Kesan Indeks Glisemik Rendah | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Wednesday 21 May 2014

Kesan Indeks Glisemik Rendah

Salah satu keistimewaan ESP adalah memiliki Indeks Glisemik yang rendah, sekitar 39 dan menjadikannya sesuai untuk semua meskipun kepada penghidap penyakit kencing manis atau diabetes.

Apakah Indeks Glisemik?

Indeks glisemik adalah ukuran seberapa besar kesan sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat dalam meningkatkan kadar gula dalam darah setelah dimakan. Makanan dengan indeks glisemik tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan diserap sehingga kadar gula dalam darah akan meningkat dengan cepat secara signifikan. 

Makanan dengan indeks glisemik yang rendah pula mengalami pencernaan dan penyerapan yang lebih lambat sehingga peningkatan kadar gula dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan. Makanan dengan indeks glisemik rendah telah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak kepada pesakit-pesakit diabetes atau kencing manis, juga membantu mengawal nafsu makan, melambatkan rasa lapar dan mengawal berat badan pesakit.

Indeks glisemik menunjukkan jenis karbohidrat yang terkandung dalam makanan, bukan jumlah karbohidrat. Peningkatan kadar gula dalam darah dipengaruhi oleh dua faktor iaitu jumlah dan jenis karbohidrat yang diambil. Jadi bagi pesakit kencing manis atau diabetes, bagi mengawal penyakit hendaklah mengawal kedua-dua aspek ini.

Kredit diabetesmelitus.org

Sebagai catatan, indeks glisemik glukosa adalah 100, maka:
- Indeks glisemik rendah <55
- Indeks glisemik sederhana 56 - 69
- Indeks glisemik tinggi adalah >70


Jadual Klasifikasi Indeks Glisemik

Cuba perhatikan pula carta berikut


Indeks Glisemik bagi Nasi

Nampak nasi pun memiliki indeks glisemik yang tinggi, tu belum campur dengan lauk pauk dan sayuran. Sekali makan agaknya berapa GI kita agaknya? 

Bukan jangan makan nasi, tetapi berpadalah ya. Sebab itu bagi pesakit diabetes atau kencing manis doktor selalu nasihatkan kurangkan makan nasi. Makanlah segenggam nasi, separuh pinggan mesti penuh dengan sayur-sayuran. Inilah pemakanan sihat. Gambar dibawah menunjukkan cara baru pengambilan makanan untuk panduan semua.


Pemakanan Sihat dan Seimbang

Mari perhatikan pula GI untuk makanan-makanan lain yang biasa diambil oleh rakyat Malaysia


Indeks Glisemik bagi makanan
Scary ke? 

ESP pula kandungan GI hanya 39. Anda ambil masa sarapan pagi, insyaAllah tahan sehingga tengahari. Sebab inilah ESP merupakan best seller Shaklee.

Jom dapatkan stok anda segera. Benda baik ni tak usah tangguh-tangguhkan.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma