Tips Baby Batuk Selesema | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Wednesday, 7 May 2014

Tips Baby Batuk Selesema

Lately cuaca tak menentu dengan panas yang amat panas. My second son, Faiz pun dah batuk + selesema. Selesema tu mmg macam dah jadi rutin biasa dia, sbb dia amat gemar minum air (dari cawan) tonggang sampai air masuk hidung. 



Batuk pula, baru 2x yang dia kena. First dulu time dia dlm 10 months. Bagaimanapun kali ni batuk kuat sikit. Bunyi ada sikit2 kahak. Since saya amik produk Shaklee, saya takla sibuk nak bawa dia ke klinik amik ubat batuk. Sbbnya ubat batuk dan selesema bagi bayi bawah 2 tahun adalah amat tak sesuai. 


Boleh refer sini


Masa hakim kecil2 dulu, saya ada bawa dia ke Klinik Wangsa di Wangsa Maju. Oleh Dr Nader. Dia ada ajar kaedah percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) : 



  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby.  
handposition
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
postural+drainage1
postural+drainage2
postural+drainage3


Selain tu saya juga ada amalkan kaedah traditional, bawang putih (garlic). Semua orang tahu garlic mmg sangat berkhasiat. Garlic juga telah digunakan oleh semua bangsa. Kalau google berkenaan kaedah rawatan demam, batuk atau selesema, memang ada daripada semua budaya yang menggunakan garlic.  Contohnya http://www.learningherbs.com/garlic_remedy.html



Caranya yang saya praktikkan dan alhamdulillah serasi dengan anak2:


Kaedah 1


1. Garlic bakar sampai hitam (sekali dengan kulit).

2. Garlic yang telah dibakar, dilenyek dan ditambahkan dengan minyak (minyak gamat, minyak zaitun ke).
3. Biarkan sejam
4. Sapukan minyak garlic tu ke dada, belakang dan leher baby. 
5. Malam sapukan pada tapak kaki baby dan pakaikan stokin.

Kaedah 2


1. Garlic yang telah dibakar tadi, buangkan kulitnya.

2. Makan (baby takleh makan sendiri, justeru ibunya yang menyusui la kena makan).
3. Ulangi 2-3 kali

Sekiranya baby dah boleh mengunyah, bagi dia makan sikit garlic tu. jgn banyak sangat. Efect garlic ni mmg kuat. Org dewasa bolehlah amik dalam 2-3ulas sekali makan. Kesannya mmg segera, insyaAllah. Sekurang2nya berkesan pada saya.


Kaedah 3


1. Ambil garlic sebanyak 5 ulas. Buang kulitnya dan potong kecil.

2. Rebus air sebanyak 1 mug (abt 250ml) hingga mendidih.
3. Masukkan garlic yang telah dipotong tadi selama 5 minit bagi membolehkan garlic sebati dengan air.
4. Tutup api biarkan garlic di dlm air menyejuk sedikit selama 10 minit.
5. Minum. Repeat 1-2 kali sehari (pagi sebelum makan dan malam sebelum makan malam).
6.  sekiranya ingin perasa, tambahkan madu asli sedikit.

Kaedah 4


1. Ambil garlic sebanyak 5 ulas. Buang kulit dan potong kecil.

2. Masukkan dalam bekas bertutup.
3. Isikan dengan madu asli, cukup hingga menutupi garlic tersebut.
4. Makan 1 sudu setiap 3 jam atau sekiranya batuk kerap boleh ambil 1 jam sekali.

Kaedah 5


1. Ambil garlic sebanyak 5 ulas. Buang kulit dan potong kecil.

2. Masukkan dlm bekas bertutup.
3. Isikan dengan olive oil. 
4. Biarkan selama 30 minit.
5. Minyak ini boleh digunakan untuk sapu ke dada baby dan kaki. Malam sapukan di kaki baby dan pakaikan stokin. Esoknya nafas tentu berbau garlic. Tak mengapa kerana itu menandakan adanya kesan yang baik. 

Selain tu, saya pun kena continue pengambilan supplement, samada diri ibu sendiri atau anak. Mari kita lihat apa yang shaklee ada:




Semoga bermanfaat untuk semua.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma