Vitamin Cerdik: MLM Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Sunday, 4 May 2014

Peluang Menjana Pendapatan Pasif

Sejak kebelakangan ini ramai betul yang mencari-cari peluang menjana pendapatan sampingan. Menurut artikel di bawah, 70% daripada pengguna kad kredit gagal bayar hutang.


Ramai hutang kad kredit untuk menjelaskan bil perubatan
Hutang pun sebab menjelaskan bil perubatan. Ada juga yang disebabkan suka sangat shopping tetapi melebihi kemampuan sendiri.

Apa pilihan anda? Tahukah anda jika dibiarkan anda boleh disenaraihitamkan?

Pada April lalu, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mencadangkan agar rakyat negara ini bekerja sambilan untuk mengurangkan hutang. Ini bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan masa kini.


AKPK mencadangkan rakyat Malaysia kerja sambilan
Apa jenis bisnes yang anda boleh lakukan? Nak cuba Multilevel Marketing atau MLM?

Saya salah seorang yang tidak berminat dengan bisnes MLM (multi level marketing) sebelum ini. Tetapi semuanya berubah sejak saya kenal Shaklee. Even Robert Kiyosaki pun memuji bisnes Shaklee ni. Baca sini 

Apa beza Shaklee dengan MLM lain?

1. Tidak seperti MLM lain, Shaklee adil dan tidak bersifat menindas.
2. Saya merupakan susur galur group Jutawan dan group ini tidak mengamalkan head hunting.
3. Group kami tidak mengajar mengejar duit semata-mata tetapi amalan rohani dan jasmani seimbang.
3. Group Jutawan mempunyai barisan leader yang berjaya dan sekarang merupakan WAHM dengan bonus sehingga 5 - 6 angka
4. Kami di coaching secara online (watsapp group, secret group), tidak perlu keluar tengah malam attend meeting atau jumpa di kedai mamak.
5. Dapat kenalan baru di serata Malaysia / dunia
6. Bonus setiap bulan.
7. Berpeluang jana pasif income

Shaklee menawarkan program 3C. Iaitu
1. Cash - tiada had perolehan bonus setiap bulan, anda usaha anda dapat, tiada LIMIT
2. Car - tiada had perolehan car bonus, malah semakin bertambah setiap bulan.
3. Convension - tiada had berapa tiket seorang pengedar, jika anda banyak point, nak bawa seluruh keluarga pun boleh jika layak.

Boleh baca sini  untuk keterangan lanjut tentang insentif MLM Shaklee

Selain daripada itu, ada bonus kepimpinan yang turut ditawarkan oleh Shaklee.  InsyaAllah saya tuliskan dalam posting lain.


Anda mahu berjaya? menjana pendapatan lebih daripada yang ada sekarang? ingin keluar daripada belenggu masalah kewangan? Shaklee MLM mungkin akan membantu anda lebih berjaya. Anda boleh baca sini. 


Shaklee tawar peluang pendapatan lumayan

MLM Shaklee ni patuh syariah tak? Apa tu patuh syariah? Boleh baca sini jika anda hendak tahu bagaimana sesuatu MLM itu halal.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Friday, 2 May 2014

Kenapa Orang Tak Suka MLM?

Hari ini ada terbaca sharing seorang kawan berkenaan ini

   
MLM memang menakutkan sebahagian rakyat Malaysia

Terus terang, saya pun suatu tika dulu memang tak suka MLM. Sebab saya rasa susah nak beli produk, nak meeting malam-malam, nak cari orang and the list on and on and on. Apa yang lebih menakutkan lagi:

1. MLM yang perlu modal besar - ada yang perlu RM25 ribu sebagai modal. 
2. MLM yang perlu buat pinjaman semata-mata nak menyediakan modal (no. 1)
3. MLM yang perlu recruit orang, tak perlu jual barang sangat (ini dah masuk part Syariah Compliance)
4. MLM yang perlu meeting malam-malam, hujung minggu

Tahukah anda, ramai yang telah kena blacklisted sebab MLM? Sebab pinjaman tak mampu bayar, habislah kena dengan bank. Disenaraikan dalam CCRIS atau CTOS. Hmm

Bila blacklist atau bankrup ni, teruklah. Nak buat pinjaman lepas tu memang takleh dah. Bankrup lagi teruk, sampai tak boleh kerja elok dah. Kita tak mahu macam ni. Sebab itu ramai yang tak suka MLM, sebab cara pelaksanaannya sebenarnya tak ikut garis panduan Akta Jualan Langsung pun.

Ramai yang anti MLM, tetapi bagaimana dengan Shaklee?


Tapi, mindset saya berubah bila saya kenal Shaklee. Sebab apa?



Saya yakin dengan Shaklee

1. MLM produk Shaklee memang berkualiti. 

Setiap satu produk Shaklee melalui proses kualiti yang banyak, lebih 300++ kajian kualiti kepada setiap produk yang hendak dikeluarkan ke pasaran.

Tahukah anda, Shaklee memang telah berada di pasaran Malaysia sejak 50 tahun lalu, salah satu produknya pula iaitu Vitalea telah dikeluarkan sejak hampir 100 tahun lalu. Takkanlah boleh bertahan sampai hampir 100 tahun jika tak bagus kan?

Produk Shaklee pula memang semulajadi, bukan sintetik. 


Keistimewaan Shaklee

2. Keahlian MLM

Untuk jadi ahli, hanya bayar RM75. Sebagai ahli anda berhak menikmati semua faedah sebagai ahli dan tiada paksaan anda nak makan sendiri atau bisnes. 


3. Shaklee MLM Syariah Compliance 
Nak buat sesuatu bisnes mestilah kita nak tahu halal atau tak kan. Barulah rasa konfiden tinggi. Bagaimana anda nak tahu sesuatu MLM itu Syariah Compliance? Baca sini

Keistimewaan jika jadi ahli Shaklee



3. Harga Produk MLM

Saya bukan pemakan vitamin sebelum saya kenal Shaklee. Vitamin yang saya ambil biasa dicadangkan oleh doktor je. Harga pun biasalah kan RM50 tahan sebulan. Selalunya orang ingat harga produk MLM ni mesti mahal. Sebab nak bayar upline lagi, downline lagi kan. Tapi no no no dengan Shaklee tau. 

Cuba cek perbandingan beberapa produk di bawah, ni untuk menyangkal dakwaan tersebut


Perbandingan harga Lecithin Shaklee dengan jenama lain

Rajah di atas adalah perbandingan harga Lecithin yang direkodkan oleh Watson dan Guardian pada Jun 2011 pada harga pasaran. Sekali imbas, memang nampak Shaklee Lecithin bukan paling murah. Tapi kalau dikira dari segi purata sebiji tablet memang sahih Lecithin Shaklee adalah paling murah di pasaran.


Harga purata Lecithin Shaklee berbanding jenama lain

Cuba tengok di bawah pula, tentang B Complex. Ternyata memang sangat ketara B Complex Shaklee sangat murah. 

Harga perbandingan B Complex Shaklee dengan jenama lain

Jadual dibawah pula menunjukkan perbandingan harga Vitalea, dahla guna teknologi Explotab, semulajadi pula tu, tambah murah lagi. Memang rugi lah sapa tak guna Shaklee. :)

Harga perbandingan Vitalea Shaklee dengan Multivitamin jenama lain

Ok, cukuplah tu saya buat perbandingan harga kan. Anda boleh buat kesimpulan sendiri la ya. 

Justeru pada saya tak perlu takut dengan Shaklee. Kami pun berniaga dengan jujur, saya ingin semua yang menyertai saya berjaya menjana pendapatan tinggi sehingga 5 atau 6 angka. Marilah sertai kami segera.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Tuesday, 15 April 2014

Mengapa Shaklee, mengapa konsep TIRU penting? Ha, Tiru?

Jumaat lepas saya ada menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Master Zura. Master Zura ni anak Master Laila, maknanya satu line dengan Master Ira. Saya diberitahu berkenaan seminar ini oleh Master Ira pada Khamis petangnya, terus decide nak join. Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Semua semata-mata nakkan ilmu.

Saya bayar RM15, dapat hadiah ni, seminar pula di Bukit Jalil Golf and Country Resort. Pembiayaan ditanggung oleh Master Zura. Hebatkan? Memberi menambah berkat.

Ada tiga perkara dalam seminar itu menarik perhatian saya:

Perkara Pertama: Matlamat yang besar dan jauh.

Saya baru tersedar bahawa matlamat saya sebenarnya masih kecil berbanding ramai yang lain. Di bawah ini adalah vision board saya yang saya pernah kongsikan dulu. Rupanya saya cuma buat vision board saya untuk tahun ini. Mana dia vision board jangka panjang? 

Macamana nak tahu matlamat kita besar dan jauh? Sebenarnya adanya matlamat ini sama pentingnya dengan usaha kita. Sebab ia akan memberi kesan terhadap usaha kita mengejar matlamat tersebut. Daripada Amin Idris, 3 tips untuk menentukan matlamat kita:

a) Matlamat perlulah JELAS supaya tindakan yang kita perlu ambil juga JELAS

b) Matlamat perlu BESAR barulah usaha kita untuk mencapai matlamat menjadi BESAR

c) Matlamat kita biarlah JAUH supaya kita perlu melangkah JAUH untuk mencapai matlamat tersebut.

Macamana nak tahu matlamat kita jauh? Cuba kongsikan dengan rakan anda tentang matlamat anda itu. Jika responnya 

"Kau gila ke apa?" siap degnan muka pelik dan tidak percaya, itu tanda matlamat anda cukup besar dan jauh.

MC tengah dukung anak

Perkara kedua: Mengapa Shaklee aka sebuah MLM

Ramai yang bertanya dalam banyak-banyak bisnes, mengapa Shaklee yang saya pilih. Ya saya ada kongsikan dalam posting sebelum ini. Macamana saya boleh jatuh cinta dengan Shaklee.

Saya memang tak tahu langsung fakta berkenaan MLM. Saya cuma tahu buat MLM wajib ada meeting malam-malam. Rupa-rupanya Shaklee tiada perkara macam itu. Apa yang lebih penting fakta di bawah yang ingin saya kongsikan:

a) Bisnes MLM seluruh dunia telah berjaya melahirkan 600 ribu orang yang memiliki pendapatan sekurang-kurangnya RM30 ribu sebulan.

b) Hasil jualan MLM di seluruh dunia bernilai RM167 bilion

Dalam MLM juga tiada had pendapatan anda, pendapatan anda ditentukan anda sendiri. Anda nak banyak kenalah usaha lebih. Bagi Shaklee pula, rank dalam Shaklee pun tiada had. Shaklee tak pernah hadkan bilangan Master yang perlu ada. Anda usaha, anda boleh capai Master. Sebaliknya dengan syarikat biasa, jawatan CEO cuma seorang, tak kiralah pekerja bawahan lebih kompeten kan, CEO hanya seorang, sebab itu kuota.

Shaklee juga membolehkan downline mencapai pendapatan dan rank lebih tinggi daripada upline. Haa, MLM lain ado?

Untuk berjaya dan memiliki pendapatan puluhan ribu, ribuan ribu dan jutaan juga memerlukan anda mengetahui bisnes yang tepat. Saya nampak pendapatan master-master memang banyak, sebab itu juga saya yakin Shaklee adalah pilihan yang tepat. 

Perkara Ketiga - TIRU

Bagaimana ingin berjaya dengan Shaklee? Ramai yang berjaya dalam Shaklee adalah hasil kerja keras dan usaha mereka. Satu lagi pointnya adalah, TIRU. Kalau masa sekolah dulu kita tak dibenarkan meniru semasa peperiksaan kan, siap kena halau keluar dewan lagi. Tapi dalam MLM, jika anda berupaya TIRU orang-orang yang berjaya, anda pun boleh berjaya.

Contohnya, anda tiru apa yang pernah dilakukan oleh orang-orang yang berjaya seperti Master Ira. Beliau bangun seawal 4 pagi untuk tahajud dan update blog. Haa kita pun kena tiru cara tu. Beliau update blog dan share FB sebanyak 10x, ha kita pun buatlah 10x. InsyaAllah tambah dengan kesabaran, doa, semangat dan keikhlasan anda pun akan berjaya. 


Jika anda ingin berbisnes Shaklee dan masih mencari-cari group yang tepat, anda dialu-alukan menyertai kami di Ohsem Group. Sebab cuma kami yang ohsem dan akan membantu anda untuk sama-sama berjaya.

Bos kata Pergi, pemimpin kata Mari Kita Pergi

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma