Aktiviti Hujung Minggu ke Taman tasik titiwangsa | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Monday 10 February 2014

Aktiviti Hujung Minggu ke Taman tasik titiwangsa

Alhamdulillah hujung minggu dapat bersantai bersama keluarga, terutama anak-anak. Hari ini kami bawa anak-anak ke Taman tasik titiwangsa. Sebenarnya dah banyak kali juga mengulang subjek Taman Tasik Titiwangsa ini. Selain tempatnya yang bersih, banyak aktiviti boleh dibuat.


Hari ini kami cuma fokus kepada aktiviti berkuda dan taman permainan sahaja. Seperti biasa anak-anak memang teruja sungguh. Anak kedua saya meskipun nampak berani, tetapi takut juga bila naik kereta kuda. Anak sulung pula, memang makin berani, kali ini masih lagi nak tunggang kuda. Hebat masing-masing.




Bermain di taman permainan memanglah yang paling mengujakan. Di situ macam-macam jenis ada, jambatan pun ada. Struktur taman permainan di situ memang besar. Memang alhamdulillah puas anak-anak bermain, sampai bila balik tu terus tertidur dalam kereta!


Makanan? Sebab ini bukan kali pertama, kami dah tahu kat tempat tu makanan mesti mahal. Bekal dari rumah pula habis terus dalam kereta (kuss semangat), jadi kami beli siap-siap dengan penjaja di tempat parkir kereta. Agak murah juga, berbanding dengan yang di dalam.

InsyaAllah boleh mengulang lagi subjek Taman Tasik Titiwangsa. :D