Tips Melatih Anak ke Tandas | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Wednesday, 5 February 2014

Tips Melatih Anak ke Tandas

Tips potty training
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman sendiri potty training anak-anak saya. Si sulung saya alhamdulillah berjaya potty training pada umur 1 tahun setengah. Tetapi kejayaan potty training anak saya yang ini banyak atas bantuan kakak saya. Mula-mula memang saya dulu memulakan usaha, tetapi saya mudah gave up bila selalu terkencing dan tak sempat ke tandas. Kakak saya yang meneruskan sehingga berjaya. 

Potty training bagi malam hari memang sayalah yang teruskan. Bagaimana potty training malam?

1. Pastikan sebelum anak buang air dulu sebelum tidur. 

2. Kejutkan anak pada jam 12 pagi, 3 pagi dan sebelum anda ke tempat kerja contohnya 6 pagi. 

3. Turunkan kekerapan membangunkan anak kepada 2x dan seterusnya 1x bila anda lihat anak anda kering lama sikit.

Bila anda lihat anak anda selalu kering bila bangun pagi, itu menandakan anda telah berjaya potty training mereka. Cuma sesekali kenalah berjaga-jaga jika terkencing. Anak juga akan ada kebiasaan bangun sendiri tanpa anda membangunkan mereka. Jadi anda pastikan anda mesti bangun untuk membawa mereka ke tandas. 

Pernah terjadi bila anak saya cuba membangunkan saya sebab dia nak ke tandas, saya pula malas bangun. Alih-alih dia terkencing atas saya. Agaknya sebab mamai dia ingat saya ni mangkuk tandas!

Anak kedua saya pula saya mulakan pada umurnya lebih kurang 22 bulan. Agak lambat sebab saya menunggu anak saya ini boleh bercakap sedikit. Amat penting untuk pastikan anak pandai bercakap sebab dia perlu memberitahu jika nak membuang air kecil.

Bagaimana mengetahui tanda-tanda anak anda bersedia untuk potty training?

1. Tanda-tanda fizikal
Anak anda sudah boleh berjalan dan berlari dengan tegap. 
Anak anda kencing pada kadar yang saksama pada satu-satu masa.
Anak anda buang air besar pada tempoh yang boleh dijangka.
Anak anda berasa kering pada sekurang-kurangnya 2 jam, menunjukkan pundi kencingnya telah matang untuk menahan kencing.

2. Tanda-tanda Tingkah laku
Boleh duduk dengan diam pada satu posisi sekurang-kurangnya 2 atau 5 minit.
Boleh memakai atau membuka seluar dengan sendiri.
Tidak suka memakai lampin yang kotor atau basah.
Menunjukkan minat kepada aktiviti bilik air orang lain (contohnya ikut anda untuk ke tandas)
Memberikan isyarat kepada anda apabila dia hendak buang air besar, seperti memberitahu anda.
Menunjukkan keinginan untuk berdikari.
Berasa bangga jika dipuji.
Tidak menolak jika diajar untuk menggunakan tandas.
Berada dalam tahap yang ingin bekerjasama, bukan secara negatif.

3. Tanda-tanda Kognitif
Memahami isyarat fizikal jika mempunyai keinginan untuk ke tandas dan boleh memberitahu anda sebelum ianya berlaku atau boleh menahan sehingga benar-benar masanya
Boleh memahami arahan contohnya "adik tolong ambil permainan tersebut".
Memahami konsep meletakkan sesuatu kepada tempatnya.
Tahu apa yang dimaksudkan dengan "kencing" atau "berak" atau perkataan lain yang anda maksudkan serupa dengannya.


Senarai semak jika anak anda bersedia untuk potty training

Ok bila anda telah dapati anak anda memiliki kebanyakan daripada tanda-tanda di atas, anda pun kena bersedia secara fizikal atau mental. Fizikal sebab anda perlu kekuatan untuk mendukung, berlari dan juga untuk membersihkan. Mental mesti bersedia supaya anda tidak mudah goyah.

Bagaimana melakukannya?

1. Mulakan pada hari hujung minggu (jika anda bekerja). 1 jam pagi dan 1 jam petang. Jumlah 2 jam sehari. Dalam tempoh 1 jam itu tanya anak jika hendak ke tandas setiap 10 minit. Bawa mereka ke tandas setiap 10 minit tersebut.

2. Lakukan no. 1 selama sekurnag-kurangnya 2 minggu. Jika anda tidak yakin, teruskan selama 3 minggu atau sebulan. Hanya lakukan pada hari Sabtu dan Ahad sekiranya anda bekerja.

3. Bila anda lihat anak anda dah ok untuk tempoh 2 jam sehari, anda panjangkan tempoh tanpa lampin kepada mungkin 3 jam pagi, dan 3 jam petang. Maknanya selepas mandi pagi sehingga tempoh anak anda tidur adalah tempoh tanpa lampin. Begitu juga dengan petang hingga malam.

4. Sekiranya anda hendak bawa anak anda berjalan-jalan hujung minggu, boleh pakaikan lampin, sehingga anda benar-benar yakin anak anda boleh bebas tanpa lampin.

5. Teruskan no.3 sehingga 2 minggu lagi.

6. Cuba pula panjangkan tempoh tanpa lampin kepada semasa tidur siang dan malam sehingga sebelum tidur. Ulangi beberapa kali sehingga anak anda benar-benar berjaya.

Kaedah di atas boleh dilakukan dalam tempoh 3 hari saja jika dilakukan dengan betul. InsyaAllah anak anda akan berjaya lulus pada tempoh yang anda harapkan.

Potty training malam bagi anak kedua saya ini lebih ringkas, saya tidak perlu mengikut langkah-langkah yang saya kongsikan di atas. Ini kerana bila saya bangunkan memang takkan bangun. Sebaliknya beliau memang kekal kering sepanjang malam. Alhamdulillah

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma