Saya pernah tulis bagaimana untuk laksanakan solat dhuha dalam posting terdahulu. Kali ni saya nak share apa kelebihan doa dhuha yang powerful. Cuba teliti posting di bawah. Kredit Notasyurga
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Saya mula tertarik untuk menyusuri kelebihan Solat Dhuha ini apabila membaca doa selepas solat Dhuha ini. Antara bait-bait doa yang menarik perhatian saya iaitu, Jika rezeki dilangit turunkanlah, jika rezeki dibumi minta dikeluarkan, jika rezeki jauh, dekatkanlah. Jika haram, sucikanlah...
Ya Rabbi, sungguh...Doa ini yang membuatkan saya terus mencari kehebatan solat Dhuha ini. Saya tidak hairan mengapa para sahabat Nabi yang hidup serba kekurangan, namun bagi mereka, keperluan mereka sudah mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan yang sementara ini. Jika anda masih merasakan diri andai berkehendak kepada keperluan-keperluan dunia yang amat menakutkan seperti iphone,galaxy note,imac,tv LCD HD 3D 50 inci, kereta mewah BMW, rumah banglo 3 tingkat yang ada kolam didalamnya, saya sarankan jadikan amalan solat Dhuha ini sebagai satu doa kepada Allah, supaya menurunkan 'rasa cukup' terhadap keinginan keperluan dunia kita yang menggila ini.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
-----
Kadang tu pergantungan kita kepada Allah sangat kurang, bila rezeki sukar masuk, terus kita merajuk dengan Allah. Kita rasa Allah tak beri, tetapi sebenarnya ada hikmah belum diberi masa itu. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
Dalam satu keadaan yang lain, kita kena konsisten dalam amalan kita. Tak kiralah apa amalan itu, pastikan lakukan dengan konsisten.
Dan jangan lupa, panjatkan doa buat anak-anak kita juga. Supaya mereka menjadi anak-anak soleh, mendapat sahabat yang membawa kebaikan, sentiasa ditunjukkan kepada jalan yang benar dan dijauhkan dengan semua amalan buruk dan mendatangkan dosa.
Mamahakim