9 Tips Persediaan Balik Kampung Bersama Anak-anak | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Friday, 25 July 2014

9 Tips Persediaan Balik Kampung Bersama Anak-anak

Hari raya bakal menjelma kurang 1 minggu lagi. Tentu bagi ibu bapa yang beranak kecil telah membuat persiapan bagi meraikannya dengan anak-anak dan keluarga. Seperti kebiasaan, amalan balik kampung menjadi kemestian bagi masyarakat kita yang rata-ratanya bekerja di ibu kota.

Berikut adalah tips bagi memudahkan ibu bapa semasa balik kampung:

1. Persiapan mental
Ibu bapa seharusnya mempersiapkan mental bahawa balik kampung semasa musim perayaan akan mengambil masa lebih lama daripada perjalanan biasa. Justeru akan menempuhi perjalanan yang panjang (disebabkan kesesakan lalu lintas) dan membosankan kepada anak-anak.

2. Pastikan Kesihatan Anak Adalah Baik
Ibu bapa perlu pastikan tahap kesihatan anak adalah dalam keadaan yang baik. Tundalah perjalanan sekiranya mendapati anak anda mengalami demam atau lain-lain tahap kesihatan yang kurang baik.

3. Buat senarai keperluan anak-anak
Senaraikan keperluan anak-anak agar tidak berlebihan atau ketinggalan dan susunkan keperluan dalam jangkauan anda. Ini supaya kenderaan anda tidak sesak dan memberikan ruang yang selesa kepada anakanak.

4. Rancang perjalanan
Rancang perjalanan anda agar anda dapat menghindari kesesakan lalulintas. Patuhi saranan pihak berkuasa bagi jadual perjalanan anda.

5. Bawa kelengkapan anak-anak
Pastikan kelengkapan anak-anak dibawa dan tidak tertinggal. Bawa secukupnya peralatan seperti pakaian, selimut, ubat-ubatan, makanan, minuman, bantal, alas tidur, lampin etc.Bagi yang ingin digunakan di dalam kenderaan, letakkan berdekatan anda supaya mudah diambil.

6. Bawa makanan secukupnya
Bawa makanan kegemaran anak-anak secukupnya.

7. Atur perjalanan dan rehat anda
Rancang waktu rehat anda setiap 2 jam perjalanan agar anak-anak dapat menikmati udara luar dan boleh bergerak. Ada juga anak-anak yang lebih mudah tidur selepas aktiviti ini.

8. Sentiasa perhatikan anak-anak
Sentiasa memerhatikan anak-anak, adakah mereka lapar/haus, lampin telah penuh atau ingin buang air dan lain-lain. Ini agar mereka selesa sentiasa di sepanjang perjalanan.

9. Sediakan mainan
Mainan yang perlu disediakan tidak semestinya barang permainan, namun boleh dipelbagaikan seperti nyanyian. Ini supaya anak-anak menganggap perjalanan adalah sesuatu pengalaman baru yang mengujakan.


Nak tahu harga Shaklee? Hubungi

Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919

Email: ahmad.raihanah@gmail.com

1 comment:

  1. membuat perjalan jauh satu yang mecabar
    memang perlu persediaan secukupnya

    ReplyDelete