Vitamin Cerdik: suplemen vs ubat Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label suplemen vs ubat. Show all posts
Showing posts with label suplemen vs ubat. Show all posts

Friday, 28 March 2014

Apa beza ubat dengan suplemen?

Apa beza ubat dengan suplemen? Ubat vs suplemen


The medical field is interested n treating disease. I'm interested in building health - Dr Shaklee
Ubat

1. Ubat adalah ganjil dengan tubuh. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen bahan kimia yang kuat boleh mengubah fungsi-fungsi secara mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkannya boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gangguan penglihatan dll.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan

6. Salahguna atau berlebihan dos boleh membahayakan nyawa.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang, ia boleh merasai kesan pengambilannya.

8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, seseorang boleh menerima kesan dalam jangka masa pendek.

9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi tidak merawat punca sakit. Ia hanya menutup kesakitan, tidak memulihkan. 

10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Suplemen

1, Bahan berkhasiat, pastikan ambil yang dirumus secara semulajadi dan selamat serta penting kepada tubuh. 

2. Bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. 

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemua harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penyerapan lain-lain faktor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. 

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangkamasa yang panjang. Ia mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap punca penyakit sekiranya digunakan untuk menampung kekurangannya. 

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

Kredit ramuansihat


Ubat vs vitamin
Namun begitu, suplemen bukanlah menggantikan ubat. 


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Thursday, 27 March 2014

Mengapa Pengambilan Suplemen Tidak Berkesan

Ada sesetengah pengamal vitamin merungut kenapa mereka ambil vitamin tetapi tiada menampakkan kesan? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengamalkan pengambilan suplemen yang ingin melihat kesan yang cepat. Contohnya mengambil suplemen untuk mengurangkan berat badan, tetapi merungun mengapa berat badannya masih tidak turun. Suplemen adalah makanan tambahan, justeru kesannya tidak sama dengan ubat.

Beberapa faktor menyebabkan pengambilan suplemen tidak berkesan:

1. Merasakan minum air kosong tidak penting

Orang Melayu khususnya memang tidak mengamalkan minum air kosong, ini terutama golongan veteran kita. Sebaliknya air manis menjadi pilihan. Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Saranan untuk mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan suplemen adalah supaya suplemen mudah diserap oleh tubuh.

2. Gemar makan vitamin sekaligus dalam satu masa

Apabila kita makan semua suplemen sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai suka amalkan ini terutama sebelum tidur sedangkan selepas itu kita kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengammbilan suplemen anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu masa tertentu sahaja.

3. Mengambil suplemen bersama ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat serentak dengan pengambilan suplemen kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap suplemen dengan baik. Cuba sediakan jadual, ambil ubat dan suplemen secara berasingan. Boleh juga amalkan suplemen selepas 1 atau 2 jam pengambilan ubat.

4. Pengambilan kafien tinggi dalam diet harian

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan suplemen yang sediada dalam badan? Pengambilan kafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan suplemen yang diamalkan selama ini. Maka kita tidak mendapat kesan seperti yang diharapkan disebabkan suplemen rosak dengan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Tidak tahu pantang larang makan suplemen

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh di ambil bersama air susu? Ini kerana ia mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan? Ada beberapa lagi yang perlu diketahui seperti pengambilan alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Kredit adamalishauni

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma