Menangani Masalah Anak Kurang Selera Makan | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Tuesday 6 May 2014

Menangani Masalah Anak Kurang Selera Makan

Semalam Alhamdulillah saya telah COD Mealshake kepada anak saudara kawan saya di sekitar USJ. Kata nenek budak tu cucunya picky eater, nak lebih teruk ulser penuh kat dalam mulutnya. Kesiannya saya dengar, kalau saya kena ulser walaupun satu pun memang teruk rasa. Inikan pula kanak-kanak.

Anak kedua saya last year lagi doktor memang kata kurang berat badan. Memang kalau lihat dia, kecil saja orangnya berbanding usianya. Memang susah makan sebenarnya, tetapi beliau aktif.

Artikel di bawah boleh membantu anda untuk menanganinya.

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat. Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanak-kanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.



Kanak-kanak hanya makan makanan yang digemari sahaja

Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak

Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberian makanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.


Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:

• Menjejaskan kecerdasan otak
• Mengganggu pertumbuhan fizikal
• Mengganggu perkembangan kanak-kanak
• Mudah dijangkiti penyakit

Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.

• Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.

• Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.

• Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.

• Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.

Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan

Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:

Menangani Anak yang Tidak Selera Makan

Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.

Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:

• Terlalu banyak bermain
• Tiada kawan
• Masalah kesihatan
• Masalah gigi rosak
• Jenis makanan dan cara masakan yang sama.

Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:

• Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
• Makan bersama-sama rakan sebaya.
• Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
• Elakkan dari memarahi anak semasa makan.

Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.

Oleh: Puan Nor Azah Ahmad
Penolong Pengarah Kanan(Pemakanan) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Full set untuk anak sihat dan pintar

Apa yang saya buat adalah secara konsisten saya beri anak-anak saya Mealshake dan Omega Guard. Ini pun telah disahkan dan dibenarkan oleh doktor yang merawat anak-anak (saya semak dengan Dr di Institut Pediatrik HKL). Jadi pada saya takde isu, sebab doktor sendiri benarkan.

Alhamdulillah secara berkadaran, nampaklah perkembangan positif mereka dari segi pengambilan makanan. Memang asyik mengunyah saja! Wah memang saya suka tengok diorang makan. Alhamdulillah berat badan pun semakin bertambah, yang pada saya satu perkembangan yang baik.

Proses pelawasan pun takde masalah, hari-hari mereka membuang, jadi tiada isu sembelit pula. Dan apa yang lebih penting

1. Mereka kanak-kanak aktif
2. Mereka anak-anak yang sihat
3. Mereka positif dan suka belajar

Tiada apa yang diharapkan oleh mana-mana ibu selain anak-anaknya sihat dan aktif kan.

Jom puan-puan dapatkan set kanak-kanak ini daripada saya. Hubungi segera ya.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma