Alfalfa merupakan tumbuhan berbunga berada di dalam kumpulan kekacang Fabaceae. Ia pertama kali ditemui oleh orang Arab yang memanggilnya sebagai "Raja herba" atau father of all foods. Akarnya boleh mencapai sehingga 6 meter ke dalam tanah untuk mencari nutrisi dan mineral dari tanah, sementara daunnya mampu mengumpul banyak klorofil melalui proses fotosintesis.
Tumbuhan ini kaya dengan mineral dan nutrisi, termasuk kalsium, magnesium, potassium dan carotene. Alfalfa juga kaya dengan protein, fiber, vitamin E dan K.
Satu kajian telah dilakukan di Universiti California di mana menunjukkan Alfalfa terbukti berkesan dalam mengawal gula dalam darah. Dalam satu kajian yang lain turut mendapati menambahkan alfalfa ke dalam diet harian mampu memperbaiki tahap kolestrol darah.
Bagi orang Cina, mereka telah menggunakan Alfalfa sejak ribuan tahun lalu untuk menyembuhkan penyakit batu karang, masalah water retention dan pembengkakan. Alfalfa juga baik untuk masalah sembelit serta membantu bertindak mengalkalilan dan detox badan, terutamanya hati.
Alfalfa juga dipercayai mampu bertindak sebagai faktor penggalak bagi pengeluaran susu ibu. Ia telah digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma