Apa itu WAHM | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Tuesday, 21 January 2014

Apa itu WAHM

Saya ada juga menyimpan hasrat untuk bekerja dari rumah saja. Bukan apa, kesian pada anak-anak yang pada saya masih dahagakan kasih sayang dan perhatian. Kalau ikutkan mak saya zaman dulu-dulu, anak dah 4 dia memang dah berenti kerja. Saya? Pada umur 35 tahun, anak 2 orang, saya masih bekerja makan gaji. Bukan tak boleh, tapi masa untuk anak-anak dan rumahtangga memang terhad.

Jadi sebelum kita mengambil langkah yang lebih jauh, kenali dulu istilah-istilah yang glamer ni, WAHM, SAHM, SOHO? Apo pulak tu...

WAHM (Working At Home Mommy) - ibu-ibu yang bekerja dari rumah sambil-sambil menjaga anak, selalunya mereka menguruskan perniagaan secara online atau mereka mengambil upah menjaga anak jiran, berniaga kek, roti atau apa-apa sahaja pekerjaan yang dilakukan dari rumah.

SAHM (Stay at Home Mommy) - ibu-ibu yang berada di rumah menjaga anak. Istilah lain adalah surirumah sepenuh masa yang hanya menumpukan perhatian membesar dan mendidik anak-anak mereka.

SOHO (Small Office Home Office) - bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah, selalunya apabila bisnes sudah berkembang, mereka memerlukan satu ruang di rumah (besar atau kecil) untuk menyimpan segala maklumat bisnes dan juga stok yang semakin bertambah.




Keputusan untuk berhenti kerja dari mana-mana organisasi merupakan langkah paling berani dalam hidup anda. Tetapi jangan takut kerana dengan zaman yang moden ini, banyak kemudahan dapat diadakan bagi para wanita dapat bekerja dari rumah.

Tetapi, harus diingat, bukan mudah memulakan langkah dalam membina semua empayar perniagaan online. Sesetengah orang mengambil masa 2 tahun,  untuk membiasakan diri dengan lumrah perniagaan dan karenah pelanggan. Perniagaan ini ada pasang surutnya, tidak selalu ada permintaan, justeru seorang WAHM harus bersedia fizikal dan mental yang paling kuat. Paling penting suami hendaklah memberikan sokongan dan mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga sepanjang kita tidak bekerja nanti.

Selain itu, kita juga harus mempersiapkan diri dengan menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang cara-cara menjadi wanita yang hebat yang bekerja dari rumah, pandai menguruskan masa dan memerlukan motivator sebagai pembakar semangat untuk terus nekad bekerja. 

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma