Hebatnya Sedekah | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Monday 17 February 2014

Hebatnya Sedekah



Percaya tak jika saya kata sedekah menjemput rezeki? Hakikatnya amalan memberi tidak mengurangkan pun rezeki kita, takkan jadi miskin, insyaAllah. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak rezeki hebat yang akan datang bagi menggantikan rezeki yang dibelanjakan pada jalan yang baik.

Sedekah ada macam-macam juga, bukan hanya pada harta, tetapi amalan juga termasuk dalam kategori sedekah, dan sedekah yang paling berat untuk dilakukan ialah sudut harta kekayaan. Antara amalan sedekah:

1. Maniskan muka dengan senyuman
2. Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu
3. Solat awal waktu
4. Berkata hanya yang positif atau diam.

Sedekah menambahkan harta dan kesejahteraan
"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah dan bertambah (HR At-Tirmidzi)

"Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yang mulia." (QS Al Hadiid 57:58)

"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehinga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamu ornag-orang yang memerlukanNya." (QS Muhammad: 38)

Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan sedekah, kerana di dalamnya terdapat banyak rahsia:

1. Menyembuhkan penyakit
2. Menjauhkan dari segala macam kesulitan dan masalah
3. Diselamatkan dari segala keburukan
4. Menenangkan hati dan jiwa
5. Melapangkan rezeki.

Ibu bapa tidak seharusnya menerima sedekah, sebaliknya mereka menerima hadiah. Pemberian kepada kedua ibu bapa dianggap hadiah. Ada orang hidupnya sederhana, tetapi kerana layanan yang baik diberikannya kepada kedua ibu bapanya maka hidupnya aman dan sejahtera. Berbeza dengan orang yang banyak memenuhi kehendak sendiri tanpa menghiraukan kebajikan ibu bapa, hidupnya penuh dengan ujian, musibah kerana mengabaikan tanggungjawab pada yang berhak.

Sedekah ibarat pohon. Daripada 1 tangkai menjadi 7 bahagian dan seterusnya

Jika anda atau ahli keluarga sering sakit, berilah sedekah
Jika anda sukar mendapat rezeki daripada perniagaan, berilah sedekah
Jika anda sudah berusaha namun masih belum dikurniakan zuriat, berilah sedekah.

Jom, semua, kita tingkatkan amalan kita. :)

Mamahakim