Mencapai Inner Peace | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Tuesday, 29 October 2013

Mencapai Inner Peace

Bagaimana mencapai inner peace?

Pernah tengok Kungfu Panda? Salah satu scene yang memang menarik dan boleh dipraktikkan adalah bagaimana mencapai inner peace. Jika dapat mencapai inner peace, insyaAllah hidup tenang dan kita dapat mencapai segala impian.

Salah satu cara mendapatkan inner peace adalah "affirmative". Tuliskan mungkin 10 kata-kata perangsang di atas sekeping kertas. Tulislah seperti "Aku anak soleh", "aku pelatih yang hebat dan disegani", "aku pekerja yang komited", "aku leader yang disegani", "aku penyayang kepada semua", "aku seorang yang tenang", "aku cantik", "aku kurus" dan lain-lain kata-kata perangsang yang positif.

Jika anda seorang pelatih, contoh kata-kata "aku sangat berkeyakinan", "aku petah berkata-kata", "aku pelatih yang hebat", "pelajarku memahami pelajaranku" dll

Boleh lekatkan di cermin di dalam bilik, atau boleh juga simpan dalam kocek atau beg. Setiap malam sebelum tidur dan selepas bangun tidur baca kata-kata ini dengan penuh keyakinan. Mula-mula memang isteri/suami atau ahli keluarga pelik dengan tabiat baru anda, tetapi apabila mereka melihat sendiri perubahan positif anda, mereka tentu akan mengikut jejak langkah anda. Buat selama 40 hari, insyaAllah akan menjadi kebiasaan anda.

Sebenarnya secara tak langsung kata-kata positif ini akan membangkitkan minda bawah sedar kita yang sangat powerful.

Apa kata-kata affirmative anda, sudah fikirkan?



https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma