Tips Kurangkan Gemuk Air Dalam Masa Singkat | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Tuesday, 22 July 2014

Tips Kurangkan Gemuk Air Dalam Masa Singkat

Saya masih ingat bila mula je puasa, dalam tempoh singkat saya boleh kurangkan berat badan. Yang kurang tu adalah air sebab kita berpuasa. Tapi tak semua orang dapat buat ni. Ada yang berpuasa tapi masih dengan berat badan yang sama.

Punca Gemuk Air adalah disebabkan garam berlebihan


Apabila diet kita dipenuhi dengan makanan yang tinggi dengan garam, garam tersebut akan masuk ke dalam saluran dan sistem badan kita. Cara garam tersebut keluar? Adalah melalui perkumuhan samada melalui peluh atau air kencing. Namun begitu, garam lebih efektif dibuang melalui peluh berbanding air kencing.

Kebanyakan orang yang gemuk air biasanya kurang bersenam dan terlalu banyak makan makanan tinggi garam contohnya junk food, fast food, jeruk, fries, makanan ditin, kicap dll).

Bila garam tidak dibuang daripada dalam badan, ianya akan mendap dalam sel badan kita. Ini menyebabkan kondisi hyptonik dalam sel badan kita yang mana air akan ditarik masuk ke dalam sel badan supaya concentration dalam sel badan kembali normal. Inilah sebenarnya gemuk air.


Tanda-tanda orang yang gemuk air:



1. Lompat-lompat depan cermin

Yang flabbing (menggelebeh, tak pun kalau lompat tu ada bahagian kulit yang ikut melompat sekali) - itu boleh kata air laa

2. Pinch your abs/etc area using 2 fingers (cubit macam penyepit). 

Yang dapat cubit tu subcutaneous fat + air

3. Poke ur body

High water retentions - kulit/isi akan tenggelam dan merah sedikit, dan lmbt kembali ke bentuk asal.

4. Checkup di Klinik / Hospital atau mana-mana pusat kesihatan


Anda ingin tahu bagaimana kurangkan gemuk air? Jom kita kongsikan dengan anda.

Tips Kurangkan Gemuk Air Dalam Masa Singkat


1. Tingkatkan pengambilan makanan mengandungi potassium tinggi. 

Potassium adalah nutrien penting yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan. Kekurangan potassium boleh menyebabkan keletihan, cepat marah, dan tekanan darah tinggi (tekanan darah meningkat). 

Melainkan jika anda memerlukan dialisis, atau mempunyai keadaan khas, berlebihan potassium daripada sumber semula jadi adalah hampir mustahil; Walau bagaimanapun, kalau ambil berlebihan boleh menyebabkan loya, muntah, dan juga serangan jantung. Potassium daripada sumber makanan semula jadi, seperti yang disenaraikan di bawah, dianggap selamat dan sihat.

Contoh makanan yang kaya dengan potassium adalah pisang, kurma, dan avocado. 

Tips Kurangkan gemuk air dalam masa singkat
Contoh makanan kaya dengan potassium


2. Kurangkan pengambilan garam


Tips kurangkan gemuk air dalam masa singkat
Garam berlebihan adalah punca gemuk air

Sebenarnya dalam diet seharian terlalu banyak garam dalam makanan kita. Sebabnya dalam sos-sos seperti sos tomato, dalam makanan diproses pun semuanya sebenarnya telah ditambahkan garam. Selain boleh menurunkan berat badan, pengurangan pengambilan garam boleh membantu mengelakkan banyak lagi penyakit kronik, terutama berkaitan dengan buah pinggang dan darah tinggi.

Tips: Kurangkan garam dalam makanan, disamping itu boleh tukarkan garam yang biasa diambil yang bersifat sintetik, kepada garam semulajadi seperti garam bukit dan garam semulajadi. Selain mengelakkan masalah penyakit, garam semulajadi juga mengandungi banyak mineral dan khasiat yang baik untuk tubuh.

Beza garam putih, garam bukit dan garam semulajadi.

3. Kurangkan pengambilan gula


Tips Kurangkan gemuk air dalam masa singkat
Gula Berlebihan antara faktor peningkatan berat badan

Memang semua dah ketahui bahaya pengambilan gula berlebihan ni. Selain dalam minuman, gula banyak dimasukkan dalam pastri, kuih muih, air dan masakan lain. Berlebihan gula boleh meningkatkan paras insulin yang seterusnya membawa kepada penyakit kencing manis. Bila tahap insulin tinggi, ianya akan mengganggu proses pembuangan sodium / garam dalam badan sebab badan tengah sibuk pasal tahap gula dalam darah.

Ia juga boleh mengurangkan kebolehan badan untuk menggunakan natrium secara berkesan. 


4. Elakkan makan berlebihan


Puasa kan, jadi elakkan jadikan masa berbuka tu sebagai membalas dendam sebab tak makan. :) Makan sekadar yang cukup. Jika anda makan berlebihan akan menyebabkan kesukaran kepada badan anda untuk proses penghadaman dalam tempoh singkat tersebut. Akibatnya puasa patutnya dapat kuruskan badan, tapi anda naik badan pula.

5. Bersenam


Pastikan anda memperuntukkan sedikit masa untuk bersenam, walaupun berpuasa. Ada senaman yang sesuai untuk orang berpuasa. Anda boleh cuba.

6. Minum air 8 hingga 10 gelas sehari


Air kosong ya, bukan air bergula. Ini kerana air membantu mengelakkan hidrasi. Banyak minum air kan nanti banyak buang airnya. so garam akan keluar juga melalui air kencing, selain peluh.

Tips kurangkan gemuk air dalam masa singkat
Air penting untuk memudahkan pengaliran bendalir


Pengambilan suplemen yang membantu mengurangkan berat badan


Di antara produk pelangsingan badan Shaklee adalah:

1. Cinch Shake

Untuk protein, mengenyangkan dalam tempoh masa yang lebih lama dan mengekalkan otot (elak badan nampak menggeleber dan kendur selepas berat badan berkurang).

2. Cinch Tea Energy Mix

Meningkatkan metabolisme badan.

3. Lecithin

Membakar lemak dan memudahkannya untuk dikumuhkan.


4. Herblax

Elakkan sembelit, untuk detox dan angkut lemak untuk dikumuhkan.

5. Alfalfa

Fungsi detoks dan mengangkut lemak untuk dikumuhkan.

6. Energizing Soy Protein

Protein, kalori rendah dan mengenyangkan lebih lama.

7. Omega Guard

Membakar lemak, membantu mengempiskan perut.

Tak semestinya ambil semua, anda boleh suaipadankan set kurus ini mengikut bajet dan situasi anda. Hubungi kami segera untuk keterangan lanjut.

Ucapkan selamat tinggal kepada gemuk air!

Baca juga Gabungan Hebat Lecithin dan Alfalfa.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

1 comment:

  1. sejak saya stop bersukan badan dah mula naik ni,.hehehe nampaknya kena bagi keluar peluh...

    ReplyDelete