Kebelakangan ini meskipun ramai yang cuba untuk melahirkan secara normal, ramai juga masih bersalin secara pembedahan. Bersalin secara pembedahan tidak mengurangkan pahala seorang ibu, juga tidak mengurangkan sifat seorang ibu / wanita.
Ibu tetap ibu, cuma cara bersalin tidak dapat normal seperti orang lain. Saya sendiri bersalin secara pembedahan bagi anak sulung, pembedahan kecemasan. Sebabnya lama menunggu, air ketuban dah 15 jam pecah dan baby dah berak. Saya dan suami redho.
Sebab saya orang pertama dalam keluarga bersalin secara pembedahan, mak saya pun pening nak fikirkan cara berpantang. Namun, dibawah ini adalah tips dan cara berpantang bagi ibu yang bersalin secara pembedahan yang dikumpulkan:
1. Teruskan penyusuan badan, ia akan membantu mengecutkan rahim dengan cepat.
2. Pakai stokin. Elakkan kipas angin menghala ke badan anda. Ini untuk elakkan angin masuk dalam badan.
3. Berurut dan bertungku. Boleh seperti biasa tetapi elakkan bahagian pembedahan.
4. Amalkan pemakanan air gamat / jeli gamat bagi tempoh 2 minggu selepas bersalin. Selepas itu baru boleh makan ikan haruan. Sebabnya untuk pastikan luka tutup dengan elok dan jahitan pun cantik. Jika terus amalkan ikan haruan, luka dalam belum sembuh, luka luar sembuh tapi tak cantik.
5. Mandian. Boleh je secara normal dengan menggunakan air rebusan daun-daun dan herba.
6. Berbengkung. Juga boleh macam biasa tetapi pastikan gunakan bengkung khas untuk pembedahan. Tujuan berbengkung adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik.
7. Darah nifas. Walaupun tidak bersalin secara normal, ibu selepas bersalin pembedahan turut mengalami ini. Justeru penjagaan adalah sama saja.
Bila perlu berjumpa doktor?
1. Bila anda demam lebih 100.4 darjah Farenheit
2. Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya
3. Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut seperti lebam/pedih
4. Discaj vagina yang berbau busuk
5. Sakit secara tiba-tiba di bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah
6. Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki
7. Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing
8. Muncul ruam atau gatal-gatal
9. Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.
10. Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.
11. Rasa bimbang, panik atau sedih.
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma