Kisah Saya Dengan Shaklee | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Sunday, 16 February 2014

Kisah Saya Dengan Shaklee

Saya dulu merupakan pengguna tegar ubat doktor. Ya.. ubat doktor. Bila saya sakit, saya jumpa doktor dan dapat ubat. Ubatnya saya makan. Memang dah terbiasa begitu sejak kecil lagi. Bayangkanlah berapa banyak toksik dalam badan saya.

Bila dah dewasa ni, saya memang tahu ibu bapa saya selain pengguna ubat-ubatan, juga merupakan pengguna suplemen. Dan alhamdulillah mereka memang sihat. 

Saya memang anti suplemen, ya anti suplemen suatu tika dulu. Bila saya berubah?

Sewaktu saya mengandung anak kedua. Bagaimana?

Walaupun saya menyusukan anak sulung saya, saya memang pasti saya jaga pemakanan saya untuk memberikan khasiat yang terbaik kepadanya yang masih menyusu. Bagi saya suplemen tak penting, yang penting adalah pemakanan saya perlu seimbang. Memang saya sombong. Petua tradisi untuk meningkatkan susu badan seperti herba Cina dan Melayu seperti halba, kurma merah, dll memang saya ambil juga. 



Bajet penyediaan bahan meningkatkan susu badan juga banyak juga setiap bulan, tak murah pun

Namun masalah saya ialah setiap bulan mesti batuk. Batuk dan ianya berpanjangan. Nak tidur susah. Ganggu anak pulak tu. Saban hari berdoa agar batuk tidak menjangkiti anak saya. Batuk saya baik dalam tempoh 2 minggu. Rehat 2 minggu. Batuk balik. Nak jumpa doktor? Saya takut. Perkara ini berlarutan sehingga 8 bulan. Ubat macam-macam dah ambil, macam-macam color! Yang doktor bagi tak berkesan, yang saya beli sendiri di farmasi pun tidak juga.




Lama begitu, saya pun ambil keputusan untuk cari alternatif. Saya jumpa seorang pengamal akupuntur. Beliau juga merupakan stokis bagi produk herba tempatan, HPA. Memang alhamdulillah saya sembuh dalam tempoh 1 bulan, dan ianya tidak berulang lagi. Bila dah sihat, saya tidak teruskan pengambilan suplemen HPA lagi. Atas alasan mahal.


Alhamdulillah serasi dengan HPA, namun ia bersifat herba

Selepas sihat, saya cuba pula kuruskan badan sebab nak menambah seorang lagi anak. Dalam tempoh 8 bulan saya mampu turun 25kg tanpa pengambilan apa-apa suplemen. Dan terus lekat anak kedua kami. :)

Dalam tempoh mengandung, saya ada masalah tidur, insomnia sehingga memberi masalah jantung berdebar. Masa tu saya mencari juga HPA tetapi sebab saya mengandung tiada yang bersesuaian dengan masalah saya. Masa inilah seorang rakan mencadangkan menggunakan produk Shaklee. Dan saya gunakan bermula sebagai set bersalin dan menyusu Shaklee.

Shaklee hanya saya seorang gunakan. Apa yang menyebabkan saya extend penggunaan Shaklee kepada anak-anak adalah apabila pada tahun 2012 anak sulung saya 4 tahun, setiap bulan mesti demam disebabkan bengkak tonsil. Ia berlarutan sehingga 7 bulan. Setiap bulan mesti MC daripada tadikanya. Rugikan. Di bulan ke 7 itu bila doktor di HKL menyatakan kemungkinan dah dapat asthma, terus saya shocked. Tak boleh jadi, saya terus dapatkan suplemen Shaklee. Saya gunakan omega guard dan mealshake untuk anak saya.

Anak sulung saya ni mendengar kata walaupun mulutnya bising. Walaupun tak suka, tapi sebab saya suruh dia akan buat. Alhamdulillah dalam tempoh 1 bulan beliau tidak lagi dapat demam/ tonsil. Syukur sangat. Semasa beliau 5 tahun jarang dapat demam. Ada juga tetapi tidaklah setiap bulan seperti semasa beliau 4 tahun. Kini sudah hampir 2 tahun saya menggunakan Shaklee untuk anak-anak saya.

Saya tak tahu tentang anda, tetapi saya hanya berkongsi cerita ini dengan anda. Kesihatan amat penting, lebih-lebih lagi jika anda seorang ibu, ada anak-anak yang masih mengharapkan kehadiran anda dalam hidup mereka. Nutrisi untuk tubuh adalah penting, justeru fikirkanlah dengan baik.

Namun tidak semua suplemen adalah selamat dan berkesan. Justeru sentiasa pastikan suplemen yang anda ingin ambil adalah selamat dan semulajadi. Elakkan pengambilan vitamin sintetik atau yang anda tidak tahu bahan kandungannya.

Saya telah memilih Shaklee. Ia telah membantu saya lebih sihat, membantu saya menjaga kesihatan ahli keluarga dan kini saya ingin membantu anda. Dengan Shaklee juga saya menjana pendapatan sampingan yang lumayan, tak lama lagi boleh jadi pendapatan Utama pula :)


Polisi Shaklee: Selamat, Berkesan, Mesra Alam

Setiap pembelian dengan saya akan mendapat TIPS EKSKLUSIF, khas untuk anda bila-bila masa sahaja.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

2 comments:

  1. tahniah kak anah...satu step up yang bagus untuk memilih suplimen shaklee untuk kesihatan keluarga...

    ReplyDelete
  2. jemput visit ke blog ira di zahirahhafizanblogspot.com

    ReplyDelete