Kelebihan CoQHealth Plus | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Wednesday, 4 September 2013

Kelebihan CoQHealth Plus

Kerahsian Q10 Pencetus Kehidupan
Coenzyme Q10 adalah ‘Pencetus’ yang membolehkan sel-sel tubuh menghasilkan tenaga untuk memelihara kehidupan. Kemampuan tubuh untuk menghasilkan dan mengagihkan bahan mirip vitamin ini menurun kerana faktor umur meningkat, atau akibat timbul pelbagai penyakit, kekurangan nutrien dan tekanan (stress). Oleh yang demikian, fungsi-fungsi sel akan gagal akibat kekurangan nutrien yang penting ini.
Penyelidikan perubatan kini membuktikan bahawa tekanan yng timbul akibat peningkatan umur dan penyakit menghalang tubuh daripada memanfaatkan Coenzyme Q10 yang diperolehi dari makanan yang kita makan. Oleh yang demikian, pengambilan Coenzyme Q10 yang tulen sebagai suplemen adalah selamat dan dapat memastikan selular yang sehat, tenaga dan sistem immunisasi yang berfungsi secara semulajadi.
Kelebihan Yang Luar Biasa
1.Peningkatan Tenaga – Laporan maklumbalas bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan waktu tidur. Ini disebabkan fungsi Coenzyme Q10 yang dapat memproseskan tenaga dan memanfaatkan oksigen di antara setiap sel dalam badan kita.
2.Pencegahan Penyakit Jantung -  Kajian dari Jepun telah membuktikan bahawa Coenzyme Q10 dapat meningkatkan keupayaan sel-sel jantung untuk menghasilkan tenaga, dimana kekurangan oksigen akan melambatkan kecekapan jantung. Coenzyme Q10 juga dapat dikaitkan untuk merawat penyakit-penyakit seperti penyakit jantung valvuler, angina pectoris, penyumbatan arteri koronari dan infeksi miokardial.
  • Penyelidikan di Jepun juga telah membuktikan bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dalam diet dapat mengurangkan tekanan darah tinggi di antara pesakit darah tinggi. Salah satu penemuan terbaru yang paling menarik seolah-olah tiada penamat kepada keistimewaan Coenzyme Q10 ialah keupayaannya untuk melindungi fungsi-fungsi tubuh dan organ ketika melalui kaedah pembedahan.
Keajaiban Coenzyme Q10 dalam jantung
Impedance Cardiography adalah teknik perubatan terbaru untuk mengukur kecekapan jantung mengepam darah. Dr. Carl FOrker, Pengarah Institut Kajian Biokimia di University of Texas serta pasukan penyelidiknya menetapkan purata jantung sihat mengepam 7.28 liter darah seminit. Pasukan penyelidik Dr. Forker menjalankan satu ujian terhadap pesakit-pesakit yang mempunyai masalah jantung serius dan secara purata jantung mereka mengepam hanya 2.72 liter darah seminit. Selepas kumpulan ini mengambil Coenzyme Q10 untuk beberapa bulan, puratanya meningkat kepada 3.385 liter seminit. Peningkatan 24% tanpa sebarang bentuk rawatan lain.
3. Memanjangkan Jangka Hidup/Hayat – Coenzyme Q10 dapat memanjangkan jangka hidup sebanyak 65% ke atas haiwan yang diuji di makmal disamping mengekalkan kesihatan dan penampilannya. Oleh itu, Coenzyme Q10 adalah satu-satunuya teknik praktikal terkini yang dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menyerlah wajah yang muda.
4. Penyakit Gusi/Periodontal – Pengambilan Coenzyme Q10 dengan ketaranya dapat mengurangkan penyakit tisu gusi, di mana Coenzyme Q10 dapat melambatkan proses yang menyebabkan penyakit gusi. Penyakit gusi juga menyebabkan kehilangan gigi di kalangan orang dewasa berbanding dengan penyakit gigi yang lain. Didapati bahawa satu dari setiap 4 orang  kehilangan gigi mereka akibat penyakit gusi sbeelum mereka mencapai umur 60tahun.
5. Peningkatan Sistem Immunisasi Tubuh – Sistem immunisasi yang lemah boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang serius seperti kanser dan AIDS atau yang lebih ringan seperti alahan atau jangkitan yang minor. Untuk mengelakkan keadaan ini, tubuh memerlukan kerjasasama berjuta-juta sel untuk mencegah penyakit.
Kebanyakan kesan penuaan juga boleh dikaitkan kepada kegagalan sistem immunisasi. Secara kebetulan, penuaan potensi sistem immunisasi seiring dengan ketidakupayaan badan membekalkan Coenzyme Q10 secara dalaman. Jika kita berupaya mengekalkan prestasi sistem immunisasi di usia yang semakin lanjut dimana potensi sistem immunisasi menurun dengan cepat, kita bukan saja boleh melanjutkan kualiti hidup tetapi kuantitinya juga.
6. Penurunan Berat Badan – Secara semulajadi, apabila anda meningkatkan metabolisme melalui senaman dan juga akan meningkatkan permintaan untuk tenaga. Sekaligus tubuh akan menyebarkan cadangan untuk mencapai tenaga segera yang disimpan dalam sel-sel lemak. Melalui proses ini, simpanan lemak berkurangan dan terbukti secara jelas berat badan menurun. Terdapat satu lagi cara untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar metabolik anda dalam sel. Beberapa ahli saintis percaya bahawa berat badan dikalangan pesakit obesiti dapat diatasi dengan bantuan Coenzyme Q10. Kajian bersama University of Texas dan University of Antwerp dan Belgium menunjukkan pesakit obesiti mampu mengurangkan berat badan dengan menambahkan Coenzyme Q10 dalam diet. Menurut kajian mereka juga, pesakit obesiti berkurangan kira-kira 50% Coenzyme Q10 dalam tubuh mereka.

7. Anti penuaan / keremajaan kulit. Kulit manusia tidak mempunyai apa-apa masalah bagi 20 tahun pertama. Ia masih muda dan berseri. Ini kerana Coenzyme Q10 terdapat secara semulajadi di dalam tubuh. Ini menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat. Bagaimanapun sebaik kita meningkat 30 tahun, paras CoQ10 di dalam tubuh mula menurun. Ini bermakna kulit tidak menerima nutrisi yang mencukupi dan mula menua. Untuk mengekalkan keremajaan dan kesihatan kulit, kita perlu menambah supplemen sebagai makanan tambahan.

Penuaan kulit adalah disebabkan oleh radikal bebas yang beracun. CoQ10 adalah bersifat antioksida yang mana boleh membantu memusnahkan radikal bebas ini, seterusnya memperlahankan proses penuaan. Selain itu, CoQ10 juga meningkatkan paras kolagen dan ketegangan kepada kulit. Dengan pengambilan supplemen ini kita tidak perlu lagi risau tentang kulit yang semakin kendur. Inilah kebaikan anti-penuaan yang disebutkan.

CoQ10 boleh didapati di dalam makanan seperti ikan yang mempunyai minyak banyak (salmon contohnya), daging dan produk unggas, juga minyak seperti minyak soya, zaitun, kelapa, bunga matahari, kekacang seperti walnut, badam juga buah-buahan seperti epal, oren, anggur, sayuran seperti parsley, brokoli dan lain-lain.

8. Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

9. Kolesterol Tinggi. Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

10. Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.
Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
  • Membantu mencegah migrain
Sumber: University of Maryland Medical Center


Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.
Hubungi saya untuk promosi istimewa CoQ10 sekarang!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Nak tahu harga Shaklee? Hubungi

Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma