Vitamin Cerdik: alfalfa Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Friday, 19 September 2014

Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?

Saya baru teringat nak posting pasal hal penyusuan. Untuk rekod, kedua-dua anak saya dapat menyusu penuh 2 tahun dengan saya. Abangnya berhenti masa umur 3 tahun lebih. Yang kedua ni berhenti pada umur 2 tahun lebih.

Ramai yang keliru berkenaan keperluan suplemen untuk menyusu. Ok, fakta utamanya untuk membanyakkan susu anda tak memerlukan suplemen. Ini sebabnya ada konsep asas dipanggil sebagai demand vs supply.

Jika ada permintaan, maka banyaklah supply. Ini bermaksud semakin kerap anda menyusu anak anda, semakin banyaklah susu badan akan dihasilkan. Dan susu yang dihasilkan pula memang mencukupi untuk keperluan anak anda. 

Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
Tip Tingkatkan Susu Ibu

Tuesday, 16 September 2014

Cara Berkesan Rawat Ekzema

Sebenarnya ekzema menyerang tak kira usia, namun kebiasaannya kanak-kanak adalah paling ramai menghidapinya. Apabila ia menyerang kanak-kanak, si kecil memang tidak dapat tidur yang baik, asyik tergaru-garu dan tidak selesa. 

Ekzema boleh menyebabkan kulit berdarah, bernanah atau berair. Memang kesian sangat kalau kena pada bayi atau kanak-kanak. 


Cara Berkesan Rawat Ekzema
Ekzema Pada Bayi

Friday, 22 August 2014

Cara Merawat Resdung Secara Selamat

Baru-baru ini ada ibu yang bertanya saya bagaimana Shaklee boleh membantu beliau merawat resdung beliau. Beliau juga sedang menyusukan anak. Jom hari ini kita kenali Resdung.


Cara Merawat Resdung
Cara Merawat Resdung

Tuesday, 22 July 2014

Tips Kurangkan Gemuk Air Dalam Masa Singkat

Saya masih ingat bila mula je puasa, dalam tempoh singkat saya boleh kurangkan berat badan. Yang kurang tu adalah air sebab kita berpuasa. Tapi tak semua orang dapat buat ni. Ada yang berpuasa tapi masih dengan berat badan yang sama.

Punca Gemuk Air adalah disebabkan garam berlebihan


Apabila diet kita dipenuhi dengan makanan yang tinggi dengan garam, garam tersebut akan masuk ke dalam saluran dan sistem badan kita. Cara garam tersebut keluar? Adalah melalui perkumuhan samada melalui peluh atau air kencing. Namun begitu, garam lebih efektif dibuang melalui peluh berbanding air kencing.

Kebanyakan orang yang gemuk air biasanya kurang bersenam dan terlalu banyak makan makanan tinggi garam contohnya junk food, fast food, jeruk, fries, makanan ditin, kicap dll).

Bila garam tidak dibuang daripada dalam badan, ianya akan mendap dalam sel badan kita. Ini menyebabkan kondisi hyptonik dalam sel badan kita yang mana air akan ditarik masuk ke dalam sel badan supaya concentration dalam sel badan kembali normal. Inilah sebenarnya gemuk air.


Tanda-tanda orang yang gemuk air:



1. Lompat-lompat depan cermin

Yang flabbing (menggelebeh, tak pun kalau lompat tu ada bahagian kulit yang ikut melompat sekali) - itu boleh kata air laa

2. Pinch your abs/etc area using 2 fingers (cubit macam penyepit). 

Yang dapat cubit tu subcutaneous fat + air

3. Poke ur body

High water retentions - kulit/isi akan tenggelam dan merah sedikit, dan lmbt kembali ke bentuk asal.

4. Checkup di Klinik / Hospital atau mana-mana pusat kesihatan


Anda ingin tahu bagaimana kurangkan gemuk air? Jom kita kongsikan dengan anda.

Tips Kurangkan Gemuk Air Dalam Masa Singkat


1. Tingkatkan pengambilan makanan mengandungi potassium tinggi. 

Potassium adalah nutrien penting yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan. Kekurangan potassium boleh menyebabkan keletihan, cepat marah, dan tekanan darah tinggi (tekanan darah meningkat). 

Melainkan jika anda memerlukan dialisis, atau mempunyai keadaan khas, berlebihan potassium daripada sumber semula jadi adalah hampir mustahil; Walau bagaimanapun, kalau ambil berlebihan boleh menyebabkan loya, muntah, dan juga serangan jantung. Potassium daripada sumber makanan semula jadi, seperti yang disenaraikan di bawah, dianggap selamat dan sihat.

Contoh makanan yang kaya dengan potassium adalah pisang, kurma, dan avocado. 

Tips Kurangkan gemuk air dalam masa singkat
Contoh makanan kaya dengan potassium


2. Kurangkan pengambilan garam


Tips kurangkan gemuk air dalam masa singkat
Garam berlebihan adalah punca gemuk air

Sebenarnya dalam diet seharian terlalu banyak garam dalam makanan kita. Sebabnya dalam sos-sos seperti sos tomato, dalam makanan diproses pun semuanya sebenarnya telah ditambahkan garam. Selain boleh menurunkan berat badan, pengurangan pengambilan garam boleh membantu mengelakkan banyak lagi penyakit kronik, terutama berkaitan dengan buah pinggang dan darah tinggi.

Tips: Kurangkan garam dalam makanan, disamping itu boleh tukarkan garam yang biasa diambil yang bersifat sintetik, kepada garam semulajadi seperti garam bukit dan garam semulajadi. Selain mengelakkan masalah penyakit, garam semulajadi juga mengandungi banyak mineral dan khasiat yang baik untuk tubuh.

Beza garam putih, garam bukit dan garam semulajadi.

3. Kurangkan pengambilan gula


Tips Kurangkan gemuk air dalam masa singkat
Gula Berlebihan antara faktor peningkatan berat badan

Memang semua dah ketahui bahaya pengambilan gula berlebihan ni. Selain dalam minuman, gula banyak dimasukkan dalam pastri, kuih muih, air dan masakan lain. Berlebihan gula boleh meningkatkan paras insulin yang seterusnya membawa kepada penyakit kencing manis. Bila tahap insulin tinggi, ianya akan mengganggu proses pembuangan sodium / garam dalam badan sebab badan tengah sibuk pasal tahap gula dalam darah.

Ia juga boleh mengurangkan kebolehan badan untuk menggunakan natrium secara berkesan. 


4. Elakkan makan berlebihan


Puasa kan, jadi elakkan jadikan masa berbuka tu sebagai membalas dendam sebab tak makan. :) Makan sekadar yang cukup. Jika anda makan berlebihan akan menyebabkan kesukaran kepada badan anda untuk proses penghadaman dalam tempoh singkat tersebut. Akibatnya puasa patutnya dapat kuruskan badan, tapi anda naik badan pula.

5. Bersenam


Pastikan anda memperuntukkan sedikit masa untuk bersenam, walaupun berpuasa. Ada senaman yang sesuai untuk orang berpuasa. Anda boleh cuba.

6. Minum air 8 hingga 10 gelas sehari


Air kosong ya, bukan air bergula. Ini kerana air membantu mengelakkan hidrasi. Banyak minum air kan nanti banyak buang airnya. so garam akan keluar juga melalui air kencing, selain peluh.

Tips kurangkan gemuk air dalam masa singkat
Air penting untuk memudahkan pengaliran bendalir


Pengambilan suplemen yang membantu mengurangkan berat badan


Di antara produk pelangsingan badan Shaklee adalah:

1. Cinch Shake

Untuk protein, mengenyangkan dalam tempoh masa yang lebih lama dan mengekalkan otot (elak badan nampak menggeleber dan kendur selepas berat badan berkurang).

2. Cinch Tea Energy Mix

Meningkatkan metabolisme badan.

3. Lecithin

Membakar lemak dan memudahkannya untuk dikumuhkan.


4. Herblax

Elakkan sembelit, untuk detox dan angkut lemak untuk dikumuhkan.

5. Alfalfa

Fungsi detoks dan mengangkut lemak untuk dikumuhkan.

6. Energizing Soy Protein

Protein, kalori rendah dan mengenyangkan lebih lama.

7. Omega Guard

Membakar lemak, membantu mengempiskan perut.

Tak semestinya ambil semua, anda boleh suaipadankan set kurus ini mengikut bajet dan situasi anda. Hubungi kami segera untuk keterangan lanjut.

Ucapkan selamat tinggal kepada gemuk air!

Baca juga Gabungan Hebat Lecithin dan Alfalfa.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Wednesday, 16 July 2014

Cara Banyakkan Susu Badan / Ibu

Ramai ibu muda atau first time mother belum boleh imagine lagi bagaimana keadaan atau situasinya sebagai first time mother. Maklumla pengalaman jadi ibu kan, dan kebanyakkannya fikir mesti susah juga nak menyusu badan. Bagi yang masih baru dalam dunia penyusuan dan anda bertekad nak menyusu badan anak anda sepenuhnya, silalah berikan perhatian kepada posting ini.

Anda juga perlu tahu banyak manfaatnya penyusuan badan kepada anda dan bayi. InsyaAllah anda akan teguh dengan tekad anda untuk menyusukan bayi anda.

Saiz Perut Bayi


Seboleh-bolehnya anda perlu yakin bahawa perut bayi anda bukannya besar macam perut kita. Anda cuba perhatikan carta di bawah.

Saiz perut bayi
Ketahui saiz perut bayi memudahkan anda mengetahui banyak mana bayi anda perlukan susu

Anda dah nampakkan, saiz perut bayi anda yang baru lahir baru bersaiz buah ceri. Kecik sangat. Jadi pastikan anda jangan over feeding. Cuba jangan terpengaruh sangat dengan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan bayi anda lapar etc. Anda kena yakin susu badan anda banyak dan mencukupi untuk bayi anda.

Cara Banyakkan Susu Badan


1. Pastikan Anda Kerap Memerah Susu Untuk Banyakkan Susu Badan

Perah perah perah. Pastikan anda memerah memang sangat kerap, at least 1 jam sekali. Sebab konsep yang kita pegang adalah demand vs supply. Semakin banyak permintaan, semakin banyaklah supply.

Tips Cara Banyakkan Susu Ibu: Selepas setiap kali menyusu badan bayi anda, pastikan anda teruskan dengan mengepam susu. Mula-mula anda mengepam memanglah sikit sahaja yang keluar. Tapi percayalah lama-lama memang akan jadi banyak. Susu ini anda boleh simpan sebagai stok susu. Baca juga cadangan jadual mengepam susu.

Jika anda rasa letih, anda boleh mengambil ESP atau Vitalea untuk meningkatkan tenaga anda. Anak saya kedua-duanya lelaki, memang kurang masa rehat saya ketika berpantang. Saya tahu sangat keadaannya dan ESP dan Vitalea memang sangat membantu saya untuk kekal cergas dan bertenaga.

2. Ketika Berpantang Pastikan Anda Tidak Menggunakan Susu Yang Diperah Untuk Banyakkan Susu Badan


Sebab susu yang telah diperah itu untuk ditinggalkan sewaktu anda masuk kerja nanti. Jadi pastikan juga anda simpan susu yang diperah dengan sistematik. Untuk mengurangkan masalah penyimpanan, anda boleh gunakan plastik seperti dibawah.

Jangan guna susu yang telah diperah, salah satu cara banyakkan susu badan
Seeloknya label dengan baik setiap storage bags untuk memudahkan penggunaan

Simpan susu dalam kuantiti yang sedikit, contohnya 3oz atau 4 oz. Boleh juga simpan 8oz terus, tapi bila dicairkan nanti kena pindahkan dalam botol berasingan. Anda tak mahu membazir susu nanti kan. Sebab susu yang telah dipanaskan tak boleh disimpan lagi dan cuma tahan pada suhu bilik selama 4 jam sahaja.

Pastikan juga anda tahu cara penyimpanan dan pengendalian susu ibu.

3. Minum minuman berkalsium Untuk Banyakkan Susu Badan


Ini disebabkan susu mempunyai komponen kalsium. Jadi cara untuk membanyakkan susu badan ialah dengan memastikan pengambilan minuman yang mengandungi kalsium yang banyak. Ini juga dapat membantu anda mengelakkan masalah osteoporosis di kemudian hari.

Selain pengambilan susu atau Horlics, anda boleh mengambil Ostematrix yang memang kaya dengan khasiat kalsium magnesium yang diperlukan oleh tubuh anda.

Selain memberikan khasiat kalsium, Ostematrix membantu anda mengelakkan sembelit, memberikan kesegaran di waktu pagi dan membantu kekuatan tulang dan sendi anda.

4. Banyakkan minum air kosong untuk banyakkan susu badan


Air adalah kehidupan. Sekurang-kurangnya pastikan anda minum 3 liter sehari (bersamaan 12 gelas). Ini kerana menyusu akan menyebabkan anda haus dan lebih penting lagi air merupakan sebahagian besar komponen susu badan / ibu.

Minum air kosong salah satu cara banyakkan susu badan
Ibu menyusu perlu minum banyak air kosong 

5. Banyakkan Bersabar fikirkan susu badan banyak


Memang kuncinya adalah sabar. Anda akan berdepan dengan macam-macam lagi keadaan yang menguji kehendak anda untuk menyusukan bayi anda.

Apa yang penting anda perlu elakkan stress, banyakkan fikirkan positif dan lihat kebaikan penyusuan yang sangat besar dan ganjaran pahala sebesar-besarnya kepada anda. Semua ibu pun memang melalui perkara ini. Doa pun mujarab, boleh cuba doa di bawah untuk banyakkan susu badan.

Doa banyakkan susu badan
Doa banyakkan susu badan


Set Penyusuan Shaklee Suplemen Untuk Banyakkan Susu Badan


Bagi tujuan penyusuan, Shaklee telah pun mempunyai produk yang dapat membantu ada membanyakkan susu badan.

1. Set Asas


a) Vitalea

Multivitamin yang lengkap dan memberikan tenaga kepada anda.

b) Bcomplex

Mengelakkan stress, memberikan khasiat B Complex yang lengkap.

d) Vita C SR Plus

Meningkatkan pertahanan badan, semua khasiat ini akan dapat juga kepada bayi melalui susu badan.

2. Set Penyusuan


a) ESP

Membantu memekatkan susu, memberikan tenaga, menghaluskan kulit.

b) Alfalfa Complex

Membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

c) Ostematrix

Khasiat kalsium magnesium, kalsium adalah komponen penting dalam susu badan.

3. Set Elak Bengkak Susu / Nipple Crack


a) Lecithin

Elakkan bengkak susu, membakar lemak.

b) Vita E Complex

Mempercepatkan luka sembuh, memudarkan parut.

c) Zinc

Mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan pertahanan badan.

Testimoni Set Penyusuan Shaklee



Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan
Testimoni Se Penyusuan Shaklee


Selama 2 tahun lebih menyusukan anak kedua saya, memang set penyusuan Shaklee sangat membantu saya. Dalam waktu berpantang sahaja saya telah berjaya menyimpan kira-kira 200oz susu. Jadi inilah cara terbaik untuk membanyakkan susu badan, disamping mengamalkan 5 tips yang telah saya kongsikan di atas.

Artikel lain berkaitan:

1. Manfaat penyusuan di waktu malam.
2. Tips Penyusuan Walaupun Outstation
3. Masalah Bengkak Susu, Bagaimana Menanganinya
4. Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
5. Herba Yang Perlu Dielakkan Semasa Penyusuan
6. Merawat Masalah Puting Merekah Semasa Penyusuan


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Sunday, 13 July 2014

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Anda sedang hamil? Sedang menunggu hari atau masih ada beberapa bulan lagi untuk membuat persediaan menerima kehadiran si comel kan. Dah ada senarai keperluan berpantang? Anda boleh baca artikel saya Senarai Keperluan Berpantang. Salah satu persediaan yang penting juga untuk ibu selepas bersalin adalah set bersalin yang terbaik.

Kesesuaian Set Bersalin


Rata-rata ibu tentu risaukan keadaan begini tentang set bersalin yang sesuai:

1. Selamat

Adakah selamat untuk ibu dan selamat juga untuk bayi? Jika bayi mendapat jaundis, atau disahkan ada G6PD bagaimana? Adakah bahan-bahan kandungannya selamat?

2. Keadaan berpantang

Bagaimana keadaan berpantang nanti? Di rumah sendiri tanpa pembantu, di rumah ibu atau ibu mertua?

3. Penyediaan set bersalin

Mudah atau leceh? Terus telan atau kena bancuh?

4. Harga

Soal harga juga penting. Rata-rata set bersalin yang ada di pasaran bersifat luaran dan berharga di antara RM250 ke atas.

5. Jamu atau suplemen?

Berbelah bahagi samada nak ambil jamu atau suplemen. Kedua-duanya perlu dipertimbangkan pro dan cons nya.

Itu di antara soalan yang bermain di fikiran si ibu. Anda boleh baca artikel saya Tips Memilih Set Bersalin yang pernah saya kongsikan dulu.


Apa yang terkandung dalam Set Bersalin Shaklee?


Set Bersalin Shaklee adalah terbaik
Set Bersalin Shaklee adalah terbaik


Sebenarnya Set Bersalin Shaklee ni adalah suplemen. Jadi ia tidak bahaya kepada anda dan bayi. Antara produk yang terkandung dalam Set Bersalin ini adalah:

1. Ostematrix

Untuk khasiat kalsium, magnesium untuk tulang anda. Di samping itu mengelakkan sembelit dan memudahkan tidur dan bangun tidur dengan segar.


2. ESP

Untuk khasiat protein, memberi tenaga dan memulihkan dalaman badan ibu, juga membantu memekatkan susu ibu.

3. B Complex

Sebagai anti stress, mengelakkan meroyan dan memanaskan badan.

4. Vita C SR Plus

Anti oksidan semulajadi, mengurangkan alahan dan menjaga kesihatan keseluruhan

5. Vitalea

Meningkatkan imun badan, membekalkan nutrisi dan vitamin mencukupi, membantu memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan, penting untuk fungsi pertumbuhan.

6. Zinc

Mengurangkan keguguran rambut, mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan sistem imun, mengurangkan masalah jeragat dan menyembuhkan daya seksual dan pertumbuhan organ.

Tambahan:


1. Lecithin

Membakar lemak berlebihan, membantu ibu mengatasi masalah short memory, mengurangkan masalah susu tersumbat.

2. Omega Guard

Untuk membakar lemak, memberikan khasiat DHA kepada bayi melalui susu ibu, membantu mengempiskan perut.

3. Alfalfa

Untuk melancarkan pengeluaran susu ibu, mengatasi masalah angin, dan memperbaiki masalah dalaman wanita, mengatasi masalah keputihan.


Testimoni Set Bersalin Shaklee Terbaik


Bagi saya pula, saya memang mencuba Set Bersalin Shaklee selepas bersalin anak kedua 2 tahun lalu. Alhamdulillah pengalaman yang sangat berbeza. Sebelum bersalin anak pertama saya sudah sediakan set bersalin HPA tetapi saya tidak gunakan. Jadi berpantang anak pertama tanpa set bersalin. Masa tu memang saya lambat sikit sembuh.

Pengalaman menggunakan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang anak kedua memang berbeza:

1. Cepat Sembuh

Luka cepat sembuh, dalam tempoh kurang seminggu luka dah baik pun.

2. Cergas

Baru beberapa hari bersalin jalan dah laju pun. Tapi kena hati-hatilah. Saya juga tahan juga malam-malam nak jaga baby walaupun kurang tidur.

3. Susu badan banyak sangat

Memang tak dinafikan lagi. Tahu tak masa berpantang sahaja lebih 200 paket susu saya dapat simpan. Kalau ikutkan stok susu yang saya sediakan walaupun bekerja mampu menampung keperluan sehingga umur baby 20 bulan juga. Lama tu.


4. Kulit Cantik

Ha, jangan tak tahu, walaupun tujuan kita ambil set untuk berpantang, secara tak langsung kulit jadi cantik, bebas jerawat. Sebab suplemen yang kita ambil tu ada juga fungsinya untuk penjagaan kulit. InsyaAllah kulit baby pun gebu dan elok je.

Anda juga boleh rujuk kepada testimoni di bawah:

Testimoni Czer atau luka pembedahan sembuh dengan Set Bersalin Shaklee
Testimoni Czer atau luka pembedahan sembuh dengan Set Bersalin Shaklee

Testimoni Set Bersalin Shaklee - tiada lagi rambut gugur, cergas, kulit cantik
Testimoni Set Bersalin Shaklee - tiada lagi rambut gugur, cergas, kulit cantik

Testimoni Set Bersalin Shaklee - turun berat badan
Testimoni Set Bersalin Shaklee - turun berat badan

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Anak G6PD
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Anak G6PD

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Pramatang / Pre mature
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Pramatang / Pre mature

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Jaundis
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Bayi Jaundis


Testimoni Set Bersalin Shaklee = Kurang berat badan, susu banyak
Testimoni Set Bersalin Shaklee = Kurang berat badan, susu banyak

Testimoni Set Bersalin Shaklee - cergas, susu banyak, bertenaga
Testimoni Set Bersalin Shaklee - cergas, susu banyak, bertenaga

Testimoni Set Bersalin Shaklee - tenaga, segar
Testimoni Set Bersalin Shaklee - tenaga, segar

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Badan bertenaga
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Badan bertenaga

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark

Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pudarkan stretch mark
Baca juga:

1. Tips dan Amalan Mudah Bersalin
2. Tips Berpantang - Czer
3. FAQ Set Bersalin Shaklee
4. Set Bersalin Shaklee Sesuai Untuk Bayi G6PD
5. Pemakanan Ibu Selepas Bersalin
6. Menyediakan Herba Mandian Ibu Bersalin
7. Amalan Bengkung Selepas Bersalin
8. Kepentingan Suplemen Selepas Keguguran
9. Pudarkan Stretch Mark
10. Vitamins You Need In The Postnatal Phase
11. Importance Of Postnatal Vitamins

Ramai yang telah mencuba dan berjaya sembuh dan sihat dengan Set Bersalin Shaklee. InsyaAllah ianya selamat dan berkesan untuk anda juga. Ayuh dapatkannya segera dengan kami.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut atau Beli Sekarang.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Monday, 16 June 2014

Nyah Toksin Untuk Kulit Cantik dan Sihat, Atasi Jerawat

Assalamualaikum pembaca semua

Ok, hari ini saya ingin sebutkan berkenaan kaitan toksin dalam hal penjagaan kulit cantik dan sihat. Ada kena mengena ke? Saya suka tulis hal-hal macamni, sebab menyebabkan saya juga belajar sama. :)

Apa itu toksin?

Saya cuba untuk tulis dalam bahasa yang mudah ya. Toksin ni bahan buangan beracun didalam badan kita. Bahan buangan biasanya akan keluar melalui perkumuhan kan seperti kencing, buang air besar, dan perpeluhan. Jika bahan buangan ini tak keluar melalui perkumuhan, jadilah ia toksin yang membahayakan.

Dalam satu kajian menyebut, toksin dalam badan manusia ni dalam lingkungan 2 hingga 4 kg! Berat tu! Mesti boleh memudaratkan kesihatan kan? Ada lagi kajian menyebutkan 90% punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada usus besar atau kolon. 

Ada 2 jenis toksin

1. Toksin dari luar (eksotoksin) yang disebabkan oleh makanan diproses seperti nugget, fries, makanan mengandungi bahan pengawet, makanan yang dipanggang dan racun-racun seperti racun kimia dan racun serangga. Ha, jangan tak tahu bahan dalam alatan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, termasuk bahan cucian domestik. 

2. Toksin dalaman (endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, tekanan, atau kotoran yang tersumbat dalam usus.

Secara umum, masalah kesihatan seperti kulit jerawat, alahan atau alergi, selesema, bau badan, mulut berbau dan sebagainya berlaku kerana fungsi pembuangan toksin berlaku secara sebaliknya. Toksin keluar, tetapi dalam bentuk itulah yang memberi kesan kepada kulit manusia.

Bolehkah toksin dibuang?

Mestilah boleh, sebab tu sekarang ada istilah disebut sebagai detoks. Detoks secara semulajadi adalah melalui organ perkumuhan, sekurang-kurangnya kena buang air besar sekali sehari. Ada setengah orang sampai 2 hari sekali atau 5 hari sekali. Ini memang anda kena semak apa yang tak kena. 

Jika toksin tak dikeluarkan daripada badan, ia akan diserap semula ke dalam badan. Jika tiada proses detoks, tubuh akan memberikan simptom seperti

1. Sakit Kepala
2. Sembelit 
3. Nafas berbau
4. Kelesuan
5. Penglihatan kabur
6. Ketidakstabilan emosi
7. Masalah-masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dll
8. Sukar bangun tidur
9. Lingkaran hitam di bawah mata
10. Bahagian-bahagian badan keliahatan gelap daripada warna asal kulit
11. Alahan
12. Banyak angin
13. Inflamasi pada sendi
14. Sinus
15. Berat badan meningkat
16. Masalah selulit

Nampak dah kan, kenapa detoks ni sangat berkait rapat dengan masalah kesihatan dan kulit itu sendiri? Jadi bagaimana nak detoks?

Secara semulajadi badan buat detoks melalui organ perkumuhan. Tapi selalunya tak semua yang keluar, ada yang masih tersumbat dalam usus. Kena buanglah toksin tu, sebab ianya beracun. Jangan sayang kat dia pulak :p

Set Shaklee untuk Detoks

Bagi saya sendiri pula, saya memang selama menyusukan anak saya guna Alfalfa sebagai menggalakkan proses detoks tu. So far memang saya tak alami sembelit, elok je setiap hari membuang. Alhamdulillah.

Selain Alfalfa, satu lagi yang hebat adalah Herblax. Ini saya cuba awal tahun ini, bila anak dah umur 2 tahun. Memang herblax tak digalakkan diambil oleh ibu menyusu sebab bimbang kesan kepada bayi tu. Nanti bayi pula yang cirit birit, kesian kat baby nanti.

Set detoks Shaklee


Saya pernah tuliskan berkenaan Herblax dan fungsi pelawasannya di artikel saya 

Herblax Kempiskan Perut, Sembelit, Buasir dan Gout. 


Memang hebat herblax ni, sampai selalu sold out. Harganya pun murah je (RM52) sebotol, boleh tahan sehingga 6 bulan tau. 

Lepas saya guna Herblax memang perasanlah jerawat makin kurang naik. Alhamdulillah sangat-sangat. Jadi jika anda ada masalah jerawat yang sangat teruk, bolehlah tambah Herblax atau Alfalfa ke dalam set kecantikan kulit anda. Buang semua toksin jahat tu, buat apa simpankan ya tak.

Setelah detoks, akan memudahkan penyerapan suplemen ke dalam tubuh. InsyaAllah berkesan untuk mendapatkan kulit flawless itu. :)

Anyway jom kita tengok testimoni lain:

Testimoni Herblax tambah kekerapan proses perkumuhan

Testimoni herblax muka makin berseri

Jika anda nak dapatkannya bolehlah hubungi kami di talian tertera.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma