Tips Membanyakkan Susu Badan | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Friday, 28 February 2014

Tips Membanyakkan Susu Badan

Tips Membanyakkan Susu Badan


Pengalaman breastfeed merupakan pengalaman unik dan istimewa bagi setiap ibu


Ada rakan lama saya baru-baru ini telah melahirkan anak sulungnya. Beliau meminta pandangan saya bagaimana hendak meningkatkan susu badan. Almaklum anak sulung beliau pun masih belum mahir. Hendak sesuaikan diri sebagai ibu baru sekaligus berusaha untuk merawat diri beliau selepas bersalin.

Proses bersalin merupakan kemuncak kekuatan seorang wanita demi melahirkan khalifah Allah pewaris agama dan bumi ini. Justeru, boleh dibayangkan proses bersalin menuntut banyak tenaga dan kadangkala melibatkan nyawa seseorang wanita. Kehilangan darah yang banyak sehingga kata orang seseorang wanita memerlukan tempoh 2 tahun sekurang-kurangnya untuk menggantikan semula darah dan urat saraf yang putus akibat proses bersalin.

Tetapi disini saya hanya hendak bercerita berkenaan tips membanyakkan susu ibu.

Susu badan adalah mengikut prinsip demand-supply. Ada demand, adalah supply. Jika kita tak cipta demand itu, memang tiadalah supply atau bekalan. Bayi baru lahir memang perlu diajar untuk sentiasa bangun menyusu, terutama bagi bayi yang ada jaundis, setiap sekurang-kurangnya 2 jam perlu dibangunkan untuk menyusu. Ini kerana bagi bayi jaundis perlu mengeluarkan perkumuhan untuk mengeluarkan jaundis itu daripada badannya.

Bagaimana meningkatkan demand?

Sebaik sahaja selesai anda menyusui bayi, seboleh-bolehnya dapatkan sedikit masa lebih kurang 5 hingga 10 minit untuk mengepam susu. Seelok-eloknya dibuat selepas sekurang-kurangnya 2 minggu selepas anda bersalin. Ini kerana biasanya selepas 2 minggu anda akan rasa lebih sihat daripada sebelumnya.

Pada permulaan anda akan mendapati anda hanya mengeluarkan angin. Tak mengapa, teruskan, jangan putus asa dan jemu. Lama kelamaan daripada 0oz, menjadi 0.5oz, 1oz, 2oz dan seterusnya kadangkala boleh mencapai 5 oz. Susu ini anda boleh simpan untuk dibuat stok atau diberikan kepada bayi anda. Boleh baca sini untuk panduan menyimpan susu ibu http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/03/penyimpanan-dan-pengendalian-susu-ibu.html

Seterusnya adalah pam pada sesi malam hingga pagi, lebih kurang 1pagi sehingga subuh. Ini kerana hormon pada waktu ini menjana lebih banyak susu daripada waktu-waktu lain. Ibu kenalah rajin bangun tengah malam untuk pam. Memang sukar terutama jika bayi anda suka berjaga malam, tetapi insyaAllah lama-lama anda akan terbiasa.

Pastikan waktu mengepam anda adalah konsisten. Pastikan jadual mengepam anda konsisten kerana minda bawah sedar dan badan anda akan berhubung satu sama lain  dan ia lebih efisien sekiranya mempunyai jadual yang tetap. 

Tips akhir sekali adalah cuba dapatkan 2 kali let down setiap kali sesi mengepam. Sesetengah orang mungkin mengambil masa agak lama sehingga 20 minit untuk mendapatkan 2 kali let down. Sekiranya menggunakan pam lebih efisien seperti double pam, mungkin akan lebih cepat.

Bagi membanyakkan susu bukanlah satu perkara yang ajaib, permulaan memang sukar tetapi kesabaran itu akhirnya akan manis jua. Suplemen hanyalah untuk menyihatkan badan ibu dan melengkapi nutrisi ibu dan bukan bertujuan menggantikan prinsip "supply and demand" itu.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma