Vitamin Cerdik: healing crisis Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label healing crisis. Show all posts
Showing posts with label healing crisis. Show all posts

Friday, 11 April 2014

Kesan Sampingan dan Masalah Produk Shaklee

Artikel ini akan membantu anda mengetahui masalah atau kesan sampingan yang ada pada produk dan lain-lain soalan yang boleh membantu anda

1. Isu halal
Mencari yang halal adalah wajib bagi umat Islam. Menyedari hakikat inilah Shaklee telah mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Baca sini untuk isu halal Shaklee.

Majoriti produk Shaklee adalah daripada sumber tumbuhan. Satu-satunya produk yang menggunakan haiwan sebagai bahan mentah adalah Kolagen Shaklee. Ia diperbuat daripada sisik ikam merah yang tinggal di laut dalam. Kolagen yang tahan lasak dan berkualiti tinggi untuk menegangkan kulit.

2. Bau produk Shaklee yang tidak best dan tidak cantik
Bau kuat sesetengah produk Shaklee contohnya VItamin B Complex dan warna kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika diletakkan di suhu bilik. Produk kecantikan kulit Shaklee seperti Nutriwhite juga tidak sewangi produk lain di pasaran.

Kenapa Shaklee tidak tambah pewarna dan pewangi dalam produk keluaran mereka?

Disebabkan oleh Shaklee mengekalkan khasiat bahan 100% semulajadi dan tanpa bahan kimia, jadi terpaksa tidak letak pewarna dan pewangi dalam produk yang dipasarkan. Lagipun semua produk Shaklee diproses dari bahan asli, sesetengah produk suplemen lain diperbuat daripada vitamin sintetik. Baca sini untuk perbezaan vitamin semulajadi seperti Shaklee dengan vitamin sintetik.

3. Sukar mendapatkan produk Shaklee, tidak terdapat di farmasi
Produk Shaklee boleh didapati daripada pengedarnya seluruh negara, setakat ini mencecah 1 juta orang. Anda juga boleh membaca banyak testimoni produk Shaklee. Anda boleh mendapatkan produk Shaklee secara COD atau pos. Senarai pengedar kami.

Senarai pengedar group Ohsem

4. Produk Shaklee tidak tahan panas dan cepat rosak
Vitamin dan produk lain keluarannya seperti B Complex dan omega guard tidak boleh terdedah dengan suhu tinggi dan udara pada masa yang lama. Ini disebabkan produk ini dibuat tanpa pengawet dan bahan kimia. Semua daripada bahan semulajadi. Sebab itu seelok-eloknya diletakkan dalam ruang chiller peti sejuk dan elakkan membiarkan vitamin Shaklee ditinggalkan di dalam kereta semasa cuaca terik. Zat dan nutrien di dalamnya akan musnah.

5. Mempunyai kesan sampingan
Pada awal pengambilan vitamin Shaklee ada kesan sampingan seperti badan panas, loya dan mual. Adakah ia tidak sesuai dengan badan?

Bayangkan satu pinggan penuh sayur segar, boleh tak anda makan dengan habis tanpa rasa mual? Tak bolehkan? Inilah disebut sebagai healing crisis iaitu badan sedang menyesuaikan diri dengan produk itu. 

InsyaAllah ia akan hilang dalam beberapa hari. Boleh baca sini untuk healing crisis.

6.  Tiada silica gel di dalam botol Shaklee
Memang ada yang bertanya. Ini menunjukkan vitamin ini adalah asli dan bukan daripada bahan kimia sintetik.

7. Memerlukan masa yang lama menghabiskan sebotol vitamin
Contohnya zinc, mengandungi 120 biji. Dimakan 1biji sehari, dalam tempoh 4 bulan. Tetapi ini boleh dikongsi bersama seisi keluarga. Dan lagi ia lebih menjimatkan.

Apa yang dikongsikan disini adalah sedikit berbanding dengn khidmat nasihat terbaik diberikan kepada pelanggan. 

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Wednesday, 12 February 2014

Bagaimana Menangani Healing Crisis

Hari ini ingin saya kongsikan pengalaman seorang doktor perubatan. Suaminya mengidap migrain teruk dan ibunya penghidap gastrik. 

Fokus utama saya ingin bawakan ialah tentang bagaimana ubat-ubatan boleh bertindak kepada tubuh anda dan bagaimana suplemen boleh membantu. Menurut Dr Shaklee sendiri ""Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan.. tetapi kita adalah dalam dua bidang yg berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."

Begitulah kami yang menjual suplemen, pengetahuan kecil kami bukanlah ingin menandingi pengetahuan luas seorang doktor. Healing crisis juga tidak wajar dilupakan. Selalu saya ingatkan kepada customer saya agar jangan mudah putus asa sebaliknya perlu teruskan pengambilan suplemen.


KENAPA SHAKLEE ?
Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.


Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan produk Shaklee. 

Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain. 
Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya. 

September 2004 ~ 9 tahun lepas.

Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding. 

Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat. Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.

As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya. 

So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.

Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu. 

Allah Maha Mendengar.

Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin datang ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki.  Tapi rezeki kali ini ~ Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM, ada juga rasa nak lari.. hihi

Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka. 

Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalu ubat memang banyak la. 

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul? 

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.  

Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalu tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc. 

Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine. 

Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.




So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium. 

Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni? Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik banyak dan healing crisis ni, that was my thought.

Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine attack. 

Lepas 2 minggu pun tak ada.  Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.

Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.

Saya beralih  ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua. 

Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa dah tak jalan. 




Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene. 

She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak kan la supplement lagi power dari ubat. Kalu cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school dulu? Kenapa government tak supply? 

Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan. 

Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. 

Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Credit DrMalinda------

Bagi anda yang masih mencari suplemen yang bagus untuk tubuh, boleh cuba Shaklee kerana ianya semulajadi, selamat dan berkesan.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Sunday, 4 August 2013

Apa tu Healing Crisis?

Ada yang mengeluh, malah marah-marah bila makan supplemen Shaklee bukannya nak sihat sebaliknya sakit pulak yang menimpa-nimpa. Dah tu sampai berbulan-bulan. Ada yang amek untuk detoks toksin tu, bukan kata berketul malah bertan-tan jerawat keluar bertempek kat kulit muka tu. Kata detoks toksin, takkan lah jerawat pulak yang muncul?

Sebenarnya, dah detoks toksin la tu. Jerawat dah mengeluarkan toksin. Ye tau, tak cantik jerawat timbul kat kulit wajah tapi tu la toksin sedang nak keluar. Kena lah sabar dulu kan.


sumber gambar http://www.drjockers.com http://www.healthhomehappy.com

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan berlaku.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Toksin tersebut adalah sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress dan ditambah lagi dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen membantu meningkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, badan rasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlaku dari 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, individu haruslah minum lebih banyak air, rehat secukupnya dan makan lebih sayur dan buah.



Nak tahu harga Shaklee? Hubungi

Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919



Email: ahmad.raihanah@gmail.com