Apakah Isoflavones? | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Tuesday, 4 March 2014

Apakah Isoflavones?

Apakah isoflavones yang terdapat di dalam ESP?


Isoflavones

Banyak manfaat pengambilan produk soya yang berterusan termasuk perlindungan daripada penyakit kaser, gejala menopos, serangan jantung dan osteoporosis. Untuk makluman semua, segala manfaat kesihatan ini datangnya daripada isoflavones.

Isoflavones merupakan struktur kimia yang sama dengan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada kelebihan estrogen.

Cara terbaik mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi daripada kacang soya dan tempe! So makanlah tempe selalu

Di dalam isoflavones, terdapat dua fitokimia iaitu Genistein dan Daidzen. Genistein banyak dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan berfungsi untuk menghalang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Justeru pertumbuhan sel kanser akan terbantut disebabkan kekurangan nutrisi yang disalurkan ke dalamnya.

Daidzen juga boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan herba. Ia berfungsi untuk menghalang hormon penggalak atau pertumbuhan kanser dari sampai kepada sel kanser.


Apakah manfaat kesihatan Isoflavones

1. Mengurangkan gejala menopose
2. Mengurangkan risiko serangan jantung
Dalam kes ini, isoflavones menghentikan pertumbuhan sel-sel yang menyebabkan penyumbatan arteri. Arteri-arteri ini biasanya membentuk gumpalan-gumpalan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Perlindungan terhadap gangguan prostat dengan mencegah pembesaran kelenjar prostat lelaki iaitu melambatkan pertumbuhan kanser prostat dan menyebabkan sel-sel kanser prostat mati

3. Meningkatkan kesihatan tulang

4. Mengurangkan risiko kanser
Isoflavones boleh melawan pertumbuhan tumor kerana isoflavones bertindak melawan sel-sel kanser seperti rawatan untuk kanser

5. Isoflavones adalah antioksida
Kajian menunjukkan isoflavones mempunyai sifat antioksidan setara dengan antioksidan yang terkenal dari Vitamin E. Kekuatan antioksidan isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser jangka panjang dengan mencegah kerosakan DNA.

Kredit vitaminsihatku

Artikel berkaitan

http://en.wikipedia.org/wiki/Genistein

http://en.wikipedia.org/wiki/Daidzein

http://www.isoflavones.info/

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma