Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu? | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Friday, 19 September 2014

Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?

Saya baru teringat nak posting pasal hal penyusuan. Untuk rekod, kedua-dua anak saya dapat menyusu penuh 2 tahun dengan saya. Abangnya berhenti masa umur 3 tahun lebih. Yang kedua ni berhenti pada umur 2 tahun lebih.

Ramai yang keliru berkenaan keperluan suplemen untuk menyusu. Ok, fakta utamanya untuk membanyakkan susu anda tak memerlukan suplemen. Ini sebabnya ada konsep asas dipanggil sebagai demand vs supply.

Jika ada permintaan, maka banyaklah supply. Ini bermaksud semakin kerap anda menyusu anak anda, semakin banyaklah susu badan akan dihasilkan. Dan susu yang dihasilkan pula memang mencukupi untuk keperluan anak anda. 

Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
Tip Tingkatkan Susu Ibu




Jadi mengapa perlunya suplemen untuk menyusu?

Masa anak sulung saya dulu, saya memang totally tak ambil apa-apa suplemen untuk banyakkan susu. Apa yang saya amalkan hanya pemakanan sihat. Saya juga amalkan petua-petua menjaga supply susu seperti daun kuchai, lobak putih dll. Alhamdulillah susu walaupun tak banyak tapi cukup untuk anak saya.

Tapi masalahnya anak saya masa kecil-kecil dulu selalu tak sihat. Sampaikan mak saya kata "budak ni menyusu tapi kerap tak sihat, patutnya dah menyusu badan memang kuatlah." Saya tak kata apa-apa sebab saya pun tak tahu punca sebenarnya.

Masa mengandung anak kedua, saya memang dah bertekad nak cuba Shaklee dengan Set Berpantang dan Set Menyusunya. Saya order sampai layak dapat free membership tau. Huhuhu... Jadi bila dah bersalin memang saya amalkanlah Shaklee ini sampai kini dah nak masuk tahun ketiga. Apa yang saya perasan:

1. Susu mencurah-curah. 

Ini bukan sahaja sebab demand vs supply, bahkan sebab badan sihat pun menyebabkan susu bertambah dengan jayanya.

2. Anak saya sihat

Alhamdulillah anak kedua saya ni sehingga sekarang usianya hampir 3 tahun berapa kali je demam. Kalau demam memang cepat baik. Macam tempohari, saya perasan kepalanya panas. Saya cuba berikan Mealshake dan Nutriferon dulu, tup tup tup malam tu dah tak panas, sejuk je. Pantau juga lah esoknya, tapi memang takde dah hangat badan tu.

Mengapa Suplemen Penting Untuk Ibu Menyusu?

Ini kesimpulan yang saya boleh fikirkan untuk anda. Memang boleh anda tak amalkan suplemen semasa menyusu, tetapi kena difikirkan pemakanan anda harus berkualiti dan dalam kuantiti yang betul juga.

1. Kuantiti Makanan

Dalam zaman sekarang ni, pada saya mustahil kita boleh dapatkan kuantiti dan kualiti makanan yang tepat secara harian untuk tubuh kita. Anda tengok fakta ini:

a. Kalsium - anda memerlukan 4 gelas susu untuk mencukupkan keperluan kalsium harian anda.

Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
1 biji Ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu


b. Protein - anda memerlukan 12 gelas susu atau 4 biji telur untuk mencukupkan keperluan protein harian anda.

Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
1 hidangan ESP bersamaan dengan 12 gelas susu untuk khasiat protein harian

c. Vitamin C - anda memerlukan 7 biji buah oren untuk mencukupkan keperluan vitamin c harian anda.

Itu contoh 3 sahaja saya beri. Belum masuk lagi keperluan antioksida, multivitamin dan lain-lain. Dari situ anda boleh nampak dah sebenarnya, untuk mencukupkan nutrisi harian memang anda tak boleh bergantung dengan sumber makanan semata-mata.

2. Cara Pengendalian Makanan

Tahukah anda kebanyakan nutrisi telah hilang semasa proses memasak. Contohnya protein, ia tak boleh dalam suhu terlalu panas kerana boleh menyebabkannya hilang nutrisi protein tersebut.

Ini belum masuk lagi bab proses penanaman, penyimpanan, proses eksport/import dan lain-lain. Bahan mentah yang kita terima bukan terus daripada ladang/kebun tapi sebaliknya telah melalui pelbagai proses sebelum kita beli dikedai. 

Untuk memastikan sumber makanan kelihatan segar, macam-macam bahan kimia telah dimasukkan ke dalamnya. Jadi kualiti bahan makanan pun boleh dipersoalkan.

3. Pencemaran

Pencemaran ni samada pencemaran dan toksin kepada sekeliling kita atau pencemaran yang menyebabkan tubuh kita sendiri lemah, contohnya peranan radikal bebas yang membahayakan diri kita. 

4. Gaya hidup

Kebanyakan ibu bekerja sekarang ni, kalau tak bekerja pun mereka bekerja di rumah. Dan bila bekerja anda terdedah kepada tekanan dan mengejar masa. Akibatnya emosi boleh terganggu dan makan pun ikut sempat atau tak sempat je. Kalau tak sempat ambil fast food, kalau sempat bolehlah berlenggang pi makan nasi.

Saya tahu, sebab saya pun bekerja. Jadi fast food bagai semua tu memang tidak memberikan anda keperluan nutrisi yang mencukupi.

Saya Mahu Suplemen Untuk Menyusu!

Untuk menyusu, tubuh ibu harus sihat, barulah susu yang berkualiti dapat dihasilkan kepada bayi anda. Jadi kualiti susu itu juga dapat melindungi bayi daripada penyakit dan memberikan ketahanan badan kepada bayi anda. Saya cakap ni sebab saya pun dah alami kedua-dua keadaan.

Bila difikirkan, ruginya masa anak sulung saya tak kenal Shaklee. Dulu saya sombong, sebab saya fikir saya tak perlukan suplemen. Sebab saya fikir saya makan dengan baik dan makan suplemen cuma menyebabkan saya tak boleh shopping banyak. Yela, kalau ambil suplemen sah-sah RM kena diallocate untuk pembelian suplemen setiap bulan.

Jadi, dulu saya fikir duit nak shopping lebih berbanding kebaikan untuk anak saya, satu lagi memang saya fikir saya tak perlukan suplemen sebab saya sendiri sihat.

Jadi saya tulis ini untuk bantu anda, zaman sekarang memang orang perlu suplemen. Dan fungsinya memang ada 2 je: sebagai makanan tambahan dan sebagai pelengkap nutrisi kita.

Dalam Set Menyusu Shaklee mengandungi produk berikut:

Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
Set Penyusuan Ibu Shaklee

1. Asas

Suplemen asas ni untuk semua orang. Asas kesihatan.

a) Vitalea
b) Vita C SR Plus
c) B Complex
d) Ostematrix
e) Energizing Soy Protein (ESP) - bertindak sebagai asas dan juga suplemen menyusu sebab boleh memekatkan susu.

2. Khusus Penyusuan

Suplemen ini memang orang ambil untuk tujuan menyusu. Dan ia sebenarnya telah digunakan sejak zaman dahulu kala.

e) Alfalfa Complex - bertindak untuk membanyakkan susu 

Jadi kalau nak set bajet pun anda boleh ambil ESP dan Alfalfa Complex. Tapi saya ambil semua sebab saya nak badan saya pun sihat, bertenaga dan memberikan khasiat juga kepada bayi saya.


Testimoni Suplemen Set Menyusu Shaklee


Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
Susu bertambah

Adakah Ibu Memerlukan Suplemen Untuk Menyusu?
Susu bertambah


Jaminan kami

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

1. Selamat
2. Semulajadi
3. Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Shaklee Difference: Always SafeAlways WorksAlways Green.

Mengapa saya?


Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran


Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran


Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Cara Order Set Penyusuan Shaklee

Sesungguhnya ibu-ibu harus mengamalkan suplemen untuk menyusu supaya susu yang dihasilkan berkualiti dan dapat melindungi bayi. Saya suka!

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919 
SID: 864679    

1 comment:

  1. Tp memnag betullah kak.. kalau kita just ambik utk bykkan susu.. tp kalau susu xda khasiat pun 1 masalah jugak.. sb ada kawan umie.. anak dia menyusu badan.. umur x sampai 1 thn lagi.. tp doc kata susu dia dah xda khasiat.. umie pun cdgkan dia amalkan suplemen utk bagi khasiat kat susu dia.. padahal katanya dia makan makanan seimbang.. anak dia pun x memilih makanan tp mcm tu gak kesannya...

    ReplyDelete