Kolestrol tinggi tak mengenal usia, ada yang 20an pun memang ada kolestrol tinggi.
Benarkah pengambilan suplemen fitosterol lebih berkesan berbanding pemakanan sihat?
Sebelum itu, mari kita lihat apakah kolestrol dan manfaatnya serta kadar normal kolestrol yang menjadi target kita.
Apakah Kolestrol
Kolestrol adalah satu lemak, berwarna kuning dan dihasilkan oleh tubuh, terutama di dalam hati. Setiap hari, hati menghasilkan sekitar 800 mg kolestrol. Selain hati, kolestrol juga boleh berasal daripada makanan seperti kuning telur, otak, daging, makanan laut, susu dan produk tenusu.
Kolestrol dalam darah yang berasal daripada makanan di mana hanya suku daripadanya diserap oleh usus. Selebihnya merupakan hasil produksi sel-sel hati.
Manfaat Kolestrol
Kolestrol sebenarnya memberi manfaat bagi tubuh dan fungsi organ tubuh lain:
1. Membentuk hormon seks
Ini sangat penting bagi perkembangan dan fungsi organ seksual2. Membentuk hormon korteks adrenal
Hormon ini penting bagi metabolisme dan keseimbangan garam dalam tubuh.3. Pertumbuhan
Pertumbuhan jaringan otak dan saraf4. Pembungkus jaringan saraf dan melapisi membran sel
5. Penyerapan Vitamin D
Menjadikan vitamin D yang sangat bermanfaat untuk menyerap kalsium sehingga dapat menjaga kesihatan tulang.6. Meningkatkan pembuangan lemak
Meningkatkan pembuangan lemak dengan pembentukan garam hempedu.Anda boleh baca artikel terdahulu kami Kawal Kolestrol Dengan Shaklee untuk mengetahui faktor Kolestrol Tinggi.
Anda boleh juga baca artikel Cara Menurunkan Kolestrol untuk mengetahui jenis-jenis kolestrol dan cara menurunkan kolestrol dengan kaedah selamat.
Kadar kolestrol normal dalam darah
Untuk mengukur kadar kolestrol dalam darah, darah beserta komponennya harus melalui pemeriksaan kadar lemak dalam darah. Inilah yang disebut sebagai kolestrol. Daripada hasil pemeriksaan ini untuk mengetahui seseorang menghidap dislipidemia atau tidak.
Cara pemeriksaan:
Pesakit diminta berpuasa selama 12-16 jam. Dalam tempoh puasa, pesakit tidak dibenarkan makan dan minum kecuali air putih tanpa gula. Parameter yang diperiksa meliputi:
1. Kolestrol Total
2. Kolestrol LDL
3. Kolestrol HDL
4. Trigliserida
Berdasarkan US National Cholesterol Education Program (NCEP) pada tahun 2011, berikut adalah panduan:
1. Kadar Kolestrol
- Sihat / Normal: <200 mg / dl- Berjaga-jaga: antara 200 - 239 mg / dl
- Tinggi: > 240 mg / dl
2. Kolestrol LDL (Kolestrol Jahat)
- Optimal: < 100 mg / dl- Di atas optimal: 100 - 129 mg / dl
- Berjaga-jaga: 130 - 159 mg / dl
- Tinggi: 160 - 189 mg /dl
- Sangat tinggi: > 190 mg / dl
3. Kolestrol HDL (kolestrol baik)
- Rendah: < 40 mg / dl- Berjaga-jaga: 41 - 59 mg / dl
- Tinggi: > 60 mg /dl
3. Kadar Trigliserida
- Sihat / Normal: < 150 mg / dl- Berjaga-jaga: 150 - 199 mg / dl
- Tinggi: 200 - 499 mg / dl
- Sangat tinggi: > 500 mg / dl
Ringkasan Kadar Kolestrol |
Sekiranya kadar kolestrol LDL anda melebihi 160 mg /dl, ia akan meningkatkan risiko terjadinya arteroklerosis hampir 3 kali ganda. Sebaliknya jika anda menurunkan kadar LDL yang berlebihan akan menurunkan risiko sakit jantung sehinga lebih daripada 10 tahun.
Orang yang mempunyai kadar kolestrol total 200 - 240 mg / dl mempunyai ancaman penyakit jantung koronari 2 kali lebih berbanding dengan orang dengan kadar di bawah 200 mg / dl. Ancaman ini meningkat 4 kali ganda jika kadar kolestrol mencapai 300 mg / dl. Kadar kolestrol di antara 200 - 300 mg / dl kebanyakannya disebabkan oleh gaya hidup (cara makan yang tidak baik).
Untuk menikmati hidup sihat, kadar kolestrol anda sepatutnya berada pada paras di bawah 200 mg / dl.
Tips Untuk Menikmati Kolestrol Normal
1. Amalkan gaya hidup sihat
Senaman atau berjalan dengan banyak dalam tempoh sehari.2. Makan makanan yang baik untuk kolestrol
Terdapat makanan yang baik untuk kolestrol seperti imej di bawah.Makanan yang baik untuk kolestrol |
3. Jauhi tekanan
Tekanan akan meningkatkan risiko pengambilan makanan tinggi kolestrol, kekurangan rehat dll.4. Pengambilan suplemen
Pengambilan suplemen mengandungi fitosterol terutamanya telah dibuktikan mampu menurunkan kadar kolestrol.Suplemen Fitosterol vs Makanan
80 kajian membuktikan pengambilan fitosterol membantu menurunkan paras kolestrol LDL |
Pengambilan harian makanan semulajadi |
Mampukah anda mengambil makanan sebanyak itu dalam seharian? Mampu mungkin ya, tetapi sempat atau tidak untuk diest sihat kolestrol anda dalam seharian? Sebab itu dalam kes ini pengambilan suplemen menjadi alternatif terbaik untuk mendapatkan khasiat fitosterol.
Menurut pakar, selain fitosterol adalah penting suplemen yang ingin anda ambil itu telah mengandungi nutrien, vitamin dan mineral tambahan lain.
Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee
Bulan Jun 2014 yang lalu, Shaklee Malaysia telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Phytocol-ST. Ia merupakan formula proprietari berasaskan bahan yang terbukti secara klinikal adalah berkesan untuk menyekat penyerapan kolestrol dan merendahkan paras kolestrol LDL.
Keistimewaan Phytocol-ST |
Apa istimewanya Phytocol-ST?
1. Ia dirumus daripada beberapa jenis fitosterol asli daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
2. Ia membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
3. Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolestrol LDL dalam lebih daripada 80 kajian.
4. Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sebagaimana disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
5. Tanpa pengawet, pewarna, perisa dan pemanis tiruan.
Anda boleh baca posting kami Turunkan Kolestrol Dengan Suplemen Semulajadi untuk mengetahui bagaimana fitosterol bertindak serta testimoni.
Berdasarkan di atas, anda boleh membuat pilihan untuk mengambil suplemen Phytocol-ST. Jadilah pengguna bijak demi kesihatan anda.
Jaminan kami
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
1. Selamat
2. Semulajadi
3. Berkesan
Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
Mengapa saya?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
Penghantaran
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan lain-lain pertanyaan.
Saya boleh dihubungi daripada nombor tertera di bawah.
https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamin-cerdik.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma
tak kira kurus atau gemuk.... tetap ada kolesterol dalam badan.
ReplyDelete