Mengapa Suplemen Penting | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Thursday, 1 May 2014

Mengapa Suplemen Penting

Alhamdulillah hari ini sempat berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan khasiat Ostematrix. Ceritanya kawan ini bertanyakan tentang suplemen untuk ibunya yang memang dah ada Osteoporosis. 

Suplemen adalah makanan tambahan. Dalam aktiviti seharian kita, kita menjalankan macam-macam aktiviti, kadang sempat makan, kadang tak sempat. Kalau makan pun ala kadar atau memang kita perhatikan makanan kita tu? In fact, semasa memasak pun banyak nutrisi yang terhilang. Kadang untuk dapatkan jumlah maksima vitamin seharian itu pun banyak juga contohnya kalsium perlu minum 4 gelas sehari atau 80 biji badam. 

Mengapa pentingnya suplemen dan mengapa perlunya mengambil makanan seimbang dan berkhasiat?
1. Makanan membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh untuk menjalankan aktiviti seharian. 
2. Membantu memberikan ketahanan badan bagi mengelakkan jangkitan penyakit
3. Membantu memberikan ketahanan badan supaya sembuh daripada luka/penyakit
4. Untuk pembinaan sel-sel badan serta tumbesaran yang sempurna
5. Untuk perkembangan otak yang sihat dan cerdas.

Ok, sebab dah makan kan, kenapa perlu ambil suplemen lagi?

Mengapa perlunya suplemen?


Suplemen penting untuk membantu memulihkan tubuh kita dan mempercepatkan proses-proses di atas. Dengan pengambilan yang teratur dan menggunakan suplemen yang bersifat semulajadi seperti Shaklee, anda akan mendapati tubuh mudah menjana tenaga, imun badan lebih tinggi, otak cerdas dan sebagainya.

Namun demikian, sekiranya kita tergolong dalam kumpulan yang kurang atau tidak mengamalkan gaya hidup sihat, proses-proses tadi akan mengambil sedikit masa. Ini kerana suplemen tadi perlu untuk memperbaiki dulu mana-mana bahagian tubuh yang mengalami kerosakan sebelum mendapat kesan-kesan optimum yang dinamakan "sihat"/

Untuk mendapat kesan optimum pengambilan suplemen:
1. Makan suplemen secara teratur, perlu ada jadual yang tetap.
2. Jika terskip, jangan tinggalkan suplemen dalam jangkamasa yang lama.
3. Ada suplemen perlu diambil dengan gabungan-gabungan tertentu. 
4. Tetap mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
5. Rajin bersenam - boleh membuang toksik melalui peluh dan hasilkan hormon endorfin iaitu hormon happy
6. Jika ambil suplemen kulit, jangan lupa penjagaan luaran juga penting (facial, scrub, mandi dll)
7. Sabar jika belum nampak kesan, kerana setiap individu berbeza penerimaan tubuh terhadap sesuatu.


Bersenam merupakan salah satu aktiviti meningkatkan hormon gembira
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma