Berpantang kerana keguguran | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Saturday, 15 February 2014

Berpantang kerana keguguran

Berpantang kerana keguguran



Sebaik lepas berkahwin dulu, saya pernah mengandung namun pada minggu ke 6 janin keguguran. Masa tu sebab pertama kali memang takde pengalaman. Mula-mula bleeding sikit-sikit, pastu memang terus keluar habis. Nak mengandung anak kedua ambil masa juga, selepas 8 bulan mengandungkan anak sulung sekarang.

Masa keguguran tu, hospital takde pula bagi MC. Tapi saya pandai-pandai ambil cuti, dalam 5 hari sahaja la. Sebab keluarga kata kena berpantang juga. 

Anda ibu yang keguguran? Jangan sedih-sedih ya, insyaAllah ada rezeki lain lagi.

Bagi orang Melayu, keguguran lebih serius daripada kelahiran normal. Mudah diserang angin jahat kata orang.

Angin gugur - angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa keguguran - rasa sakit di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur inilah yang bawa bisa keguguran tu, duduk dalam urat saraf ibu sehingga ibu berjaya hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit ini tidak dapat diubati dengan kaedah moden malah sebenarnya ia mudah menyerang selepas rawatan DnC.

Keguguran tanpa penjagaan rapi menyumbang kepada masalah angin merian. Apabila rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh badan. Ini boleh menyebabkan ibu mengalami demam panas sehingga kancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Berpantang bersalin lebih mudah berbanding berpantang ibu keguguran sebab ibu berpantang keguguran tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan atau pemakanan.

Ada macam-macam jenis keguguran, tetapi point utamanya adalah, ibu yang keguguran turut perlu berpantang sebagaimana ibu bersalin. Tempoh berpantang mungkin tidak lama, sekitar 2 minggu kebiasaannya. Dalam tempoh berpantang ni penjagaan adalah sama: pemakanan, emosi dan lain-lain. Darah keguguran juga ada seperti ibu bersalin, tetapi mungkin tidak lama. Jika lama dan banyak berlaku pendarahan kena rujuk kepada hospital atau klinik.

Namun yang penting perlu pastikan ibu berpantang keguguran dapat menyembuhkan organ dalaman serta membantu memberi kehamilan semula yang berkualiti sekaligus mengelakkan berlakukan keguguran yang berulang.

Boleh refer entri http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/01/fungsi-set-bersalin-shaklee.html

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma