dah la pam tak bawa sekali. Azabnya kita je la tahu, nak urut pun dah tak jadi, pam pun tak jadi... ni kes jika saya tak ambil lecithin la. Jika saya ambil lecithin, dengan pam boleh menyelesaikan masalah. Alhamdulillah

Tetapi pada kebiasaannya bila terjadi bengkak susu, cara mengepam tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu dah tersumbat sehingga susu tidak dapat dipam keluar. Tektiknya, dengan direct feeding sahaja boleh menyelesaikan masalah bengkak susu.

Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Justeru, bengkak susu adalah tanda positif iaitu anda sedang meghasilkan susu untuk bayi anda.


Bengkak susu boleh menyebabkan demam

Berikut antara petua yang saya sendiri pernah buat jika ibu alami masalah bengkak susu.

1. Pakai pakaian dalam (bra) yang bersesuaian untuk menyokong, terutama di waktu malam. 

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. 

3. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu sehingga areola menjadi lembut. Satu cara lain untuk memudahkan pengeluaran susu ialah meletakkan tuala panas di dada atau mandi air suam sebelum memerah. Ini mungkin memakan masa.

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisap perlahan-lahan. Ini membantu pengaliran susu yang lebih lancar dan melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sesekali untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ini tidak akan memburukkan keadaan kerana susu untuk bayi masih mencukupi. Susu yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting)

7. Meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan. 

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara Jangan sampai terkena puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak susu.

9. Ambil beberapa daun sireh dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak suam-suam kuku. Selain melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payudara sedikit sebelum mengepam. Buat urusan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika tidak dapat tahan sakit, dan perkara di atas masih tidak dapat membantu ibu boleh mengambil ubat tahan sakit dengan nasihat daripada doktor.

Kredit pama

Bagaimana untuk mengelakkan?

1. Hot/Cold method
Firm compression. untuk peringkat awal boleh cuba hot method dulu sebab cold method adalah lebih kepada peringkat lebih teruk iaitu untuk mengurangkan kesakitan apabila berlaku bengkak susu. Bila sakit dah berkurangan, boleh bertukar kepada hot method iaitu menggalakkan pengaliran susu keluar.

Caranya
- Baring
- Urut payu dara dari pangkal ke arah puting. Jika susah buat sendiri, minta bantuan suami. Urut sampai ada susu terpancut keluar.
- Cuba bersihkan puting jika lubang susu tertutup.
- Bila letak ice pack, kawasan yang sakit akan kurang rasa sakit bila diurut.
- Bila dah kurang bengkak, cuba pam sehingga kosong, dapatkan sekurang-kurangnya 2x let down.
- Kalau boleh sentiasa letakkan ice pack sepanjang hari pada payu dara.

2. Mengelakkan clogged duct 
- Pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan
- Jika rasa sakit disebabkan clogged duct, cepat-cepat pam, buat urutan samada tuam dengan tuala panas atau cold method.
- Jika masih tidak membantu, segera dapatkan nasihat doktor

3. Suplemen Shaklee turut membantu mengelakkan atau meminimakan masalah bengkak susu. Contohnya B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan paling penting Lecithin.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma