Kenapa Qunut Nazilah
Qunut Nazilah dibacakan ketika umat Islam didatangni bala bencana atau ditimpa musibah seperti perang, wabak, kemarau dll. Bacaan Qunut Nazilah ini sejarahnya pernah Nabi s.a.w baca ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz Al Quran selama sebulan. Menurut hadis yang bermaksud:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membaca dua qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz Al-Quran." (HR Bukhari dan Muslim).
Qunut Nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau berjauhan, iaitu dalam bentuk berdoa kepada Allah Taala. Di dalamnya terdapat kebergantungan kepada Allah dan persaudaraan sesama Muslim.
Bilakah Masa Sesuai Membaca Qunut Nazilah?
Qunut Nazilah boleh diamalkan bila-bila masa pun, tak tertakluk masa solat subuh sahaja. Ia boleh dibaca setiap solat fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah s.w.t.
Macam solat Subuh juga, Qunut Nazilah dibaca waktu iktidal selepas ruku' pada rakaat terakhir. Untuk solat subuh, baca selepas doa qunut yang kita biasa baca. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat berjemaah.
Selain itu, Qunut Nazilah boleh juga dibaca sebagai doa, waktu selepas solat, selepas tadarus, waktu menunggu berbuka, waktu bersahur, waktu terjaga tengah malam.
Inilah bacaan Qunut Nazilah. Saya hafal sejak zaman universiti lagi. Banyak-banyak kali baca memang senang lekat dibibir dah lepas tu.
Doa Qunut Nazilah |
Selamat mencuba.
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma