Vitamin Cerdik: kulit cantik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label kulit cantik. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

Mengapa Kita Perlukan Vitamin E?

Ramai yang tahu Vitamin E sangat penting untuk kecantikan kulit. Walaupun kebanyakan pengguna adalah dikalangan wanita, vitamin E turut diambil oleh lelaki untuk kesihatan jantung. 

Mengapa dengan diet orang zaman sekarang menyebabkan vitamin E sangat berkurangan dlam tubuh seseorang?

Pada sekitar tahun 1900, rakyat Amerika mengambil lebih kurang 100 IU (international units) vitamin E secara semulajadi setiap hari. Pada ketika itu sumber vitamin E yang utama adalah roti gandum penuh. Pada tahun 1800an,mesin pemprosesan gandum dicipta. Mesin ini berupaya mengasingkan gandum daripada sekamnya dan apa yang didapati hanyalah kernelnya sahaja.  

Produk akhirnya adalah gandum putih yang menjadi popular sehingga hari ini. Proses pengasingan ini telah menyebabkan nutrisi penting yang diperlukan tubuh hilang, ini termasuklah Vitamin E. Ini kerana wheat germ dan wheat bran yang mengandungi khasiat vitamin E telah disingkirkan daripada kernelnya.

Apa yang lebih baik adalah, proses pengasingan ini menjadikan gandum lebih tahan lama dan memudahkan proses penyimpanan dan berupaya mengembangkan perniagaan, tetapi ia juga telah menggadai kesihatan manusia sejak beberapa abad lamanya.

Selain daripada roti, khasiat vitamin E telah banyak dikeluarkan daripada kebanyakan makanan utama disebabkan vitamin E boleh menyebabkan tarikh luput makanan lebih cepat. Justeru mengeluarkan vitamin E daripada makanan adalah penyelesaian terbaik dan ia tidak dimasukkan semula ke dalam makanan disebabkan masalah pengeluaran dan tempoh tahan lama produk.

Namun, dengan teknologi ini menambahkan peningkatan masalah sakit jantung di kalangan masyarakat. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja sakit jantung merupakan pembunuh no 1 di negara ini. 

Justeru, kebanyakan doktor dan pengamal perubatan sangat menyarankan agar seseorang menambah suplemen Vitamin E sebagai diet harian mereka, terutama bagi mereka yang inginkan jantung yang sihat. Tetapi faktor pemilihan jenama Vitamin E harus menjadi perhatian utama.

Saya ada kongsikan bagaimana cara memilih Vitamin E suplemen terbaik di Vitamin E Penyebab Kanser? Ada kriteria yang anda perlu lalui sebelum membuat keputusan memilih mana-mana jenama.

Anda juga boleh semak di posting saya ini Semuanya Tentang Vita E Complex untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vita E Complex yang dikeluarkan oleh Shaklee.

Khasiat Vitamin E untuk kesihatan


Selain masalah kardiovaskular, seseorang memerlukan vitamin E untuk penjagaan kesihatan kulit seperti masalah jerawat, jeragat, kulit berminyak, ekzema, psoriasis dan macam-macam lagi masalah kulit. Di sini saya sediakan beberapa testimoni pengguna yang telah menggunakan Vita E Complex untuk pelbagai masalah:

1. Masalah kulit

Kulit lebih flawless dengan Vita E Complex

2. Masalah melecur / ekzema

Merawat kulit melecur
3. Kulit luka

Cepat sembuh luka dengan Vita E Complex

3. Hubungan suami isteri

Meningkatkan hubungan Suami isteri

Memang penting sangat Vitamin E ni, janganlah sampai dah terkena penyakit baru nak bertindak. Sebab suplemen ni kena mula daripada sekarang. Jom hubungi saya untuk saya bantu anda dan keluarga lebih sihat.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Thursday, 29 May 2014

Rahsia Kulit Cantik dan Berseri Dengan Vitamin C

Salah satu produk killer Shaklee adalah Vita C 500 mg SR. Hari ini saya ingin ceritakan berkenaan manfaat vitamin c Shaklee untuk kulit cantik.

Ramai orang suka hendak cantik atau kelihatan cantik. Ramai ni termasuk saya sendiri. Ye la cantik untuk suami kan, lagipun bagus untuk keyakinan diri kita.

Tahukah anda ramai yang nak cantik ni sanggup habiskan beribu-ribu ringgit dan menggunakan produk berbahaya untuk diri mereka? Semata-mata inginkan kulit cantik.


Suntikan Atau Ubat?

Kesan Penggunaan Suntikan

Suntikan vitamin C atau suplemen? Saya pilih suplemen.

Apakah kepentingan Vitamin C?


Vitamin C penting untuk meningkatkan imun badan kita melawan penyakit. 

Fungsi lain vitamin c juga adalah menyediakan khasiat vitamin c yang diperlukan oleh tubuh selain membantu menyokong tulang, gigi dan organ yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Ia mempunyai keupayaan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Akhirnya fungsi ini akan menjadikan kulit pun semakin sihat dan cantik.

Bagaimana kita kehilangan vitamin C?

Tahukah anda kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Fungsi pelepasan berperingkat (sustained released) adalah untuk menyalurkan vitamin c secara berterusan dalam tempoh sehari.

Keistimewaan Vita C Plus Sustained Released Shaklee

SR tu maknanya Sustained Release. Apa maksudnya? Jika dialih bahasa maksudnya pembebasan berterusan. Maksudnya pembebasan berterusan secara semulajadi dan konsep ini direka oleh Shaklee sendiri. 1 biji vita C Shaklee dibebaskan dalam tempoh 5 jam secara perlahan-lahan.

Vita C Shaklee

Setiap tablet vita C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dengan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. 

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin C (di dalam tempoh 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. 

Setiap tablet juga mengandungi 120mg bioflavonoid (25% daripada bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C complex. 


Apa pula manfaat vita C SR Shaklee?

1. Merangsang pembentukan kolagen - kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot jadi lembik.

2. Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Meningkatkan sistem imun badan - mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asma, juga meningkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema

4. Memerangi kanser - ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel kanser.

5. Mencantikkan kulit - ambil vita C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen yang menyebabkan kejadian jeragat.

6. Memperbaiki insomnia serta masalah stres yang berkaitan mental seperti keresahan

7. Mengekalkan kolestrol sihat - mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah serta menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah dan skurvi.

Keistimewaan Vita C SR Shaklee

Manfaat Vita C Sustained Release Untuk Kulit Cantik?

1. Mengurangkan kedutan kulit
2. Memperbaiki parut pada kulit
3. Menjadikan kulit lebih cerah
4. Menghilangkan jerawat dan pigmentasi
5. Mencantikkan dan menghaluskan kulit
6. Membantu penghasilan kolagen (untuk keanjalan dan keremajaan kulit)
7. Melambatkan penuaan
8. Mengecilkan pori-pori

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Tuesday, 27 May 2014

Set Kulit Cantik Shaklee Terlajak Laris: Rahsia Kulit Gebu, Cantik Berseri

Set Kulit Cantik Shaklee Terlajak Laris: Rahsia Kulit Gebu, Cantik Berseri


Posting saya hari ini untuk memperkenalkan Set Kulit Cantik Shaklee pada anda yang alami masalah kulit bertahun-tahun. Anda inginkan kulit gebu, cantik dan berseri? Anda perlu baca posting ini sehingga habis.

Saya tahu ramai yang mengalami ini. Sejak usia remaja bila berlaku perubahan hormon, memang akan berlaku masalah kulit, wanita atau lelaki sama-sama alaminya. Customer saya pun memang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Jadi bagaimana nak dapatkan kulit cantik?


Ketahui jenis kulit anda: Langkah ke arah kulit cantik berseri


Sebelum tu, anda boleh ketahui jenis kulit anda. Daripada webmd, What's Your Skin Type menjelaskan kepada anda beberapa jenis kulit dan bagaimana anda ingin dapat mengenalpastinya dan ini membantu anda untuk mendapatkan kulit cantik, gebu dan cantik berseri.

Banyak masalah kulit berlaku, contohnya


1. Jerawat2. Jeragat3. Ekzema - juga merupakan salah satu masalah kulit4. Tona Tidak Sekata5. Kulit Kusam6. Kulit Berparut



Anda boleh senaraikan banyak lagi masalah kulit anda. Soalnya, bagaimana anda ingin menyelesaikannya? Masalah kulit boleh jadi bertahun-tahun, saya pun pernah alaminya. Memang sampai jumpa pakar dermatologi. Duit habis beribu-ribu tapi masalah tak selesai pun. Memang sedih sangat. Hai macam ni macamana nak dapatkan kulit cantik dan gebu?

Saya tahu apa rasanya alami kulit macam tu, rasa rendah diri, rasa tak cantik pun ada. Huhuh, jangan sedih-sedih, insyaAllah saya boleh bantu anda.

Apakah penyelesaian Shaklee Bagi Mendapatkan Kulit Cantik Berseri?



Set Kulit Cantik Shaklee Terlajak Laris ini merangkumi berikut:


Kulit Cantik Dengan Shaklee dari kulit bermasalah kepada kulit cantik berseri
Kulit Cantik Dengan Shaklee



1. Vita C Sustained Release



Memang ramai yang tahu fungsi Vitamin C untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Nak kulit cantik mesti ambil Vitamin C. Lebih daripada itu vitamin C berfungsi untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan iaitu menguatkan imun badan. Di samping itu ia juga berperanan dalam pengeluaran kolagen. Kolagen inilah yang membantu mencegah penuaan pra-matang (tua sebelum usia sepatutnya).

Kolagen ni apa pula? Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Macam batu bata tu. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Kolagen ni memang terkenal akhir-akhir ini untuk dapatkan kulit cantik.

Kenapa pula mesti ada teknologi Sustained Release?

Vita C Shaklee ni kalau letak dalam air, akan nampak bubbles dilepaskan sedikit demi sedikit. Contoh paling mudah nampak Panadol Soluble, bila masuk dalam air, dia akan larut dalam air dengan cepatnya. 

Vita C if dalam air bertakung (contoh dalam gelas) akan mengambil masa lebih daripada 1 hari untuk betul-betul larut dan serap. Manakala jika di dalam air mengalir contohnya dalam badan kita (ya dalam badan kita, pengaliran 24 jam selagi ada hayat, bukan air sahaja, termasuk darah yang dipam ke seluruh badan kita), akan meningkatkan kadar kelarutan Vita C tersebut.


Sebab itu selain baik untuk kulit, Vita C juga bagus untuk imun badan anda. Kulit juga akan jadi sangat glowing dan berseri. Kulit cantik, sapa takmo kan.

Anda boleh baca selanjutnya berkenaan teknologi Sustained Release dalam jurnal Medical News "Difference Between Sustained Release and Extended Release". 

2. Energizing Soy Protein (ESP)


Saya banyak menulis berkenaan ESP beberapa bulan lalu. ESP ni memang penting dalam tubuh manusia, sebab ianya protein untuk pembentukkan sel-sel kulit manusia. Sel kulit muka kita ini akan digantikan setiap 21 hari, jadi kalau anda tidak cukup protein, maka berlakulah sel kulit mati berkumpul di muka anda. Sebab itu adanya parut, jeragat dan lain-lain kekal di muka. Oh barulah tahu kenapa protein penting untuk kulit yang cantik.

Jadi pengambilan nutrisi protein yang berkualiti tinggi seperti ESP adalah penting untuk memperbaharui sel-sel kulit sekaligus menyingkirkan sel-sel kulit mati. Protein juga penting untuk menganjal dan melembutkan kulit muka. Akhirnya kulit anda akan jadi cantik berseri.

Anda boleh baca berkenaan Keistimewaan ESP Shaklee dalam posting saya terdahulu.

Testimoni Kulit Cantik, Berseri dengan Set Kulit Cantik Shaklee

Tahukah anda, penyelesaian yang saya cadangkan ini telah terbukti berkesan mampu mencegah dan merawat masalah kulit anda. Anda boleh dapat kulit yang cantik berseri tau. Jom refer testimoni berikut:


Selamat Tinggal Jeragat dan Kulit Kusam, kulit kini berseri
Selamat Tinggal Jeragat dan Kulit Kusam, kulit kini berseri

Bebas Jerawat dan Tiada Lagi Parut Hodoh, Kulit Cantik Berseri akhirnya
Bebas Jerawat dan Tiada Lagi Parut Hodoh, Kulit Cantik Berseri akhirnya

Kulit berseri selepas pengambilan Set Kulit Cantik Shaklee
Ingin Kulit Berseri? Shaklee jawapan anda
Harga runcit bagi sebotol Vita C Sustained Release Plus adalah RM92.50 dengan memiliki sebanyak 180 biji. Boleh bertahan sehingga 6 bulan bagi seorang makan jika pengambilan 1 biji sehari.

ESP pula dijual pada harga pasaran RM150 bagi 850 gram. Ini mampu bertahan untuk tempoh sehingga 2 bulan.

Bagi masalah kulit yang berbeza saya akan berikan khidmat rundingan berbeza kepada anda, selain Vita C dan ESP terdapat beberapa produk lain lagi yang boleh diambil berdasarkan masalah kulit anda. Yang pasti matlamat untuk mendapatkan kulit cantik berseri insyaAllah akan tercapai.


Jika anda inginkan harga yang lebih murah, anda boleh berdaftar sebagai ahli Shaklee dengan kami. Setiap pembelian akan disertakan dengan jadual pengambilan vitamin dan khidmat rundingan berterusan.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Tuesday, 20 May 2014

ESP untuk kulit cantik dan gebu

Anda mahu kulit cantik, gebu, licin seperti bayi?

Jauhi kulit bermasalah: jerawat, jeragat, kulit berminyak, tona tak sekata, berparut dll.

Bagaimana?

Sebenarnya saya dulu-dulu pun kategori kulit bermasalah, kulit saya berminyak dan mudah sangat naik jerawat. Takde tempoh yang bebas jerawat.

Dulu-dulu pernah sampai saya jumpa pakar dermatologist di Jalan Pudu, tapi masa tu sebab masih belajar, bajet tak banyak. Sekali jumpa dr sekali dengan ubat around RM300 juga. Mahal tu bagi saya time tu.

After few visit, saya malas nak continue. Saya biarkan je, sampailah kulit ok sikit selepas bersalin. Time ni kulit masih ala-ala berminyak, jerawat ada tapi tidaklah selalu.

Saya start consume Shaklee lepas bersalin anak kedua. Masa ni saya ambil

1. ESP
2. Vita E
3. Vita C
4. B Complex

Set ni selain untuk berpantang dan menyusu, boleh juga untuk rawatan kulit. Saya bertahan continue sampai setahun lebih. Jerawat pun ada tapi sikit-sikit je, kulit kurang dah berminyak. Ramadhan tahun lepas, saya add on:

1. Vivix
2. Shaklee Collagen Powder (SCP)

Sambil-sambil saya ambil untuk kesihatan keseluruhan, saya perguna juga untuk rawatan kulit cantik. Sebab saya percaya kesihatan dalaman akan menyerlahkan aspek luaran kita. Masa ni memang takjub betul. Kulit memang terus jadi lembap je. Takde berminyak dah. Wah memang teruja, disamping tu saya teruja lagi sebab tambahan SCP menyebabkan susu saya masih banyak walaupun time puasa.

Syukurlah. Bermula awal tahun ini pula saya tambah pengambilan Herblax untuk singkirkan toksin. Masa ni alhamdulillah memang jerawat jarang-jarang naik. Memang saya teruja betul. Benda ni saya sedari bila kawan saya puji kulit saya dah makin cantik dan berseri-seri.

Saya tak pakai pencuci atau make up apa-apa. Pencuci muka pula saya baru mula bulan Mac 2014 yang baru ini. Itu pun pencuci sahajalah. Tahan 3 bulan, ni masih ada lagi.


Ini lah saya sekarang, yang tudung biru

Jadi hari ini saya nak sembang berkenaan ESP. Ia salah satu produk untuk rawatan kulit.

Banyak kali dah bagitau kan ESP adalah minuman protein yang diperbuat daripada soya non GMO, 22 asid amino penting untuk badan. Ia juga merupakan minuman yang indeks glisemik rendah. Maksudnya jika kita minum ESP, kita akan rasa kenyang lebih lama.


Kita perlu protein setiap hari untuk bina sel. Parut, kulit mengelupas semua tu tanda sel kulit mati. Macamana kulit nak cantik kan. Badan nak bina semula sel kulit ni ia perlukan protein. Kalau badan kita tak boleh hasilkan protein atau kita ambil protein tak cukup, memanglah berparutlah sampai bila-bila pun. 

Apa kaitan ESP dengan kulit cantik?

1. ESP bantu dapatkan kulit gebu dan sihat

Bila dah ambil protein atau ESP, barulah sel-sel ni sihat. Sebab ada protein untuk kekalkan sel kulit sihat. Kulit menjadi cantik, gebu dan berseri-seri apabila ia mendapat khasiat asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

2. ESP membantu memudarkan parut pada kulit

Kulit yang terluka akan membentuk parut. Jika sel kulit kita tak sihat, ia tak dapat ganti sel kulit mati ni dengan yang baru. Sebab tu ia perlu protein atau ESP untuk bina sel kulit baru dan gantikan sel kulit yang mati tu. Kulit pun jadi cantik.

4. ESP mengekalkan tenaga lebih lama, badan lebih cergas.
Disebabkan khasiat ESP juga untuk berikan rasa kenyang lebih lama (GI rendah) dan bertenaga je, secara tak langsung memberikan badan cergas, peredaran darah lebih baik. Justeru kulit pun jadi berseri-seri dan cantik.

Raya nak dekat ni, jom dapatkan set yang sesuai untuk anda. Hubungi saya seperti maklumat tertera ya.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Friday, 16 May 2014

Kajian dan testimoni tentang ESP

Kajian dan testimoni tentang ESP

Saya adalah pengguna ESP dan kemudiannya menjadi pengedar Shaklee selepas yakin dengan keberkesanan produk mereka. Di dalam entri ini saya kompilasikan testimoni tentang ESP yang walaupun banyak di dalam Internet, namun telah saya klasifikasi mengikut fungsi dan sakit yang dialami. ESP memang mempunyai paling banyak testimoni. Jom layannn


1. Mengurangkan rasa letih dan memberikan tenaga

Ini penting terutama kepada ibu-ibu yang memerlukan tenaga agar dapat menyelesaikan tugasan dirumah, di pejabat dan menjaga anak-anak.



Sebelum masuk labor room minum ESP dulu

2. Membantu mencantikkan kulit dan memudarkan parut jerawat

Penggunaan ESP secara konsisten membantu menyelesaikan masalah kulit berminyak dan jerawat. Parut jerawat juga pudar.



ESP jadikan kulit cantik

Hilang jerawat dengan ESP

3. Membantu mengurangkan parut stretch mark
Pengambilan yang disyorkan adalah bersama-sama GLA Complex bagi kesan optimum.

Testimoni esp untuk stretch mark
Hilang stretch mark dengan ESP


4. Membantu membanyakkan penghasilan susu ibu

Penyusuan amat penting terutama pada 2 tahun pertama anak. ESP membantu meningkatkan penghasilan susu ibu di samping menekankan konsep demand and supply.


Tambah susu dengan ESP

5. Membantu menurunkan berat badan
Pengambilan ESP dapat membantu menurunkan berat badan memandangkan apabila mengambil ESP tubuh akan berasa kenyang dan dapat mengawal nafsu makan. Kombinasi bersama lecithin, alfalfa dan herblax memberikan kesan optimum.



Turun 20kg dengan Shaklee

Kurus dengan Shaklee

6. Membantu ibu menyusu / mengandung kekal bertenaga sepanjang berpuasa

Suplemen yang sesuai dan baik diperlukan untuk para ibu hamil dapat kekal bertenaga.



Testimoni puasa tetapi susu maintain dengan ESP


7. Membantu memekatkan susu ibu

ESP membantu memekatkan susu ibu

ESP bantu pekatkan susu ibu


8. Membantu ibu pulih selepas bersalin

ESP membantu ibu dalam proses pemulihan selepas bersalin. Juga sesuai buat mereka yang selepas pembedahan.


Testimoni ESP dan set berpantang, baby G6PD

Testimoni set berpantang Shaklee

Baby Shaklee

Banyak lagi sebenarnya, boleh google je. 

Artikel berkaitan:

http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/07/keperluan-protein-dalam-diet-harian.html

http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/07/7-essential-pemilihan-soya-esp-penuhi.html

Apa macam? Tertarik? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkannya menggunakan info di bawah dengan segera. Fast Action, fast result.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?


https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Saturday, 19 April 2014

Masalah kulit? Tua sebelum usia? Seramnya!


Anda ada masalah kulit? Berjerawat? Pigmen? Tanda2 penuaan? Kulit kering/berminyak? Let me suggest you to take Collagen Powder from Shaklee. Artikel dibawah adalah dari zahirahhafizan@blogspot.com. Kredit.

===
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantungserta sistem limfa.
Semakin Berkurangan
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakintua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik, pelembabkulit dan anti-penuaan.
Secara umumnya, kesan kekurangan kolagen adalan kesan-kesan penuaan seperti kulit kusam, berkedut dan kendur, pigmentasi kulit, cepat letih dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan rambut semakin lemah dan kurang.

Menegangkan Kulit
Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.
Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.
Sumber Kolagen
Kolagen boleh diperolehi daripada banyak sumber, antaranya ialah :
* lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
* haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung
* tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus
* yak – produk dari China
* manusia – plasenta, janin yang digugurkan

Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan sumber kolagen adalah daripada sumber yang halal. Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.
Kepentingan Kolagen
Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
Memulihkan masalah kulit - apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
Mencantik dan menyuburkan rambut - nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
Menegangkan payudara - kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
Menguatkan tulang - penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
Melambatkan proses penuaan kulit - seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
Apakah pula kolagen pilihan saya??
Sudah tentulah Shaklee collagen powder adalah pilihan saya.
Kolagen powder dari Shaklee ni diperbuat dari sisik ikan merah iaitu sumber kolagen yang tahan lasak. Kenapa saya katakan begitu? Sebab ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di lautan sedalam 5000m. Di bawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan yang biasa untuk hidup. Apa kehebatan ikan merah ni lagi? Ia sangat lasak dan elastik, kepaduan sel yang sangat tinggi, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan dan juga jisim molekul yang sangat rendah.
Apa beza Shaklee collagen powder dengan kolagen lain ye??
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
3 fungsi utama kolagen shaklee bertindak kepada kulit kita iaitu keanjalan, penghidratan dan juga antioksidan.
Di bawah ni saya sertakan testimoni orang yang telah gunakan serbuk kolagen ni

====

Saya juga menggunakan Collagen Powder ni, sejak bulan puasa tahun lepas. Saya guna sebab salah satu kebaikannya adalah ia boleh simpan air 6 kali ganda. Jadi masa saya gna dulu bukanlah untuk kulit pun, sebenarnya lebih kepada untuk penyusuan. Tahu tak Collagen juga boleh membanyakkan susu? Memang terbukti, saya confirm!

Banyak kolagen dah dalam pasaran. Buat apa kan ambil yang Shaklee? Mahal pula tu?

Terserah kepada pendapat anda, tetapi kalau saya la saya pilih kolagen yang paling baik. Sumber kolagen paling baik adalah daripada ikan, bukan ikan sungai ke apa, tapi ikan laut dalam. Bukan juga bersumberkan buah dan lain-lain.

Jadi, SCP adalah terbaik berbanding kolagen lain dalam pasaran. Pilihan di tangan anda.

Dengan pembelian 3 kotak SCP anda layak mendapat keahlian percuma dan rebet daripada Shaklee. Haa, jangan tunggu-tunggu dah. Tak perlu riki harga dengan distributor lain sebab sekarang ni semua distributor Shaklee wajib jual harga runcit. 

Hubungi saya di 0122195919 atau ahmad.raihanah@gmail.com untuk keterangan lanjut.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.