Senarai Keperluan Untuk Berpantang | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Monday, 20 January 2014

Senarai Keperluan Untuk Berpantang

Bagi panduan ibu-ibu mengandung, di bawah ini saya kongsikan senarai keperluan untuk berpantang (atau penjagaan semasa berpantang).

1. Tukang Urut
Bagi orang-orang dulu, senang saja boleh dapat tukang urut. Tetapi dengan peredaran zaman, ada juga perkhidmatan Penjagaan Berpantang yang akan menyediakan perkhidmatan yang lebih luas. Selain sebagai tukang urut, mereka turut membantu menyediakan air mandian ibu dan bayi, bertungku, berbarut, memasak dan lain-lain. Tapi biasalah, semakin banyak perkhidmatan, semakin tinggilah bayarannya.


Tukang urut


2. Set bersalin
Terpulang kepada ibu, boleh pilih samada set bersalin berbentuk jamu atau set bersalin moden seperti Shaklee. Sebelum pemilihan sesuatu produk pastikan ibu telah study apakah yang benar-benar diingini dan selamat untuk ibu dan bayi. Baca sini bagaimana memilih set bersalin yang terbaik http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/03/tips-memilih-set-bersalin.html


Set bersalin Shaklee semakin menjadi pilihan


Bengkung zig zag yang agak popular

3. Bengkung
Juga banyak jenis untuk dipilih, ada bengkung tradisional (panjang seperti tali), bengkung zigzag, bengkung pembedahan atau bengkung lebih moden seperti Premium Beautiful / Elken. Kebiasaannya bengkung ini dijual secara set dengan set bersalin.












Bengkung tradisional

Bengkung moden ini boleh mula digunakan selepas 20 hari bersalin



4. Ubat barut ibu

Kebiasaannya boleh gunakan untuk memberikan rasa hangat kepada perut ibu. Bagi orang Kelantan seperti saya, saya hanya gunakan kapur dicampur dengan asam limau. Rasa hangat pada perut memberikan rasa yang best lah pada ibu. Ibu boleh pilih juga kaedah moden menggunakan minyak barut yang banyak dijual di pasaran.




5. Tungku moden
Jika dulu-dulu biasanya menggunakan tungku batu sungai, zaman sekarang ini dah ada tungku elektrik, bentuk seperti bantal kecil. Selain itu, ibu boleh juga gunakan lampu infrared berjenama Philips. Lampu ini memang digunakan untuk tujuan perubatan, jika dihalakan ke arah badan yang sakit, luka atau lenguh, mampu menghilangkan sakit dan mempercepatkan luka kering.


Inilah rupa lampu infrared. Memang sangat membantuselepas kedua-dua kelahiran anak saya



Tungku moden
Tungku batu sungai


6. Pilis dan Param
Ini untuk mengelakkan pening kepala dan angin masuk dalam badan ibu.

 7. Herba Mandian
Kebiasaannya herba mandian digunakan untuk mengharumkan badan ibu, disamping memberikan kesegaran kepada badan ibu. Herba ini boleh dibeli seperti ini. Namun boleh juga sediakan sendiri herba seperti campuran akar-akar kayu dan daun-daun herba. Antaranya daun capa, daun meringan, daun serai wangi, daun inai, daun pandan, daun lemuni dan daun pisang kelat.


Herba mandian yang dijual

Herba mandian



8. Maternity Pad
Ibu boleh pilih dan sediakan keperluan maternity pad ini ikut keperluan ibu. Bagi saya sendiri saya selesa menggunakan cloth pad yang semakin popular sekarang. Harga mungkin sedikit mahal, tetapi berbaloi-baloi dengan kesihatan dan wang yang dikeluarkan. Sebab beli sekali sahaja tetapi boleh digunakan semasa period bulanan pun.


Cloth pad menjadi pilihan saya


9. Stokin
Boleh beli dimana-mana yang selesa dengan ibu. Jangan lupa pastikan stokin anda ditukar setiap kali mandi untuk pastikan kebersihan.

10. Tunku bayi
Jangan tak tahu, bayi pun perlu bertungku. Bayi bertungku untuk elakkan kembung perut. Biasanya selepas mandi, tunkukan bayi sebentar sebelum barut perut baby.


Tunku bayi

Untuk para suami, pilihlah set bersalin Shaklee untuk isteri tersayang!

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma