Marriot Putrajaya, aku datang! | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Monday 14 April 2014

Marriot Putrajaya, aku datang!

Sebenarnya saya ada hutang 2 artikel berkenaan pengalaman saya coaching bersama-sama Master Ira dan Master Laila

1. Family Day Legasi Anugerah Terindah
2. Coaching Bersama Empayar Mommy Zura dan Master Laila

Tapi untuk posting malam ini saya nak cerita berkenaan personal coaching saya hari ini.

Hari ini sebenarnya hari yang sibuk juga buat saya. Saya set dengan Master Ira kebetulan beliau datang ke KL, set tarikh sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah dapat book slot dengan beliau. Sepatutnya jumpa Sabtu 12/4/2014 lagi, tapi ditunda atas permintaan beliau.

Jadi tunda pun saya setuju, alhamdulillah anak-anak Shaklee pun ok. Group yang hadir bersama saya ni memang team yang bersungguh-sungguh nampak gayanya. Semoga semangat itu kekal membuak-buak sehingga berjaya capai Master semuanya. Amiin


Hujung tahun ini gambar saya pula akan menjadi sebahagian daripada jutawan Shaklee


Ok, sebab hari ni sibuk ialah sebab saya berulang ke IJN menjaga ayah saya yang dimasukkan ke wad semalam disebabkan oleh darah tinggi. Bacaan semalam 178/90 tak silap. Mula-mula cuak juga fikirkan sebab hari ni memang saya ada 2 agenda dalam perancangan. Salah satunya coaching personal dengan Master Ira.

Tapi saya tawakal, saya berdoa agar Allah permudahkan dan Allah sembuhkan abah. Tentang hal abah ni saya cerita posting lain la ya. Mula-mula tu dah berat hati nak jumpa Master Ira ni dalam keadaan abah terlantar. Tapi alhamdulillah Allah lorongkan juga, sebab abah nampak dah recover. Tengahari bacaan dah turun 137/90 gitu. 

Jadi memang saya confident pergi juga jumpa Master Ira. Sebab kelam kabut, tingkap kereta saya yang memang sedia bermasalah (jemmed), didapati jemmed la. Cuak saya disepanjang perjalanan. Hujan renyai-renyai lagi, nak singgah solat lagi. Saya tawakal je la. Alhamdulillah sampai jua ke destinasi. Kereta saya tinggal kat parking diiringi doa. Dalam doa pun saya gi juga cek 2 kali sepanjang berada di sana. Cuak punya pasal. 

Ok di Marriot Putrajaya, kami jumpa Master Ira.


Marriot Putrajaya menjadi lokasi coaching personal bersama Master Ira


Perkongsian kali ini adalah perkara-perkara basic, sebab anak cucu saya pun masih baru dalam bidang ni. Saya kami kongsikan cara buat blog dan asas mengapa berbisnes.

Walaupun motifnya lebih kepada anak cucu saya, saya pelajari juga sesuatu daripada Master Ira. Iaitu pentingnya jadual waktu. Ya, memang saya ni ikut dan je buat kerja. Hasilnya mungkin saya telah mengguris perasaan suami dan anak-anak dan keluarga. InsyaAllah saya cuba perbetulkan yang ini.

Dalam Shaklee, atau bisnes lain, anda mesti ada matlamat. Matlamat inilah yang akan memandu anda di sepanjang perjalanan. Kalaulah saya kalah dengan pelbagai ujian hari ini, tak mungkin saya akan dapat pelajari ilmu yang saya dapati di Marriot.

Jumpa anda di puncak Master :)

Personal coaching bersama Master Ira

khusyuk

Group ohsem bersama Master Ira

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma