Kelas Jutawan Untuk Leaders | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Monday 17 March 2014

Kelas Jutawan Untuk Leaders

Alhamdulillah semalam saya berpeluang mengikuti Kelas Jutawan untuk leaders yang dianjurkan di Faizland, Puchong. Faizland merupakan syarikat dinaungi oleh Master Cery, mempunyai pejabat dan bilik latihan sendiri. Tak silap saya Faizland juga sedang mengusahakan untuk membangunkan pusat latihan lain di Bangi, yang ini siap ada nursery untuk anak-anak. 

Pertama kali semalam saya usahakan juga bawa anak kedua saya, Faiz untuk ke sana. Faiz ni anak yang istimewa sikit, sebab lasaknya mengalahkan abangnya dulu. Selalunya saya tak berani bawanya seorang diri, jarak perjalanan pun jauh juga, Gombak - Puchong. 

Tetapi alhamdulillah perjalanan ok, Faiz behave je dalam kereta. Cuma agak kalut sikit, selipar pun tak bawa! Terpaksalah mama dukung. Sampai di sana kami sudah lewat sejam, lebih kurang 10.30 pagi sampai, dengan tingkap kereta jemmed, tak boleh tutup. Tawakal je, sampai sana jumpa suami  salah seorang speaker. Dengan tak malu saya minta tolong dia tengokkan kereta saya. Dengan hujan lagi takut air masuk dalam kereta. Alhamdulillah masalah solved.

Tengahari pula uruskan COD untuk anak Shaklee saya, Puan Ain dari Putrajaya. Beliau sangat passion dengan Shaklee semenjak hamil 7 bulan tahun lalu. Sekarang serius ingin berjaya dengan Shaklee.

Banyak ilmu baru yang dipelajari, disamping menyuntik semangat untuk lebih berjaya, juga untuk melihat susur galur saya lebih berjaya. Bisnes Shaklee adalah people business. Semua orang boleh berjaya, asalkan ada usaha dan sanggup berkorban.

Anda ingin sertai kami? Untuk tempoh ini hanya terdapat 2 tempat kosong untuk sesiapa yang ingin serius berbisnes dengan Shaklee. Boleh hubungi saya dan saya akan terangkan lebih lanjut kepada anda.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma