Vitamin Cerdik: doa dhuha Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.
Showing posts with label doa dhuha. Show all posts
Showing posts with label doa dhuha. Show all posts

Wednesday, 30 April 2014

Doa Dhuha Yang Best

Anda dah biasa solat dhuha? Atau belum pernah atau selalu culas?

Saya pernah tulis bagaimana untuk laksanakan solat dhuha dalam posting terdahulu. Kali ni saya nak share apa kelebihan doa dhuha yang powerful. Cuba teliti posting di bawah. Kredit Notasyurga



Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saya mula tertarik untuk menyusuri kelebihan Solat Dhuha ini apabila membaca doa selepas solat Dhuha ini. Antara bait-bait doa yang menarik perhatian saya iaitu, Jika rezeki dilangit turunkanlah, jika rezeki dibumi minta dikeluarkan, jika rezeki jauh, dekatkanlah. Jika haram, sucikanlah...


Ya Rabbi, sungguh...Doa ini yang membuatkan saya terus mencari kehebatan solat Dhuha ini. Saya tidak hairan mengapa para sahabat Nabi yang hidup serba kekurangan, namun bagi mereka, keperluan mereka sudah mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan yang sementara ini. Jika anda masih merasakan diri andai berkehendak  kepada keperluan-keperluan dunia yang amat menakutkan seperti iphone,galaxy note,imac,tv LCD HD 3D 50 inci, kereta mewah BMW, rumah banglo 3 tingkat yang ada kolam didalamnya, saya sarankan jadikan amalan solat Dhuha ini sebagai satu doa kepada Allah, supaya menurunkan 'rasa cukup'  terhadap keinginan keperluan dunia kita yang menggila ini.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

-----

Kadang tu pergantungan kita kepada Allah sangat kurang, bila rezeki sukar masuk, terus kita merajuk dengan Allah. Kita rasa Allah tak beri, tetapi sebenarnya ada hikmah belum diberi masa itu. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Dalam satu keadaan yang lain, kita kena konsisten dalam amalan kita. Tak kiralah apa amalan itu, pastikan lakukan dengan konsisten. 

Dan jangan lupa, panjatkan doa buat anak-anak kita juga. Supaya mereka menjadi anak-anak soleh, mendapat sahabat yang membawa kebaikan, sentiasa ditunjukkan kepada jalan yang benar dan dijauhkan dengan semua amalan buruk dan mendatangkan dosa.

Mamahakim

Tuesday, 28 January 2014

Amalan Jutawan - Kelebihan Solat Dhuha

Cara mengerjakan solat dhuha

Masa untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha: 
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. Boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam.


a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: "sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam 
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha 
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa:



Doa solat dhuha


“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

(Bacaan dalam solat ini boleh juga digantikan dengan surah-surah lain, contohnya: Rakaat Pertama: Ayat Kursi & Surah Al-Kaafirun; Rakaat Kedua: Ayat Kursi & Surah Al-Ikhlas). 


Kelebihan Solat Dhuha

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ 
 صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

"Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 
(HR Ahmad, Muslim dan Daud) 

Jom kita sama-sama lapangkan masa untuk merebut kelebihan yang Allah nak bagi ni.



Amalkan untuk 3 bulan, insyaAllah akan menjadi rutin biasa dan berasa janggal jika meninggalkannya



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Konsultansi percuma