Bagi anda yang tak mengikuti cerita daripada awal, kisahnya begini. Shaklee Corporation dikatakan telah menyumbangkan dana secara rasmi kepada Zionis, dana ini dikatakan tentulah hasil daripada penjualan produknya.
Persoalannya, betulkah?
1. Shaklee Corporation atau Shaklee Independant Distributor (SID)
Setakat ini tiada maklumat rasmi mengatakan Shaklee Corporation telah memberi dana secara rasmi kepada zionis. Apa yang ada hanyalah segelintir SID yang memberikan hasil bonus yang diperolehi daripada Shaklee kepada Jewish National Fund.Link yang diberi tu pun bukan web rasmi Shaklee, sebaliknya web SID tu.
Samalah kesnya bagi SID di Malaysia. Mereka serahkan dana kepada Palestin. Itu pada saya hak masing-masing selagi mana bukan Shaklee Corporation yang bagi secara rasmi. Anda boleh sahkan melalui gerakan yang mempelopori boikot ini iaitu Inminds.
2. Perbezaan Zionis, Yahudi dan Israel
a) Yahudi
Yahudi adalah keturunan dan agama. Inilah yahudi yang asal. Keturunan tak boleh dipilih. Sama macam kita juga, kita Melayu bukan kita yang pilih. Tapi ini ketetapan Allah.Yahudi sebagai individu, manusia tidak menggalas apa-apa beban kesalahan, hanya kerana dia Yahudi. Inilah pendapat asal.
Permusuhan Nabi s.a.w dulu juga dengan Yahudi disebabkan permusuhan mereka dengan Islam. Begitu juga sekarang, sekiranya mereka tak bermusuh dengan kita, Islam juga melarang kita menindas mereka.
Bukan semua Yahudi menyokong penubuhan negara Israel dan agenda Zionis. Anda boleh merujuk kepada Independent Jewish Voices dan Why I Protested the Jewish National Fund?
Baca juga Apa Yang Saya Lalui Tentang Yahudi
Bukan semua Yahudi menyokong negara Israel dan tindakan Zionis |
b) Israel
Israel adalah nama lain bagi Nabi Yaakub a.s. Inilah asalnya nama Israel itu. Kita tahu Yahudi adalah daripada susur galur Nabi Yaakub kan.
Yahudi yang menduduki Palestin telah menamakan negara haram itu sebagai Israel. Dan negara Israel ini telah pun disahkan oleh PBB. Ada seninya kenapa dipilih nama Israel, antaranya untuk memperoleh simpati antarabangsa atas niat buruk mereka, juga untuk mendapatkan sokongan penganut Kristian semuanya.
Sebab nama Israel tu sebenarnya atas dasar agama, jadi kalau orang Kristian mudah terima seolah-olah ada janji Allah dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Israel (Yaakub). Rujuk juga sejarah Israel.
Jadi kesimpulannya, Israel adalah nama negara. Nama itu pula telah dipergunakan untuk kepentingan Zionis.
c) Zionis
Adalah organisasi antarabangsa yang zalim yang merancang penubuhan negara haram Israel di Palestin. Apa yang berlaku sekarang adalah hasil mastermind Zionis.Zionis inilah yang jahat. Penyokong Zionis boleh jadi bukan sahaja Yahudi, bahkan ada orang Islam pun turut menyokong Zionis.
Apa tujuan boikot
Tujuan boikot adalah kita menentang Zionis disebabkan segala kejahatannya. Kita bukan boikot bangsa Yahudi. Ini kerana dalam sirah Rasulullah sendiri ada membuat hubungan dagangan dengan bangsa Yahudi, bahkan salah seorang isteri baginda pun Yahudi.
Ketahui Hukum Berjual Beli Dengan Yahudi.
Hampir semua perkara dalam dunia ni adalah hasil tangan dan fikiran bijak Yahudi. Name it:
1. Perbankan
2. Online shopping
3. Komputer
4. Kereta
5. Telefon
Senarainya panjang. Tak sudah kita nak boikot semuanya, apa yang baik kita gunakanlah. Mana yang memang terang-terang menyalurkan dana kepada Zionis, itulah yang harus kita boikot sampai sudah. Sampai sudah maknanya tak bermusim.
Baca juga Gaza Berdarah Lagi untuk senarai syarikat yang menyumbang dan berbangga dengan sumbangannya kepada Zionis.
Saya tak tahu tentang anda, tetapi maklumat yang saya berikan ini sebagai panduan anda untuk isu Zionis, Yahudi dan Palestin.
Doakanlah untuk saudara-saudara kita di Palestin agar terus diberikan kekuatan dan semangat untuk menentang kezaliman Zionis.
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma
mereka akan hancur juga nantinya dengan izin Allah
ReplyDelete