Vitamin Cerdik: genistein Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label genistein. Show all posts
Showing posts with label genistein. Show all posts

Monday, 24 March 2014

Sumber protein terbaik: haiwan atau berasaskan tumbuhan?

Sumber protein terbaik: haiwan atau berasaskan tumbuhan?

Pada tahun 1999 dalam satu kajian, dilaporkan 87% responden menyatakan mereka mengubah tabiat makan mereka disebabkan oleh faktor kesihatan. Ini terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah jantung dan kolestrol. Manakala hampir separuh daripada responded menyatakan mereka sangat prihatin terhadap pemakanan yang mengurangkan lemak.

Adalah sangat penting untuk memastikan jumlah, kuantiti yang betul terhadap asid amino di dalam protein yang kita ambil sehari-hari. Protein haiwan merupakan faktor penyumbang utama lemak dalam pemakanan kita. Kebanyakan daripada kita memakan protein kebanyakannya daripada daging, telur dan produk tenusu yang selalunya tinggi saturated fat dan tinggi kolestrol. 

Protein haiwan mudah untuk dihadamkan dan secara keseluruhannya megandungi asid amino yang telah ada di dalam badan manusia. Protein bersumberkan tumbuh-tumbuhan bagaimanapun lambat dihadamkan dan badan memerlukan banyak jenis tumbuhan bagi memenuhi keperluan asid amino. Memakan protein yang rendah kualiti menyebabkan pemakanan kita tidak sempurna dan menyebabkan kita perlu mengambil banyak jumlah protein semata-mata untuk memenuhi keperluan asid amino dalam kadar yang betul.


Protein haiwan


Mengapa Soya?

Kita sepatutnya berterima kasih kepada Shaklee, yang menggunakan kaedah terkini untuk mendapatkan protein berkualiti dan pada masa yang sama dengan protein haiwan yang didapati pada susu dan telur. ESP tinggi dalam protein namun secara semulajadi rendah lemak, tanpa laktosa dan tanpa kolestro. Ia menyediakan asid amino, termasuk 9 jenis asid amino yang badan perlukan, dan tidak dapat disediakan sendiri oleh badan. Ia juga merupakan sumber terbaik untuk kalsium dan zat besi.


Protein tumbuh-tumbuhan adalah termasuk kekacang


Tambahan pula, ESP mengandungi isoflavones, terutama genistein dan daidzein. Boleh baca sini untuk artikel berkenaan isoflavones.

Sesetengah produk soya diproses menggunakan alkohol yang telah menghilangkan isoflavones. ESP pula dicuci dengan air untuk mengekalkan kandungan isoflavones seperti genistein dan daidzen. Shaklee juga menggunakan soya yang disahkan non genetically modified (GMO) dan telah diperakui oleh Identity Preservation Program (IPP). Program ini sebenarnya memastikan soya yang digunakan dikawal dalam semua proses pengeluarannya.

Banyak khasiat didapati di dalam protein soya ini seperti di sini, termasuk khasiat yang tidak terdapat pada produk tenusu atau daging.
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Tuesday, 11 March 2014

Apakah Asid Amino dan Kepentingannya

Asid amino merupakan salah satu nutrien yang terkandung di dalam ESP. Mari kita lihat secara lebih mendalam berkenaan asid amino.




Apakah asid amino?

Asid amino adalah molekul yang mengandungi kumpulan amino, asid karbosilik dan rantaian sampingan yang berbeza mengikut setiap jenis asid amino. Elemen penting dalam asid amino adalah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.

Dalam bahasa mudah, protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Proten whey juga terdiri daripada rangkaian asid amino. Whey membawa maksud protein itu daripada sumber whey. Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.

Ada banyak jenis asid amino. 20 telah dimasukkan dalam nutrisi standard manusia. Ada sesetengah rujukan mengatakan 22 dengan mencampurkan selenocysteine dan pyrrolysine disebabkan mekanisme sintetiknya yang unik. Mereka bersama membentuk rantai polimer pendek yang dipanggil peptida atau lebih panjang dipanggil polipeptida.

Asid amino perlu (essential) membawa maksud badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar, manakala tidk perlu (non essential) bermaksud ia boleh disintesiskan daripada sumber lain. Cysteine, taurine, tyrosine dan arginine adalah semiessential pada kanak-kanak disebabkan laluan untuk sintesis asid amino ini tidak terbentuk sepenuhnya lagi.

Jika dilihat pada produk makanan tambahan, ada pelbagai jenis. BCAA (Branched-chain-amino acid) adalah 3 jenis asid amino iaitu valine, leusine dan isoleucine. Ketiga-tiga ini sangat penting pada otot dan merupakan elemen kedua perlu selepas latihan. Pertama, glukosa. Ideologi produk makanan tambahan ini adalah, struktur molekul yang berbeza dalam asid amino menyebabkan penyerapan BCAA menjadi perlahan. Jadi produk BCAA membantu mengasingkannya.

Manakala produk berlabel "amino" adalah campuran pelbagai jenis asid amino dan dilebihkan asid amino yang berfungsi untuk pemulihan seperti glutamine. Manakala arginine digunakan sebagai pencetus dalam produk nitric oxide. Produk-produk lain seperti protein whey, terdapat pelbagai campuran asid amino.

Credit Zaki Khan

Tu dia, asid amino. Dalam produk Shaklee, ada 2 produk yang dikategorikan sebagai protein dan mengandungi asid amino iaitu ESP dan Mealshake.

Di dalam ESP, terdapat 22 jenis asid amino dan ia juga merupakan produk tunggal dalam pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino yang penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia sendiri, dan ianya sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua dan muda.

Apakah manfaat Asid amino?

1. Awet muda dan kekal muda
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50 ribu jenis protein, 20 ribu jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

2. Hormon semulajadi
Isoflavones yang kaya dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

3. Meningkatkan fungsi prostat lelaki
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia betindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel badan yang akan bermutasi DNA. Selain daripada itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

4. Kulit tegang dan berseri
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan menghilangkan kedutan, bertindak sebagai anti penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

5. Pembekal Tenaga Segera
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imun juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, isomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

6. Meningkatkan memori
Ingatan menjadi lebih kuat menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi

7. Memulihkan pigmentasi
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, menghalang pigmentasi dan jeragat.

Harga? Harga tidak mahal berbanding dengan kesihatan anda. Penggunaan setiap tin dalam lingkungan sebulan hingga dua bulan. Memang berbaloi-baloi. Nak cuba?


ESP Beli 6 Percuma 1

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Tuesday, 4 March 2014

Apakah Isoflavones?

Apakah isoflavones yang terdapat di dalam ESP?


Isoflavones

Banyak manfaat pengambilan produk soya yang berterusan termasuk perlindungan daripada penyakit kaser, gejala menopos, serangan jantung dan osteoporosis. Untuk makluman semua, segala manfaat kesihatan ini datangnya daripada isoflavones.

Isoflavones merupakan struktur kimia yang sama dengan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada kelebihan estrogen.

Cara terbaik mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi daripada kacang soya dan tempe! So makanlah tempe selalu

Di dalam isoflavones, terdapat dua fitokimia iaitu Genistein dan Daidzen. Genistein banyak dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan berfungsi untuk menghalang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Justeru pertumbuhan sel kanser akan terbantut disebabkan kekurangan nutrisi yang disalurkan ke dalamnya.

Daidzen juga boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan herba. Ia berfungsi untuk menghalang hormon penggalak atau pertumbuhan kanser dari sampai kepada sel kanser.


Apakah manfaat kesihatan Isoflavones

1. Mengurangkan gejala menopose
2. Mengurangkan risiko serangan jantung
Dalam kes ini, isoflavones menghentikan pertumbuhan sel-sel yang menyebabkan penyumbatan arteri. Arteri-arteri ini biasanya membentuk gumpalan-gumpalan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Perlindungan terhadap gangguan prostat dengan mencegah pembesaran kelenjar prostat lelaki iaitu melambatkan pertumbuhan kanser prostat dan menyebabkan sel-sel kanser prostat mati

3. Meningkatkan kesihatan tulang

4. Mengurangkan risiko kanser
Isoflavones boleh melawan pertumbuhan tumor kerana isoflavones bertindak melawan sel-sel kanser seperti rawatan untuk kanser

5. Isoflavones adalah antioksida
Kajian menunjukkan isoflavones mempunyai sifat antioksidan setara dengan antioksidan yang terkenal dari Vitamin E. Kekuatan antioksidan isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser jangka panjang dengan mencegah kerosakan DNA.

Kredit vitaminsihatku

Artikel berkaitan

http://en.wikipedia.org/wiki/Genistein

http://en.wikipedia.org/wiki/Daidzein

http://www.isoflavones.info/

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma