Tips Mengelakkan Sembelit Selepas Bersalin | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Sunday, 16 February 2014

Tips Mengelakkan Sembelit Selepas Bersalin

Hari ini saya ingin bercerita berkenaan sembelit selepas bersalin. Lazimnya saya semasa mengandung lagi memang dah bersedia dengan macam-macam cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku kepada diri sendiri. Sebab memang azablah kalau kena, almaklum selepas bersalin kita masih lemah, justeru jika tambah pula lagi dengan sembelit menambah masalah lagi pada kita. 

Saya masih ingat, jika terkena sembelit memang takut je nak ke tandas. Selepas selesai pula muka ni memang pucat lesi. Sakit tau




Namun begitu masalah sembelit adalah kebiasaan berlaku semasa hamil dan semasa pantang. Kira-kira 30-40% wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit. Ini adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga disebabkan oleh kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu pada peringkat awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Sesetengah pil zat besi yang diambil pada masa ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Sebab-sebab sembelit:

1. Kurang serat dalam diet
2. Kurang aktiviti fizikal
3. Pengambilan ubat-ubatan terutamanya herba
4. Penyalahgunaan julap
5. Kebiasaan menahan untuk membuang air besar
6. Kekurangan air
7. Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
8. Masalah dengan kolon dan rektum
9. Masalah dengan fungsi usus.

Tips bagi mengelakkan sembelit

1. Awasi bila dan bagaimana anda ke tandas.
Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Jangan bertangguh maksudnya. Waktu awal pagi atau kira-kira sejam selepas waktu makan adalah waktu yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun agak sukar.

2. Awasi diet anda. 
Pastikan anda minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan lakukan senaman. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.  

Kurangkan makanan segera dan pengambilan daging merah. 

Pantang larang orang tua ibu berpantang tak boleh minum air banyak dan tidak elok makan buah, ia tidak lagi relevan dengan banyak sokongan kajian klinikal masakini. Namun cakaplah dengan baik dengan ibu anda, berikan penerangan dengan jelas dan teratur. 


Diet yang seimbang boleh membantu mengelakkan sembelit


3. Pengambilan suplemen
Amalkan pengambilan suplemen yang selamat untuk anda dan bayi. Namun pastikan juga suplemen zinc (zat besi) yang anda ambil pada kadar yang rendah kerana jika berlebihan boleh menyebabkan sembelit.

4. Jumpa doktor
Jika perubahan gaya hidup dan diet tidak banyak membantu anda, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai kepada anda. Jangan bertangguh.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita selepas bersalin, tetapi jika ia berlarutan, maklumkan kepada doktor anda. Kadangkala sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.


Bagaimana sembelit berlaku

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila ia membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena menegang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Rawatan
Proses rawatan adalah dengan mendapatkan ubat melembutkan najis. Kaedah lain adalah dengan cara rubber band ligation atau harmorrhoidal artery ligation.

Dalam set bersalin Shaklee, terdapat produk Ostematrix yang merupakan suplemen asas set bersalin Shaklee. Selain mengandungi kalsium, ia turut mengandungi magnesium yang dapat meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus ynag membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan suplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.

Selain fungsi melawaskan, Ostematrix turut membantu:

1. Tidur malam lebih lena
2. Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan
3. Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas

kredit utusan.com.my

Ketahui khasiat Ostematrix kepada ibu selepas bersalin di sini http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/02/khasiat-ostematrix-kepada-ibu-selepas.html

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma