Isu Gaza Perlukah Boikot Shaklee? | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Friday 15 August 2014

Isu Gaza Perlukah Boikot Shaklee?

Baru-baru ni heboh dikatakan Shaklee turut membiayai dana peperangan Zi0nis sebagaimana McDonalds dan Starbuks. Heboh jugalah dikatakan Shaklee perlu turut diboikot. Benarkah begitu? 


Perlukah boikot Shaklee?
Perlukah boikot Shaklee?

Saya mohon anda membaca artikel ini dengan hati terbuka dan membaca keseluruhannya, jangan baca separuh atau skip kerana ia saling berkaitan.


Aqsa Sharif


Dalam hal boikot barangan menyokong Zi0nis, Aqsa Sharif adalah yang paling ke hadapan. Saya masih ingat sekitar 2 tahun lalu Aqsa Sharif ada bertemu McDonalds Malaysia dalam hal pemboikotan ke atas McDonalds.

Antara lain, Aqsa Sharif menyebut urusan memboikot bukan melibatkan kesemua produk berkaitan Yahudi, sebaliknya produk yang diboikot adalah produk yang telah dikenalpasti menyokong dan memberi dana kewangan kepada regim Zi0nis.

Saya ada menulis isu lebih kurang sama hampir sebulan yang lalu tatkala Gaza kembali bermandi darah. Anda boleh baca Isu Zionis, Yahudi dan Palestin untuk mendapat gambaran apakah perbezaan di antara ketiga-tiga Zi0nis, Yahudi dan Israel.


Pandangan Ulama' Muktabar Dunia


Dalam satu artikel Dr Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, seorang pakar kewangan Islam masakini ada mengupas isu boikot ini dalam salah satu tulisan beliau iaitu Hukum Urusniaga Dengan Syarikat Yahudi

Menurut Syeikh Al-Qardawi, "boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam. Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam."


Adakah Semua Syarikat Yahudi Terlibat?



1. Hukum harus berurusniaga 

Menurut tulisan beliau asal hukum berurusniaga dengan Yahudi adalah harus kerana terdapat dalil daripada sunnah di mana:
a. Sahabat nabi berjual beli dengan orang kafir termasuk Yahudi, 
b. Nabi s.a.w sendiri ada berjual beli dengan orang Yahudi (menjual baju besi kepada Yahudi).

Hukum harus ini selagimana transaksi jualan dibuat menurut hukum jual beli Islam.


2. Syarikat berpengkalan di negara haram Israel 

Walaupun syarikat itu wujud di negara Israel, tidak boleh dianggap mereka turut membantu kerja keganasan Zi0nis, sebaliknya ia harus dibuktikan dengan fakta yang kukuh.


3.  Hukum haram berurusniaga

Haram berurusniaga dengan syarikat mereka jika:


a. Peranan Khalifah Islam

Adanya Khalifah Islam seluruh dunia memerintahkan agar umat Islam memboikot demi kemaslahatan ummah. Dalam hal ini pada zaman sekarang tiada Khalifah Islam lagi ketika ini.


b.  Kenyataan Rasmi Syarikat Menyokong

Terdapat kenyataan rasmi daripada syarikat tersebut bahawasanya ia menyokong dan mendanai kerja-kerja peperangan dan keganasan oleh regim Zi0nis. Ia mestilah kenyataan rasmi, ada hitam putihnya dan bukanlah sekadar khabar angin.


Perlukah boikot Shaklee?
Kenyataan Rasmi Starbucks Menyokong Regim Zi0nis


Kalau ia usaha persendirian orang perseorangan di dalam syarikat tersebut pun tidak termasuk dalam hal ini. Ini kerana ia bersifat peribadi dan tiada kena mengena dengan syarikat itu keseluruhannya. Ia perlulah satu pendirian rasmi syarikat yang mana menyatakan beberapa persen daripada keuntungannnya telah disalurkan kepada Jewish National Fund.


Perlukah Boikot Shaklee


Berdasarkan di atas, ingin saya jelaskan seperti berikut:


1. Produk Shaklee Halal

Produk Shaklee saban tahun telah mendapat pensijilan Halal daripada jabatan agama tempatan dan antarabangsa. Anda boleh merujuk kepada imej sijil di bawah. Sijil ini akan dikemaskini setiap tahun. Ini menunjukkan Shaklee sangat prihatin di atas keperluan Halal umat Islam.


Perlukah boikot Shaklee
Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014


2. Transaksi Shaklee Patuh Syariah

Beberapa artikel saya sebelum ini telah saya jelaskan bagaimana Shaklee merupakan sebuah MLM yang patuh Syariah. Anda boleh merujuk kepada artikel saya Shaklee Sebagai MLM Patuh Syariah dan Apa Maksudnya Shaklee Patuh Syariah?


3. Tiada arahan memboikot oleh kerajaan demi kemaslahatan ummah

Tiada arahan memboikot Shaklee oleh pihak Kerajaan.


4. Tiada bukti bertulis dan rasmi 

Tiada bukti bertulis dan rasmi menyatakan Shaklee secara syarikat sepenuhnya menyokong negara haram Israel dan memperuntukkan sebahagian keuntungannya kepada regim Zi0nis bagi kerja-kerja keganasan mereka.

Anda boleh merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shaklee baru-baru ini bahawa Shaklee menafikan kaitannya dengan negara haram Israel serta tidak menyatakan sokongannya kepada negara haram Israel.


Perlukah boikot Shaklee
Kenyataan rasmi Shaklee tiada kaitan dengan regimZionis - Isu Keneseth Israel
Perlukah boikot Shaklee
Kenyataan rasmi Shaklee tiada kaitan dengan regimZionis - Isu ramuan dalam Carotomax

Isu kontroversi - Ellie Wessel Foundation


Baru-baru ini ada kontroversi dipetik daripada FB Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkenaan keperluan memboikot Shaklee:

Saya petik semula tulisan beliau dalam artikel yang sama menyebut: 


Perlukah Boikot Shaklee?
Pernyataan kontroversi Dr Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang akhirnya ditarik balik

"Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam."
Perlukah boikot Shaklee
Kenyataan rasmi Shaklee tiada kaitan dengan regim Zionis - Isu Ellie Wesel Foundation
Dengan beberapa perbincangan dengan beliau, akhirnya beliau menarik balik kenyataan beliau yang telah mengundang keliru dan permusuhan di kalangan pembaca facebook beliau. 


Pengesahan


Dalam satu pertemuan bersama rombongan Malaysia ke Shaklee Global Conference pagi tadi, Mr Barnett telah mengesahkan Shaklee tiada kena mengena dengan Ellie Wesel Foundation. Ini pertemuan rasmi beliau bersama team Malaysia di mana team Malaysia telah mendesak berjumpa beliau personally bagi bertanya sendiri tentang perkara ini.


Anda boleh dengar video ini.


Kesimpulan

Berdasarkan di atas, saya fikir anda boleh menilai sendiri samada Shaklee perlu diboikot atau sebaliknya. Bagi saya sendiri, selagimana Shaklee tidak menyatakan pendiriannya bahawa syarikat itu menyokong dan mendanai projek kehancuran Palestin, selagi itulah hukum harus berjual beli dengan mereka.
Bagi anda yang merasa curiga, apakata anda melakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.


Anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919 
SID: 864679

2 comments:

  1. tepuk dada tanya iman,
    tiada org atau syarikat akan mengaku ia terlibat kena pulak kes mcm sekarang..
    mcD pun ada surat halal jugak :)

    bende subhah baik jauhkan
    byk lagi sumber rezeki Allah atas buka bumi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. McD memang ada statement drpd JUF sendiri mengiktiraf sumbangan mereka. Sama juga dgn starbucks ia mengaku memberi sumbangan kepada JUF. jika masih subhah buatlah istikharah, cuma kita ada panduan ke atas apa yang kita buat. bukan membuta tuli.

      ni statement daripada inminds.com (satu pertubuhan byk buat research berkenaan JUF dan penyumbang2nya) http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.php

      Delete