Pemakanan Ibu Selepas Bersalin | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Saturday, 18 January 2014

Pemakanan Ibu Selepas Bersalin

Ibu berpantang harus menjaga pemakanan

Ibu bersalin seringkali perlu berpantang. Berpantang adalah bagi tujuan mengembalikan kesihatan ibu disamping mengecutkan rahim. Kata orang tua-tua, akar kesihatan wanita adalah pada rahimnya. Justeru ibu bersalin memang perlu sangat menjaga pantang dari segi makanan. 

Makanan seperti yang bersifat pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kata orang-orang tua, ini adalah untuk mengelakkan meroyan atau rahim tidak mengecut. Minum air batu juga boleh menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin akan membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak berlebihan.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, samada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera ibu. 


Kaedah grill/bakar sangat sesuai untuk ibu berpantang

Selain itu, ulaman seperti pegaga, kunyit, halia, cekur, mengkudu dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Mengkudu contohnya jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.

Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence adalah situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.

Jenis Ikan
Elakkan memakan ikan masin / ikan kering kerana boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan melemahkan daya tahan fizikal dan mental. Ibu berpantang perlu memakan ikan segar dan mengelakkan ikan berbisa seperti terubuk, pari, keli dan bawal hitam kerana dipercayai boleh menyebabkan bentan pada pintu rahim. 

Ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, udang dan sotong.

Antara ikan yang disyorkan adalah ikan haruan dan ikan yu yang boleh memulihkan luka dalaman dan luaran. 


Ikan merah boleh dimakan oleh ibu berpantang

Jenis ulam-ulaman

Pelbagai jenis ulam tempatan yang boleh diperoleh dimana-mana seperti serai, lengkuas, cekur, daun kesum dan halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin termasuk A, C dan E yang bersifat antioksidan.

Ulam-ulaman berkhasiat lain yang sesuai seperti pegaga, mengkudu, ulam raja, lemuni hitam dan lain-lain.


Ulam-ulaman berkhasiat untuk ibu berpantang
Jenis Buah dan Sayuran

Ibu berpantang dilarang memakan sayuran menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, timun, keladi, pucuk ubi, labu dan terung.

Elakkan jua minuman bergas, sejuk dan tajam seperti air tebu, cincau dan air kelapa serta buah seperti nenas, jambu, belimbing, ciku, cempedak, manggis dan keladi. Makanan tersebut dilarang kerana boleh menyebabkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit tersebut diketahui banyak berleluasa di barat dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.


Buahan segar sesuai untuk ibu berpantang

Jenis Unggas

Ibu berpantang disyorkan memakan ayam hitam/ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan badan. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan darah dan mengatasi masalah sukar tidur malam.


Ayam selasih untuk tujuan perubatan
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma