Tips Berpantang Selepas Pembedahan / Czer | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Monday, 27 January 2014

Tips Berpantang Selepas Pembedahan / Czer

FAQ Berpantang Selepas Pembedahan / Czer


Ibu bersalin pembedahan memerlukan sokongan fizikal pada terutama 3 hari pertama selepas pembedahan


Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, tentu sekali rasa keliru bagaimanakah cara yang terbaik untuk berpantang sebaik-baiknya. Perlu diingat, walaupun bersalin secara pembedahan, rahim anda sama sahaja dalam keadaan kurang sihat dan memerlukan penjagaan rapi yang sama sahaja dengan ibu bersalin normal.

Di bawah ini adalah FAQ bagi ibu yang berpantang selepas pembedahan atau czer.

1. Bagaimana memulihkan dan meredakan ketidakselesaan?
- Makan dan minum apabila anda berasa lapar atau dahaga. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan makan makanan yang kaya serat mengelakkan sembelit. 
- Pakai pakaian yang selesa. Cuba pakai seluar dalam 1 saiz lebih besar atau pinjam dari suami. Hospital anda ada membekalkan seluar dalam khusus yang dibuat dari kasa elastik yang memuatkan parut anda.
- Balutan luka anda akan ditanggal sehari selepas pembedahan. Tengokkan tanda-tanda infeksi seperti kesakitan, parut yang sangat merah atau lebihan lelehan. Beritahu jururawat jika anda nampak tanda-tanda ini atau jika luka itu kelihatan seakan terbuka.
- Cuci dan keringkan luka setiap hari. Mandi biasa memang patut, tetapi pastikan anda cucikan sabut. Jangan mengeser luka. Keringkan dengan tuala bersih.
- Gunakan pad wanita kerana pendarahan dari rahim anda. Tukar pad anda dengan kerap.

2. Apakah ubat yang boleh melegakan sakit?
Anda akan ditawarkan ubat penghilang sakit di sepanjang proses pemulihan dan ia bergantung kepada kesakitan yang dialami. Ini akan menolong anda bergerak supaya boleh menyusu dan menjaga bayi anda. 

3. Berapa lama baru saya boleh tinggalkan katil?
Doktor akan cuba memujuk anda supaya turun daripada katil. Bagaimana susahpun, cuba bergerak. Cuba turun daripada katil secepat selepas kelahiran bayi anda, sebelum 24 jam. Lagi cepat anda bergerak, lagi baik untuk peredaran darah anda dan pemulihan umum. Apabila anda sudah meninggalkan katil untuk pertama kali, kali kedua dan berikutnya menjadi lebih senang.

4. Bolehkah saya menyusu badan?
Ya, kebarangkalian anda berjaya menyusui bayi adalah sama seperti anda melahirkan bayi secara normal. Tetapi, kesakitan parut anda agak menguji kesabaran pada hari-hari awal, jadi bersedia menghadapi ini dan dapatkan sokongan dan cubalah posisi berlainan sehingga merasa selesa. Pembedahan tidak akan menjejaskan bekalan susu anda, dan kebanyakan ubat penghilang kesakitan adalah selamat walaupun anda sedang menyusu.

5. Bagaimana perasaan saya apabila pulang ke rumah?
Anda mungkin perlu tinggal di hospital selama lebih kurang 3 hari atau sehingga anda berjaya buang air kecil dan besar sendiri, termasuklah bayi anda. Justeru sekiranya pemulihan lancar, anda boleh dibenarkan keluar selepas sehari pembedahan.

Di rumah, cuba untuk tidak membuat pergerakan tertentu selama 6 bulan selepas pembedahan. Anda juga digalakkan untuk mencuba senaman ringan pada hari selepas pembedahan anda. Ini akan membantu mepercepatkan pemulihan fizikal anda. 

6. Bagaimana saya mempercepatkan proses pemulihan.
Cuba tips berikut:
- Mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari
- Tukar pad wanita anda secara kerap dan cuci tangan sebelum dan selepas anda melakukannya.
- Terus melakukan senaman lantai pelvis. Ia akan mempercepatkan proses pemulihan dan mencegah kebocoran dari usus atau pundi kencing.
- Dedahkan jahitan anda pada udara. 
- Minum banyak air dan makan makanan yang kaya serat. Ini boleh menolong anda mengelakkan sembelit.
- Amalkan pengambilan supplemen yang selamat untuk anda dan bayi. Semasa pembedahan anda mengalami kehilangan darah yang 2 kali ganda lebih banyak daripada ibu bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan luka lambat sembuh. Pengambilan supplemen boleh membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Shaklee turut menawarkan program set bersalin dan ianya selamat kepada ibu selepas bersalin pembedahan / czer. Bagi ibu bersalin czer kebanyakannya tentu tidak mengambil jamu, justeru set bersalin Shaklee sangat sesuai dalam membekalkan nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh ibu dan selamat bagi bayi.

Berikut adalah testimoni ibu selepas bersalin pembedahan / czer yang telah mengamalkan set bersalin Shaklee.


Testimoni luka pembedahan cepat sembuh dengan Set berpantang Shaklee



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Konsultansi percuma