Vitamin Cerdik: bengkung Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label bengkung. Show all posts
Showing posts with label bengkung. Show all posts

Wednesday, 29 January 2014

Amalan Bengkung Selepas Bersalin

Tempoh berpantang 44 hari bagi masyarakat Melayu adalah satu masa yang menguji kesabaran. Namun amalan berpantang masih dilalui oleh ramai ibu Melayu kerana dikatakan ibu selepas bersalin dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.

Amalan berbengkung merupakan amalan utama. Jika dahulu kain bengkung dijahit sendiri oleh ibu kepada anaknya yang hamil. Kaini bengkung boleh dibeli, tidak perlu dijahit seperti dulu. Banyak kedai-kedai menjualnya termasuk secara online.

Ada 3 jenis bengkung

1. Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak


Bengkung barut

2. Bengkung Mia yang lebar dan diikat berselang seli dari bawah ke atas


Bengkung Mia atau bengkung zig zag

3. Bengkug jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan.




Cara Pemakaian

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam. Pastikan ia dipakai dengan betul, bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen dan ikat sampai ke bahagian bawah payudara.

Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.

Bengkung biasanya tidak dipakai begitu sahaja
1. Bengkung dilapik dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian dialas dengan daunan seperti daun pandan atau lengkuas

2. Sapu minyak dengan ramuan rempah dan herba, sapu juga di bahagian belakang

3. Jika sukar mendapatkan daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli.

Faedah berbengkung

Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi dan lain-lain sudah bertukar keadaan, menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil. Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.

Kebaikan berbengkung:

1. Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal
2. Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
3. Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
4. menggalakkan postur yang baik, justeru membantu penyusuan bayi
5. Memecahkan lemak dan selulit
6. mencegah dari makan berlebihan

Sepatutnya berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan lain seperti urut, bertungku, mandian herba dan pengambilan supplemen melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat, amalan berpantang boleh membantu ibu untuk mengurangkan berat badan dan mengimbangi paras hormon mereka.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Friday, 24 January 2014

Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

Kebanyakan ibu-ibu tentu telah menambah berat badan yang menakjubkan di sepanjang tempoh mengandung. Sebaik sahaja bersalin, mesti terfikir, bagaimana untuk kembali langsing?

Berikut adalah tips untuk kembali langsing selepas bersalin yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu:

1. Ambil supplemen semulajadi dan selamat
Memang terdapat perbezaan di antara jamu tradisional dengan vitamin. Perlu diingatkan, azam ibu-ibu untuk kurus tidak boleh mengetepikan sama sekali keselamatan diri dan bayi anda. Memandangkan ibu-ibu sedang menyusu, sebaik-baiknya pilihlah vitamin yang selamat dan semulajadi. Elakkan memilih bahan kimia atau bahan yang diketahui boleh memudaratkan ibu dan bayi.


Set Bersalin Shaklee membantu ibu kembali langsing


2. Menyusukan bayi secara ekslusif
Mudah dan percuma sahaja. Umum mengetahui kaitan penyusuan dengan jumlah kalori yang dibakar setiap kali menyusu. Penyusuan juga boleh membantu mengecutkan rahim yang telah kembang semasa mengandung.


Teruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun

3. Bengkung
Amalkanlah pemakaian bengkung disepanjang tempoh berpantang. Amalan ini memang membantu mengempiskan perut ibu. Pemakaian bengkung boleh diteruskan selepas tempoh berpantang (selepas 44 hari).


Pilih bengkung yang sesuai untuk dipakai selepas bersalin


4. Makan makanan berkhasiat
Sebaik-baiknya amalkan berpantang sepenuhnya. Di sepanjang berpantanng dengan makanan yang teliti boleh membantu ibu menurunkan berat badan. Herba seperti lada hitam membantu membakar kalori dalam badan. Lebihkan memakan makannan yang memberi tenaga.


Pilih makanan berkhasiat


5. Kembali bersenam
Amalkan melakukan senaman ringan. Terdapat beberapa jenis gerakan boleh dilakukan ibu sepanjang tempoh berpantang. Selepas berpantang, amalan ini boleh diteruskan.


Senaman Selepas Bersalin
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Monday, 20 January 2014

Senarai Keperluan Untuk Berpantang

Bagi panduan ibu-ibu mengandung, di bawah ini saya kongsikan senarai keperluan untuk berpantang (atau penjagaan semasa berpantang).

1. Tukang Urut
Bagi orang-orang dulu, senang saja boleh dapat tukang urut. Tetapi dengan peredaran zaman, ada juga perkhidmatan Penjagaan Berpantang yang akan menyediakan perkhidmatan yang lebih luas. Selain sebagai tukang urut, mereka turut membantu menyediakan air mandian ibu dan bayi, bertungku, berbarut, memasak dan lain-lain. Tapi biasalah, semakin banyak perkhidmatan, semakin tinggilah bayarannya.


Tukang urut


2. Set bersalin
Terpulang kepada ibu, boleh pilih samada set bersalin berbentuk jamu atau set bersalin moden seperti Shaklee. Sebelum pemilihan sesuatu produk pastikan ibu telah study apakah yang benar-benar diingini dan selamat untuk ibu dan bayi. Baca sini bagaimana memilih set bersalin yang terbaik http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/03/tips-memilih-set-bersalin.html


Set bersalin Shaklee semakin menjadi pilihan


Bengkung zig zag yang agak popular

3. Bengkung
Juga banyak jenis untuk dipilih, ada bengkung tradisional (panjang seperti tali), bengkung zigzag, bengkung pembedahan atau bengkung lebih moden seperti Premium Beautiful / Elken. Kebiasaannya bengkung ini dijual secara set dengan set bersalin.












Bengkung tradisional

Bengkung moden ini boleh mula digunakan selepas 20 hari bersalin



4. Ubat barut ibu

Kebiasaannya boleh gunakan untuk memberikan rasa hangat kepada perut ibu. Bagi orang Kelantan seperti saya, saya hanya gunakan kapur dicampur dengan asam limau. Rasa hangat pada perut memberikan rasa yang best lah pada ibu. Ibu boleh pilih juga kaedah moden menggunakan minyak barut yang banyak dijual di pasaran.




5. Tungku moden
Jika dulu-dulu biasanya menggunakan tungku batu sungai, zaman sekarang ini dah ada tungku elektrik, bentuk seperti bantal kecil. Selain itu, ibu boleh juga gunakan lampu infrared berjenama Philips. Lampu ini memang digunakan untuk tujuan perubatan, jika dihalakan ke arah badan yang sakit, luka atau lenguh, mampu menghilangkan sakit dan mempercepatkan luka kering.


Inilah rupa lampu infrared. Memang sangat membantuselepas kedua-dua kelahiran anak saya



Tungku moden
Tungku batu sungai


6. Pilis dan Param
Ini untuk mengelakkan pening kepala dan angin masuk dalam badan ibu.

 7. Herba Mandian
Kebiasaannya herba mandian digunakan untuk mengharumkan badan ibu, disamping memberikan kesegaran kepada badan ibu. Herba ini boleh dibeli seperti ini. Namun boleh juga sediakan sendiri herba seperti campuran akar-akar kayu dan daun-daun herba. Antaranya daun capa, daun meringan, daun serai wangi, daun inai, daun pandan, daun lemuni dan daun pisang kelat.


Herba mandian yang dijual

Herba mandian



8. Maternity Pad
Ibu boleh pilih dan sediakan keperluan maternity pad ini ikut keperluan ibu. Bagi saya sendiri saya selesa menggunakan cloth pad yang semakin popular sekarang. Harga mungkin sedikit mahal, tetapi berbaloi-baloi dengan kesihatan dan wang yang dikeluarkan. Sebab beli sekali sahaja tetapi boleh digunakan semasa period bulanan pun.


Cloth pad menjadi pilihan saya


9. Stokin
Boleh beli dimana-mana yang selesa dengan ibu. Jangan lupa pastikan stokin anda ditukar setiap kali mandi untuk pastikan kebersihan.

10. Tunku bayi
Jangan tak tahu, bayi pun perlu bertungku. Bayi bertungku untuk elakkan kembung perut. Biasanya selepas mandi, tunkukan bayi sebentar sebelum barut perut baby.


Tunku bayi

Untuk para suami, pilihlah set bersalin Shaklee untuk isteri tersayang!

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma